Filem : UP IN THE AIR




Trivia
Sudah agak lama aku tak menonton filem lakonan George Clooney, tak byk filem dia yang menarik minat aku kecuali filem The Perfect Storm dan francais Ocean 11, Ocean 12 dan Ocean 13. Watak sbg Batman dalam filem Batman & Robin juga tak berapa menjadi. Apa yang menarik minat aku utk tgk filem Up In The Air ni adalah kerana filem ni dicalonkan dlm byk anugerah2 berprestij di US. So apa yang menarik sgt sampai tercalon dlm byk anugerah tu ?

Jalan Cerita
Menceritakan ttg seorang lelaki Ryan Bingham (Clooney)yang hidupnya sentiasa di udara (dlm kapal terbang) dan diabadikan untuk kerjayanya iaitu wakil syarikat utk memecat pekerja. Selain itu dia juga kadang kala member ceramah motivasi dlm seminar2 motivasi. Tugas dia sebagai wakil syarikat2 yg ingin memecat pekerja itu memerlukan dia menjelajah ke seluruh Negara dan dlm setahun tak sampai sebulan pun dia berada di rumahnya, semua hari2 dihabiskan dlm perjalanan, sehingga dia menjadi umpama pakar dlm cara2 travelling yg efisien. Disebabkan terlalu byk bergerak sehinggakan dia sendiri tidak memikirkan dgn serius ttg hubungan cinta atau perkahwinan, sehinggalah dia bertemu dgn seorang wanita Alex (Vera Farmiga)yang juga terpaksa travel utk tugasnya. Tapi akhir sekali dia mendapat tahu yang wanita itu sebenarnya sudah berkahwin. Selain itu, polisi baru syarikat dia juga cuba diubah oleh seorang staf muda dan baru Natalie Keener (Anna Kendrick) di syarikat yang baru sahaja bekerja di situ dan menyebabkan dia tidak berpuas hati kerana polisi baru itu tidak lagi memerlukan pakerja utk bergerak ke seluruh negara. Rasa tidak puas ahti itu di lepaskan kepada Natalie yang mana baginya Natalie adalah pekerja baru yang tak tahu ttg situasi sebenar pekerjaan tersebut. Akhirnya, Ryan ditugaskan untuk membawa Natalie bersama dalam tugasnya sbg latihan dan sbg pendedahan kpd Natalie. Apa yang terjadi seterusnya, kena ler tgk sendiri hehe.


Komen Aku
Adaptasi ke layar perak yang berkesan dari novel Walter Kim dan style filem ni ala-ala filem Jerry Mcguire lakonan Tom Cruise, tp watak dlm filem ni lebih cool dan matang. Bagi aku mmg berbaloi filem ni dicalonkan dlm anugerah2 besar, seperti juga filem Blinside lakonan Sandra Bullock, filem Up In The Air ni amat dekat dgn penonton, konflik yang diutarakan sememangnya akan dpt dirasai oleh penonton kerana ia adalah konflik biasa yang kita sbg manusia lalui. Permainan emosi oleh pelakon dlm filem ni bagi aku amat berkesan, terutama lakonan Clooney. Perbandingan kematangan usia dpt dilihat dgn 2 watak iaitu Bingham (40an) dan Natalie (20an), bagaimana watak ni menghadapi masalah, mcm mana Natalie menangis teresak2 di tempat awam sebab ditinggalkan kekasih dan bagaimana reaksi memendam emosi apabila Bingham mendapat tahu teman wanita dia sudah berkeluarga. Mmg filem seperti ini lebih dekat dgn penonton krn kita dpt merasai apa yang dilalui oleh watak tersebut.

Selain itu, penonjolan sikap wanita yang curang dgn suami juga jarang2 di utarakan secara terus dan matang tp selalunya diutarakan secara konflik, tp filem ni berjaya menonjolkan aspek tersebut secara matang dan terkawal. Cuma mungkin sesetengah pendapat filem ni agak anti komited relationship, tp bila menghayati watak Bingham tersebut pasti penonton dpt merasai kesepian yang dirasainya walaupun dia mengatakan dia sukakan tanpa sebarang komitmen.

Pembinaan watak disampaikan secara terus dan mudah, dan dari awal lagi kita dh tahu siapa dan latar belakang watak utamanya. Semua watak2 utama diceritakan dgn jelas dan mudah, watak Bingham, watak Natalie semuanya dpt difahami dan menjadikan penonton lebih memahami dan lebih dekat dgn watak2 tersebut.

Dari segi teknikal filem ni agak simple pada aku kerana ia lebih menekankan penceritaan dan watak, tp penggunaan airport sbg antara latar belakang utama filem ni mmg aku suka sgt, ntah ler kenapa aku pun tak tahu, tgk poster filem ni pun dah menarik sebenarnya dan ada maksud tersirat bagi aku. Tapi aku tak pasti airport yang digunakan dlm filem ni airport sebenar atau airport yang dibina khas utk filem ni, contohnya filem The Terminal lakonan Tom Hanks yang mana produksi membina airport skhas utk filem tersebut dgn skala sebenar utk imitate airport asal. Jadi kpd sesiapa yang suka kan filem Jerry Mcguire atau filem The Terminal aku rasa korang juga akan sukakan filem ni, tp filem ni tak segila Jerry Mcguire ler hehe.

Rating Aku : 5 bintang ... antara filem paling aku admire untuk tahun ni

HEADACHE


Alhamdulillah, selamat jugak aku sampai balik ke rumah dari kursus. Takde laa jauh sgt tmpatnya, tapi dari pukul 2.00 petang tadi kepala aku ni dilanda HEADACHE, sampai skrg pun masih rasa berdenyut2. Masa drive nak balik tadi aku dh risau semacam jer sebab tak bleh nak consentrate, ditambah dgn rasa mengantuk lagi, so slow jer aku drive balik tadi.


