RMK 10 dan Cita2 Aku


Harini pembentangan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10). Disebabkan kerja aku tak dpt tgk keseluruhan Cuma sempat dengar ttg peruntukan untuk latihan vokasional dan insentif serta geran kepada syarikat utk galakkan latihan kepada pekerja sedia ada. Lepas tu ada susunan semula utk gaji dan levi ke atas pekerja asing. Tu jer sempat aku dengar, esok ler baca suratkhabar baru tau terperinci.

Aku mula ambil perhatian benda2 pembentangan ni budget n rancangan2 ekonomi bila aku start kerja di Putrajaya ni dan masa aku mula belajar semula hari tu. Ada member2 aku cakap toksah amik tau ler, asal gaji kita masuk tiap2 buln tak kurang dah ler. Nak sound pun kawan2 kan, kang kecik hati lak. Bagi aku pembentangan rancangan dan budget ni penting utk tgk hala tuju ekonomi, kita kena ambil tau utk kita bersedia mengharungi apa juga perubahan dlm masa depan, bukan sekadar dgr berita esok harga brg naik, malam ni baru nak melalak dan berebut2 beli brg.

Utk budget tahun lepas aku ada bt perkiraan sendiri berdasarkan ilmu ekonomi aku yang tak seberapa yang aku ada ni, saja jer buat model ekonomi aku sendiri, takde laa sempurna mana tapi dpt gak asah balik pengetahuan masa belajar dulu. Esok rasanya nak cuba bt calculation utk pengiraan plan pembangunan ni yang mana tadi PM ada cakap ttg target pendapatan perkapita pada thn 2015.

Bagi aku dengar dan kaji hal2 mcm ni lebih baik dari duk dengar forum2 atau debat atau ceramah politik yang byk disemaikan dgn undur berat sebelah dan hasutan. Tak kiralah kalau berat sebelah mana, yang penting takde yang betul2 dpt aku terima sbg fakta 100% bila dgr ahli politik bercakap. Sekurang2nya pembentangan rancangan pembangunan ni ada catatan dan boleh dibuat rujukan 5 thn akan datang.

Di penghujung pembentangan tadi aku tertarik bila PM bercakap yang Negara mahu menambah pemilik PHD kepada satu jumlah yang lebih besar, mcm bagi semangat lak kat aku nak sambung study lagi. Walaupun skrg aku ni ada 1st degree saja, rasanya tak mustahil kot aku dpt sampai ke tahap PHD. Kalau 1st Degree aku aritu aku buat sambil keja selama 4 thn, takkan 2nd Degree yang 2 thn tu aku tak leh buat .. mmg laa cara lain pembelajaran tp aku rasanya org lain boleh buat apsal aku tak bleh buat, takkan nak duk reput setakat ni saja kan. Mudah mudahan semangat aku utk terus mencari ilmu ni akan terus dibakar sampai aku berjaya .. Insyaallah .. 

0 Response to RMK 10 dan Cita2 Aku

Related Posts with Thumbnails