Bertambah Runsing ...




Baru sebentar tadi aku menerima panggilan telefon dari kampung, satu berita yang menambahkan kerisauan aku sekarang.

Aku diberitahu yang ayahku mengalami sedikit kemalangan di rumah dan menyebabkan dia kaku sebelah badan pada mulanya, tetapi tak berapa lama selepas itu dia kembali boleh bergerak semula tapi masih agak keras katanya, tangan kirinya masih dlm keadaan ketar2 yg tak boleh berhenti. Kakak aku di kampung telah membawa ke klinik pada mulanya tapi doktor di situ mengesyorkan dia dirujuk ke hospital. Dari situ mereka terus ke hospital, doktor pakar membuat kesimpulan yang ayahku tidak mengambil ubat kencing manis dengan betul sebelum ni, dan mengesahkan yang berlaku itu bukan strok. Tapi keadaan tangannya yg terketar2 tu masih tak dpt ditentukan sebabnya, mengikut doktor ia bukan Parkinson.

Kakak aku di kampung menasihatkan aku supaya jgn risau sgt sebab ayah aku dh tak teruk sgt dan jgn tergesa2 balik kampung, balik sepertimana yang telah dirancang sebelum ni iaitu pada hujung minggu ini. Walau apa pun yg dia cakap aku skrg semakin runsing dan risau, sememangnya aku telah merancang utk balik kampung minggu depan selama seminggu, tetapi tujuan aku balik adalah utk membawa ibu aku menjalankan surgeri usus di Pulau Pinang, mmg ibu aku dh lama mengalami ketumbuhan dalam usus tapi baru2 ni dia bersetuju utk menajalani surgeri di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, kesan dari surgeri tu nanti  pun belum pasti lagi terhadap tubuh ibuku yang agak lemah pada usia dia skrg. Tapi skrg keadaan ayah aku pula menimbulkan kerisauan yang baru tanpa aku duga. Sebelum ni ayah aku tak pernah menunjukkan tanda2 sakit, cuma kdg tu je dia terasa lemah badan. Tapi secara keseluruhan tahap kesihatan dia bagi seorang yg berusia 70an adalah baik kecuali kencing manis dia yg dh lama tak nampak kesan2 penyakit itu. Semakin banyak ujian datang bertimpa-timpa kepadaku pada masa yang sama, dapatkah aku hadapi semua ini ??

Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah. Kau kurniaakanlah kesejahteraan kepada kedua ibubapa ku Ya Allah .. sembuhkanlah mereka dari apa jua penyakit dan jangan kau tambah lagi kesakitan yang sedang mereka hadapi sekarang. 

Celoteh Muzik


Berceloteh lagi aku di alam virtual ni ...

Dua hari ni kerja aku update blog aku dgn review filem yg aku tgk baru-baru ni, dah rasa mcm skema laa plak, so jom cool down a bit ok.

Kalau korang perasan atau dengar bila masuk blog aku ni korang akan dengar lagu kan (tu pun kalau network korang tak kena blok atau enable streaming mesti leh dengar), bahasa aper tu mungkin ramai tak pasti, Jepun pun bukan, Cina pun bukan, tu sebenarnya lagu Korea. Kumpulan gadis2 comey yg tgh meningkat naik dlm industri K-Pop yang menggelar diri mereka T-ARA sebutan bunyi "tiara". Mula2 dgr lagu mcm catchy so aku cari2 ler kt youtube, sekali keluar 6 org awek korea comey2 giler hehehe ...


Kumpulan ni asalnya 5 org tapi lepas ada yg keluar n tambah so skrg ni 6 org mcm gamabr dlm kulit album diorang yg atas tu. Lagu diorang ni lebih kurang mcm lagu Spice Girl dulu laa tapi Korean style, dengar lagu jer tak berapa kick, kena tgk video klik persembahan diorang baru kick hehe .. antara lagi diorang ni yg catchy, Bo Peep dan Like The First Time.

Adehhhh mcm mana laa aku boleh suka lagu diorang ni, haram tak paham pun, silap2 org kata aku bapuk lak sat lagi wakakaka .. aku lelaki sejati okkkkk hehehe. Tapi dh telinga aku ni jenis layan semua muzik dari metal, rock, alternatif, jazz, pop dan mcm2 lagi .. xcept dangdut indon (entah knp aku mcm tak leh nak hadam lagu2 dangdut indon nih hmmm)


tgk tu .. comey comey sungguh .. huhu

Aku tak pernah amik tau pun ttg lagu2 Korea ni sblm ni, cuma yg aku ingat dulu pakat duk gila drama dia, Winter Sonata dan lagu Korea tu yg tajuk pun sama, lepas tu Hazami amik n translate jadi lagu Sonata Musim Salji. Bila aku duk search ttg K-Pop ni baru aku sedar yg industri muzik korea ni besar jugak sebenarnya dan ada tardemark sendiri, dah boleh tandingi industi muzik Jepun dan Hong Kong. Tapi lagu2 dlm industi muzik Korea ni byk menjurus kepada POP dan boy atau girl group. Byk Boyband dan Girlband yg muncul dan dgn lagu2 yg catchy dan rupa paras ala2 keanak-anakan serta ditambah dgn sexy lagi membuatkan ramai tergila2kan meraka ini.

Kembali ke Malaysia, bila ler industri muzik Malaysia nak dpt tandingi industri2 muzik luar, toksah ler sampai Korea atau Jepun, jiran Indonesia cukup ler .. tgk kualiti video2 klip lagu2 diorang sudah ler .. nasib baik ler kt Malaysia ada juga production house yg kreatif dan berani utk tonjolkan pembaharuan, seperti KRU Productions. Senario terkini adalah Indie band yg mula membawa arus baru yang mana glamor bukanlah tujuan utama dlm produksi diorang, tapi muzik dan perjuangan Indie diorang diutamakan, muncul penyanyi2 Indie yg amat berbakat seperti Yuna, Hujan, Estranged etc. mungkin imej yg berkumpulan agak pelik atau sesetengah tu mcm takde fesyen apa2 pun main pakai jer baju apa pun dan yg perempuan mcm Yuna tu takde sexy2pun siap bertudung lagi tetap dpt tempat di hati peminat dgn lagu2 yg berkualiti. Bukan mcm sesetengah artis mainstream yg sexy giler, kontroversi sana sini .. terkenal kerana sexy dan kontroversi, bukan kerana lagu ke apa ke. Jadi harap2 artis2 yg byk kontroversi tu contohi sesetengah adik2 Indie korang tu yang jual bakat bukat jual kontroversi.

