Kembali Ke Dunia Blogging


Assalamualaikum ..

Fuyyoooo .. dah bersawang blog aku nih, bukan tahap bersawang tp jin pun dah berselera nak singgah kot hehe ..

Banyak yang berlaku dalam hidup seharian aku sepanjang aku mendiamkan blog aku nih .. akan aku coretkan sedikit demi sedikit ke dalam blog kecil ku ini dari semasa ke semasa mulai tahun baru akan datang. Bulan Disember ini mmg bulan yang amat kelam kabut untuk aku, dengan kerja pejabat yang tak putus2 menerjah hari-hari aku dan juga pengaruh hobi dan minat aku yang kadang2 memenuhi saat hujung mingguku. Ada yang menarik dan ada yang pelik so sampai masanya nanti akan aku coretkan untuk rakan2 yang sudi membaca.

Sehingga bersua kembali dlm masa terdekat nanti ... Wassalam

Kewajipan Zakat Fitrah













Dah melepasi separuh bulan menempuhi bulan Ramadan. Dalam kehangatan membuat persediaan menyambut raya, sudahkah kita menjelaskan Zakat Fitrah yang menjadi kewajipan juga di bulan Ramadan ni. Di Wilayah Persekutuan tahun ini 2010 jumlah zakat fitrah adalah RM7.00. Sebaiknya pemberian zakat fitrah ini dibuat di kawasan kita mencari rezeki. Contohnya : rumah kita di dalam negeri Selangor dan kita bekerja di Wilayah Persekutuan, adalah sebaiknya zakat fitrah ini dibayar di Wilayah Persekutuan. Tapidalam kes tadi, tidak menjadi dosa atau kesalahan kalau memberi zakat fitrah tersebut di kawasan tempat tinggal, tapi lebih afdhal diberi di kawasan kita mencari rezekiBerikut sedikit penerangan tentang Zakat Fitrah yang diambil dari www.e-zakat.com.my ... sama2lah kita menunaikan tanggungjawab kita.


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud :

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim.

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :

1. WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

3. WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

4. WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Puasa ke ?


Alkisah ... 

Aku sekarang tiap2 hari kerja luar sejak dari sebelum puasa lagi. Tempat aku kerja ni pulak berhampiran food court dan 2 kedai mamak yang agak famous kt Presint 9 Putrajaya. Tempat parking kereta pulak memerlukan aku berjalan melalui kawasan belakang food court dan kedai mamak tu untuk ke tempat aku bekerja. Jadi nampak gambaran rutin perjalanan harian aku kan. Jadi, secara tak langsung dapat laa aku tgk dan amati keadaan di kawasan restoran mamak tu setiap pagi dan setiap tgh hari waktu nak masuk dan nak keluar rehat.

Apa yang menjadi tanda tanya pada aku, selalu sgt aku nampak jejaka2 yang berwajah Melayu membeli makanan masa pagi dan juga tgh hari dari kedai mamak tu. Lagi menjadikan aku was-was pernah aku nampak lelaki ni masuk kedai mamak pakai helmet dan visor masih tutup muka beli makanan, bila dia nampak aku dgn memeber2 aku menuju ke tmpat parking bleh pulak main sembunyi2 sebelah tiang. Satu lagi, rupa2nya kedai mamak ni ada konsep "drive thru" skrg, dasat .. dasat .. tak payah turun kereta, parking jer belakang kedai order jer nak lauk apa jap lagi sampai laa order tu ke kereta, makin maju mamak skrg dah boleh lawan fast food restaurant.

Itu ler, gelagat yang selalu aku nampak hampir tiap2 hari di kawasan ni. Sebab tu ler tajuk entri ni "PUASA KE?". Aku tak cakap yang diorang yang beli tu tak puasa sebab aku tak nampak diorang makan. Mana ler tahu kot2 belikan untuk rakan2 non-muslim atau rakan2 pompuan yang uzur kt ofis. Tapi terpikir lak, rasanya rakan2 non-muslim yang kerja kerajaan ni tahu nak hormati rakan2 yg puasa dan takkan sekali2 minta tolong belikan makanan di bulan puasa ni. Rakan2 pompuan yang uzur lak dh tentu segan dan malu nak minta tolong belikan sebab nanti org tau dia tgh dtg bulan hehe. Jadi ... fikir-fikirkanlah.

