The Spy Next Door : Hiburan ringan utk gelak ketawa sekeluarga




Director : Brian Levant
Cast : Jackie Chan, Magnus Scheving, Billy Ray Cyrus, George Lopez, Lucas Till , Amber Valletta,
Madeline Carroll, Will Shadley, Alina Foley, Katherine Boecher


Trivia
Rasanya dah lama aku tak tgk filem-filem Jackie Chan, rasa yang terakhir aku tgk The Myth dan New police Story rasanya, yg mana dulu pun aku dh lupa. Filem Jackie Chan di Hollywood lagi laa lama rasanya. Aku mmg peminat filem2 Jackie Chan dari kecik lagi, dari thn 80-an dulu lagi, filem yg paling aku suka Thunderbolt, giler nyer race keta. Tapi bila dia masuk ke Hollywood pun aku masih ikuti filem2 dia mcm Shanghai Noon dan Rush Hour. Semua box-office. Filem Spy Next Door ni filem terbaru Jackie Chan di US, mula2 tgk iklan dia mcm best, sebab tu aku pegi tgk.


Jalan Cerita
Seorang perisik dari China Bob Ho dipinjamkan keapada CIA utk membantu dlm satu kes, setelah selesai Bob bercadanag utk bersara dan pada masa yg sama dia menjalinkan hubungan dgn jiran dia iaitu Gillian (Amber Valette) seorang ibu tunggal yg mempunyai 3 org anak. Gillian mmg suka pada Bob tapi anak2 dia tak suka, jadi Bob perlu mengambil hati mereka dulu sebelum mahu manjadikan Giliian isterinya. Peluang dtg apabila Bob meminta utk menjaga anak2 Gillian kerana Gillian perlu pulang ke kampong utk menjaga ayahnya. Tapi semasa menjaga kanak2 tersebut panjahat dari kes terakhirnya berjaya menjejaki Bob dan mengancam keselamatan Bob dan kanak2 yg dijaganya.


Komen Aku
Aku nyer expectation cerita ni penuh dgn aksi akrobatik dan kungfu mmg tepat ler, tapi aku amat2lah kecewa dan boring dgn dialog/skrip filem ni, entah, aku rasa pelik ayat2 yg keluar dari mulut pelakon2 ni, tgk penulis sampai 3 org utk filem ni tapi kualiti skrip tak mencapai expectations aku. Satu lagi Jackie Chan masih ada masalah dgn bertutur dlm bahasa Inggeris walaupun dh lama berlakon di Hollywood. Jackie juga nampak tua tapi aksi masih lincah, dia pun dh berusia 55 thn so mesti laa nampak tua kan hehe. Lakonan pelakon2 dlm filem ni jugak agak biasa dan tak berapa menonjol sebab watak2 masing2 tidak berat. Dari segi pembinaan watak amatlah kurengggg sikit, byk ditumpukan kepada watak Bob Ho tu jer, yg lain mcm diabaikan dari segi pembinaan watak dan karekter cuma yang agak jelas watak anak tiri Gillian.

Watak penjahat lak, nak kata ganas pun tak jugak tapi watak penjahat agak comedian sikit laa, watak penjahat pun leh buat penonton ketawa hehe. Filem ni takde laa ganas2 sgt kira masih boleh dijadikan hiburan sekeluarga. 

Aksi2 akrobatik masih best, mmg ni semua hasil nasihat Jackie sendiri laa rasanya, sebab style lawan dan akrobatik tu mmg mcm trademark dia jer. Cuma ada beberapa aksi yg tak berapa lancar, nampak sgt pelakon tu mcm bergantung atau diikat dengan tali. Tajuk pun SPY kan so sure tak sah kalau takde gadget spy, antara gadget yg ada pen laser, computer besar, tali pinggang yg boleh jadi pedang, kamera dan tracking bug, flame thrower saiz poket, jam yang ada gergaji dan jugak peluru misil saiz poket .. giler tul idea hehe

Selain aksi2 dan gadget2 spy, filem ni ada mesej yng nak disampaikan terutama mesej ttg kekeluargaan supaya jangan kita nilai seseorang tu tanpa mengenali dulu hati budinya. Simple jer kan.

Rating Aku
2.5 bintang jer, sebab tak mencapai expectations aku utk filem lakonan Jackie Chan dan dialog yg tak best. Tapi untuk hiburan sekeluarga ok laa nak gelak2 dlm panggung.








p/s: lepas ni nak tgk filem komedi The Rock lak .. Tooth Fairy






0 Response to The Spy Next Door : Hiburan ringan utk gelak ketawa sekeluarga

Related Posts with Thumbnails