Movie : SHERLOCK HOLMES (most awaited movie of the year)



p/s: warna poster filem ni lebih kurang warna background blog aku jer hehe

 

Sherlock Holmes - my most awaited movie of the year.

Aku baru jer balik dari tgk filem terbaru lakonan Robert Downey Jr. yg mula famous kembali selepas filem Ironman aritu. Filem Sherlock Holmes ni mmg aku tunggu utk tgk. Dan selepas saja habis tayangan tadi mmg amat berbaloi penantian aku .. cerita mmg superb.

Mmg cerita misteri dan penyiasatan lepas tu ala2 seram ni kesukaan aku ler .. contoh mcm filem Seven lakonan Morgan Freeman dan Brad Pitt dan filem Bone Collector lakonan Denzel Washington dan Angelina Jolie mmg aku suka, sebab buatkan kita sama2 berfikir ttg kes tu dgn klu2 yg ada. Lama tak ada filem mcm tu di layar perak, so Sherlock Holmes dtg mengisi slot utk peminat genre mcm ni dan antaranya aku laer hehe.

Tapi tak dinafikan watak Sherlock Holmes (SH) dan Dr. Watson (DW) agak berlainan dari siri tv pada thn 80-an dulu, watak SH dan DW dulu lebih bersifat kurang agresif dan menjalankan siasatan dgn cara bersih, SH mengeluarkan teori dr situasi dan fakta manakala DW menyediakan bukti untuk membantu atau backup SH. Tapi dlm filem ni SH dan DW boleh dikatakan amat agresif dan aksi bergaduh dan berlawan byk menghiasi ruang filem ni, rasanya utk tambah nilai komersil atau mmg itu watak sebenar yg ingin diutarakan oleh penulis asalnya iaitu Sir Arthur Conan Doyle. Walaupun watak agresif masih ada humor dlm watak itu, Dgn DW lebih serius dan SH lebih kelam kabut atau tak terurus. Cuma aku mcm terkilan nak dengar SH sebut ayat famous dia dari siri TV dulu iaitu .. "Elementary my dear Watson". Takde langsung quotation ni dlm filem kali ni.

Filem ni mengisahkan sebuah kultus ajaran sesat yang cuma mewujudkan sebuah negara baru dgn membawa fahaman baru dgn menakutkan org ramai kpd kuasa sihir yg konon dimiliki oleh ketua kultus itu iaitu Lord Blackwood (LB). LB dihukum gantung tapi dia bangun semula dari kubur utk membuktikan kekuasaan sihirnya. Inilah kes yang perlu diselesaikan oleh SH dan DW. Dan seperti kisah asal SH semua yang berlaku dgn keadaan misteri ada penjelasannya secara saintifik dan logik. Semua helah sihir dan misteri LB disediakan dgn klu sepanjang filem berjalan, dan pada penghujung filem barulah SH menerangkan mcm mana semua perkara yg diangap sihir berlaku, ia adalah kombinasi manusia dan sains, termasuklah LB yang hidup semula slepas dihukum gantung.

Tak adil laa aku nak bagitau jalan cerita detail kat sini kan nanti jadi spoil lak kat sapa2 yg membaca blog aku ni. So pegi laa tgk sendiri hehehe

Dari segi pembikinan filem, gambaran tahun 1880an amat menyakinkan, special effect yang digunakan amat baik sehingga kita mungkin tak dpt membezakan yang mana satu betul dan yang mana satu imej janaan komputer, proses membuat filem "period" mcm ni mmg sukar krn ia perlu ketelitian dan info yang tepat mengenai zaman itu. Adegan paling best adalah bila DW terpijak jerangkap samar yang menyebabkan DW dan SH terpaksa menghadapi letupan bom yang amat realistik dipertontonkan pd penonton. Pembinaan watak juga amat baik, walaupun cerita ni adalah setelah SH dan DW lama bersahabat tapi dialog2 masih menceritakan ttg latar belakang masing2 yg membuatkan kita secara tak langsung faham dan tahu perwatakan sertasifat watak2 utama yang ada.

Tak keterlaluan aku katakan filem Sherlock Holmes ni adalah filem paling aku suka sepanjang tahun ini. Penantian yang berbaloi. Aku amat2lah rekemen korang pegi tgk, terutama sapa2 yang frust tgk citer Twilight New Moon yang tak berapa up to expetation aritu hehehe

Dari 5 bintang aku bagi 5 bintang wakakakaka .... apa nak buat dah jenis filem kesukaan aku. hehehe jgn marahhhhh


3 Response to Movie : SHERLOCK HOLMES (most awaited movie of the year)

  1. mananya pulak DW terpijak jerangkap samar.. kan benang yang dia langgar tu... ce ingat betul2...

  2. mmm.. nk komen lagi.. kesian anjing tu jadi bahan eksperimen... hahahah~

  3. kira terpijak jerangkap samar laa tu, atau tersepak atau tersadung semua boleh .. nama anjing tu Gladstone hehe

Related Posts with Thumbnails