Kasut oh Kasut


Cakap pasal kasut ni aku sebenarnya dh lama tak beli kasut kerja baru, kasut yg ada skrg pun dh makin lusuh n dah ada mcm nak koyak2 dh, ada yg tapak dh tercabut. Apa nak buat aku ni mmg jenis tak suka beli bt stok, aku beli aku pakai, sampai dh rasa mcm dh tak boleh pakai baru ler aku nak beli baru.

Alkisahnya, selepas tgk kondisi kasut kerja aku skrg ni dh ala2 nak hancur jer nih aku terpikir nak beli baru. So Jumaat aritu aku berjalan-jalan kat Parkson Alamanda, sekali terzooooommm laa mata aku ni kt bhgn kasut lelaki, tgk tgh ada sale skrg, sale CNY laa kot, kasut Bonia dh diskaun 50%, Larrie 70%, Crocodile & Polo pun 50% ... mengoda nafsu membeli betul, tp apakan daya budget tak cukup, tgh tunggu duit masuk dulu. So balik laaa aku dgn azam utk membeli kasut baru bila duit masuk nanti. So mlm tu aku cek akaun, Alhamdulillah duit dh masuk. 

Niat di hati nak beli hari Sabtu n Ahad tu tapi aku plak tersampai ke Parkson tu, ada pegi Alamanda tp tak lak aku pegi Parkson tu. Last2 aku pagi ke Parkson tu hari Isnin, tapi mungkin bukan rezeki aku kot, semua sale kat Parkson tu dh tamat, binawe sungguh .. harga kasut yg time sale aritu just RM170 skrg dah jadi RM300 lebih ... waduh2 rugi2 .. apsal laaa aku tak dtg awal .. disebabkan frust tapi nak beli jugak aku merayap sampai The Mines cari kasut, tp takde jugak yg seswai dgn bentuk dan harganya. Last2 balik tangan kosong gak ... pakai laa yang mana ada dulu sementara nak cari yang baru nih.

Aku ni cerewet gak bila nak membeli brg2 yang aku consider kasut yang mahal2 nih, setakat below RM199 tu ok laa bagi aku tapi kalau boleh nak cari yang paling murah jugak dlm kategori kasut kulit sebab kasut kulit semua harga over RM100, bukan ler aku ni jenis nak menunjuk2 aku pakai kasut kulit, tapi kaki aku ni tak boleh pakai kasut getah atau PVC sebab aku ni jenis cepat berpeluh, kalau pakai kasut getah atau PVC nescaya baunya teramatlah harummmmmm semerbak nanti hehehe ... apa nak buat tu kekurangan pada diri aku kot. Pernah aku beli kasut PVC yang harga RM60 jer tapi pakai 2 kali aku dh tak tahan sebab bau dan rasa berwap so sampai skrg aku tak pakai walaupun keadaan masih mcm baru, nak sedekah kt member takde lak yg pakai saiz aku ni. So bila masuk bab kasut ni kena laa aku melabur lebih sikit untuk cari kasut kulit yang sesuai untuk keadaan diri aku yang cepat berpeluh ni.

Lepak2 Malam Minggu ...



Salam Selamat wahai rakan2 ku ... dah lama juga aku tak masuk post baru .. malas and tak sempat and takde idea beberapa hari ni. Nak kata aku takde aktiviti, tak jugak ... merata aku merayap 2-3 hari lepas. Merayap sebab nak lupakan2 masalah2 yang ada, dari aku pening2 anda layan blues sorang2 kt rumah baik aku keluar ronda2 sambil cuci mata hehehe. Selain tu aktiviti kelab2 yg aku sertai tetap berjalan.

So aku nak update sikit lah, Jumaat lepas dengan jayanya berlangsunglah TT WiSECommunity utk kawasan Putrajaya yang bertempat di SOHO Seafood Bandar Baru Bangi. Saja jer aku tak up TT kt dlm Putrajaya sebab faham2 sajalah, Putrajaya ni masalah parking agak kritikal sekarang, kalau setakat nak kumpul sembang2 tu kt Dataran Purta boleh, tapi kalau nak makan n minum sekali tu konfirm sesak time2 malam cuti mcm tu. So untuk memudahkan pencarian dan parking ahli2 yang nak datang SOHO Bandar baru bangi lah jawapannya, dekat dgn exit Kajang n mudah nak cari, parking pun luas.

