SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432



1 Syawal bakal menjelma dan diri ini sentiasa sedar yang diri ini hanya insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kekhilafan dan kesalahan. Oleh itu, dikesempatan ini diri ini ingin menyusun jari memohon maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan samada yang lama dan yang baru dan juga yang tidak ku kenali dan juga pembaca blog ini, sekiranya ada kekhilafan yang menyinggung perasaan.

SALAM AIDILFITRI

Iftar @ Man Tomyam, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan


Buat pertama kali untuk Ramadhan kali ni aku berbuka di luar. Program iftar ni adalah anjuran WiSER Negeri Sembilan (WISER - gelaran untuk ahli komuniti wisecommunity.net, portal pemilik kenderaan wira aeroback special edition). Aku memang selalu join program wiser N9 ni dari tahun 2009 lagi, jadi mmg dah rapat dengan rakan di sana.

Selepas keluar pejabat aku terus menerjah highway PLUS dari exit Kajang menghala ke Seremban, Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang kesesakan atau masalah. Lebih kurang 30 minit perjalanan aku tiba di lokasi petemuan dgn host program, bro Ijam di hadapan Hotel Seri Malaysia Seremban. Dari situ perjalanan diteruskan ke lokasi di Restoran Man Tomyam. Sebelum hari kejadian aku dh search tgk ttg restoran ni, dan kebanyakan feedback dari pelanggan terdahulu mmg positif terutama dari segi cepat dan original Thai taste. Jadi teruja juga nak mencuba bila dah ada jemputan nih.

Aku dan Ijam org pertama sampai diikuti oleh ahli2 WiSE N9 yang lain, total 13 orang. Bila sekali sekala bertemu ni mmg meriah suasana dengangelak tawa dan sakat menyakat. Menuju ke meja yang telah ditempah khas, aroma tom yam dan lain2 hidangan mula menerjah deria bau, mmg menyelerakan aromanya. Di atas meja telah tersedia hidangan yang baru sahaja siap dihidangkan ... menu2nya ... siakap sweet sour, kailan ikan masin, puyuh goreng, kerabu mangga dan tomyam campur a.k.a tomyam pok tek a.k.a perahu pecah.

Sebaik sahaja azan berkumandang maka hilai tawa berhenti seketika dan sama2 menjamah juadah yang tersedia. Program lebih kurang jam 9.00 malam dan aku bergerak pulang ke Putrajaya semula. Hidangan mmg begitu menyelerakan terutama siakap sweet sour dan puyuh goreng, tak pernah aku makan puyuh sebanyak tu. Total seorang RM30, bagi aku masih dlm kategori murah dengan hidangan yang disediakan, siap ada yang tapau puyuh goreng lebih, bukan aku yg tapau yer hehehe.

Terima Kasih kepada WiSER N9 yang sudi menganjurkan prorgam tahunan mereka dan menjemput aku dan semua warga WiSE yang lain.




pic taken by wan



Video Pelajar Malaysia Dirompak Oleh Perusuh di London


Video ini menunjukkan seorang pelajar Malaysia dirompak oleh sekumpulan perusuh di London selepas dipukul oleh kumpulan perusuh yang lain sebelum itu. Video ini dirakam oleh seorang penduduk kawasan tersebut yang tidak dikenali, berkemungkinan dari rumahnya bila dilihat dari sudut dan ketinggian kedudukannya.