Rasanya ni kesan berjaga tgk bola semalam ler. Tempat aku menginap takde la plak siaran Astro yang ada bola, so terpaksa ler keluar ke kedai mamak kt area tu tgk game Belanda vs Slovakia, mujur ler on the way nak keluar terserempak dgn En. Aziz, (salah sorang bos and merangkap member ler hehe) dia pun minat bola jugak so dah dgn dia sekali aku angkut ke kedai mamak tgk bola hehe. Kira nasib baik ler ada member join tgk bola, kalau tak sorang jer ler aku melayan bola kt kedai mamak tu. Balik dlm 12.30 mlm sambung sembang lak sampai 1.30 pagi kt lobi tempat menginap. Pagi td masuk dengar taklimat, pukul 11.00 pagi mata aku dh layu hehe. Terpaksa ler jugak tahan sampai habis.

Ok lah .. aku nak keluar pegi pasar malam kejap, jalan2 sikit kot2 leh kurang sakit kepala ni.

Corat Coret Pendek


Harini hari pertama aku di kursus di Nilai, tak bawa laptop so susah sikit ler nak post entri. ni pun aku guna kiosk internet kt lobi asrama tempat aku menginap.

Semalam hari kedua tournament volleyball di UM, seperti yang dijangka team aku kalah di pusingan kedua, lawan dgn team DBKL so tak payah citer panjang ler kan, tu mmg team favourite utk jadi johan kejohanan.

Berbalik dgn kursus aku harini, aku daftar semalam lagi dlm pukul 6 ptg tapi terpaska balik ke Putrajaya semuala sebab ada meeting kelab untuk aktiviti minggu depan. Lepas meeting baru aku shoot balik ke tempat kursus ni sampai dalam pukul 12.30 mlm. Sampai2 jer dpt berita team England kalah 1-4 dengan Germany, tapi aku tak frust sebab team England bukan pilihan aku, nak tunggu tgk Spain & Belanda punya game.

Esok aku balik ke Putrajaya semula, sepatutnya ikut surat yg sampai kt ofis, kursus aku ni sampai Rabu tp pagi td diberitahu yang sampai Selasa jer pulak. Takde budget ler tu kot. So dua hari jer lah aku kat sini.

Ok .. nak pegi solat, rehat sejam jer ni.

Volleyball Tournament Di UM


Hari ni dari pagi sampai petang aku berjemur dalam court volleyball di Universiti Malaya sebab masuk tournament Volleyball MAKSWIP (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan). Tiba2 jer aku jadi bidan terjun untuk jadi pemain dan jadi manager team perempuan jabatan tmpat aku kerja. Dah lama aku tak menampar ni, tp mujur jugak ler aku jadi reserve jer tadi hehe, utk manager team perempuan takde masalah ler dan player2 pompuan pun dah biasa dgn aku.

Macam biasa ler tiap2 tahun, team yang jadi tumpuan mestilah team favourite iaitu team DBKL, mana tak nya ada player2 diorang dulu wakil Malaysia dalam acara ni, aku pun dah kenal dah player2 diorang sebab dah 6 thn join tournament ni tiap2 tahun. Asyik2 muka kitorang jer dan muka diorang jer hehe. Kalau player2 yang lama tu mmg dah kenal dah dgn player team lain, tapi skrg tgk dah ramai muka2 baru dan muda2 lagi. Dulu team yang masuk tak ler sebanyak ni, dan team perempuan pun dah makin byk penyertaan jugak. Tapi nk banding dgn DBKL tu tak adil ler kot utk team kitorang. Diorang level lain dah, kitorang level main petang2 jer lepas time office hehe.

Walaupun tak favourite team tp Alhamdulillah dua-dua team lelaki dan perempuan kitorang dapat lepas pusingan pertama dan masuk ke pusingan kalah mati. So tgk ler apa citer esok, harap2 dpt lepas pusingan kalah mati ni pun dh cukup, tapi mcm berat jer hehe. Yang penting dpt gak pengalaman dan cuba sedaya mungkin. Tapi kira ada peningkatan jugak, thn2 sebelum ni peringkat kumpulan pun tak lepas hehe. Ok hopefully esok kalau kalah pun, kalah bermaruah ler jgn kena belasah dah ler hehe.

Hidup bermasyarakat


Susah sgt ke nak hidup bermasyarakat ? kalau kt kawasan rumah tu, susah sgt ke nk join gotong royong atau pergi majlis2 kenduri jiran2 yang dekat2 tu. Kalau kt pejabat pula, susah sgt ke nak join program2 sosial ofis mcm sukan, gotong royong atau hari keluarga yang dianjurkan? Program2 mcm ni bukan nyer susah nak join, cuma perlu sumbangkan tenaga dan sedikit wang jer. Kalau wang tu rasanya takkan sampai habis gaji sebulan rasanya utk satu2 program mcm family day atau acara2 kebajikan tu.

Aku pun hairan kenapa org skrg kurang minat nak bermasyarakat. Kalau diumumkan program2 mcm ni mesti ada yang tarik muka dan mula cakap belakang. Pelik2 betul .. kalau skrg sikap org mcm ni, generasi akan dtg dari keturunan mereka2 ni mcm mana ler plak caranya. Satu lagi kalau bincang hal2 berkaitan mesti cadangan yang diberi agak pelik dari situasi kemasyarakatan yang biasa. 

Mungkin inilah kesan dari perkembangan teknologi dan kemajuan negara, kanak2 skrg byk habiskan masa main video game di rumah, nak keluar pulak tak boleh, nak salahkan ibubapa pun tak patut juga kerana keadaan sosial dan jenayah skrg makin membimbangkan bila melibatkan kanak2. beberapa kes kanak2 hilang masih belum selesai sampai kini, ini menyebabkan ibubapa fobia nak lepaskan anak2 mereka keluar dan lebih byk menarik perhatian anak2 supaya berada di rumah. Mungkinkah keadaan begini menyebabkan kanak2 ini membesar tanpa kemahiran bermasyarakat? Satu lagi mungkinkah disebabkan hidup yang agak selesa pada zaman kanak2 sehingga ramaja menyebabkan generasi ini tidak dpt menyelami hidup sederhana dan kekurangan. Bila bawa berbincang cadangan mesti dlm kategori agak mewah ler bagi aku, sampai ada sesetengah tu tak makan burger yang di jual di stall burger tu, just makan McD atau KFC jer, jijik katanya burger yang di jual di stall2 tu. 