Alamak jadi serius laa plak .. baru aku nak cool down .. tu ler aku bukan leh berceloteh sgt jap lagi mula ler masuk tajuk sana sini hehehe ...



Keputusan Liga Super Malaysia ~ Perlawanan 4 : 19/1/2010


Keputusan Liga Super Malaysia
Perlawanan 4 : 19/1/2010

Perak.............0 - 1............Perlis
Selangor..........4 - 0............Pahang

N.Sembilan.......2 - 1............KL Plus
Kelantan..........0 - 1............Kedah
Pulau Pinang.....1 - 1............Johor
T-Team...........1 - 1............Terengganu
Johor FC.........0 - 1............Kuala Lumpur



Perak.............0 - 1............Perlis

Team aku menang lagi, cayalahhhhh ...
Tahniah Singa Utara ... menang lagi buat kali kedua, teruskan momentum kemenangan.
Pada permulaan liga Singa Utara agak kurang meyakinkan tapi nampaknya makin meningkat keyakinan skrg. Walaubagaimanapun margin jaringan kemenangan hanya 1 gol, mungkin Perlis belum berada di dalam form yang terbaik lagi. Teruskan usaha Singa Utara.

Perlis sekarang di tangga ke-4 Liga.

LIGAN .. LIGAN PERELIH LIGAN .. LIGAN SUNGGUH SUNGGUH ...

Adnan Sempit : Gelak ketawa pecah panggung



Pengarah : Ahmad Idham
Lakonan : Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along (Raja Lawak), Reanna, Cat Farish, Julia Hana


Jalan Cerita
Mengisahkan Adnan (Shaheizy), seorang mat rempit atau lebih dikenali sebagai Adnan@Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta. Pada masa yang sama Adnan menyimpan perasaan kepada bos tempat dia bekerja iaitu Nadia (Intan Ladyana). Tapi Nadia ni anak org kaya dan tak pandang pun mat despatch mcm Adnan tu dan dia pulak pernah putus cinta sebelum tu. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa. Nak dijadikan cerita satu hari tu kawan2 Nadia mencadangkan utk buat reunion party tapi Nadia tak berapa setuju sebab dia dh putus cinta, tapi kawan2 dia menyindir sebab takde pakwe dia tak nak pegi, on the spot jugak Nadia tarik Adnan ke dlm pejabat dia dan perkenalkan Adnan sbg boyfriend baru dia.

Dari situ bermulalah cerita diorang, mcm mana Nadia nak selami hidup Adnan dan Adnan nak sesuaikan diri dgn hidup Nadia yg mewah. Dlm masa tu juga Wawa, P.A. Nadia jatuh cinta dengan Bobby, kawan Adnan. Adnan juga selalu meminta nasihat dari abg sepupu dia Macha (Cat Farish) dan isteri dia (Julia Hana) (sambungan dari filem Remp-It lak, kan bila Farid Kamil mati awek dia Julia Hana kawin dgn macha, nama watak pun sama hehe). Kemudian datang pula Jofri, kawan lama Nadia yang cuba menjadi hero utk Nadia tapi sebenarnya mempunyai maksud jahat di sebalik kebaikan dia itu, yg mana dia mahu merosakkan rancangan Nadia untuk mendapatkan tender besar yg dia juga inginkan.

Apa kesudahannya? tgk ler kat panggung ..

Komen aku
Gelak ketawa gegar panggung nyer .. ni lah antara filem komedi Melayu yg buatkan aku gelak bagai nak rak. Bukan aku saja, tapi satu panggung gegar dgn gelak ketawa penonton. Kali ni Ahmad Idham berjaya mengutarakan unsur komedi sbg aspek utama dlm filem beliau, lakonan Shaheizy dan Along Raja lawak mmg berkesan, dgn keletah Along yg agak over dgn loghat utara tapi tak menenggelamkan watak Shaheizy sbg Adnan. Shaheizy sekali lagi membuktikan beliau seorang pelakon yg versatile dgn membawa watak komedi kali ini. Lakonan Norliana sbg Wawa juga agak berkesan, walaupun agak over tapi rasanya itulah watak yg nak dibawakannya, Intan ladyana pula menampakkan kematangan dlm lakonan tak seperti filem2 dan drama2 yg sebelum ini tapi masih belum pada tahap terbaik. Lakonan Intan tak memberi kesan utama pada keseluruhan filem ni, mungkin pada masa dia menghalau Adnan dari party reunion tu agak hidup lakonannya.

Watak utama diceritakan dgn baik terutama watak Adnan (dh mmg dia watak utama kan), watak Ndia juga dikembangkan dgn baik tapi agak kabur ttg kisah percintaan lamanya, aku pun tak dpt tangkap ttg kisah cinta dia just waktu watak Jofri muncul baru aku faham sikit2. Watak lelaki mamak yg suka menyanyi karaoke tu juga melucukan dgn lagu2 yg sesuai dgn mood ketika itu hehehe.

Skrip yg dibuat mmg jenis selamber dan aku rasa byk dialog yg dituturkan dlm filem ni adalah secara spontan atau telah diimprovised oleh pelakon2 terutama dialog Shaheizy dan Along serta watak mat2 rempit yg lain. Mmg dialog yg diutarakan amatlah menggelikan hati terutama pada penghujung filem ketika di dalam bilik mesyuarat tu dan pada ketika Nadia memohon maaf dari Adnan. Lakonan paling tak menjadi adalah watak Jofri, kaku dan tak jadi langsung nak berlagak macho n jahat. Nama pelakon dia pun aku tak kenal hehhee

Antara dialog yg buatkan aku dan satu panggung gelak pecah perut, takde kontrol2 dah hehe
”I don't want banana fruits 2 time”
“Awak tgk muka saya ni brutal, saya ni merempit, tapi dalam hati ada taman .. uwaaaaa “

Aksi2 rempit takde laa keterlaluan sgt sebab mengikut Bobby diorang Mat Rempit kelas A yang mematuhi peraturan jalan raya hehe. Mat Rempit pun ada kelas2 tau hehe. Tapi semua mat rempit dlm filem ni pakai motor standard takde bunyi nyaring and takde potong block, stendet mendet hehe maybe tajaan modenas kot sebab byk motor model terbaru modenas.

Banyak juga babak cara hidup mat rempit ditunjukkan dlm filem ni, dari lepak, racing dan shuffle sehingga le ke aktiviti seks bebas dlm hutan yg dikenali majlis Qeqah beramai2. Tapi kalau difikirkan balik tak perlu pun ada aksi qeqah tu tapi ntah kenapa nak dimasukkan ntah, siap letak bagi blur kat bahagian2 badan yg tak patut ditunjukkan tu.