Sumber Video : The Sun UK


Pelajar tersebut dikenali sbg Mohd Asyraf Raziq Rosli, dalam perjalanan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa telah diserang oleh sekumpulan perusuh, dilaporkan pada masa tersebut beliau sedang berjalan bersama seorang lagi rakan beliau, tetapi rakan beliau sempat melarikan diri. Mohd Asyraf pada mulanya dibelasah oleh sekumpulan perusuh. Selepas itu ketika sedang kesakitan menahan luka pada mulutnya, beliau didatangi oleh kumpulan lain yang berlakon seperti cuba menolong beliau tetapi sebenarnya telah membuka beg dan merompak beliau. Dilaporkan oleh akhbar tempatan yang Mohd Asyraf kehilangan basikal, telefon bimbit dan wallet. Beliau juga telah dimasukkan ke Royal London Hospital akibat patah rahang dan kecederaan pada gigi dan akan menjalani pembedahan. Ibu mangsa juga telah di maklumkan oleh pihak MARA tentang insiden tersebut.

Dari respon2 di laporan2 berita dari London seperti The Sun dan The Telegraph, masih ramai penduduk London sendiri tidak menyokong rusuhan tersebut dan mengikut komen2 mereka, sebenarnya perusuh2 ramai menggunakan kesempatan rusuhan tersebut untuk mencuri, merompak dan melakukan kegiatan jenayah, bukan atas tujuan rusuhan atau perjuangan apa2, cuma sekadar mengambil kesempatan. Banyak kedai dipecah masuk, dirompak, dibakar dan di rosakkan. Begitu juga dengan kemudahan awam.

Rusuhan ini juga telah menyebabkan perlawanan persahabatan bolesepak antara England dan Belanda dibatalkan, kejohanan badminton piala dunia yang disertai pemain2 Malaysia juga dalam keadaan berjaga2. Dan paling membimbangkan England adalah kota London akan menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik musim panas pada thn 2012, ini boleh mengundang masalah dan imej negatif ttg keselamatan di London.

Rasanya buat masa skrg kalau ada rakan2 yang nak ke London tu batalkan lah dulu, tangguh ke masa lain. Keselamatan perlu diutamakan.


Tambahan gambar pegun untuk yang tak dpt tengok video.




Sumber Gambar : The Star Online


p/s: kalau kita dalam situasi mcm Mohd Asyraf ni, apa kita rasa dan fikir pada waktu tersebut ??



Insiden di Pasar Ramadhan


Bulan puasa tahun ni aku agak jarang pergi ke pasar ramadhan. Dah masuk hari ke sepuluh berpuasa, baru 3 kali aku ke pasar Ramadhan, itu pun 2 kali pada hari cuti. Lagipun dengar kata2 member2 yang dah pergi pasar ramadhan tahun ni harga barang agak mahal dan parking punya ler susah, so beli benda2 mentah dan masak jer simple2 kat rumah, lagipun malas nak buang masa pusing2 cari parking.

Dah dua lokasi pasar ramadhan aku dah menjelajah, pertama kat Presint 2, Putrajaya, dekat jer dengan office aku tapi hari biasa aku malas nak pergi sebab penuh sgt parking, so hujung minggu jer lah aku menapak. Kedua, kat Presint 15, Putrajaya, yang ni plak dekat dengan rumah aku, tapi tak sebesar yang di Presint 2 tadi. Tahun ni aku dapat tahu ada 4 lokasi pasar ramadhan di Putrajaya, Presint 2 paling besar, Presint 15, Presint 9 dan Presint 11.

Semalam kali kedua kau ke pasar ramadhan Presint 2, 1st time pergi lepas kerja dan nasib baik tak sesak sgt. Dapat jugak ler jumpa gerai yang jual kuih murah, 3 biji RM1.00 .. kira murah ler tu, kebanyakan gerai jual 5 biji RM2. Murtabak pun harga biasa RM2.00 sekeping. Tapi kat Presint 15 RM2.50. Jadi semalam menu aku berbuka Kuih keria 3 biji, Buah Melaka (onde-onde) 3 biji - RM2.00, Bubur lambuk -RM2.00, Murtabak -  RM2.00, air teh bunga - RM2.00 .. total RM8.00 .... sejarah tu aku pergi pasar ramadhan beli barang tak sampai RM10.00 hehehe.

