Volleyball Tournament Di UM


Hari ni dari pagi sampai petang aku berjemur dalam court volleyball di Universiti Malaya sebab masuk tournament Volleyball MAKSWIP (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan). Tiba2 jer aku jadi bidan terjun untuk jadi pemain dan jadi manager team perempuan jabatan tmpat aku kerja. Dah lama aku tak menampar ni, tp mujur jugak ler aku jadi reserve jer tadi hehe, utk manager team perempuan takde masalah ler dan player2 pompuan pun dah biasa dgn aku.

Macam biasa ler tiap2 tahun, team yang jadi tumpuan mestilah team favourite iaitu team DBKL, mana tak nya ada player2 diorang dulu wakil Malaysia dalam acara ni, aku pun dah kenal dah player2 diorang sebab dah 6 thn join tournament ni tiap2 tahun. Asyik2 muka kitorang jer dan muka diorang jer hehe. Kalau player2 yang lama tu mmg dah kenal dah dgn player team lain, tapi skrg tgk dah ramai muka2 baru dan muda2 lagi. Dulu team yang masuk tak ler sebanyak ni, dan team perempuan pun dah makin byk penyertaan jugak. Tapi nk banding dgn DBKL tu tak adil ler kot utk team kitorang. Diorang level lain dah, kitorang level main petang2 jer lepas time office hehe.

Walaupun tak favourite team tp Alhamdulillah dua-dua team lelaki dan perempuan kitorang dapat lepas pusingan pertama dan masuk ke pusingan kalah mati. So tgk ler apa citer esok, harap2 dpt lepas pusingan kalah mati ni pun dh cukup, tapi mcm berat jer hehe. Yang penting dpt gak pengalaman dan cuba sedaya mungkin. Tapi kira ada peningkatan jugak, thn2 sebelum ni peringkat kumpulan pun tak lepas hehe. Ok hopefully esok kalau kalah pun, kalah bermaruah ler jgn kena belasah dah ler hehe.

0 Response to Volleyball Tournament Di UM

Related Posts with Thumbnails