Secara keseluruhan filem ini menghiburkan dan susunan plot yg agak baik, tapi beberapa adegan yg tak logik tu kalau tak dimasukkan pun takpe cthnya: kepala yg hilang akibat kemalangan dan beberapa hari lepas tu jatuh dr pokok kelapa. Msg utama adalah tak semua mat rempit tu jahat dan jgn nilai org tanpa kenal hati budi dia, mcm cerita Jackie Chan tadi jer hehe. Tapi ia hanyalah sekadar hiburan ringan sahaja. Cuma aku mcm konpius sikit watak Adnan ni, mcm carca marba sikit karakter Adnan ni sebab dia takde sikap yg betul2 lekat dgn wataknya, jiwang, lurus, ganas, rempit n brutal. Kira Adnan ni seorang yg complicated laaa kot.



Rating aku
Aku bagi 3.5 Bintang, walaupun menghiburkan tapi bagi aku ia hanyalah filem biasa yang mana watak2 yg dibawa oleh pelakon adalah ringan dan mudah untuk seorang pelakon profesional kecuali watak Adnan yang byk variasi emosi dia.




The Spy Next Door : Hiburan ringan utk gelak ketawa sekeluarga




Director : Brian Levant
Cast : Jackie Chan, Magnus Scheving, Billy Ray Cyrus, George Lopez, Lucas Till , Amber Valletta,
Madeline Carroll, Will Shadley, Alina Foley, Katherine Boecher


Trivia
Rasanya dah lama aku tak tgk filem-filem Jackie Chan, rasa yang terakhir aku tgk The Myth dan New police Story rasanya, yg mana dulu pun aku dh lupa. Filem Jackie Chan di Hollywood lagi laa lama rasanya. Aku mmg peminat filem2 Jackie Chan dari kecik lagi, dari thn 80-an dulu lagi, filem yg paling aku suka Thunderbolt, giler nyer race keta. Tapi bila dia masuk ke Hollywood pun aku masih ikuti filem2 dia mcm Shanghai Noon dan Rush Hour. Semua box-office. Filem Spy Next Door ni filem terbaru Jackie Chan di US, mula2 tgk iklan dia mcm best, sebab tu aku pegi tgk.


Jalan Cerita
Seorang perisik dari China Bob Ho dipinjamkan keapada CIA utk membantu dlm satu kes, setelah selesai Bob bercadanag utk bersara dan pada masa yg sama dia menjalinkan hubungan dgn jiran dia iaitu Gillian (Amber Valette) seorang ibu tunggal yg mempunyai 3 org anak. Gillian mmg suka pada Bob tapi anak2 dia tak suka, jadi Bob perlu mengambil hati mereka dulu sebelum mahu manjadikan Giliian isterinya. Peluang dtg apabila Bob meminta utk menjaga anak2 Gillian kerana Gillian perlu pulang ke kampong utk menjaga ayahnya. Tapi semasa menjaga kanak2 tersebut panjahat dari kes terakhirnya berjaya menjejaki Bob dan mengancam keselamatan Bob dan kanak2 yg dijaganya.


Komen Aku
Aku nyer expectation cerita ni penuh dgn aksi akrobatik dan kungfu mmg tepat ler, tapi aku amat2lah kecewa dan boring dgn dialog/skrip filem ni, entah, aku rasa pelik ayat2 yg keluar dari mulut pelakon2 ni, tgk penulis sampai 3 org utk filem ni tapi kualiti skrip tak mencapai expectations aku. Satu lagi Jackie Chan masih ada masalah dgn bertutur dlm bahasa Inggeris walaupun dh lama berlakon di Hollywood. Jackie juga nampak tua tapi aksi masih lincah, dia pun dh berusia 55 thn so mesti laa nampak tua kan hehe. Lakonan pelakon2 dlm filem ni jugak agak biasa dan tak berapa menonjol sebab watak2 masing2 tidak berat. Dari segi pembinaan watak amatlah kurengggg sikit, byk ditumpukan kepada watak Bob Ho tu jer, yg lain mcm diabaikan dari segi pembinaan watak dan karekter cuma yang agak jelas watak anak tiri Gillian.

Watak penjahat lak, nak kata ganas pun tak jugak tapi watak penjahat agak comedian sikit laa, watak penjahat pun leh buat penonton ketawa hehe. Filem ni takde laa ganas2 sgt kira masih boleh dijadikan hiburan sekeluarga. 

Aksi2 akrobatik masih best, mmg ni semua hasil nasihat Jackie sendiri laa rasanya, sebab style lawan dan akrobatik tu mmg mcm trademark dia jer. Cuma ada beberapa aksi yg tak berapa lancar, nampak sgt pelakon tu mcm bergantung atau diikat dengan tali. Tajuk pun SPY kan so sure tak sah kalau takde gadget spy, antara gadget yg ada pen laser, computer besar, tali pinggang yg boleh jadi pedang, kamera dan tracking bug, flame thrower saiz poket, jam yang ada gergaji dan jugak peluru misil saiz poket .. giler tul idea hehe

Selain aksi2 dan gadget2 spy, filem ni ada mesej yng nak disampaikan terutama mesej ttg kekeluargaan supaya jangan kita nilai seseorang tu tanpa mengenali dulu hati budinya. Simple jer kan.

Rating Aku
2.5 bintang jer, sebab tak mencapai expectations aku utk filem lakonan Jackie Chan dan dialog yg tak best. Tapi untuk hiburan sekeluarga ok laa nak gelak2 dlm panggung.








p/s: lepas ni nak tgk filem komedi The Rock lak .. Tooth Fairy






AVATAR : Sci-fi dengan mesej politik






Trivia
Aku berkesempatan tgk filem ni 2 minggu lepas, tu dh kira lewat dah tu sebab avatar mula tayang 2-3 minggu seblum tu lagi. Tapi sebab org ramai sgt tiap2 kali kau pegi panggung so aku tangguh, tangguh dan tangguh.