Tapi ada sikit insiden time aku nak beli murtabak. Kalau korang tak pernah dtg pasar ramadhan di Putrajaya ni korang sure tak tahu beberapa sikap orang Putrajaya. Di pasar ramadhan Putrajaya untuk beli juadah ni org akan beratur cantik jer mcm kat kaunter pejabat. So jangan hairan ler kalau tempat yang menu special tu orang sanggup beratur sampai tawaf gerai tu. Tahun ni menu yang ramai orang beratur adalah Roti John Unan dan Murtabak Keramat. 

Berbalik kepada citer aku tadi. Time nak beli murtabak aku beratur n tunggu turn dekat 10 minit gak ler, tapi dlm bulan puasa ni tahu2 jer lah, 10 minit pun rasa lama. Tapi time aku tunggu order aku ada sorang mamat ni dalam umur 30an terus jer datang kat sebelah aku, terus order dan hulur duit, sedangkan kat belakang aku ada 6-7 orang lagi. Penjual tu minta dia beratur dulu sbb ramai lagi tgh tunggu, dia cakap takpe2 sambil hulur duit, aku dengar orang belakang dah perli2 mamat tu. Time penjual tu hulur murtabak aku dia lak hulur tangan depan aku n mcm nak ambik bungkusan tu. Apa lagi, kena tegur ler dengan aku, aku cakap "bang, tak tau beratur ker, kitorang beratur tunggu turn masing abg ni main potong Q jer, dh tu order saya pun abg nak potong, abg order apa tadi ?" tanya aku, murtabak ayam dia kata. Penjual tu cakap "ni murtabak daging, abang ni punya sambil tunjuk kt aku, cik beratur dulu yer" kata penjual tu. Aku pun tunjuk ke belakang sambil cakap "nampak tak line belakang saya ni bang, apa kata abg beratur dulu yer". Aku tgk muka org kat belakang aku mmg dh mcm bengang jer dgn mamat tu. Mamat tu pun jawab "kena beratur ke? sori yer bang", baru ler terkulat-kulat dgn muka malu2 cipan pergi kat  belakang line dan aku pun blah dari situ.

Bukan ler niat nak marah ke apa kat mamat tu walaupun ada rasa tak puas hati sikit, aku tegur pun dgn nada baik jer takde mcm sound pun, biasa ler bulan puasa tak baik marah2 org. Lagipun rasanya betul tindakan aku tu, untuk bagi kesedaran yang jangan pentingkan diri, orang lain pun nak cepat tapi bleh beratur dan bersabar tunggu turn, apsal mamat tu sorang jer tak boleh. Masuk waktu berbuka kat Putrajaya ni sama jer kat kawasan mana pun, kt Presint 2, Presint 8,Presint 9 dan mana2 Presint pun sama jer, so sabar lah sikit kan. Semua orang nak cepat tapi beretikalah sikit. Putrajaya ni tak sama macam Kuala Lumpur, drive kereta pun tak perlu cilok2 mcm sesetengah driver teksi tu yang bawa teksi macam kat KL, tu nanti ler aku citer dalam entri lain.

ciao

Buffet Ramadhan 2011 Dengan Harga Berpatutan (under RM50) - part 3


Selepas 2 entri berkaitan buffet ramdhan ni dipublishkan, nampaknya ramai yang berminat. Mungkin ramai yang sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa di luar pada masa ni.

Jadi untuk menambahkan lagi pilihan anda semua, aku masukkan satu lagi entri berkaitan, kira last entri berkaitan promosi berkaitan buffet Ramadhan yang murah dan berpatutan. Harap dapat menjadi sumber pilihan untuk anda berbuka puasa nanti.



