Zakat Fitrah 1432 : Pastikan maklumat anda tepat.


Rasanya dah ramai yang memasukkan info zakat fitrah ini di blog masing-masing, tapi aku rasa terpanggil nak masukkan juga entri berkenaan zakat fitrah ni disebabkan ada terdapat sebaran maklumat salah mengenai kaar zakat tahun ini terutama sekali bagi kawasan Wlayah Persekutuan. Ada sebaran maklumat mengatakan kadar zakat fitrah di kawasan Wilayah Persekutuan tahun ini adalah RM5.20 bukan RM7.00 seperti yang dah ditetapkan. Jadi untuk rakan-rakan yang membaca blog aku ini harap pastikan maklumat anda tepat. Walaupun bila ke kaunter nanti kita dapat tahu juga kadar sebenar tapi sebaran maklumat yang tidak betul sebegini adalah tidak bagus, dan perkara tersebut pula adalah perkara yang wajib untuk kita sebagai Muslim.

Berikut adalah info Kadar Zakat Fitrah 2011 (sekiranya info aku ni ada juga kesilapan tolong maklumkan yer)



Info kadar zakat fitrah Wilayah Persekutuan.
Kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011 telah 
ditetapkan sebanyak RM7.00. 
Kadar tersebut telah diumumkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin 
Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP di 
Majlis Penyampaian Bantuan dan Pelancaran Ihya Ramadhan peringkat Kebangsaan 
tahun 1432H/2011M.
Penentuan kadar zakat fitrah diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum 
Syarak Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

0 Response to Zakat Fitrah 1432 : Pastikan maklumat anda tepat.

Related Posts with Thumbnails