First time aku ternampak poster citer ni pertengahan thn 2009 aku ingat filem ni spin off dari kartun di tv yg mempunyai tajuk yang sama. Tapi lepas tgk iklan dlm panggung rupa2nya lain, dan siri kartun tu akan difilemkan dgn tajuk The Last Airbender dan filem Avatar ni takde kaitan dgn kartun tu. Filem arahan James Cameron yang mngarah filem Blockbuster sepanjang zaman TITANIC, dikatakan yang filem Avatar ni mengambil masa 6 thn dan menelan belanja paling tinggi dlm sejarah perfileman. Tak ramai perlakon yg terkenal dlm filem ni yg aku kenal, kecuali Sigourney Weaver (Alien), Michelle Rodriguez (The Fast And The Furious) dan Giovanni Ribisi (Basic). Pelakon utama dalam filem ni aku tak kenal dan lebih byk dianimasikan sbg Avatar.


Jalan Cerita
Filem ni bermula dlm thn 2154, manusia mula meneroka dunai lain apabila Bumi telah rosak dari segi ekologi. Tumpuan adalah ke sebuah planet yg dikenali sbg Pandora. Pandora spt bumi juga mempunyai hidupan liar dan juga satu puak yg mirip manusia dipanggil Na’vi. Saintis Grace Augustine (Sigourney Weaver) berusaha utk mengelai cara hidup puak ini dan bersaha berkomunikasi dgn mengajar puak itu dgn bahasa Inggeris. Tapi pada masa yg sama funder kajian itu Parker Selfridge (Giovanni Ribisi) sbenarnya ada agenda lain iaitu utk mengaut keuntungand ari mineral di kawasan tempat tinggal Na’vi tersebut, mineral yg dikenali sbg unobtainium itu amat berharga di Bumi.

Kemudian muncul Jake Sully (Sam Worthington), seorang bekas anggota marin yg lumpuh. Jake terpaksa mengambil alih tmpat adik dia yg mati utk meneruskan projek yang dikenali sbg AVATAR. Avatar adalah projek yg memasukkan minda sedar manusia ke dlm tubuh Na’vi yg dibiak dan dibesarkan khas utk program itu. Bila di dlm tubuh avatar itu jake kembali boleh berjalan dan mempunyai tubuh yg kuat.



Satu hari Jake ketika dlm tubuh avatar telah tersesat, dia bertemu dgn seorang Na’vi, Neytiri, anak kepada ketua salah satu puak Na’vi. Neytiri kemudian mengajar jake cara hidup Na’vi sehingga Jake diterima sebagai ahli puak mereka. Jake dan Neytiri kemudain jatuh cinta dan berikrar menjadi pasangan sehingga mati. Tetapi pada masa yg sama jake sebenarnya telah memberi maklumat ttg puak itu kepada Col. Miles Quaritch (Stephen Lang). Walaubagaimanapun setelah hidup dgn puak itu Jake mula sedar tindakan dia salah, tapi sudah terlambat apabila pihak manusia telah memusnahkan pokok tempat tinggal puak Na’vi itu. Dari situ bermulalah peperangan antara Na’vi dan tentera upahan Parker tadi.

Ok .. nak tahu ending dia kena pegi tgk sendiri ler hehehe .. dh byk dh aku cerita tu.


Komen aku
James Cameron sekali lagi memcipta satu filem yang membuatkan penonton terpukau di kerusi masing2 selama lebih 2 jam. Boleh dikatakan 98% filem ini adalah dijana secara CGI. Walaupun menggunakan CGI pada tahap maksimum tetapi jalan cerita, skrip dan lakonan tidak diketepikan. Pembinaan watak amat baik sehingga kita sendiri dpt mengenali karekter setiap watak yg ada, pendirian mereka, sikap dan kecenderungan watak amat terserlah melalui skrip dan jalan cerita yg dipaparkan. Secara mudah filem ini adalah sebuah sci-fi yg amat menghiburkan dgn imasginasi pengarahnya yang membuatkan kita seperti percaya yang dunia itu benar2 wujud, dari gambaran muka bumi, haiwan hinggalah ke jentera2 moden dari pihak manusia amat real.

Sekiranya dilihat dari usur tersirat, pengarah ingin memberitahu yang setiap unsur dan hidupan di dunia berkait sesama sendiri, sekiranya satu di bunuh atau dirosakkan semua akan terasa kesannya. Filem ini juga cuba menyindir kuasa2 besar di dunia skrg, yang suka menindas pihak2 tertentu yang lemah dan tidak berupaya, agenda politik dpt dilihat dari watak Parker yang mana kebaikan yg ditunjukkan pada mulanya sebenarnya ada agenda disebalik setiap kebaikan yang ditunjukkan, tak ke dunia skrg mcm tu, apa yg berlaku di Iraq dan Afghanistan. Pengarah cuba menyampaikan mesej suapaya kenali dulu siapa musuh kita dan selami hidup mereka, jgn menghukum tanpa usul periksa disebabkan kepentingan sendiri. Dialog2 dlm filem ini juga sarat dgn dialog2 ala2 ahli politik skrg. Jadi sama2lah kita nilai. Filem ni juga memberi nasihat kepada kita semua supaya bersatu dlm melakukan sesuatu, ini dpt dilihat apabila Jake mengarahkan ahli2 puak itu keluar memanggil puak2 Na'vi lain utk menyertai perjuangan mereka.

Satu lagi yg aku perasan, kawasan yg mana bukit dan tanah terapung dlm filem ni nampak seperti di dalam cerita2 purba dan komik Cina kalau korang perasan, yang mana tuhan2 atau dewa2 dlm komik atau cerita purba Cina itu tinggal kan. Mungkin Pengarah Cuma menggarap imaginasi beliau dgn mempelbagaikan senario dunia baru ciptaannya.

Walaupun byk jalan cerita dan janaan GCI yang cantik dan menarik tapi kalau difikirkan dari segi logik, filem ni agak melampau jugak imaginasi pengarahnya dan ada beberapa kekurangan, terutama ttg bagaimana tubuh avatar itu dibiak dan dibesarkan sehingga menjadi Na'vi yg sempurna, rasanya dlm dialog tak diceritakan ttg hal itu, cuma yg dpt aku tangkap ialah DNA manusia yg nak jadi pengendali avatar tu jer dimasukkan secara genetik ke tubuh avatar tu. DNA adik jake telah disesuaikan dgn DNA avatar itu, tapi sebab dia mati sebelum sempat jalankan program tu so Jake kena ganti adik dia sebab diorang kembar dan mempunyai genetik atau DNA yg sama.



Rating aku
Sekali lagi aku bagi 5 bintang sebab usaha menggabungkan CGI dan manusia serta mesej yg ingin disampaikan dan filem ni juga membuatkan tertunggu-tunggu plot2 seterusnya sehingga aku tak sedar masa 2 jam setengah tu berlalu.