MAEPS, Serdang
RM42.90 nett seorang
(promosi : boleh dapatkan baucer diskaun 10% dari harga di atas di laman Facebook MAEPS ni, search FB "ramadhan buffet maeps")



The Nomad Bistro, The Nomad Sucasa, Jalan Ampang
RM50.00 nett seorang


Hotel City Villa, Kuala Lumpur
RM32.00++ seorang



Malaya Steamboat, Sri Gombak
RM23.80+ seorang


Hotel Putra KL, Kuala Lumpur
RM45.00 nett seorang




Bangi Village Steamboat, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
RM25.00 seorang
http://bangivillagesteamboat.blogspot.com/


Palma Cafe 
(Kompleks PKNS Bangi/SACC Mall Shah Alam/Seksyen 19 Shah Alam)
RM28.00+ seorang


Dah habis buat listing, masa untuk mencuba plak mana yang sempat nanti.

Terima kasih kepada yang sudi menjengah ke blog ini dan kepada yang dah mencuba mana-mana lokasi yang ada dalam blog nih, silalah komen sikit sedap atau tak hidangan yang dah dicuba tu ... :)



Bonus Setengah Bulan


Alhamdulillah ... tu jer lah ucapan yang keluar, dapat gak maintain budget raya kali ni...
Dah beberapa tahun kakitangan awam tak merasa dapat bonus, akhirnya tahun ni dpt gak setengah bulan. Sebelum ni kakitangan awam hanya merasa bayaran saguhati, ihsan dan mcm2 nama lagi ler dipanggilnya sebanyak RM500 tapi tahun ni dapat juga merasa bonus setengah bulan. Dan diberikan sebelum raya .. lagi ler suka warga kakitangan awam .. tapi aku tak berapa suka, sebabnya, konfirm sebelum sampai raya dah habis duit bonus tu sebab berbelanja raya sakan. Lepas tu sama jer statusnya, duit bonus macam tak sempat pegang pun rasanya. Tapi tu masing2 punya sikap dan nafsu berbelanja ler. untuk yang berkeluarga besar tu memang banyak membantu lah untuk perbelajaan raya anak2. Ada pro dan kontra nya lah mengikut situasi.

Bagi aku pengumuman ni adalah bagus untuk tingkatkan motivasi kerja kakitangan awam seperti aku. Ramai orang memperlekehkan kakitangan awam ni, terutama orang yang kerja swasta. Bagi mereka kakitangan awamn kurang kerja dan tak profesional. Tapi hakikatnya kerja di sektor awam ni sekarang dah sama level dgn kerja swasta. Bertimbun-timbun kerja seharian, mengadap dokumen dan report sampai malam, kerja luar sampai berminggu kadang-kadang tu, kena tinggal anak bini bagi yang dah berkeluarga dan macam-macam lagi. Ramai orang memberi komen negatif sebab meraka tak tahu situasi sebenar dalam sektor kerajaan.

Selain itu, komen-komen negatif juga keluar apabila segolongan kakitangan awam ni suka membuat perangai malas dan membuat kerja sambil lewa. Memang tak dinafikan memang ada golongan sebegini dalam sektor awam. Tapi pernahkah disiasat betul2 level manakah, jawatan apakah kakitangan awam yang sifat sebegitu ? Kakitangan awam ni bukan semua lepasan diploma, bukan semua lepasan Ijazah ... ada yang lepasan SPM dan SRP juga. Jadi mentaliti dan cara motivasi kerja masing2 adalah berbeza, jadi jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kat pejabat yang ada pekerja tak sampai 50 org pun ada yang berperangai sebegitu ni kan pula kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang, mesti tak lepas dari keadaan dan masalah yang sama. 

