Diari Piala Dunia 2010 : SPAIN IN PAIN ...


Rasanya ini adalah kejutan paling tak disangka pada World Cup kali ni, berlaku pada perlawanan pembukaan terakhir rupanya. Antara salah satu favourite team Sepanyol (Spain) kalah mengejut kepada lawan yang bukan pilihan, iaitu Switzerland. Lagi bt aku terkejut sebab Spain adalah team yg aku sokong utk WC kali ni.

Betullah kata org yang bola tu bulat dan mcm2 boleh berlaku dlm perlawanan bolasepak. Sepanjang game boleh dikatakan Spain menguasai bola 70% tapi penyudah semuanya tidak menjadi, percaturan Vicente Del Bosque nampaknya terlalu taktikal sedangkan Swiss bermain dgn cara simple dan byk bertahan tp bila dpt peluang counter attack atau peluang dari dead ball mmg diorang pulun habis2. Dan dari peluang yang jarang2 dpt tu ler diorang dpt hasilkan gol.

Pendapat aku, jurulatih Spain rasanya terlalu mementingkan taktikal dan kesempurnaan serta permainan yang cantik yg akhirnya memakan diri, terlalu byk peluang dilepaskan Spain dan agak mengejutkan peluang2 ni diperolehi oleh striker2 yang menjadi kegilaan kelab2 eropah utk dibeli sbg pemain kelab mereka. Tapi bila di level antarabangsa pemain2 ni menjadi tumpul penyudahnya walaupun gerakan2 menarik dpt dilakukan. Silva, Villa, Torres, Ramos, Iniesta semua nama2 yg gah di Eropah tp tak dpt menjaringkan apa2 gol dlm perlawanan ni, sebaliknya pemain yang aku pun tak kenal dari Swiss yang dpt jaringkan gol tunggal perlawanan. Satu lagi mungkin lepas ni Vicente Del Bosque bleh cuba bagi peluang kt Victor Valdes plak kot utk gantikan Iker Cassilas di gawang gol.

Mungkin kejutan2 sebeginilah yang dirisaukan oleh team Brazil sewaktu mereka mengatakan utk WC kali ni mereka tak lagi mementingkan JOGO BONITO tapi akan melakukan apa sahaja untuk mencatatkan kemenangan.

Aku sebenarnya tak minat sgt nak tulis ulasan ttg game2 WC ni sebab byk sgt game kalau nak ulas, tunggu masuk separuh akhir nanti bleh ler tambah panas kat blog aku ni. Tapi arini jari aku ni dh tergedik2 sgt nak menaip disebabkan team yg aku sokong tiba2 tak menjadi so naik frust gak aku.

*jogo bonito : portugese for “play beautifully”

0 Response to Diari Piala Dunia 2010 : SPAIN IN PAIN ...

Related Posts with Thumbnails