 

 
 




Jumaat di Putrajaya


Jumaat adalah hari yg selalu dinantikan oleh ramai org terutama org keja gomen, kenapa?
sebab jumaat last day in the week, esoknya sabtu dan ahad cuti ... hehehe

Di Putrajaya ni Jumaat antara hari paling sibuk dan sesak di Putrajaya, terutama time nak keluar rehat antara jam 12.00 ke 12.30 tgh hari.

Biasalah yang lelaki selalu nak keluar awal sebab nak pegi lunch dulu dan lepas tu nak ke masjid. Akan tetapi ... jeng3 ... dalam kesesakan tu dpt dilihat kereta2 kaum hawa ni pun sama byk dgn kereta kaum adam dlm line jem tu. Kalau yg satu kereta sorang tu ok lah, boleh diconsider nak balik amik anak ke apa, tapi yg satu keta 3-4 org yg tak kawin lagi ni (aku kenal ler sebab antaranya budak2 opis aku hehe) pun sama duk berasak2 kat trfik light depan opis dan menuju ke Alamanda. Cuba kalau masa tu baru dpt gaji, alamat jem teruk laaa kat trafik light depan opis aku ni.

Kalau yer pun, bagi laa chance kt kaum adam ni bergerak dulu sebab dlm pukul 1.15 tu dh nak ada kt masjid sedangkan kaum hawa ni sampai jam 2.45 ptg still free utk waktu rehat. Tapi apa nak buat, mungkin kaum hawa ni tak terpikir hal tu sebab duk teringat McD, Pizza Hut, KFC ataupun Kenny Rogers atau maybe ada sale kat mana2, ada sesetengah kaum hawa ni sanggup pegi ke Nilai3 semata2 nak shopping waktu rehat tu, dasat2.

Satu lagi yang menjadikan kawasan Putrajaya terutama Presint 2 ni sesak pada hari Jumaat sebab Pasar Tani Mega yg bermula dari jam 10 pagi sampai 10 mlm, masalah utama apabila org ramai meletak kereta di bahu jalan kiri dan kanan sehinggakan jalan 3 lorong jadi satu jer, dah tu jalan tu antara nadi utama nak ke kawasan pejabat Presint 2,3,4. Tapi yang bagusnya, kaum2 hawa yg berdekatan kalau nak ke pasar masa rehat tgh hari diorang jalan jer so kurang laa sikit kereta atas jalan.

Lagi satu perkara wajib yg akan menyumbang kepada ramai keluar pada satu masa adalah utk mengambil anak dr sekolah, dlm hal ni tak boleh nak ckp apa2 la, dh kewajipan ibubapa, kalau yg naik bas atau jalan kaki tu lain laa, ikut cara masing2.

Masalah lalulintas lain kat Putrajaya ni adalah terlalu byk trafik light, dari rumah aku nak ke pejabat dlm 4km jer tapi ada 8 trafik light terpaksa aku tempuhi utk sampai ke pejabat. Hari ni pulak time nak masuk opis lepas solat Jumaat tadi salah satu trafik light tu buat gila, hijau naik dlm 5 saat jer, sempat lepas 4-5 buah keta jer sekali menyala hijau, dah tadi aku tersangkut kt situ dekat setengah jam. Diorang ckp trafik light kt Putrajaya ni jenis trafik light pintar, boleh detect kereta byk ke sikit, tapi aku tgk tak pintar pun, bengong lagi ada laa.



Itulah serba sedikit senario hari Jumaat di Putrajaya ni. Apa pun aku rasa bersyukur dpt kerja di Putrajaya ni, walau pun mcm2 senario tapi tak ler seteruk keadaan org dan trafik jem di KL, itu boleh kata kena bawa nasi dan air buat bekal kalau dh tau nak sangkut dlm jem hehehe.

Jumpa lagi ... Adiooss




Terbang ...


Terbang ...

terbang mindaku
terbang jiwaku
terbang semangatku
terbang perasaanku

terbang mencari ranting hinggap
terbang mancari arah
terbang mencari kedamaian
terbang mencari jawapan

terbang ke destinasi hidup
terbang ke destinasi cita
terbang ke destinasi usia
terbang ke seluruh maya

terbang ... terbang ... terbang ...

terbang terus .. terbang mencari ketenangan abadi ...

Ukiran Sanubariku


What a boring tuesday ..

Seharian kat ofis arini aku mcm buntu, keja mmg byk tapi aku mcm tak boleh nak atur keja aku, yang mana nak buat dulu, yang mana kemudian. Kepala otak aku ni mcm beterbangan ke merata tempat, ke kampung aku dengan keadaan ibu ku yang makin tak sihat yang memerlukan aku mengaturkan sesi pembedahan utk dia, ke klang aku dgn buah hati aku yang aku tahu penghujung kisah aku dan dia dah semakin dekat.

Kenapa lah aku diuji sebegini rupa, semua datang serentak menggerudi kepala otak aku ni, yang mana satu aku nak selesaikan dan yang mana satu mmg aku tak boleh selesaikan langsung. Aku betul2 buntu, wajah ku mengukir senyuman tapi hati dan minda ku dipahat duka dan lara yang berpanjangan. Bilakah aku dpt hidup dgn tenteram dan selesa.

Tapi aku tak salahkan sesiapa, aku tak salahkan ibu ku, itu takdir tuhan yang menguji diri dia dan aku sbg anak akan terus berusaha untuk memberi yang terbaik kepadanya kerana itulah kewajipan aku sbg anak, ibu membesarkan aku bertahun2 takkan aku tak sanggup menjaga dia bertahun2 jugak, dia ibuku, syurgaku di bawah telapak kakinya. Sekaranglah masanya utk berbakti kepada dia, jgn setelah dia tiada baru mahu ditangiskan kepergiannya, masa itu sudah terlambat. Sayangilah ibu kita selagi ada nafasnya selagi dpt dilihat senyuman dibibirnya. Kau lah pengubat dukaku kaulah tempat aku mengadu sepanjang usia ku.

