Chartered Accountant


Alhamdulillah .. aku dh selesai menjalani program e-learning untuk Induction Course Program untuk mengesahkan sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA). Kalau korang perasan sebelum ni aku dh pernah blog ttg aku baru apply nak masuk MIA ni, dan Alhamdulillah pihak Council dah luluskan permohonan aku pada Council Meeting bulan Mei lepas. Induction Course ni sebenarnya satu presentation ttg MIA yang perlu diambil melalui internet oleh setiap pemohon yang dah diluluskan permohonan oleh pihak Council. Ada tiga modul yang mana setiap pemohon kena ikuti, mcm pergi dengar taklimat laa jugak, tapi taklimat e-learning ni dibuat dalam talian internet ler hehe. Setelah selesai mendengar dan menjawab soalan assessment barulah boleh claim sijil kat pejabat MIA di Jalan Tun Sambathan, area2 KL Sentral tuuuu … Aku pun tak tau sgt lokasi specific pejabat dia ni, tp dah tgk kt wikimapia and dpt gambaran ler sikit lokasi dia, tapi belum ada kesempatan nak pegi lagi, keja byk skrg dah tu keja luar lak tu. Maybe minggu depan kot cuba lari ke sana kejap time rehat.


Jadi members MIA ni ada beberapa kelebihannya, dulu aku tak tau tapi dah masuk bidang ni barulah aku tau apa serba sedikit, yang paling utama bagi aku adalah kebenaran untuk gunakan perkataan “AKAUNTAN” tu .. di Malaysia, perkataan Akauntan tu sebenarnya dilindungi dibawah peruntukan Akta Akauntan 1967, yang mengatakan tiada sesiapa pun yang boleh menjalankan aktiviti atau kerja2 sbg akauntan melainkan dia adalah ahli berdaftar MIA. Bagi aku hal ni lebih merujuk kepada private practice yang memerlukan seseorang Akauntan sbg profesion professional yang perlu mempunyai tauliah dan recognition dari badan2 tertentu, mcm jugak dgn Jurutera dan Doktor. Tapi dalam kerajaan pulak takde laa tekankan sgt ttgt MIA ni tapi kalau penjawat awam tu ada ahli MIA dan jawatan yang berjaya dijawat tu berkaitan bidang kewangan tangga gaji permulaannya adalah lebih tinggi dari penjawat yang sama kelulusan tapi bukan ahli MIA.

Satu lagi sebab aku masuk MIA ni sebab aku kelulusan perakaunan tapi kerja aku tak buat akaun sepanjang masa, jadi bidang akaun ni kalau tak dipraktikkan sepanjang masa boleh karat jugak ilmu2 yang ada ni. Dgn sertai MIA ni pihak MIA akan sentiasa update aku dengan perubahan2 dan trend terkini bidang Perakaunan semasa terutama ttg perubahan serta penambahbaikan dlm FRS atau mana2 standard perakaunan yang ada. Dapat ler merasa ada initials kat belakang nama dalam name card tu, kalau doktor ada M.D. ke (dulu cita2 nak jadi doktor tp ntah bila aku tersilap belok masuk bidang lain, atau tulisan aku cantik sgt kot sebab tu tak leh jadi doktor hehe), kalau org dpt pingat dari Sultan atau Agong ke bleh ler letak P.J.K ke, A.M.N ke (lagi ler takde chance nak dpt pingat ni, aku bukan org penting atau kenamaan). Tapi jadi ahli MIA ni aku leh guna initials C.A. .. korang tau kea pa maksudnya tu ?? hehe C.A. tu stand for Chartered Accountant hehe .. ada ler jugak kan hehe .. tp ada initials ni pun bukan utk berlagak2 mcm sesetengah org tu, initials ni sekadar memberitahu yang kita tahu ttg bidang2 perakaunan dan kita bertauliah. Jgn ler duk layoq mcm dpt anugerah terbesaq di Malaysia ni .. bukan apa, aku pernah jumpa org mcm yg aku sebutkan tu, tak habis2 cakap dia ahli MIA dgn riak muka kerek giler .. ampes tul, nak jer rasanya aku baling dengan pasu bunga time tu. Kita kena selalu ingat, masih ada org yang lebih tahu ttg sesuatu perkara tu dari kita, kdg2 org yg tak disangka dan yang perwatakan tak menunjukkan kelebihan tu ada kelebihan dlm pengetahuan dari kita. Ok stop tazkirah .. hehehe

So skrg aku bleh pakai initials C.A. (Chartered Accountant) kt business card aku, tp bukan yang kerja gomen laa, sebab jawatan aku di gomen sekadar pegawai rendah je, rasanya tak ramai pegawai rendah mcm aku di jabatan aku yang jadi members MIA ni. Jadi masuk MIA ni pun sbg langkah awal aku membuka jalan untuk masa depan, sebab aku tak merancang nak duduk dalam gomen ni selamanya, mana ler tau kot2 aku dpt bukan firma perakaunan atau firma pengauditan sendiri ker suatu hari nanti … Insyaallah … Aminnn

Kepada rakan2 yang memenuhi syarat utk jadi ahli MIA ni, aku galakkan ler daftarkan diri, takde ruginya, mungkin fee permulaan agak mahal tapi Insyaallah akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri jugak .. dari beli rokok ke beli benda2 yang takde pekdah yg lain, simpan duit dan cuba apply. Aku cerita ler sikit cara2nya.