Jika benar lelaki2 segak dan macho ni tak puasa, ishh tak malu ke kt adik2 sekolah rendah yang cuba untuk puasa sampai lembik tu. Lepas tu dah dewasa pun tak puasa mcm mana nak nasihatkan anak2 (kalau ada atau bakal ada) suruh puasa, dh hipokrit namanya. Setiap tahun sebulan jer yang diwajibkan puasa, lagipun byk kesan2 baik dari berpuasa ni. Jadi selamilah hikmah berpuasa tu dan jgn pikir ia sbg beban sahaja.

Aku & Salesman di Plaza Low Yat


Entri sebelum ni aku ada cerita ttg laptop baru. Entri kali ni pun ada kaitan dengan laptop tu juga. Nak cerita aritu lagi tp mcm dh panjang sgt laa plak. So airini meh nak share sikit pengalaman.

Pengalaman ni mmg selalu jugak aku kena sebelum ni, sebabkan selalu kena tu ler aku rasa nak share. Hari aku pegi ke Plaza Low Yatt utk beli laptop aritu aku pakai simple jer, kargo pant dan t-shirt collar yg mcm lusuh sikit dan pakai lah sandal jer .. hujung minggu laa katakan, lagipun niat nak ke situ jer bukan nak melencong ke mana2, bulan puasa lak tu. So aku pun mundar mandir, hulur kepala masuk semua kedai yang aku nampak menarik offer dia.

Dalam aku masuk keluar kedai tu, aku dpt mcm2 layanan ... yg terlebih ramah pun ada, ni geng2 pakistan ler, yg tak bercakap langsung pun ada, dia tgk jer aku jalan2 dlm kedai dia. Tapi yang paling aku rasa agak nak marah dan agak dipandang rendah bila salesman tu pandang aku mcm aku ni nak mencuri jer, lepas tu bila aku tanya, cara dia jawab tu nak tak nak jer, mcm dia pikir "ada duit ke mamat ni?" .. sebab laptop yang aku tanya tu mmg agak mahal .. bila aku tanya ttg model tu dia alih citer tunjuk aku model lain yang specs rendah dah harga pun rendah dlm RM1000 lebih jer. Aku tunjuk lagi model yg mahal tu, still dia mcm tak nak jual kt aku, dia cakap yg specs biasa tu pun boleh guna sama mcm yg mahal tu, dia ingat aku bodoh ke apa. Mcm laa aku ni buta IT. Lepas tu ada lak yg bila aku tanya model tu di jawabnya kat Times Square ada ler dgn gaya muka endah tak endah jer, hampir 5 kedai layan aku mcm tu .. dh hampir nak naik hangin dh aku, dah ler letih berjalan dlm tu bulan2 puasa ni.


Akhirnya aku naik floor atas sekali, terjumpa aku satu kiosk kecik jer dgn 2 org budak melayu duk terang ttg laptop kt customer. Bila aku tanya, dia ckp dia nak cek, lepas tu dia bagitau dia ada jual model tu tp dia tak simpan stok, tp boleh pergi ambil. sebab dia takde display model tu, dia tarik aku pegi kedai lain tunjukkan contoh model. Mmg yang aku cari2 .. dan dengan cara dia layan aku sama jer dgn customer lain aku amik keputusan beli kat dia jer lah. So dia pegi amik laptop tu dan keluarkan dari kotak, dua2 asyik belek jer laptop tu. Dia cakap ni 1st time dia dpt jual laptop tu .. masing2 test sana test sini sampai bos dia dtg pun mintak nak try jugak hehe. Lepas dah settle payment semua dan dia install kan beberapa software so dgn rasminya laptop tu jadi milik aku. On the way nak turun tu aku lalu depan kedai2 yg kerek dgn aku td dan ada sorang dua salesman yang tak layan aku td asyik tgk jer kotak laptop aku tu, mesti diorang tahu model dan harga laptop aku tu kan. So nasib korang ler.

Cerita ni bukan nak bagitau sekali lagi ttg aku beli laptop tu .. tp nak sampaikan mesej di sebalik pengalaman aku ni. Bila nak berniaga, kita kena layan semua pelanggan kita sama jer, biarlah yg dtg tu nampak selekeh jer, tp layan dgn adil dan saksama. Kadang2 brg yg nak dijual tu ada juga dijual di kedai lain yang berhampiran jadi apa yang membezakan ?? harga pun lebih kurang jer ... so yg membezakan adalah layanan. Kalau layana K.O. konfirm org malas nak beli dgn kita. Jgn pikir pelanggan yang selekeh tu takde duit, kadang2 sengaja dia pakai selekeh utk elak tarik perhatian org sebab mmg dia ada bawa sejumlah wang yang byk. Jadi utk elak jadi mangsa dia pakai ler biasa2 jer atau selekeh sikit. Tapi tgk2 salesman pun dah pikir macam penyamun, yang nampak bergaya dan kelas dilayan lebih dari yang pakai biasa tu. Mcm mana ler jadi saleman diorang ni. Jadi fikir-fikirkan lah.