Aku juga tak salahkan sidia .... bukan pinta dia dan bukan juga kemahuan dia yang kisah cinta ini akan berakhir, aku sayang dia dan dia sayangkan aku, tapi takdir penentu segalanya, pilihan keluarga terpaksa diutamakan, pilihan ibu, apakan daya syurga di bawah telapak kaki ibu, jadi aku redha yang sidia terpaksa menerima pilihan ibu walaupun aku tahu hatinya berat dan sukar utk lepaskan aku sebagaimana aku sukar melepaskan dia. Aku tak mahu dia jadi anak derhaka dan aku tak mahu dia dibuang keluarga, biarlah aku korbankan cinta aku demi memastikan dia tidak derhaka kpd ibu dan kelaurganya. Ku harap pengorbanan aku mengajar dia ttg cinta sejati serta tidak semua lelaki itu buaya dan tidak semua lelaki itu tidak boleh dipercaya. Tak pernah aku rasa menyesal bersamanya, tak pernah aku rasa sia-sia kasihku curahkan kepadanya, semuanya aku lakukan dengan ikhlas dan jujur, sesungguhnya cinta dan kasihku sesuci embun di pagi hari. Walaubagaimanapun sama-samalah kita kembali ke alam realiti dan terimalah hakikat yang "tidak semua cinta akan bersatu".

Sabar wahai diriku, sabar wahai jiwaku, tenanglah wahai perasaanku, tenteramlah wahai hatiku, kuatlah wahai semangatku ... hanya doa aku utuskan, hanya harapan aku bentangkan ... semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Aminnn



Hectic Weekend


Hello all ..

Just nak share apa aku buat sepanjang weekend baru2 ni, what a hectic weekend ..

Sabtu pagi aku di rumah, mcm biasa laa cuci apa yg patut, rumah bujang laa katakan semua kena buat sendiri. Petang siskit aku ke Subang Jaya mengambil cik kak sorang tu hehe. Dari sana maka bermulalah aktiviti memandu aku, saja jer nak drive sebab dh lama tak meronda-ronda di KL. Lokasi pertama dinner, buat gila pegi makan nasi ayam Mancongkam kt area2 Setapak, mmg best n layan giler nasi ayam garing dia, walaupun sedap tapi aku penah rasa nasi ayam yg lebih sedap dari tu.

Lokasi seterusnya, Sportplanet Ampang, sebab nak jumpa member aku nirel & cik yah, lagipun masa tgh makan td pun nirel dh call suruh aku pegi n main futsal sebab ramai members yg kensel last minit, so aku pun bergegas laaa ke sana. Sampai kat court aku tgk ada 7 org jer main, patut laa mamat tu call aku tadi, mmg tak cukup korum. Terus salin baju dan kasut. Apa lagi aku terjah laa court futsal tu tanpa warm up dan tanpa apa2 aktiviti mereganggkan otot. Akibatnya aku dpt bertahan dlm 10 minit jer, lepas tu dah mcm nak pancit, dgn nasi ayam tadi mcam nak keluar balik jer .. adehhh haru betui, lepas melantak nasi ayam mainfutsal, bagus .. bagus .. rehat kejap n masuk balik, tapi tak sampai 10 mitin jugak aku dh lentok hehe .. tak tahan beb, lama tak menyepak nih, lagipun yang main tu semua muda2 lebih kurang 4-5 th muda dari aku. Nampak sgt aku ni dh tua hehe.

Lepas dari Sportplanet, pagi cari tempat minum lak, lokasi seterusnya char kuey teow Mali's Corner. Mula2 pagi yang kat jalan malinja tu, yg tenmpat asal dia, tapi samapai2 jer penuh keta parking nak cari lobang nak masuk parking pun takde, so last sekali decide pergi ke cawangan dia kat Danau Kota. nasib baik yang kat Danau kota tu senang jugak dpt parking walaupun keadaan agak crowded jugak, biasa laa malam minggu mcm tu ramai or pegi Uptown sebelah tu jer.

Dalam pukul 1.30 baru beredar dari Mali's dan aku pegi roda2 kat uptown Danau Kota tu, alang2 dh sampai kan. Dalam hati mcm nak beli jam n kasut crocs, tapi takde design yang best laa plak, so takde beli apa2 just jalan2 cari pasal jer hehehe. Lebih kurang jam 2.15 baru aku gerak balik. Letih giler, layan tido nyenyak malam tu hehe.

Adiosss


USIA



Beberapa posting terbaru dlm blog aku sebelum ni hanya review dan fakta so kali ni aku nak merapu laa pulak. Dah agak lama aku tak merapu dlm blog aku ni.

Kali ni aku nak sembang bab USIA. Bersempena tahun baru ni semua org meningkat usia masing2 ke usia baru, tapi benarkah usia kita meningkat? bertambah? ... atau usia kita makin menyusut dan berkurangan? Kenapa aku berkata sedemikian, seperti kita tahu semua manusia akan ada titik noktah dlm hidupnya iaitu MATI. Jadi semakin meningkat jumlah angka dalam umur kita makin dekat kita dgn titik itu, jadi makin kurang usia kita di dunia ini. Contohnya ditakdirkan kita akan mati pada usia 80 tahun, sekiranya skrg umur kita baru 20 thn jadi kita ada 60 thn lagi utk hidup tapi jika umur kita skrg 50 tahun kita hanya ada usia selama 30 thn lagi utk hidup. Maksudnya usia kita makin berkurang menuju titik noktah hidup kita kan.

Sebab sebenarnya aku merapu hal ni supaya kita tidak terlalu berbangga dengan umur yang tua. Ini kerana manusia yang tua umurnya mempunyai kurang masa utk melakukan sesuatu dlm memperbaiki hidup dan bekalan utk hari selepas titik noktah hidup di dunia. Mungkin pengalaman luas kerana hidup lebih lama dari yg berumur muda tapi adakah kita belajar dari pengalaman tu atau kita sekadar menggunakan pengalaman itu utk berlagak dan bermegah dengannya. Setinggi-tinggi gunung sudah pasti ada lagi langit yang lebih tinggi darinya, setinggi-tinggi langit ada lagi bintang di atasnya. Jadi sama2 kita fikirkan.

Bagi aku, umur kita bertambah setiap tahun tapi usia kita makin menyusut dari hari ke hari menuju ke titik niktah hidup di dunia ini.

Sekian cerita merapu aku hehehe

Adiosssss


Burj Khalifa : The World's Tallest Building




Semalam 4/1/2010, telah dirasmikan pembukaan bangunan tertinggi di dunia yang terkini iaitu Burj Khalifa atau sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai. Pembinaan bangunan ni bermula pada September 2004 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2009. Ketinggian Burj Khalifa ini ialah 828 m (2,717 kaki), rasanya Petronas Twin Tower tu setengah jer dari Burj Khalifa ni .. giler tinggi.



