Piala Dunia 2010 … Di Mana Pasukan Malaysia ?


Zakumi : Maskot Piala Dunia 2010

Dah bermula piala dunia, mcm2 promosi dibuat yang berkaitan dgn piala dunia, sampai seluar dalam pun ada bertemakan piala dunia. Nak tunjuk kat sapa yer seluar dalam tu ? pakai duk kt dalam bukan kat luar mcm superman, jadi sendiri2 tgk ler kot hehe.

Sedihnya aku tak sempat tgk sepak mula pertama antara Bafana Bafana dan Mexico sebab aku terpaksa bergegas ke Kuantan pada malam tu, drive sendirian ke Kuantan pada tgh malam bagi sesetengah org agak menyeramkan, tapi aku redah jugak, nasib baik ler mlm tu byk lak kereta kt highway.

Ok balik ke cerita piala dunia, dah 5 game berlalu nampaknya team2 yang bertanding ni nampak mcm nervous, gol pun sekadar sorang sebijik atau takde gol langsung mcm Uruguay n Perancis. Cuma Korea Selatan jer berjaya keluar dari badi nih, 2 gol mengalahkan Greece. Dasat team Asia yang satu nih. Malam ni ada lagi 3 game tapi game awal semua team yang bukan favourite, team favourite punya game kebanyakan pukul 2.30 pagi, ampes tul, maybe pusingan kedua kumpulan nanti team2 favourite main awal.

 Korea & Hiddink

Kisah Korea Selatan, kejutan utama dibuat pada piala dunia di Korea & Jepun yang mana Korea Selatan dpt ke separuh akhir, satu dunia terkejut, result ni disebabkan strategi Gus Hiddink yang menjadi jurulatih pada masa tu, dan selepas tu prestasi Korea Selatan terus maintain sampai skrg. Aku pun terpikir, kenapa Malaysia tak berani nak melabur utk dapatkan jurulatih2 yang ternama sikit, mungkin sebab mahal sgt kot sampai nak kena belanja berjuta2 utk dapatkan seorang jurulatih bertaraf dunia, bagi aku baik belanja berjuta utk naikkan nama negara dari bagi free utk kempen pilihanraya atau kempen2 lain yang bertujuan utk untuk sebelah pihak saja. Mcm baru2 ni Sime Darby rugi berjuta2 .. lagi takde maknanya. Lagi satu kurangkan laa politik dalam bolasepak, dalam pesatuan. Cukup laa politik pilihanraya tapi dlm sukan pun nak politik, org politik nak ada jawatan dlm persatuan sukan, ni apa kes ni ??

Yang aku ingat jurulatih luar yang pernah jadi jurulatih Malaysia, Claude Le Roy, Allan Harris dan Bertalan Bisckei. Tapi sewaktu diorang jadi jurulatih takde laa dpt kejuaraan besar peringkat dunia, peringkat Asean ada la kot, aku tak berapa ikut zaman tu. Tapi yang aku tau bila diorang ni dihentikan dari jadi jurulatih malaysia dan pergi ke negara lain mcm Claude Le Roy jadi jurulatih Malaysia thn 1992-95 masih tak dpt ke peringkat dunia lagi, tapi lepas behenti jd jurulatih Malaysia dan menjadi jurulatih Cemeroon dan Cameroon sampai ke Piala Dunia thn tu. Lepas tu jadi jurulatih Ghana tahun 2008 sampai Ghana berada di kedudukan ke 14 dlm ranking FIFA. So apa yang tak kena dengan Malaysia ?

Dulu ramai yang cakap bola Malaysia jatuh sebab zaman rasuah berleluasa, sampai beberapa nama besar pemain masa tu rosak dan nama Persatuan Bolasepak Malaysia pun agak tercalar. Tapi hal tu dh lepas, skrg zaman baru, takkan tak leh naikkan balik kot.

Semalam dalam dalam perjalanan balik dari Kuantan aku tgk sepanjang MRR2 dari Gombak sampai ke Bandar Tasik Selatan terpampang billboard iklan Maxis sebsar-besarnya dengan gambar aksi Hassan Sani a.k.a Lipas Kudung dan beberapa pemain Malaysia di era tv hitam putih. Tapi di mana gambar pemain2 Malaysia di zaman tv berwarna skrg, di zaman tv plasma, di zaman tv High Definition?? ada tu ada rasanya tp papan iklan takde laa sebesar tu dan jarang2 nampak, lepas tu iklan lak sbg duta produk sukan atau duta apa2 ler barangan berkaitan sukan bukan iklan ttg kejayaan, tak pun masuk majalah hiburan dan pose dgn artis, tak dpt pose dgn artis, pose pakai seluar pendek dan tak pakai baju duk tepi kolam renang. Tak malu ke pemain2 muda asyik tgk iklan duk cerita zaman 70an dan awal 80an saja, zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Hassan Sani ? mana era hujung 80an selepas Mohktar Dahari dan 90an dan jua thn 2000 ke 2010 srg ni ?

Soh Chin Aun (kapten Malaysia) dengan Kapten Korea Selatan (imej dari Arkib Negara)


Tapi sedikit semangat baru mula dikecapi oleh team Malaysia baru2 ni, nampak peningkatan sikit bila dpt menang Emas di Sukan Sea dgn dpt kalahkan Vietnam.


Tapi cukup ke setakat tu saja, tak cukup rasanya, kita nak lebih lagi .. kita nak ulangi layak masuk Olimpik, tak ke piala Dunia pun tak pe lagi, tapi mulakan dgn Olimpik. Tak dapat Olimpik tapi dpt Piala Asia pun dah cukup laa utk permulaan ni ... tapi boleh ke ?? tak ada yang mustahil .. bangunlah Malaysia, dptkan kembali gelaran pasukan yang digeruni di Asia, naikkan semula semangat bolasepak Malaysia di mata dunia.

Mokhtar Dahari dan Maradona pada perlawanan persahabatan pilihan Selangor dan Boca Juniors pada thn 1982. Maradona adalah jurulatih Argentina di Piala Dunia 2010 skrg.
(imej dari mforum.cari.com.my)


Ramai org dan kawan cakap kat aku ... ”Ko Cakap senang ler, cuba ko yang main” ... cakap ler apa nak cakap tapi ADA AKU KISAH ?? .. org2 yang ambil keputusan utk jadi pemain bola, kalau dah jadikan bolasepak sebagai profession utama jadi kena laa jadi yang terbaik, aku tak pilih jadi pemain tapi aku adalah penyokong, aku ada hak nak bagi komen, aku tak pilih utk jadi pemain bolasepak profesional tapi aku pilih kerjaya lain yang aku mmg cuba untuk jadi yang terbaik dlm menjalankan tugas harian aku. Jadi fikir fikirkan ler ..

Posting entri kali ni nampaknya mcm provokasi sikit dari aku, tapi terpulanglah kepada penerimaan org yang membacanya dan jugak kalau ada org dari pihak yang terbabit membacanya, samada nak terima apa aku cakap ni sbg penaik amarah korang atau sbg penaik semangat utk buktikan yang kita mampu ulangi kejayaan zaman hitam putih dulu di zaman high definition skrg ni.

1 Response to Piala Dunia 2010 … Di Mana Pasukan Malaysia ?

  1. pembangunan dalam sukan ni paling penting

    dan elakkan politik kacau kan?

Related Posts with Thumbnails