Apa yang aku utarakan ni just for us to think, sebahagiannya adalah pendapat aku sendiri dan sebahagian lagi dari pengalaman yang aku lalui dan ada juga di antaranya bukan statement sahih dr mana2 kajian sekadar pengamatan aku jer ... kalau ada universiti ke ngo bt kajian bagus jugak kan ttg kesan aktiviti zaman kanak dan remaja terhadap persepsi bermsyarakat ketika kanak2 atau remaja tu meningkat dewasa.

Takziah Perancis & Itali ... Tahniah Jepun & Belanda




Satu sejarah telah tercipta di Piala dunia kali ini yang mana Dua pasukan finalis yang juga bekas juara Piala Dunia tersingkir diperingkat kumpulan serentak dlm satu kejohanan. Sesuatu yang tak dijangka terutama sekali utk pasukan Itali sbg juara bertahan dan kerana kedua2 pasukan ini boleh dikatakan pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini. Lagi menyedihkan kedua2 pasukan ini berada dikedudukan terbawah setiap kumpulan masing2, malu giler. Aku ucapkan selamat jalan kepada pasukan Perancis dan Itali, aku tak rasa kecewa sebab kedua2 pasukan ni bukan pasukan pilihan aku. Kepada rakan2 aku yang menyokong Italy tu takziah yer hehehe ... cari team lain ler plak nak sokong hehe.
France

Italy

Selain itu, tahniah utk Jepun kerana mengiringi Korea Selatan sbg wakil Asia ke Top 16, bangga jugak tgk wakil Asia lepas ke peringkat kedua walaupun bukan negara sendiri. Jepun juga mencatat sejarah tersendiri dengan buat pertama kalinya memenangi perlawan peringkat akhir piala dunia bukan di negara sendiri.

Jepun

Dalam tumpuan diberikan kepada pasukan2 yang menjadi pilihan utama seperti Argentina dan Brazil yang masih belum kalah dalam aksi Piala Dunia kali ini, mungkin kita perlu mengintai sebentar satu pasukan lagi yang agak kurang cerita2 sensasi tapi seperti juga Argentina dan Brazil, pasukan ini belum lagi kalah sebarang perlawanan diaksi piala dunia kali ini, iaitu pasukan Belanda. Mungkin pada aku jer kot yg merasakan pasukan Belanda ni mcm agak kurang popular dan tak byk cerita2 sensasi dr mereka, dgn nama2 besar juga di dalam pasukan ini seperti Robin Van Persie, Dirk Kuyt dan Klaas Jan Huntelaar pasukan Belanda ni mcm agak dipinggirkan pihak media, mungkin sebab diorang takde isu dan cerita2 sensai kot, atau rasa aku saja. Apa2 pun Belanda patut di beri perhatian pada peringkat kedua nanti dan mungkin berupaya menjadi silent killer.

Belanda @ Netherlands

Upcoming Malaysia CGI Movies (with trailers)


Hikayat Merong Mahawangsa / 
The Malay Chronicle : Bloodline




An epic film directed by Yusry Abdul Halim. "Hikayat Merong Mahawangsa" is an action packed film filled with mythical characters that uses computer generated imagery (CGI). The story tells of a warrior and sea captain named Merong Mahawangsa who is of Iskandar Zulkarnain's descendent. Merong Mahawangsa was asked to escort the Prince of Rome to Langkasuka to marry the beautiful Princess of China from the Han Dynasty. Soon, they encounter various difficulties as the Princess of China is kidnapped and Merong Mahawangsa and his group of soldiers are attacked.




MAGIKA




"Magika" tells of Ayu (Diana Danielle) and Malik (Fimie Don), two siblings who are in mourning after the death of their mother. Malik feels guilty as he thinks he caused their mother's death. One evening, after a fight with his sister, Malik goes walking in the woods until he gets lost in a magical world called Magika. The Nenek Kebayan (Ziana Zain) and her follower Awang Kenit capture Malik to be the main ingredient of their youthful herbal medicine that can only be made using children's tears. Ayu tries to save her brother but also gets trapped in Magika. There, Ayu and Malik meet Malay mythical characters such as Badang (Mawi), Naga Tasik Chini, Puteri Bunian (Maya Karin), and many more.




LIBAS 




Adnan Saladin (Rosyam Nor), Malaysia's King of Takraw is seeking for talented takraw players to win back the traditional takraw ball from Thailand. This unique and vicious world takraw championship demands not only takraw skills but also martial art skills. In the hunt for the right protegees, he is left without a choice but to accept helpless Hamidi (Johan Raja Lawak) and Ku Mok (Fadzly Kamarulzaman). He also encounters several tests including the limited training time and love dilemma with Ratna (Scha Al-Yahya).




HAQ




Haq is an action film concerning the struggle between good and evil. Haq (Zul Huzaimy) and Bad (Adi Putra) are gifted with special powers. Bad, who was adopted by Haqs family, has a deep-seated hatred for Haq. He uses his powers to tarnish Haqs good name. Haq, however, refrains from using his powers to stop Bad until he finds himself cornered by the latter. The $800000 film, which according to the director incorporates subtle Islamic values, also stars Nanu Baharudin, Raja Farah and Fatimah Abu Bakar. HAQ began production in February and is only now in the final stages of post-production as a result of heavy CGI work.

Diari Piala Dunia 2010 : France on fire (with video)


Selepas dikejutkan dgn penghantaran pulang Nicolas Anelka kerana bertikam lidah dgn jurulatih Raymond Domenech, skuad Perancis kembali panas dgn insiden pentengkaran antara kapten Patrick Evra dan fitness coach mereka Robert Duverne yang dirakamkan oleh pihak media. Selepas insiden itu semua pemain skuad Perancis memboikot latihan pada hari tersebut sbg tanda sokongan kepada Nicolas Anelka.