Selain TT aku pulak terbeli lak kasut crocs 2 pasang ... hehehe .. dh lama nak duk niat nak beli so tercapai laa jugak hajat hehe ...


TT start lebih kurang jam 9.30 dan habis lebih kurang jam 12.00 tgh malam ... kehadiran agak memuaskan lebih 20 org, ramai yang masih kt kampung sebab sambung cuti dari CNY aritu. Ni ada beberapa gambar yg sempat aku snap dgn kamera henpon aku.







ni ler bahana jadi cameraman .. gambar aku lak takde hehe

Karnival WOW! Putrajaya


Catatan sebuah perjalanan tanpa tujuan.


Jam sekarang lebih kurang 3.30 pagi, aku baru sampai di rumah. Lepas habis citer James Bond dlm pukul 12.30 mlm tadi aku tak tau nak buat apa, panas giler rasa duk dlm rumah ni, ingat aku sorang je rasa mcm tu tp member aku pun komplen mlm ni panas. Last2 aku pakai seluar, pakai baju, amik kunci kereta dan keluar. Nak ke mana pun aku tak tau, kena ekon keta rasa sejuk sikit, aku mula lah memandu.

Mula aku ke Bandar Baru Bangi isi minyak kt stesen ESSO sebelah SOHO seafood, ternampak lak gerai jual kasut crocs kt situ, singgah kejap tapi takde saiz lak, lagipun baru perasan dlm poket ada RM15 jer hehehe. So sambung drive. Aku turn balik ke arah Putrajaya and terbelok ke Serdang, dah sampai area Serdang pikir lak apa ada kt Serdang tgh2 malam ni, so aku terus lagi and aku punya plan pegi ronda2 KL lah .. mlm2 cuti ni sure tak byk keta. Sebab duit ada RM15 jer nak cucuk kt mesin ATM pun dah offline rasanya so aku masuk jalan tak kena tol ikut Serdang Raya. Aku drive sampai ke Jalan Istana, dah malas laa plak rasanya, tapi dh alang2 terus jer lah, masuk ke Lebuhraya Mahameru n naik ke jalan Parlimen lalu sebelah lake garden dan destinasi aku Dataran Merdeka. Sampai saja kat area tu aku tgk punya byk keta parking tepi jalan kat dataran tu, cuti2 panjang ni pun ramai rupanya. So tak jadi berenti, aku terus lagi, ikut jalan belakang Sogo sampai ke Chow Kit dan terus pegi Kampung Baru, dari situ aku pegi ke Bulatan Pahang dan terus ikut Jalan Tun Razak balik ke highway KL-Seremban. Mata pun dh ngantuk, tiba2 lak ada road block kt jalan Tun Razak, layan jer laaa .. lepas road block tu aku drive sampai kat stesen ESSO sebelum tol sg. besi yg sebelah Mint Hotel tu, berenti lepak jap, layan mata aku yg dh layu tu, tau2 terlelap jap hehe .. 5 minit aku jaga masuk beli air and makanan ringan.

Sambil minum n duk tgk keta lalu lalang kat highway tu mata pun dah jadi segar balik so start keta n nak terus balik, sekali lagi aku cilok dari bayar tol masuk ikut jalan pintas baru ikut South City Plaza n keluar kat The Mines. Tapi sekali lagi aku jumpa road block kat jalan pintas baru tu, layan jerr .. keta aku semua lulus JPJ maaaaa .. nak dijadikan cerita lepas stesen komuter Serdang tu ada lagi satu road block, lepas jugak .. 3 road block aku layan malam ni, letih2 .. mujur le kata tak byk takde laa lama sgt beratur. Aku juga dapat buktikan yang masih ada laluan yang tak terlalu susah untuk ke KL dari Putrajaya tanpa perlu membayar tol .. hehe

Sambil layan drive tu telinga aku diasak lagu dari radio dalam keta aku, lagu2 malam ni agak rilek dan tak terlalu syahdu yang amat membantu aku menenangkan diri dari memikirkan segala yang menimpa diri ku. Lampu2 jalan bukan sahaja menerangi jalan sahaja tapi bagi aku ia bagaikan membantu menerangkan laluan yang perlu aku tempuh dan seperti memberitahu aku yang masih ada sinar dalam hidup aku ini.

Dan sekarang aku tiba dengan selamatnya di rumah... mata pun belum mengantuk, rehatlah sekejap diri ini sementara menunggu subuh menjelma.

