Takziah Perancis & Itali ... Tahniah Jepun & Belanda




Satu sejarah telah tercipta di Piala dunia kali ini yang mana Dua pasukan finalis yang juga bekas juara Piala Dunia tersingkir diperingkat kumpulan serentak dlm satu kejohanan. Sesuatu yang tak dijangka terutama sekali utk pasukan Itali sbg juara bertahan dan kerana kedua2 pasukan ini boleh dikatakan pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini. Lagi menyedihkan kedua2 pasukan ini berada dikedudukan terbawah setiap kumpulan masing2, malu giler. Aku ucapkan selamat jalan kepada pasukan Perancis dan Itali, aku tak rasa kecewa sebab kedua2 pasukan ni bukan pasukan pilihan aku. Kepada rakan2 aku yang menyokong Italy tu takziah yer hehehe ... cari team lain ler plak nak sokong hehe.
France

Italy

Selain itu, tahniah utk Jepun kerana mengiringi Korea Selatan sbg wakil Asia ke Top 16, bangga jugak tgk wakil Asia lepas ke peringkat kedua walaupun bukan negara sendiri. Jepun juga mencatat sejarah tersendiri dengan buat pertama kalinya memenangi perlawan peringkat akhir piala dunia bukan di negara sendiri.

Jepun

Dalam tumpuan diberikan kepada pasukan2 yang menjadi pilihan utama seperti Argentina dan Brazil yang masih belum kalah dalam aksi Piala Dunia kali ini, mungkin kita perlu mengintai sebentar satu pasukan lagi yang agak kurang cerita2 sensasi tapi seperti juga Argentina dan Brazil, pasukan ini belum lagi kalah sebarang perlawanan diaksi piala dunia kali ini, iaitu pasukan Belanda. Mungkin pada aku jer kot yg merasakan pasukan Belanda ni mcm agak kurang popular dan tak byk cerita2 sensasi dr mereka, dgn nama2 besar juga di dalam pasukan ini seperti Robin Van Persie, Dirk Kuyt dan Klaas Jan Huntelaar pasukan Belanda ni mcm agak dipinggirkan pihak media, mungkin sebab diorang takde isu dan cerita2 sensai kot, atau rasa aku saja. Apa2 pun Belanda patut di beri perhatian pada peringkat kedua nanti dan mungkin berupaya menjadi silent killer.

Belanda @ Netherlands

0 Response to Takziah Perancis & Itali ... Tahniah Jepun & Belanda

Related Posts with Thumbnails