-
Dari video yang dpt dilihat, Evra seperti menyatakan sesuatu kepada Duverne dan kemudian Duverne seperti naik angin dan cuba ditenteramkan Domenech. Ada yang mengatakan pemain2 berpendapat yang Duverne yang membocorkan insiden dlm bilik persalinan antara Anelka dan Domenech kepada media. Tapi selepas insiden di padang latihan ini Duverne menafikan yang Evra menuduh dia sebagai pembelot, tp dia marah kerana Evra memberitahu yang pemain tidak mahu berlatih pada hari tersebut sedangkan perlawanan seterusnya hanya 2 hari lagi.

Insiden ini bermula apabila French Football Federation (FFF) mengambil tindakan membuang Anelka dari skuad Perancis dgn serta merta apabila mendapat tahu insiden Anelka memaki hamun jurulatih mereka melalui laporan di dalam akhbar L'Equipe. Tindakan ini menyebabkan rakan2 sepasukan Anelka tidak berpuas hati kerana bagi mereka hal itu adalah insiden dalaman yang biasa dlm sebuah pasukan dan tidak perlu dihebahkan dlm media. Apa yg mereka kesali adalah 'pembelot' yang membocorkan rahsia dan cerita insiden tersebut kepada media dan tindakan campur tangan FFF tanpa siasatan teliti terlebih dahulu.


boikot

Apa org nak cakap aku tak kisah tapi aku respek tindakan pemain2 Perancis ini kerana mereka menunjukkan semangat setiakawan dan berpasukan yang amat kuat, mungkin cara mereka agak kurang elok kerana membawa nama negara. Tapi hanya mereka yang tahu apa yang sebenarnya terjadi dan sepatutnya pihak jurulatih perlu lebih peka dan pandai menguruskan keadaan di peringkat pertandingan dunia seperti ini.

Filem : THE LOSERS




Trivia
Filem yang aku sendiri tak tau dari mana dtgnya, tiba2 jer ada iklan dan promo kt panggung masa tgk filem lain. Di adaptasi dari line DC Comics yg ditulis oleh Andy Diggle.

Jalan Cerita
Sekumpulan pasukan rahsia CIA yang ditugaskan menjalankan satu tugas rahsia dan telah dikhianati dlm tugas tersebut, sepatutnya mereka terbunuh dlm satu serangan jet ke atas sebuah helicopter tp mereka terselamat. Setelah beberapa lama bersembunyi mereka dijejaki oleh seorang wanita yang juga ingin mancari dan membunuh pihak yang mengkhianati dan cuba membunuh mereka. Dari sini mereka kembali ke US dan mula memburu dan menjejaki lelaki dan pihak yang mengkhianati mereka tersbut.
  
Komen Aku
Satu lagi filem adaptasi dari komik, tp bukan filem superhero tapi filem aksi yang mana watak2nya tak mempunyai kuasa luarbiasa tp mempunyai skil2 yg lebih logic pad akal. Bagi aku filem ni mmg menghiburkan senang cakap genre action-comedy. Elemen2 komik masih dikekalkan seperti ketika perubahan plot cerita yang mana watak real life akan bertukar ke lukisan komik. Pelakon2 yang ada juga aku tak berapa tahu sgt, 3 org jer yang aku cam dan pernah tgk lakonan mereka iaitu Jeffrey Dean Morgan (siri tv Supernatural), Zoe Saldana (Avatar) dan Chris Evans (Push & Fantastic 4). Lakonan mereka bagi aku mmg bagus dgn watak yang agak ringan tp mungkin watak Zoe Saldana agak berat kerana wataknya menyimpan byk rahsia.

barisan watak utama

Dari segi plot2 cerita agak senang, Cuma bila babak interaksi villain dan villain bagi aku mcm tak berapa menjadi dan boring. Watak villain Max lebih cuba diutarakan seperti watak penjahat dlm filem James Bond yang mana penjahat yg dpt musnahkan dunia lagaknya, tapi dlm versi Amerika.

Tu jer komen aku sebab aku tak tau nak komen apa ttg filem ni, filem yang mudah dan ringan serta menghiburkan, sesuai utk sapa2 yang nak rilek2 minda dan sedikit gelak ketawa.
  
Rating Aku :


Merapu Hujung Minggu


Sekarang aku berada di Kuantan, Pahang, Kejap lagi nak bertolak balik ke Putrajaya. Alang2 dh ada wifi kt tempat aku stay ni tiba2 terasa gatal tangan nak posting hehe .. ada ke org nak baca blog hari cuti ni ??

Somewhere di Lebuhraya Pantai TImur

Kerja aku di Kuantan ni dah hampir habis, sekali lagi trip ke sini settle laa. Tapi kerja tak pernah habis kan, bos kat ofis dah bagitau jadual baru kerja akan datang. dari bulan 7 sehingga bulan 12 ni rasanya aku akan berkampung di Johor, Penang dan maybe Sabah atau Sarawak yg ni tak pasti lagi (byk ler sumbangan kat pendapatan MAS lepas ni hehe). Dah 6 tahun aku kerja mcm dh naik muak dah outstation ni, bukan  saja letih badan, duit pun byk yg digunakan, mmg laa boleh claim tp bukan antar arini esok masuk duit claim tu. Nak mintak advance selalunya tak sempat pun, sebab tiba2 jer dibagitau nak kena keluar, selalunya seminggu baru betul2 konfirm nak ke mana, untuk advance kena sekurang2nya 2 minggu, so advance duit sendiri ler dulu.