New Gadget In The House


Aku dah update kat dalam FB aku dah beberapa hari lepas tentang new gadget ni, so skrg aku update ler aper kebendanya benda baru aku miliki nih.

Apa lagi kalau bukan laptop baru ... i likeeeeee hehehe. Dah lama aku asyik membebel jer ttg laptop lama aku yang rosak dan tak dpt nak buat kerja2 yang memerlukan computer di rumah. Dah lama juga aku pasang niat nak memiliki laptop baru untuk mudahkan kerja2 aku. Akhirnya dapat juga aku memiliki sebuah laptop baru .... Alhamdulillah.

Disebabkan benda alah ni harganya ribu-ribu jadi mmg ler ku cerewet sikit nak membelinya, dengan specs yang aku nak ler, dengan bentuk ler dan kelebihan2 yang ada ler .. yer laa nak labur ribu2 ni kena laa cari yang betul2 puas hati sebab nak guna lama, dah tu dah berapa lama aku simpan duit nak beli benda ni. Habis tempat2 yang ada jual laptop dekat dgn rumah aku survey Alamanda, The Mines, Summit USJ, Warta Bangi ... tapi last sekali kat Plaza Low Yat jugak aku belinya hehe.

Sebab dah kritikal sgt keperluan laptop ni untuk aku dan tgk simpanan pun dah mencukupi aku pun terus menuju ke Plaza Low Yat pada hari Sabtu lepas. Niat di hati aritu aku kena gak beli laptop sebab kang aku guna ke lain lak duit yang dah aku kumpul tu. So pergi ler aku sorang2 ke Plaza Low Yat tu. Mujur aku keluar awal, takde ler jem sgt jalan, lagipun dah bulan puasa kan, ramai yang rehat kat rumah lagi kot hujung minggu pertama bulan puasa.

Sampai saja Plaza Low Yat aku mula ler mundar mandir tgk laptop, alamak jadi kelabu mata ler plak, byk sgt laptop yg dijual, dan satu lagi byk pulak mat Pakistan menjual laptop kat Low Yat ni, dah lebih ramai dari penjual Cina plak. Penjual Melayu dah kurang sangat, kalau nampak pun just pekerja saja yang bekerja dengan tokey2 Cina.

So terus ler aku jalan dan jalan. Dalam kepala aku mmg ada target dah iaitu laptop DELL Studio XPS 16, pernah aku citer dh ttg laptop tu kat dlm entri sebelum ni. Tapi bila aku tgk depan mata dah kurang berkenan ler plak sebab tebal giler bentuk dia, disebabkan aku mencari laptop yang saiz skrin 15.6 inci jadi maybe tu ler yang mebuatkan ia jadi tebal dan berat. So mcm kecewa sikit aku mcm nak kensel jer nak ambil yang srin 15.6 inch tu, dan mula tgk yang saiz 14 inch tapi yang guna processor Intel Core i7. Tgk beberapa tempat dan banding best price.

Tapi nak dijadikan cerita aku sampai kat satu lot kiosk laptop yang dimiliki oleh pemilik Melayu, budak2 kerja dia pun ramah dan layan aku dengan baik, siap bersungguh-sungguh nak tunjukkan aku satu model tu walaupun diorang takde display, siap bawa aku ke kiosk Acer tunjuk. Sekali tgk aku teringat yang aku pernah tgk model ni kt JB masa outstation aritu dan mmg mcm minat jugak kt model ni. So bincang2 punya bincang, kawim punya kawtim dan specs pun mmg mengikut apa yang aku nak ... paling penting processor Intel Core i7 dan graphic card ATI Radeom 1 GB dan 4GB DDR3 Ram. So last sekali close deal terus ler dgn kedai tu, lagipun dah letih aku mundar mandir satu Low Yat. Bila sampai jer laptop tu aku dan budak2 kerja tu pun mcm jadi jakun tgk laptop ni, diorang cakap ni 1st time diorang jual model ni dan mmg tak pernah guna pun model ni sebelum ni. So dari idamkan DELL last2 aku beli ACER hehe .. ACER 5943G dengan harga RM4770. Mmg mahal tapi ada sebab aku beli dan sebab tu ler lama aku kumpul duit hehehe.