Syarikat pembinaan utama bangunan ini ialah South Korean Samsung C&T, syarikat sama yang membina bangunan Taipei 101 dan Petronas Twin Towers. Selain itu, syarikat yang terlibat seperti Besix, Arabtec, Turner Construction Company. Nilai keseluruhan untuk projek Burj Khalifa ni adalah kira2 US$1.5 billion, dan untuk keseluruhan kawasan baru yang dikenali sebagai "Downtown Dubai" nilainya kira2 US$20 billion.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rupanya tok2 arab ni mmg nak menonjol di mata dunia dengan pembangunan kawasan2 elit seperti ni. Tapi seperti yang kita tahu, semuanya dibiayai oleh hutang. Baru2 ni kejadian Dubai Shock telah mengejutkan dunia terutama hegara Eropah yang memberi hutang kepada Dubai berjumlah berbillion2. Kejadian ni berlaku apabila syarikat2 di Dubai memohon untuk mendapat time extension utk bayaran hutang mereka yang mana jumlah yang perlu dibayar adalah lebih kurang 4 billion sebulan. Hampir semua pasaran saham dunia mengalami kejutan akibat permohonan ini, di London, pasaran saham jatuh 3 peratus akibat perkara ini.

Tak tahu lah apa yg tok2 arab ni pikir, mungkin dpt balik modal hasil jualan dan sewaan lot2 persendirian dan pernigaan dpt tampung hutang mereka tu tak dpt dipastikan. Tapi Dubai ada;ah satu bukti yang sesebuah kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat nama di mata dunia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan dari Wikipedia

Current records hold by Burj Khalifa

Tallest skyscraper to top of spire: 828 m (2,717 ft) (previously Taipei 101 – 509.2 m (1,671 ft))
Tallest structure ever built: 828 m (2,717 ft) (previously Warsaw radio mast – 646.38 m (2,121 ft))
Tallest extant structure: 828 m (2,717 ft) (previously KVLY-TV mast – 628.8 m (2,063 ft))
Tallest freestanding structure: 828 m (2,717 ft) (previously CN Tower – 553.3 m (1,815 ft))
Building with most floors: 160 (previously both 1 and 2 World Trade Center – 110)
World's highest elevator installation
World's fastest elevators at speed of 64 km/h (40 mph) or 18 m/s (59 ft/s) (previously Taipei 101 – 16.83 m/s)
Highest vertical concrete pumping (for a building): 606 m (1,988 ft) (previously Taipei 101 – 449.2 m (1,474 ft))
Highest vertical concrete pumping (for any construction): 606 m (1,988 ft)(previously Riva del Garda Hydroelectric Power Plant – 532 m (1,745 ft))
The first world's tallest structure in history to include residential space
Highest outdoor observation deck in the world
World's highest mosque (located on the 158th floor)
Elevator with the longest travel distance in the world
Tallest service elevator in the world
World's highest installation of an aluminium and glass façade, at a height of 512 m (1,680 ft)

Movie : The Imaginarium Of Dr. Parnassus





Sempat juga aku tgk filem ni, di Malaysia filem ni kurang di promosikan, aku tau filem ni mula tayang pun bila tgk poster kt panggung jer. Filem ni sebenarnya filem terakhir Heath Ledger yang mati sebelum siap sepenuhnya penggambaran filem ni. Wlaubagaimanapun kehadiran rakan2 Heath seperti Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel setelah kematian Heath telah mambantu menyiapkan filem ini, mereka membantu membawa watak Heath di dalam dunia imaginasi.


Director : Terry Gilliam
Cast : Christopher Plummer, Andrew Garfield, Lily Cole,Verne Troyer,

Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel
Jalan cerita :
Dr. Parnassus asalnya adalah seorang ketua sami yang telah hidup sejak beribu tahun dahulu dan telah ditipu oleh syaitan utk hidup sbg manusia biasa. Kemudian dia telah melakukan pertaruhan dgn syaitan utk mendapatkan keremajaan dan hidup selamanya kerana terpikat kpd seorang wanita muda, Pertaruhan itu adalah memberi syaitan itu anak perempuan dia setelah anak itu berusia 16 thn. Selepas isterinya mati, dia mengembara dengan menggunakan kereta kuta yg diubah menjadi seperti caravan dan juga sbg pentas persembahan dia. Melalui persembahan ini Dr. Parnassus akan cuba menarik sesiapa shj utk masuk ke dlm cermin misteri yang akan membawa ke dunia imaginasi. Dalam perjalanan ini Dr. Parnassus bertemu dgn watak Tony (Heath Ledger) seorang hartawan penipu yang cuba di bunuh oleh mafia Rusia.

3 hari seblum tiba hari lahir ke 16 anaknya, dia membuat pertaruhan terbaru iaitu utk mendapatkan 5 jiwa utk dibawa ke arah kebaikan di dunia imaginasinya itu sebelum syaitan dpt mengumpulkan 5 jiwa juga yang terpengaruh dgn nafsu. Tony membantu Dr. Parnassus tapi dgn niat tersirat dlm dirinya, tetapi akhirnya anaknya sendiri yang menjadi jiwa kelima dikorbankan kepada syaitan secara tak sengaja. Yang lain nanti korang pegi tgk sendiri ok hehehe.

Mungkin korang tertanya2 kat mana pulak dtgnya Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel ? mereka sebenarnya bergilir2 membawa watak Tony (Heath ledger) yang mana rupa Tony akan bertukar menjadi rupa mereka bila masuk ke dunia imaginasi melalui cermin khas dlm pementasan mereka. Walaupun masing2 hanya muncul seketika dlm filem ni tapi lakonan mereka amat berkesan dan meyakinkan.

Komen aku:
Filem ni secara ringkasnya adalah bertemakan Good vs Evil punya cerita. Yang mana Evil menggunakan daya tarikan nafsu utk merosakkan insan manakala Good memanipulasikan imaginasi insan utk memberi gambaran ttg jalan yang benar. Itu intipati saja, kalau tak menghayati betul2 mungkin penonton akan terbawa2 oleh mainan grafik dan suasana dunia imaginasi yang dihidupkan dgn bantuan CGI. Pembinaan watak2 dlm filem ini agak kelam kabut dan terlalu ringkas penceritaan watak dlm lakonan meraka. Mungkin disebabkan skrip yang kurang bagus.