Tapi tu ler rutin kerja aku, dan mmg nature kerja aku tak berada di pejabat, pernah bos besar aku kata kalau kitorang duk kt ofis mmg kitorang tak buat kerja namanya hehe .. entah ler, betul kot apa dia kata tu. Tapi walaupun rasa agak membebankan hal keja luar ni tp rasanya disebabkan kerja luar ni ler aku dpt stay lama dgn kerja ni. Kalau kerja aku ni duk dlm ofis dan megadap kertas jer 24 jam mau 3 thn jer aku dh cari kerja lain kot, mmg sifat aku nu outdoor person, tak bleh terperuk lama dalam bilik atau pejabat. So kerja aku ni dh bawa aku ke seluruh Malaysia except Sabah . Aku pun  tak faham dh 6 thn kerja bila dpt peluang ke Sabah jer mesti ada jer halangan dia, setiap cadangan team aku ke Sabah sure akan ditolak, tp team lain senang jer lepas hairan2. Kadang2 kena tukar lak tugas dgn team lain kalau nak ke Sabah tu, lagi laaa hairan. Budak2 kerja yg baru kerja 2-3 thn dh 4-5 kali ke Sabah utk kerja, aku dh 6 thn keja tak pernah dpt ke Sabah, ampes tul. Mmg ler outstation ni bukan pergi bercuti tp pergi buat kerja, aku pun tahu, tp apa salahnya buat cycle n turn utk semua merasa bukan sisihkan sesetengah pihak tu.

Dah cukup ler aku merapu di hujung minggu ni, kejap lagi nak drive balik, semalam aku clock dari tol Gombak ke tol Gambang amik masa 1 jam 30 minit dengan kelajuan yang biasa jer rasanya sabab siang, kang kena tembak saman ekor lak. Tp tak pasti lak masa tu cepat le lambat. 

Ok jom balik Putrajaya ... see ya.

Diari Piala Dunia 2010 : Pengaruh WAGs


Korang tau tak WAG tu apakebendanya ? 


Sebenarnya WAG ni istilah yang diberikan oleh tabloid2 di UK kepada wives and girlfriends (WAGs) of high-profile football players. Kumpulan WAG ni juga mendapat perhatian media lebih kurang sama glamornya dgn pemain tu sendiri. Apa tidaknya kebanyakan pasangan2 pemain ternama ni adalah jelitawan2 yang pernah atau masih menjadi artis atau model atau supermodel yang cantik dan sexy. Pengaruh mereka kepada konsentrasi pemain ni juga kadang membimbangkan jurulatih. Disebabkan perkara inilah menyebabkan Jurulatih England skrg iaitu Fabio Capello awal2 lagi melarang kumpulan WAG ini dtg ke Afrika Selatan utk menonton perlawanan peringkat kumpulan, kerana bimbang akan menjadi tumpuan media dan menjejaskan konsentrasi pemain2 pasukan England seperti yang terjadi pada WC 2006 di Jerman dulu, atau apa yang jurulatih tu gelar sbg "sarkas media". Mereka hanya dibenarkan dtg utk menyaksikan perlawanan setelah England melepasi pusingan kumpulan. Antara WAG yang popular adalah ..

Victoria Beckham (isteri David Beckham)
walaupun Beckham injured masih jd buruan media

Coleen Rooney (isteri Wayne Rooney), 

Abbey Clancy (isteri Peter Crouch) dan 

Alex Curran (isteri Steven Gerrard).

Ramai lagi sebenarnya tp tak sempat dh aku nak cari, lagipun gambar2 yg aku letak ni kira gambar2 yg sopan yg aku jumpa, kalau korang search nama2 diorang ni konfirm gambar yg byk gambar2 diorang pakai bikini dan lingerie hehe .. kang aku letak pic tu ramai yg berdarah hidung lak hehe takpun blog aku ni dikategori 18sx lak hehe.



Diari Piala Dunia 2010 : Punca Penjaga Gol Hilang Tumpuan


Semalam baru jer aku masukkan entri ttg kekalahan mengejut Spain di tangan pasukan Swiss pada WC kali ini. Kemudian terdengarlah kembali ttg komen awal penjaga gol Iker Casillas sblm sepak mula pertama WC bermula ttg bola Jabulani Adidas iaitu bola rasmi WC kali ni, dia ada cakap yang bola ni tak bagus dan menggelarkan sbg “bola reput”.

kalau awek mcm ni punya cun aku pun tak dpt consentrate hehe

Tapi kali ni yang menarik perhatian aku harini, bila di dalam internet heboh bercerita ttg salah satu reason baru yang kemungkinan menyebabkan Iker Casillas hilang tumpuan seketika semasa perlawanan tersebut, iaitu, ketika perlawanan tersebut berlangsung kekasih penjaga gol itu yang cantik dan seksi serta cun melecun, yg bernama Sara Carbonero yang juga pengulas sukan sedang membuat liputan khas di kawasan berhampiran gol pasukan Spain (lihat gambar di bawah) dan selepas perlawanan Sara membuat temuramah khas dgn Iker Casillas. Inilah dakwaan penyokong Spain salah satu sebab kekalahan pasukan mereka. Betul ke tidak hanya penjaga gol tu jer yang tahu ttg apa yang difikirkan masa tu. 

dekat giler buat ulasan sukan, sampai masuk atas rumput. 
pic credit to Getty Images

Diari Piala Dunia 2010 : SPAIN IN PAIN ...


Rasanya ini adalah kejutan paling tak disangka pada World Cup kali ni, berlaku pada perlawanan pembukaan terakhir rupanya. Antara salah satu favourite team Sepanyol (Spain) kalah mengejut kepada lawan yang bukan pilihan, iaitu Switzerland. Lagi bt aku terkejut sebab Spain adalah team yg aku sokong utk WC kali ni.

Betullah kata org yang bola tu bulat dan mcm2 boleh berlaku dlm perlawanan bolasepak. Sepanjang game boleh dikatakan Spain menguasai bola 70% tapi penyudah semuanya tidak menjadi, percaturan Vicente Del Bosque nampaknya terlalu taktikal sedangkan Swiss bermain dgn cara simple dan byk bertahan tp bila dpt peluang counter attack atau peluang dari dead ball mmg diorang pulun habis2. Dan dari peluang yang jarang2 dpt tu ler diorang dpt hasilkan gol.