Kadang-kadang aku tengok sesetengah kakitangan awam ni nak naik pangkat, tapi tak nak pindah. Bila kemahuan tak dituruti mula ler buat laporan kat NGO laa, buat press conference laa ... bukan ke masa mula2 minta kerja dulu dah diberitahu yang kakitangan awam ni mmg mobile dan mungkin akan dipindahkan mengikut keperluan. Kat office aku ni, antara tempat yang selalu kakitangan dipindahkan disebabkan naik pangkat atau sebab penstrukturan semula. Tapi tak pernah lak timbul situasi mengadu kat pihak luar nih. Yang rasa tak nak pindah disebabkan kenaikan pangkat diorang tolak offer kenaikan pangkat tu dan terus di tempat lama. Dalam sektor awam, jawatan bukan boleh senang-senang nak dicipta di tempat-tempat kerja. Perlu dapatkan kelulusan JPA dan kena babitkan peruntukan pula. Jadi kalau dah jawatan tu takde di tempat tersebut terpaksalah kakitangan tersebut ditukarkan, tapi ia untuk memenuhi keperluan naik pangkat kakitangan tersebut juga, bukan saja2 dipindahkan (kecuali ada kes2 lain di sebaliknya lah). Rasanya semua kakitangan awam faham kot situasi ni, tapi ada juga yang sengaja buat2 tak faham rasanya.

Satu lagi mungkin juga pembayaran bonus kali ni sebab pilihanraya dah dekat kot hehehe. Kakitangan awam ni 1.2 juta orang, pesara lak lebih 200 000 rasanya. Jadi besar jugak pengaruh kakitangan awam dalam pilihanraya ... tapi ni sekadar andaian aku jer lah hehe.

Banyak lak aku membebel ... yang penting untuk kakitangan awam semua, sama-samalah kita nantikan bonus tahun ni, dah dapat bonus tu jangan berbelanja mambabi buta. Berbelanja dengan berhemah dan guna akal bukan ikut nafsu ... ciao

Starbuck Coffee di Malaysia HALAL


Baru-baru ni aku ada terbaca satu petikan yang mengatakan Starbuck Coffee telah disahkan JAKIM sebagai HARAM. Aku takde lah hairan sgt sebab aku bukan minat pun hal2 berkaitan kopi nih. Tapi nak dijadikan cerita, harini sedang aku duk surf laman web JAKIM dan Halal sebab nak cari maklumat lain, tiba2 terserempak lak dengan kenyataan dari pihak JAKIM. Kenyataan yang berupa satu jawapan dari pihak JAKIM yang menafikan pihak JAKIM membuat pengumuman sedemikian. Jadi tergerak rasa nak maklumkan hal ni supaya sesapa yang baca blog aku ni tak mendapat info yang salah dari sumber yang tak betul.


Sila rujuk ke link berkenaan untuk mendapat maklumat selanjutnya ...

Mengikut jawapan JAKIM tersebut, Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM pada 1 Ogos 2009 dan sah sehingga 31 Julai 2012. Jadi, pengesahan yang benar sah adalah JAKIM mengesahkan yang Starbuck memang mempunyai Sijil Pengesahan Halal. 


Aku bukanlah nak suruh orang pergi beli Starbuck nih, cuma aku nak menyampaikan maklumat yang betul, tu saja. Kalau maklumat tu tak betul dan kita sebarkan jadi kita pun adalah ejen penyebar fitnah dan maklumat yang salah. Isu yang aku bangkitkan ni dari segi sebaran maklumat yang tak betul dan dari aspek HALAL, kalau dari aspek lain mcm syarikat Starbuck ni Yahudi punya ke, Amerika punya ke, yang tu isu lain dan takde kaitan dgn entri aku kali ni yer. 

Apa pun aku tak kisah sgt sebab aku mmg dah tak layan pun Starbuck ni, layan Kopi Cap Kapal Api lagi bagus hehehe ... ciao

Buffet Ramadhan 2011 Dengan Harga Berpatutan (under RM50) - part 2


Seperti yang dijanjikan, ini dia sambungan list buffet Ramadhan yang harga di bawah RM50.00 untuk pilihan anda. Tambahan dari entri Buffet Ramadhan 2011 Dengan Harga Berpatutan (under RM50) yang pertama haritu. Iklan2 yang baru terserempak, jadi bolehlah tambah lagi senarai pilihan.

entri yang sewaktu dengannya ...