Secara terus terang aku takde laa nak promote suruh korang pegi tgk filem ni sgt, sebab filem genre ni agak berat dan mungkin akan membosankan korang, sekiranya korang suka filem cinta, komedi atau aksi, lain laa kalau sebab korang nak sekadar nk tgk Johnny Depp, Jude Law atau Collin Farrel, utk yg pompuan ler hehe. Penceritaan ala2 pementasan teater dan digabung dgn kesan khas utk menggambarkan gelora perasaan/keinginan/nafsu serta perubahan set penggambaran yang tiada kesinambungan yang konkrit menyebabkan penonton tertanya2 kenapa tiba2 ada itu dan ada ini plak. Mungkin ada isi tersirat tapi agak sukar sampai keapda penonton dgn gaya penyampaian yg agak absurd sebegini. Mungkin berpegang kepada tajuk "IMAGINASI" itulah yang pengarah Terry Giliam membawa dunia imaginasi dlm filem ini dengan agak radikal. Kesan khas CGI yang digunakan mmg cantik dan bagus, tanpa kesan2 khas ini mana mungkin dunia imaginasi yang nak digambarkan dapat diwujudkan di layar perak. 

Pendapat peribadi aku lak, filem ni secara tersirat menggambaran sifat manusia yang suka mengikut nafsu walaupun manusia itu tahu yang ia akan merosakkan diri sendiri akhirnya. Byk pengajaran boleh dikaitkan dgn imaginasi2 insan yang memasuki cermin di dalam imaginasi tersebut. Setiap insan ada kemahuan, sehingga ke satu tahap dia sanggup lakukan apa sahaja utk dptkan kemahuannya tersebut. Filem ni membuat aku berfikir kenapa dan mengapa begitu jadinya. Filem ini sudah semestinya bukan utk sekadar hiburan ringan utk melepaskan stress tapi satu gambaran tersurat yang membawa mesej tersirat disebalik gambaran itu ... aku pun dh mula cakap pusing2 hehehe

Rating Aku




Dari 5 bintang hanya 3 BINTANG utk filem ini.





Fakta Menarik : Selaku sahabat yang prihatin, Johnny Depp, Jude Law dan Collin Farrel, mereka bukan shj membantu menghidupkan semula filem ini yang tak sempat siap kerana kematian Heath Ledger, malahan mereka telah mendermakan semua bayaran dan pendapatan dari hasil lakonan mereka di dalam filem ini kepada Matilda, anak perempuan Heath yang berusia 2 thn yang tidak tersenarai dlm wasiat Heath yang mana wasiat itu dibuat sebelum kelahirannya, Heath tidak sempat membuat wasiat baru sebelum dia mati. DIkatakan Tom Cruise juga telah menawarkan diri utk membawa salah satu watak Heath utk filem ini tapi ditolak pengarahnya.

Movie : Did You Hear About the Morgans?



Directed : Marc Lawrence.
Main Cast : Hugh Grant, Sarah Jessica Parker

Sinopsis cerita :
Berkisar ttg satu pasangan yang dlm proses berpisah disebabkan kecurangan si suami Paul Morgan (Hugh Grant), pasangan bandar yang masing2 berjaya dlm kerjaya mereka. Paul cuba memujuk Meryl Morgan (Sarah Jessica Parker) utk berbaik semula, tapi amat sukar. Mereka secara tak sengaja menjadi saksi kepada pembunuhan dan terpaksa mengikuti program perlindungan saksi. Mereka ditempatkan di sebuah daerah yang agak terpencil di Wyoming dan tinggal bersama pasangan cowboy. Di sini mereka mula mengenal kembali hati budi masing2 dan terbongkar beberapa rahsia lagi yang kembali mengeruhkan perhubungan mereka. Pada masa yang sama pembunuh tadi dpt mengesan lokasi mereka dan datang utk membunuh mereka. Tapi mereka diselamatkan oleh penduduk2 daerah tersebut.

Komen aku :
Ini adalah filem terbaru aku tengok kat cinema. Tengok tajuk pun mcm pelik sikit, tapi bukan sebab tajuk tu yang menarik minat aku, tapi sebab nak temankan cik kak sorang tu yang minat sgt nak tgk filem ni hehe. Alang2 dh tgk so aku review laa sikit.

Plot filem ni adalah lebih kurang typical love story yang lain ditambah dgn komedi ringa, mcm mana nak pikat hati si pompuan tapi kali ni nak selamatkan perkahwinan. Cuma ditambah suspen sikit dgn adegan bunuh dan tembak menembak. Dari segi lakonan dan jalan cerita bagi aku lebih entertain dari filem love story yg aku tgk sblm ni spt The Proposal lakonan Sandra Bullock, tapi tak leh lawan filem Ghost of My Girlfriends Past lakonan Matthew McConaughey dan Jennifer Garner.

Lakonan lak, Sarah Jessica Parker bagi aku lakonan dia ok laaa .. sebab aku tak pernah tgk dia berlakon dlm filem lagi cuba dlm siri Sex & The City jer. Filem Sex & The City pun aku tak tgk lagi. Tapi watak Meryl Morgan ni tak mencabar dan tak menyerlah lakonan sebenar sebab watak agak ringan. Hugh Grant lak aku rasa kena stop laa berlakon filem love story mcm ni, sama jer watak dia mcm Four Weddings and a Funeral dan Notting Hill, lagipun lakonan dlm filem ni kurang menyerlahkan aura charmingnya dan, tapi mungkin sebab loghat UK dia tu yg jadikan dia laku utk filem2 mcm ni, ada pompuan US cakap lelaki yg cakap dgn loghat UK ni sexy, ntah ler. Yang pasti wajah dia dah kelihatan agak tua skrg. Kehadiran Sam Elliot (Tombstone) dan Mary Steenburgen (Back To The Future 3) sekurang2nya membantu certa ini dgn lakonan bersahaja mereka yang byk pengalaman dlm filem2 koboi sebelum ini.

Filem ni sesuai utk rilek kepala otak sebab ringan dan senang nak paham, kalau saper2 nak rilekkan kepala dari filem2 penuh dgn CGI dan jalan cerita yang kompleks boleh laa layan filem ni, tapi aku tak excited sgt dgn filem ni, sekadar komedi ringan dan kisah cinta biasa yang boleh dibaca jalan ceritanya.

Rating aku :



Dari 5 bintang aku bagi 2.5 bintang.

HAPPY NEW YEAR 2010


HAPPY NEW YEAR 2010

Let it signify new and better things for you,
Let it signify a realisation of all things you wish for,
Let it signify a year of courage and believes,
Let this coming year be better than all the others.


Vow to do some of the things you've always wanted to do but couldn't find the time.
Call up a forgotten friend.
Drop an old grudge, and replace it with some pleasant memories.
Vow not to make a promise you don't think you can keep.
Walk tall, and smile more. You'll look ten years younger.
Don't be afraid to say, 'I love you'. Say it again. They are the sweetest words in the world.


Wishing everyone a very...very...very prosperious 2010
Related Posts with Thumbnails