Pendapat aku, jurulatih Spain rasanya terlalu mementingkan taktikal dan kesempurnaan serta permainan yang cantik yg akhirnya memakan diri, terlalu byk peluang dilepaskan Spain dan agak mengejutkan peluang2 ni diperolehi oleh striker2 yang menjadi kegilaan kelab2 eropah utk dibeli sbg pemain kelab mereka. Tapi bila di level antarabangsa pemain2 ni menjadi tumpul penyudahnya walaupun gerakan2 menarik dpt dilakukan. Silva, Villa, Torres, Ramos, Iniesta semua nama2 yg gah di Eropah tp tak dpt menjaringkan apa2 gol dlm perlawanan ni, sebaliknya pemain yang aku pun tak kenal dari Swiss yang dpt jaringkan gol tunggal perlawanan. Satu lagi mungkin lepas ni Vicente Del Bosque bleh cuba bagi peluang kt Victor Valdes plak kot utk gantikan Iker Cassilas di gawang gol.

Mungkin kejutan2 sebeginilah yang dirisaukan oleh team Brazil sewaktu mereka mengatakan utk WC kali ni mereka tak lagi mementingkan JOGO BONITO tapi akan melakukan apa sahaja untuk mencatatkan kemenangan.

Aku sebenarnya tak minat sgt nak tulis ulasan ttg game2 WC ni sebab byk sgt game kalau nak ulas, tunggu masuk separuh akhir nanti bleh ler tambah panas kat blog aku ni. Tapi arini jari aku ni dh tergedik2 sgt nak menaip disebabkan team yg aku sokong tiba2 tak menjadi so naik frust gak aku.

*jogo bonito : portugese for “play beautifully”

Chartered Accountant


Alhamdulillah .. aku dh selesai menjalani program e-learning untuk Induction Course Program untuk mengesahkan sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA). Kalau korang perasan sebelum ni aku dh pernah blog ttg aku baru apply nak masuk MIA ni, dan Alhamdulillah pihak Council dah luluskan permohonan aku pada Council Meeting bulan Mei lepas. Induction Course ni sebenarnya satu presentation ttg MIA yang perlu diambil melalui internet oleh setiap pemohon yang dah diluluskan permohonan oleh pihak Council. Ada tiga modul yang mana setiap pemohon kena ikuti, mcm pergi dengar taklimat laa jugak, tapi taklimat e-learning ni dibuat dalam talian internet ler hehe. Setelah selesai mendengar dan menjawab soalan assessment barulah boleh claim sijil kat pejabat MIA di Jalan Tun Sambathan, area2 KL Sentral tuuuu … Aku pun tak tau sgt lokasi specific pejabat dia ni, tp dah tgk kt wikimapia and dpt gambaran ler sikit lokasi dia, tapi belum ada kesempatan nak pegi lagi, keja byk skrg dah tu keja luar lak tu. Maybe minggu depan kot cuba lari ke sana kejap time rehat.


Jadi members MIA ni ada beberapa kelebihannya, dulu aku tak tau tapi dah masuk bidang ni barulah aku tau apa serba sedikit, yang paling utama bagi aku adalah kebenaran untuk gunakan perkataan “AKAUNTAN” tu .. di Malaysia, perkataan Akauntan tu sebenarnya dilindungi dibawah peruntukan Akta Akauntan 1967, yang mengatakan tiada sesiapa pun yang boleh menjalankan aktiviti atau kerja2 sbg akauntan melainkan dia adalah ahli berdaftar MIA. Bagi aku hal ni lebih merujuk kepada private practice yang memerlukan seseorang Akauntan sbg profesion professional yang perlu mempunyai tauliah dan recognition dari badan2 tertentu, mcm jugak dgn Jurutera dan Doktor. Tapi dalam kerajaan pulak takde laa tekankan sgt ttgt MIA ni tapi kalau penjawat awam tu ada ahli MIA dan jawatan yang berjaya dijawat tu berkaitan bidang kewangan tangga gaji permulaannya adalah lebih tinggi dari penjawat yang sama kelulusan tapi bukan ahli MIA.

Satu lagi sebab aku masuk MIA ni sebab aku kelulusan perakaunan tapi kerja aku tak buat akaun sepanjang masa, jadi bidang akaun ni kalau tak dipraktikkan sepanjang masa boleh karat jugak ilmu2 yang ada ni. Dgn sertai MIA ni pihak MIA akan sentiasa update aku dengan perubahan2 dan trend terkini bidang Perakaunan semasa terutama ttg perubahan serta penambahbaikan dlm FRS atau mana2 standard perakaunan yang ada. Dapat ler merasa ada initials kat belakang nama dalam name card tu, kalau doktor ada M.D. ke (dulu cita2 nak jadi doktor tp ntah bila aku tersilap belok masuk bidang lain, atau tulisan aku cantik sgt kot sebab tu tak leh jadi doktor hehe), kalau org dpt pingat dari Sultan atau Agong ke bleh ler letak P.J.K ke, A.M.N ke (lagi ler takde chance nak dpt pingat ni, aku bukan org penting atau kenamaan). Tapi jadi ahli MIA ni aku leh guna initials C.A. .. korang tau kea pa maksudnya tu ?? hehe C.A. tu stand for Chartered Accountant hehe .. ada ler jugak kan hehe .. tp ada initials ni pun bukan utk berlagak2 mcm sesetengah org tu, initials ni sekadar memberitahu yang kita tahu ttg bidang2 perakaunan dan kita bertauliah. Jgn ler duk layoq mcm dpt anugerah terbesaq di Malaysia ni .. bukan apa, aku pernah jumpa org mcm yg aku sebutkan tu, tak habis2 cakap dia ahli MIA dgn riak muka kerek giler .. ampes tul, nak jer rasanya aku baling dengan pasu bunga time tu. Kita kena selalu ingat, masih ada org yang lebih tahu ttg sesuatu perkara tu dari kita, kdg2 org yg tak disangka dan yang perwatakan tak menunjukkan kelebihan tu ada kelebihan dlm pengetahuan dari kita. Ok stop tazkirah .. hehehe