Restoran Bangi Golf Resort, Bangi
RM48.00 nett seorang 
(harga di atas untuk pembelian kupon@tempahan awal call 03 - 8925 3728 or 03 - 8210 0265.)


Selamba Cafe, Wangsa Maju
RM29.00++ seorang



Aroma, Hotel Radius-International, Changkat Bukit Bintang
RM50.00 nett seorang



Bangkok House (Cawangan Shah Alam)
RM45.00 nett seorang



BBQ Restaurant Pannaz, Damansara Perdana

RM49.00 nett seorang



Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju
Isnin - Khamis RM43.90+ seorang
Jumaat - Ahad RM46.90+ seorang


to be continue ...

Manchester United Juara Community Shield 2011/12


Sebagai pembukaan tirai English Premier League/Barclays Premier League, sekali lagi menobatkan Manchester United sebagai JUARA Community Shield dan pasukan yang perlu digeruni bagi musim kali ini.


Pertemuan All Manchester .. Manchester United (Juara Liga) dan Manchester City (Juara Piala FA) berakhir dengan keputusan memihak kepada Manchester United. Penonton disajikan dengan 5 gol. Man City pada separuh masa pertama mendahului dengan 2 gol, tetapi Man Utd bangkit pada separuh masa kedua dengan mencatatkan 3 gol dan gol ketiga dijaringkan Nani pada masa kecederaan. 

Sir Alex Ferguson nampaknya menurunkan barisan baru Man Utd untuk musim kali ini dan nampaknya Man Utd tetap berbisa, pemain2 yang baru dibeli dan pemain2 muda dari akademi Man Utd nampaknya menunjukkan kredibilit sbg baik dalam perlawanan pembukaan ini. Sekali lagi Sir Alex Ferguson membuktikan pembelian dan pemilihan pemain baru musim ni menampakkan hasilnya. Man City nampaknya berputih mata dan mungkin agak kecewa dengan brisan pemain bintang yang dibeli dengan nilai tinggi masih belum dpt menumpaskan Man Utd kalai ini.

GLORY GLORY GLORY Manchester United.

Tandas Awam Yang Pelik & Unik


Entri kali ni, aku nak share pic beberapa toilet pelik dan unik yang aku terserempak kat internet. Yang pasti semua toilet ni takde kat Malaysia. Tapi kreativiti manusia ni memang kadang2 tak dapat dibayangkan.

Tempat buang air kecil open tgh2 public. Kalau ada kat Malaysia pun konfirm takde org nak guna rasanya. Tak pun ada yang saman Majlis Bandaraya yg buat tempat buang air kecil macam ni, TERLALU OPEN.

Yang ni lebih kepada hiasan, tapi mcm kelakar sikit, seolah2 ada pompuan tgh tgk kita buang air dgn ekspresi muka yang pelbagai hehe

Ini pula toilet di sebuah resort ski di Jepun, cara mereka mempromosikan aktiviti ski. Mcm betul2 nak mula berski. Sesiapa yang gayat tu rasanya payah juga nak menunaikan hajat dlm toilet ni hehe


Lastly, toilet nih, di Boston USA. Dinding diperbuat dari cermin ala-ala cermin bilik soal siasat polis. Dari luar just nampak cermin biasa, tapi bila masuk dalam, org yang menggunakan toilet ni akan nampak org ramai yang lalu lalang di kawasan tu. Walaupun org di luar tak nampak org di dalam tapi konfiden ke nak guna hehehe ...



Roller Coaster Paling Curam Di Dunia


Korang pernah naik roller coaster ?? kat Malaysia ni rasanya roller coaster paling menarik pun kat Genting Highland lah rasanya, Corkscrew tu kan. Tapi kalau nak dibandingkan dengan roller coaster yang aku nak citer ni rasanya macam langit dengan bumi.

