Diari Piala Dunia 2010 : France on fire (with video)


Selepas dikejutkan dgn penghantaran pulang Nicolas Anelka kerana bertikam lidah dgn jurulatih Raymond Domenech, skuad Perancis kembali panas dgn insiden pentengkaran antara kapten Patrick Evra dan fitness coach mereka Robert Duverne yang dirakamkan oleh pihak media. Selepas insiden itu semua pemain skuad Perancis memboikot latihan pada hari tersebut sbg tanda sokongan kepada Nicolas Anelka.

-
Dari video yang dpt dilihat, Evra seperti menyatakan sesuatu kepada Duverne dan kemudian Duverne seperti naik angin dan cuba ditenteramkan Domenech. Ada yang mengatakan pemain2 berpendapat yang Duverne yang membocorkan insiden dlm bilik persalinan antara Anelka dan Domenech kepada media. Tapi selepas insiden di padang latihan ini Duverne menafikan yang Evra menuduh dia sebagai pembelot, tp dia marah kerana Evra memberitahu yang pemain tidak mahu berlatih pada hari tersebut sedangkan perlawanan seterusnya hanya 2 hari lagi.

Insiden ini bermula apabila French Football Federation (FFF) mengambil tindakan membuang Anelka dari skuad Perancis dgn serta merta apabila mendapat tahu insiden Anelka memaki hamun jurulatih mereka melalui laporan di dalam akhbar L'Equipe. Tindakan ini menyebabkan rakan2 sepasukan Anelka tidak berpuas hati kerana bagi mereka hal itu adalah insiden dalaman yang biasa dlm sebuah pasukan dan tidak perlu dihebahkan dlm media. Apa yg mereka kesali adalah 'pembelot' yang membocorkan rahsia dan cerita insiden tersebut kepada media dan tindakan campur tangan FFF tanpa siasatan teliti terlebih dahulu.


boikot

Apa org nak cakap aku tak kisah tapi aku respek tindakan pemain2 Perancis ini kerana mereka menunjukkan semangat setiakawan dan berpasukan yang amat kuat, mungkin cara mereka agak kurang elok kerana membawa nama negara. Tapi hanya mereka yang tahu apa yang sebenarnya terjadi dan sepatutnya pihak jurulatih perlu lebih peka dan pandai menguruskan keadaan di peringkat pertandingan dunia seperti ini.

0 Response to Diari Piala Dunia 2010 : France on fire (with video)

Related Posts with Thumbnails