Corat Coret Pendek


Harini hari pertama aku di kursus di Nilai, tak bawa laptop so susah sikit ler nak post entri. ni pun aku guna kiosk internet kt lobi asrama tempat aku menginap.

Semalam hari kedua tournament volleyball di UM, seperti yang dijangka team aku kalah di pusingan kedua, lawan dgn team DBKL so tak payah citer panjang ler kan, tu mmg team favourite utk jadi johan kejohanan.

Berbalik dgn kursus aku harini, aku daftar semalam lagi dlm pukul 6 ptg tapi terpaska balik ke Putrajaya semuala sebab ada meeting kelab untuk aktiviti minggu depan. Lepas meeting baru aku shoot balik ke tempat kursus ni sampai dalam pukul 12.30 mlm. Sampai2 jer dpt berita team England kalah 1-4 dengan Germany, tapi aku tak frust sebab team England bukan pilihan aku, nak tunggu tgk Spain & Belanda punya game.

Esok aku balik ke Putrajaya semula, sepatutnya ikut surat yg sampai kt ofis, kursus aku ni sampai Rabu tp pagi td diberitahu yang sampai Selasa jer pulak. Takde budget ler tu kot. So dua hari jer lah aku kat sini.

Ok .. nak pegi solat, rehat sejam jer ni.

0 Response to Corat Coret Pendek

Related Posts with Thumbnails