Catatan sebuah perjalanan tanpa tujuan ..

Hadapi Dengan Senyuman ...


Sabar wahai diriku, sabar wahai jiwaku, tenanglah wahai perasaanku, tenteramlah wahai hatiku, kuatlah wahai semangatku ... hanya doa aku utuskan, hanya harapan aku bentangkan ... semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Aminnn




Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja


Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Kau Dipaksa Aku Terpaksa


13.2.2010 ... harini penghujung sebuah hikayat cinta menyayat hati , aku redha ketentuan ini .. tiada dendam tiada permusuhan dan persengketaan antara aku dan dia, cuma khianat manusia yang tak berhati perut menjadi penghalang kisah ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil, Insyaallah manusia yang menganiaya orang lain akan menerima balasan suatu hari nanti, mungkin tidak di dunia tapi di akhirat takkan terlepas.

Kelu lidah ini tak tahu apa nak diungkapkan .. cuma lagu ini yang paling hampir menceritakan kisahku ini, walaupun tak 100% tepat tapi sekurang2nya korang dapat merasai pilunya ... yang pasti antara aku dan dia tiada siapa pun bersalah, dia dipaksa dan aku terpaksa, itulah keadaannya.

Tiada dendam dan sengketa, tiada benci dan marah antara aku dan dia. Semoga kenangan hubungan kita ini mengajar kita menjadi matang dan lebih dewasa. Terimalah hakikat dan takdir ini tabah, anggaplah dugaan ke atas kita ini sebagai onak dan duri dlm kehidupan di dunia yang fana ini yang ingin menguji kecekalan diri dalam kita meniti titian usang dlm mencari keredhaan sementara menanti kehidupan di alam yang kekal suatu hari nanti.




Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan


Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut


*yang aku kecikkan tu agak tidak tepat dgn situasi aku.

Pertemuan Terakhir ..


Semalam aku bercuti, cuti untuk membereskan beberapa perkara yang lama tertangguh dan menunaikan janji aku pada sidia yang telah lama aku janjikan. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua hal tertangguh dapat aku selsesaikan dan janji aku pada sidia telah aku lunaskan.

Semalam juga adalah pertemuan terakhir aku dan dia sebelum dia bertukar status. Redha dgn ketentuan ini aku kuatkan semangat untuk tunaikan janji aku padanya dan aku harap semua ia akan membantu hidup dia di masa depan walaupun aku mungkin tiada lagi dalam catatan diari dia akan datang.

10 Februari 2010 akan aku ingat sampai bila2 sbg satu tarikh duka yang akan terpahat di jiwa ini sehingga akhir hidup aku. Satu tarikh yang membuka satu lembaran baru dalam hidup 2 insan yang menyayangi satu sama lain tetapi terpaksa menguburkan impian kerana khianat manusia yang bertuhankan wang dan syaitan. Walaupun kedua-dua hati tersebut berat utk melepaskan tapi terpaksa pasrah dengan ketentuan, semoga suatu hari nanti manusia yang bertanggungjawab ke atas situasi ini kan menerima balasan yang setimpalnya, sesungguhnya ilmu hitam itu menjadi adalah dengan kehendak  Allah juga dan dengan kehendak Allah juga suatu hari nanti org2 yang terlibat akan dilaknatNya. 

Sambil menghitung hari ke tarikh 13 Februari 2010 aku hanya berdoa agar dia dapat menempuhi alam baru dgn cekal dan tabah, aku tahu dia seorang yang kuat semangat dalam menghadapi cabaran hidup. Insyaallah semua kejadian ada hikmahnya dan Allah itu maha kaya dan maha penyayang. 

Apa pun hidup perlu diteruskan ... 

Aktiviti DIY/DIT Hujung Minggu


Ahad semalam, aku bangun awal, jarang aku bangun awal hari ahad ooo

Bukan apa sebenarnya nak pegi DIY/DIT kelab keta yg aku join di Bukit Jalil, tgk kawan2 dunia akhirat aku pun mcm diam jer weekend ni so malas aku nak kacau, ada yg balik kg dan ada yg ada urusan keluarga. So better bagi diorang settlekan hal2 yg lebih penting dulu.