So skrg aku bleh pakai initials C.A. (Chartered Accountant) kt business card aku, tp bukan yang kerja gomen laa, sebab jawatan aku di gomen sekadar pegawai rendah je, rasanya tak ramai pegawai rendah mcm aku di jabatan aku yang jadi members MIA ni. Jadi masuk MIA ni pun sbg langkah awal aku membuka jalan untuk masa depan, sebab aku tak merancang nak duduk dalam gomen ni selamanya, mana ler tau kot2 aku dpt bukan firma perakaunan atau firma pengauditan sendiri ker suatu hari nanti … Insyaallah … Aminnn

Kepada rakan2 yang memenuhi syarat utk jadi ahli MIA ni, aku galakkan ler daftarkan diri, takde ruginya, mungkin fee permulaan agak mahal tapi Insyaallah akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri jugak .. dari beli rokok ke beli benda2 yang takde pekdah yg lain, simpan duit dan cuba apply. Aku cerita ler sikit cara2nya.

1. Log in ke website MIA dan download borang permohonan kat website MIA http://www.mia.org.my dan isi borang serta penuhi syarat2 yang ada.
2. Buat pembayaran yuran pendaftaran

              a. Yuran Pendaftaran = RM500

              b. Yuran Tahunan = RM25

             (boleh guna internet banking, cek, dan kad kredit)

3. Hantar borang yg lengkap (samada hantar sendiri ke pejabat dia tau call diorang dan nanti diorang alkan hantar org dtg pickup borang tu)

4. Tunggu kelulusan dari council, tapi council meeting ni setahun beberapa kali jer.

5. Dah diluluskan kena ikut program e-learning utk Induction Course.

               i. Induction Course Fee = RM180

6. Bila selesai Induction Course boleh ler collect sijil kat pejabat MIA.

Piala Dunia 2010 … Di Mana Pasukan Malaysia ?


Zakumi : Maskot Piala Dunia 2010

Dah bermula piala dunia, mcm2 promosi dibuat yang berkaitan dgn piala dunia, sampai seluar dalam pun ada bertemakan piala dunia. Nak tunjuk kat sapa yer seluar dalam tu ? pakai duk kt dalam bukan kat luar mcm superman, jadi sendiri2 tgk ler kot hehe.

Sedihnya aku tak sempat tgk sepak mula pertama antara Bafana Bafana dan Mexico sebab aku terpaksa bergegas ke Kuantan pada malam tu, drive sendirian ke Kuantan pada tgh malam bagi sesetengah org agak menyeramkan, tapi aku redah jugak, nasib baik ler mlm tu byk lak kereta kt highway.

Ok balik ke cerita piala dunia, dah 5 game berlalu nampaknya team2 yang bertanding ni nampak mcm nervous, gol pun sekadar sorang sebijik atau takde gol langsung mcm Uruguay n Perancis. Cuma Korea Selatan jer berjaya keluar dari badi nih, 2 gol mengalahkan Greece. Dasat team Asia yang satu nih. Malam ni ada lagi 3 game tapi game awal semua team yang bukan favourite, team favourite punya game kebanyakan pukul 2.30 pagi, ampes tul, maybe pusingan kedua kumpulan nanti team2 favourite main awal.

 Korea & Hiddink

Kisah Korea Selatan, kejutan utama dibuat pada piala dunia di Korea & Jepun yang mana Korea Selatan dpt ke separuh akhir, satu dunia terkejut, result ni disebabkan strategi Gus Hiddink yang menjadi jurulatih pada masa tu, dan selepas tu prestasi Korea Selatan terus maintain sampai skrg. Aku pun terpikir, kenapa Malaysia tak berani nak melabur utk dapatkan jurulatih2 yang ternama sikit, mungkin sebab mahal sgt kot sampai nak kena belanja berjuta2 utk dapatkan seorang jurulatih bertaraf dunia, bagi aku baik belanja berjuta utk naikkan nama negara dari bagi free utk kempen pilihanraya atau kempen2 lain yang bertujuan utk untuk sebelah pihak saja. Mcm baru2 ni Sime Darby rugi berjuta2 .. lagi takde maknanya. Lagi satu kurangkan laa politik dalam bolasepak, dalam pesatuan. Cukup laa politik pilihanraya tapi dlm sukan pun nak politik, org politik nak ada jawatan dlm persatuan sukan, ni apa kes ni ??

Yang aku ingat jurulatih luar yang pernah jadi jurulatih Malaysia, Claude Le Roy, Allan Harris dan Bertalan Bisckei. Tapi sewaktu diorang jadi jurulatih takde laa dpt kejuaraan besar peringkat dunia, peringkat Asean ada la kot, aku tak berapa ikut zaman tu. Tapi yang aku tau bila diorang ni dihentikan dari jadi jurulatih malaysia dan pergi ke negara lain mcm Claude Le Roy jadi jurulatih Malaysia thn 1992-95 masih tak dpt ke peringkat dunia lagi, tapi lepas behenti jd jurulatih Malaysia dan menjadi jurulatih Cemeroon dan Cameroon sampai ke Piala Dunia thn tu. Lepas tu jadi jurulatih Ghana tahun 2008 sampai Ghana berada di kedudukan ke 14 dlm ranking FIFA. So apa yang tak kena dengan Malaysia ?

Dulu ramai yang cakap bola Malaysia jatuh sebab zaman rasuah berleluasa, sampai beberapa nama besar pemain masa tu rosak dan nama Persatuan Bolasepak Malaysia pun agak tercalar. Tapi hal tu dh lepas, skrg zaman baru, takkan tak leh naikkan balik kot.