Roller coaster paling curam di dunia, roller coaster ni terdapat di di Fuji-Q Highland, Jepun. Ia bergerak selaju 100 km sejam, menjunam pada ketinggian 43 meter dan tahap kecuraman 121 darjah!!! ... sudut tegak 90 darjah tapi ni 121 darjah, maksudnya orang yang menaikinya akan tergantung seketika bila sampai kat 121 darjah tu .... berani ke ? aku rasa aku surrender ler kalau ini mcm nyer cerita .... 






Perghhhhhhhhhhhh ... bleh tercabut jantung nih ... amacam .. ader bran ?? hehehe

Selebriti Putus Tunang


Nampaknya bila pegang title selebriti ni memang banyak dugaannya kan. Selalu kita dengar cerita selebriti ni bercerai berai selepas mendirikan rumahtangga. Tapi ada juga yang bahagia sampai ke anak cucu. Jadi kat mana silapnya pun tak tahu lah. Tapi baru2 ni heboh cerita tentang selebriti putus tunang. Berbanding bercerai tu rasanya putus tunang tak seberat kes bercerai talak ler kan, cuma mungkin ada pihak yang mungkin rasa malu disebabkan perancangan asal yang tak menjadi. Apatah lagi sekirnaya majlis pertunangan tu dibuat lebih besar dari majlis kahwin sesetengah orang tu.

Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi, bintang bolasepak muda negara yang semakin bersinar dalam kancah bolesepak negara, telah melangsungkan pertunangan dengan Aimie Harmelia pada 17 May 2011. Tapi ikatan pertunangan tersebut sekadar bertahan beberapa bulan sahaja apabila diberitakan Khairul Fahmi telah memutuskan pertunangan tersebut tanpa diketahui alasanya.


Ally Iskandar
tinggal kenangan

Siapa tak kenal Ally Iskandar, pengacara versatile di TV3 dan pernah menjadi pensyarah di UITM. Ally telah mengikat pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada awal tahun ini tetapi hanya bertahan sehingga 30 Julai yang lepas. Bekas tunangan Ally ini juga adalah selebriti sekarang selepas manjadi naib juara acara Gadis Melayu yang lepas. Dua-dua selebriti pun tak jadi juga yer, apalah masalah yang diorang hadapi sebenarnya kan.

___________________________________________________________________


Rasanya bila berbicara bab pertunangan ni, masing2 ada pendapat sendiri dan mugkin juga da yang terlupa dalam Islam menyuruh kita supaya merahsiakan pertunangan dan war-warkan perkahwinan, kalau nak maklumkan pun pertunangan ni hanya kepada saudara mara terdekat sahaja. Tapi zaman skrg apa yang dpt dilihat majlis pertunangan dah nampak macam majlis kahwin caranya, kadang2 lebih besar dari majis perkahwinan sesetangah orang tu. Sampai aku sendiri pernah terdengar seorang rakan aku yang dikategori org bandar ni pernah kata "bodoh" kepada orang yang bertunang diam2 dan tak buat majlis yang besar. Dalam hati nak juga aku tegur tapi apa nak buat bila dah dibesarkan dalam keadaan sebegitu. Tak perlulah aku nak huraikan panjang tentang merahsiakan pertunangan nih, kalau nak hurai pun mungkin entri lain ler. Kepada selebriti2 yang putus tunang nih atau sesiapa sahaja yang alami keadaan yang sama, harap bersabar dan berusahalah lagi. Mungkin dah takdir takde jodoh atau mungkin ada kesilapan pada diri kita sendiri. Jadi sama2 kita jdikan iktibar untuk kita perbaiki hidup kita pada masa akan datang .... Wallahua'lam.