Specifications
ModelAcer Aspire 5943G-724G64 Notebook/ Laptop
Operating SystemWindows 7 Home Premium 
Display15.6" HD LED 16:9 1366 x 768 pixel resolution
ProcessorIntel Core i7-720QM Processor
(1.6GHz, 6up to 2.8GHz, MB L3 Cache, 
DDR3 1333MHz, 45W)
Memory4GB DDR3 Memory 
Internal drives640GB SATA HDD
GraphicsATI Mobility Radeon HD 5650 with 1GB of dedicated DDR3 VRAM 
AudioBuilt-in speaker Dolby Home Theater
Optical Drives4X Blu-ray disc writer/ DVD-Super Multi Double Layer Drive 
BluetoothIntegrated Bluetooth® 2.1+EDR
WiFiYes
WebcamYes 
Card ReaderMulti-in-1 card reader 
Battery6-Cell Li-ion Battery (battery life up to 3 hours depends on usage)
Product Dimensions382 (W) x 269 (D) x 24/39.4 (H) mm
WeightProduct: Approx. 2.8 kg 

Rutin Puasa 1431


Dah masuk minggu kedua Ramadan 1431 ni rasanya aku dh dpt rutin biasa utk Ramadan kali ni. Sebelum tu, ttg tahun Hijrah ni kadang2 ramai juga yg tak pasti dh tahun ke berapa sekarang, mcm aku taip kat atas tadi tahun ni 1431 Hijrah, aku senang nak ingat tahun Hijrah ni sebab aku dilahirkan pada tahun 1400 Hijrah, jadi setiap kali perubahan usia aku itulah 2 angka terakhir utk tahun Hijrah setiap tahun.

Ok, kita berbalik ttg rutin Ramadan aku tahun ni. Pagi2 aku mmg bangun sahur, tahun ni mcm senang pulak aku bangun sahur, niat nak bangun sahur Insyaallah akan dapat bangun dengan mudah, dan selalunya dah terjaga sebelum alarm aku bunyi lagi ... Alhamdulillah. Time sahur ni selalunya lauk dah ada yang aku sejukkan dari waktu berbuka tadi, just nak kena panaskan semula jer, kalau aku tak beli lebih lauk waktu berbuka so aku masak ler benda2 yg simple2 dan cepat mcm goreng ayam atau telur jer, benda2 ni mmg aku beli dan simpan dlm peti sejuk. Paling senang aku masak nasi goreng jer hehe. Nasi mmg dah masak sebelum aku tidur lagi. selalunya aku selesai sahur ni dlm pukul 5.00 pagi dan rutin terkini lepas sahur skrg aku layan cerita Nurkasih kat TV3, pandai betul TV3 letak rancangan ni time mcm tu, mmg layan ler sambil tunggu azan Subuh. Rancangan ni plak dari pukul 5.00 sampai 6.00 pagi, habis jer rancangan dah masuk waktu Subuh. Lepas solat Subuh kdg2 aku lelapkan mata gak kejap sebab takde apa nak buat lagipun sekarang aku kerja kat luar dan tempat aku bekerja skrg ni masuk lewat sikit.


Permulaan siang aku mcm biasa ler, pergi kerja ... nasib baik skrg aku kerja luar dan office tempat aku kerja skrg dekat sgt dgn rumah aku. Seharian kerja sampai pukul 5.00 ptg. Lagi dipermudahkan kali ni, tempat aku kerja ni sebelah jer dgn food court yang ada jual juadah berbuka puasa dan paling best harga kat sini lebih murah berbanding pasar Ramadan kat Presint 2. Lagipun aku mcm malas nak pergi ke Presint 2 sebab ramai sgt org, nak cari parking ler, nak menapak tgk juadah dan paling tak best MAHAL. Juadah aku senang jer, 2 atau 3 jenis jer dan maybe beli lebih sikit utk simpan ke sahur. Lepas membeli ni aku terus balik dan tunggu jer waktu berbuka, sempat lagi reha kejap kat rumah sebelum waktu berbuka. Malam plak aku ke surau utk solat terawikh kalau takde apa2 hal lain, terawikh kat surau pangsapuri aku jer, nak pergi Masjid Putra atau Masjid Besi mcm membazir minyak ler plak dan dah tentu time nak keluar tu tersangkut mcm thn lepas aku terawikh kat Masjid Besi.

Itu ler rutin bulan Ramadan aku tahun ni, simple dan mudah. Banyak spend time kat rumah jer, so dpt ler rehat sikit dari aktiviti lain yang biasa aku buat pada bulan2 lain.
Related Posts with Thumbnails