1. Log in ke website MIA dan download borang permohonan kat website MIA http://www.mia.org.my dan isi borang serta penuhi syarat2 yang ada.
2. Buat pembayaran yuran pendaftaran

              a. Yuran Pendaftaran = RM500

              b. Yuran Tahunan = RM25

             (boleh guna internet banking, cek, dan kad kredit)

3. Hantar borang yg lengkap (samada hantar sendiri ke pejabat dia tau call diorang dan nanti diorang alkan hantar org dtg pickup borang tu)

4. Tunggu kelulusan dari council, tapi council meeting ni setahun beberapa kali jer.

5. Dah diluluskan kena ikut program e-learning utk Induction Course.

               i. Induction Course Fee = RM180

6. Bila selesai Induction Course boleh ler collect sijil kat pejabat MIA.

14 Response to Chartered Accountant

  1. harap maklum yuran tahunan ialah RM250, bukan RM25 =p
    Kemungkinan akan dinaikkan kepada RM300 tahun 2013...

  2. still ere says:

    setahun kene maintain berapa jam utk teruskan sbgi members (menghadiri seminar etc) n stahun tu bermula dari tarikh yg mana.. mohon perkongsian.. blh email sy di sindora202@gmail.com tqvm.

  3. Assalamualaikum,

    Saya ni, kalau nak ikutkan, dah cukup syarat untuk joint MIA ni. Malangnya, hasrat terhalang sebab masih belum ada mentor untuk mengesahkan pengalaman saya. Harap, kalau tuan blog ini tak keberatan, jadilah mentor saya (dah setahun cari mentor ni).

  4. Unknown says:

    Tumpang tanya beberapa soalan...

    1)berapa lama tempoh nak habiskan MIA ni smpai dpt sijil@member...

    2)induction course tuh mcm mana..? ade kelas ke ade exm ke? berapa tempoh?

  5. ALIA says:

    Salam ....saya nak tanya pasal nak complete form MIA..harap dapat bantu

  6. nak apply MIA, bila isi form je mesti halfway ...

  7. Salam, kalau kerja government boleh ke dapat 3 tahun pengalaman bekerja untuk diiktiraf sebagai ahli MIA?

  8. Unknown says:

    Salam nk tnya...apply member MIA ni selepas 3 thn or dalam masa 3 thn?

  9. اغلب المشاكل اللى بتقابل شركات المقاولات
    # عايز تعرف العهد اتصرفت ازاى واتصرفت حسب سياسه الشركة ولا لا
    # وعايز تعمل حد صرف لعهد للموظفيين ومايصرفشى الا لما يسوى العهدة القديمة
    # وتظهر كمان فى مخالصه الموظف لو ساب الشغل فى كشف حساب واحد
    وكمان مشكله انك عايز تعرف مكان كل اصل وعهدة مين ؟؟؟؟
    # وعايز تحصر كميات زى الحديد للقواعد والسملات والاعمدة والاسقف مجمع او كل بند لوحدة فى خطوة بسيطة ؟؟
    # مش عارف تحلل المصروفات و الايردات والموقف المالى لكل مشروع علشان تعرف مدى ربحيه كل مشروع عندك وتعرف تاخد قرار
    # عايز تراقب المخازن كلها لو عندك اكتر من مخزن او عندك مخزن لكل مشروع وتقيم المخزون فى اى وقت ؟؟؟
    # وتعرف كمان حجم المشتريات لصنف محدد او كل الاصناف وتعرف متوسط اسعار الشراء لكل مشروع
    برنامج محاسبة مقاولات
    برنامج محاسبة شركات المقاولات
    برنامج ادارة شركات المقاولات
    برنامج مقاولات
    برنامج الاستثمار العقارى
    برنامج استثمار عقارى
    برنامج لشركة استثمار عقارى
    برنامج لشركة استثمار عقارى

  10. Salam tn blog. Sy sedang mencari mentor untuk. Diharapkan tuan sudi me jadi mentor sy.

  11. Rohana says:

    Akmal, kalau jadi mentor tu kena buat apa. Sy ahli MIA. Boleh email sy di rohana.athmad@gmail.com kot2 sy boleh tolong awak.

  12. Anonymous says:

    If xde mentor, boleh je request mentor from MIA kan? Yang ada MIA tp blum regis diri sendiri as mentor MIA under CARE Program, kena register dulu as mentor.

  13. Hi. saya dari Pintar College. sekarang kami ada pr0motion utk study course FIA & ACCA. harga agak murah berbanding kolej lain. FIA setahun (all 7 papers) hanya RM 4K. Sama juga dgn ACCA papers serendah RM 650 per paper. Jika ada yg berminat utk belajar dalam bidang accounting, boleh contact saya Ida 0187724302 🙂 saya akan bantu adik2 utk explain tentang laluan dan kursus2 perakaunan.

  14. Unknown says:

    Salam, saya nak tnya. Sy sebelum ni mmg kerja dekat swasta dan dalam perakaunan. Tpi skrang keja dgn kerajaan selama 2 tahun, boleh ke sy apply utk jadi member MIA tuh.Sy jadi konfius.

Related Posts with Thumbnails