Buffet Ramadhan 2011 Dengan Harga Berpatutan (under RM50)


Bulan Ramadhan pada masa kini tak sah kalau tak dikaitkan dengan promosi hidangan Buffet Ramadhan di hotel-hotel atau restoran-restoran. Ramai yang suka berbuka style Buffet ni sebab makanan secara All you can eat. Walaubagaimanapun seperti yang ramai juga tahu, harga per-head untuk buffet seperti ini semakin tinggi terutama di hotel-hotel yang ada mencecah lebih RM100 seorang. 
Dari pemerhatian dan bacaan blog dan website, rasanya dah banyak blog atau website yang listkan promosi-promosi buffet ni. Jadi aku buat kelainan sikit untuk list di blog aku nih, aku senaraikan beberapa promosi Buffet Ramadhan dengan harga yang berpatutan, harga di bawah RM50 seorang. Jadi bolehlah mencuba juadah berbuka puasa secara buffet di luar.




List Buffet Ramadhan Harga Di Bawah RM50.00



UPM Holding, Banquet Hall, UPM
RM39.90 Seorang



Kafe Hayaki, Platinum Walk Setapak
RM 28.00nett seorang
Masakan Melayu Ala Kelantan



Flaming Steamboat Buffet, Platinum Walk, Setapak
 RM26.90+ seorang
Ramadhan Steamboat Buffet (1-29 August 2011)










Restoran Intai-Intai, Ampang
RM48.00nett




Benjiana Steakhouse, Centrum Setiawangsa
RM28.00++
Western & Local Cuisine




INTEKMA Resort Convention Center, Shah Alam
RM47.00nett seorang



Chakri Xpress, Alamanda, Putrajaya
RM43.90++ seorang



The Sultani, Flamingo Hotel, Ampang
RM40.00++ seorang


Jadi silalah pilih yang mana sesuai dengan citarasa dan budget anda ... 
kalau aku ada terjumpa lagi buffet-buffet dengan harga berpatutan akan diupdate kemudian. 

Selamat Berpuasa.


to be continue ...

Pagi Dingin Yang Memanaskan Hati


Di pagi yang dingin dan menyegarkan nih, hati aku dah pagi2 dipanaskan dengan sikap pemandu yang tak bertimbangrasa harini. Hampir2 nak merosakkan mood kerja arini ... nasib baik tengah berpuasa dan masih awal pagi, tenaga dan mood masih ceria untuk ke pejabat. Tapi stil hati tetap sedikit panas gak rasanya .. adehhhh 


Still juga aku nak citer ... ader ke patut lady driver ni memandu di tengah2 line jalan, dah tu slow plak tu, maksud slow aku tu below 50 kmj, standard jalan di Putrajaya ni kelajuan adalah 60 kmj ke atas agak aku ler sebab jalan straight dan 3 lane. Seiring dengan aku ada lagi kereta, maksudnya kiri kanan aku ada kereta, si lady driver ni bawa MPV duk tgh2 line (betul2 atas line) so kereta dia saja dah makan dua2 lane kiri dan kanan, aku tak bleh nak potong dan kereta di kiri aku pun tak boleh nak potong. Nak masuk lane kanan aku dah ada kereta, bagi lampu pun still sama jer, apa yang dikhayalkan dlm kereta tu pun aku tak tau ler. ada ler dlm 100 meter duk follow. Last sekali sebelah kiri aku dah takde kereta, so aku masuk ke kanan sikit n potong MPV tu dgn keadaan agak rapat jugak ler, aku perhatikan lady driver tu dah mcm terkejut tgk aku potong rapat, dia cepat2 masuk kiri, lepas potong tu aku tgk dia dari kiri masuk balik lane tengah dalam kedudukan kenderaan yang betul, ishhhh apakebenda yang difikirkan laaa si lady driver tu sampai tak sedar dia memandu dgn kedudukan kenderaan yang merbahaya. Aduhhh ... Tapi tindakan aku memotong dgn agak rapat tu juga tak patut dicontohi sbb apa nak buat, hati agak panas ketika itu hehehe.
Related Posts with Thumbnails