Semalam dalam dalam perjalanan balik dari Kuantan aku tgk sepanjang MRR2 dari Gombak sampai ke Bandar Tasik Selatan terpampang billboard iklan Maxis sebsar-besarnya dengan gambar aksi Hassan Sani a.k.a Lipas Kudung dan beberapa pemain Malaysia di era tv hitam putih. Tapi di mana gambar pemain2 Malaysia di zaman tv berwarna skrg, di zaman tv plasma, di zaman tv High Definition?? ada tu ada rasanya tp papan iklan takde laa sebesar tu dan jarang2 nampak, lepas tu iklan lak sbg duta produk sukan atau duta apa2 ler barangan berkaitan sukan bukan iklan ttg kejayaan, tak pun masuk majalah hiburan dan pose dgn artis, tak dpt pose dgn artis, pose pakai seluar pendek dan tak pakai baju duk tepi kolam renang. Tak malu ke pemain2 muda asyik tgk iklan duk cerita zaman 70an dan awal 80an saja, zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Hassan Sani ? mana era hujung 80an selepas Mohktar Dahari dan 90an dan jua thn 2000 ke 2010 srg ni ?

Soh Chin Aun (kapten Malaysia) dengan Kapten Korea Selatan (imej dari Arkib Negara)


Tapi sedikit semangat baru mula dikecapi oleh team Malaysia baru2 ni, nampak peningkatan sikit bila dpt menang Emas di Sukan Sea dgn dpt kalahkan Vietnam.


Tapi cukup ke setakat tu saja, tak cukup rasanya, kita nak lebih lagi .. kita nak ulangi layak masuk Olimpik, tak ke piala Dunia pun tak pe lagi, tapi mulakan dgn Olimpik. Tak dapat Olimpik tapi dpt Piala Asia pun dah cukup laa utk permulaan ni ... tapi boleh ke ?? tak ada yang mustahil .. bangunlah Malaysia, dptkan kembali gelaran pasukan yang digeruni di Asia, naikkan semula semangat bolasepak Malaysia di mata dunia.

Mokhtar Dahari dan Maradona pada perlawanan persahabatan pilihan Selangor dan Boca Juniors pada thn 1982. Maradona adalah jurulatih Argentina di Piala Dunia 2010 skrg.
(imej dari mforum.cari.com.my)


Ramai org dan kawan cakap kat aku ... ”Ko Cakap senang ler, cuba ko yang main” ... cakap ler apa nak cakap tapi ADA AKU KISAH ?? .. org2 yang ambil keputusan utk jadi pemain bola, kalau dah jadikan bolasepak sebagai profession utama jadi kena laa jadi yang terbaik, aku tak pilih jadi pemain tapi aku adalah penyokong, aku ada hak nak bagi komen, aku tak pilih utk jadi pemain bolasepak profesional tapi aku pilih kerjaya lain yang aku mmg cuba untuk jadi yang terbaik dlm menjalankan tugas harian aku. Jadi fikir fikirkan ler ..

Posting entri kali ni nampaknya mcm provokasi sikit dari aku, tapi terpulanglah kepada penerimaan org yang membacanya dan jugak kalau ada org dari pihak yang terbabit membacanya, samada nak terima apa aku cakap ni sbg penaik amarah korang atau sbg penaik semangat utk buktikan yang kita mampu ulangi kejayaan zaman hitam putih dulu di zaman high definition skrg ni.

RMK 10 dan Cita2 Aku


Harini pembentangan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10). Disebabkan kerja aku tak dpt tgk keseluruhan Cuma sempat dengar ttg peruntukan untuk latihan vokasional dan insentif serta geran kepada syarikat utk galakkan latihan kepada pekerja sedia ada. Lepas tu ada susunan semula utk gaji dan levi ke atas pekerja asing. Tu jer sempat aku dengar, esok ler baca suratkhabar baru tau terperinci.

Aku mula ambil perhatian benda2 pembentangan ni budget n rancangan2 ekonomi bila aku start kerja di Putrajaya ni dan masa aku mula belajar semula hari tu. Ada member2 aku cakap toksah amik tau ler, asal gaji kita masuk tiap2 buln tak kurang dah ler. Nak sound pun kawan2 kan, kang kecik hati lak. Bagi aku pembentangan rancangan dan budget ni penting utk tgk hala tuju ekonomi, kita kena ambil tau utk kita bersedia mengharungi apa juga perubahan dlm masa depan, bukan sekadar dgr berita esok harga brg naik, malam ni baru nak melalak dan berebut2 beli brg.

Utk budget tahun lepas aku ada bt perkiraan sendiri berdasarkan ilmu ekonomi aku yang tak seberapa yang aku ada ni, saja jer buat model ekonomi aku sendiri, takde laa sempurna mana tapi dpt gak asah balik pengetahuan masa belajar dulu. Esok rasanya nak cuba bt calculation utk pengiraan plan pembangunan ni yang mana tadi PM ada cakap ttg target pendapatan perkapita pada thn 2015.

Bagi aku dengar dan kaji hal2 mcm ni lebih baik dari duk dengar forum2 atau debat atau ceramah politik yang byk disemaikan dgn undur berat sebelah dan hasutan. Tak kiralah kalau berat sebelah mana, yang penting takde yang betul2 dpt aku terima sbg fakta 100% bila dgr ahli politik bercakap. Sekurang2nya pembentangan rancangan pembangunan ni ada catatan dan boleh dibuat rujukan 5 thn akan datang.

Di penghujung pembentangan tadi aku tertarik bila PM bercakap yang Negara mahu menambah pemilik PHD kepada satu jumlah yang lebih besar, mcm bagi semangat lak kat aku nak sambung study lagi. Walaupun skrg aku ni ada 1st degree saja, rasanya tak mustahil kot aku dpt sampai ke tahap PHD. Kalau 1st Degree aku aritu aku buat sambil keja selama 4 thn, takkan 2nd Degree yang 2 thn tu aku tak leh buat .. mmg laa cara lain pembelajaran tp aku rasanya org lain boleh buat apsal aku tak bleh buat, takkan nak duk reput setakat ni saja kan. Mudah mudahan semangat aku utk terus mencari ilmu ni akan terus dibakar sampai aku berjaya .. Insyaallah .. 
Related Posts with Thumbnails