Aktiviti DIY/DIT (Do It Yourself/Do It Together) ni tak kerap sgt aku join, setahun sekali dua jer terutama dekat2 masa cuti panjang and nak balik kg atau berjalan jauh. Ni satu kebaikan join kelab2 keta mcm ni, bila bt DIY/DIT ni kita dpt jimat belanja, cuma beli brg dan pasang sendiri, rakan2 yg ada ilmu akan bantu dan sama2 belajar. Kdg2 tu modal hanya RM25 jer kalau buat sendiri tp kadang2 pergi bt kat kedai sampai RM100 dichargenya utk org yang tak tau harga sebenar. So kelab keta ni bukan semuanya jenis samseng jalan tapi salah satu cara social networking zaman skrg antara rakan2 yg sama minat dan kesukaan.


Berbalik cerita DIY aku hujung minggu aritu. Aku sampai ke lokasi dlm pukul 8.50 pg dan tgk bro Tennogelap dh sampai, lama menghilang otai keta ijau nih, siap kena soal siasat dgn polis lagi hehe. Lepak n borak sambil tunggu yang lain dtg, org ketiga sampai Naixe dan kemudian seorang demi seorang wiser sampai.




Aktiviti DIY/DIT bermula dgn rasminya jam 10.30 pagi. Kali ni DIY/DIT biasa spt fogging dan cuci TB tak dibuat sebab takde wiser yg nak buat. Antara kerja2 yg dibuat kali ni spt .. Pasang speaker belakang, Pasang stabilizer, Pasang fuel regulator, Pasang short shifter, tukar bulb depan, pasang cup holder dan adjust bumper.
Aku lak kali ni pasang cup holder dgn jayanya dibantu oleh bro tenno .. nak pasang cd rack tapi tak dpt sebab frame besi kt dashboard aku takde, mana ler aku letak nih hehe

kondisi dashboard masa tgh bt keja

Aktiviti yg paling pelik maybe takde dibuat DIY/DIT kelab lain adalah belajar mencolek pintu keta J4ckpot hehehe ... sebab kunci keta terkunci di dalam .. kredit kpd bro piee (wirahitamblack) yg berjaya mencolek pintu keta sampai terbuka hehe. Dalam pukul 1.00 ptg semua yang masih ada bergerak ke RnR Awam Besar utk menjamu selera, lepas makan2 sempat lagi layan rc drift tgh2 panas. Semua bersurai lebih kurang jam 3.15 ptg. 


Terima kasih kepada kepada bro tenno yg byk tolong aku bt DIY kali ni. Byk ilmu jugak belajar kali ni. Insyaallah boleh dipraktik dgn rakan2 dunia akhirat aku nanti hehehe









Ais Krim Potong Masjid Wilayah


Satu cerita yang dah hampir2 terlupa aku nak story2 dlm blog ni ... adehhh asyik lupa jer aku skrg. Sempena hari jumaat ni aku teringat 3 minggu lepas aku solat Jumaat di Masjid Wilayah. 

Sebelum masuk masjid aku makan tengah hari dulu kt medan selera kat situ, dlm perjalanan nak naik ke masjid tu aku aku aku tgk ramai budak2 sekolah tgh makan ais krim dan ais krim dia agak simple dan pelik, nak kata ais krim potong tak jugak, sebab dh nak masuk waktu so aku teruskan ke masjid dulu.


Selepas selesai solat aku turun nak ke kereta, kali ni aku nampak bukan budak2 tapi bapak budak dan mak budak pun duk makan ais tu. So aku pun cari ler, nak jugak tau aper ygs edap sgt sampai ramai org beli. Sekali jumpa penjual dia, kotak ais atas motor jer, ais krim dia senang jer, ais krim potong bentuk 4 segi di baluk dgn kertas putih, bila org beli dia amik lidi sate tu dan cucuk kt ais tu dan beri kat pelanggan, mudah betul. Ada 3 perasa vanilla, jagung dan keladi, aku beli vanilla dan harga RM 1 jer.

Bila aku rasa mmg sedap pun, patut laa ramai org beli, ada aku dgr order 4 ketul sebab member pompuan di ofis pesan hehe .. kreatif jugak peniaga melayu skrg.

Ni ler rupa ais krim nye ..


TomYam Fusion Orang Bujang ..


Ni cerita weekend aritu, sebab malas so baru arini aku nak citer hehe

Nak dijadikan cerita aku weekend terlepas aku malas nak keluar rumah dan duit pun agak kering sebab baru balik dari kampung, nak amik pegi cucuk duit, kad ATM lak ilang, adehhh mana ler aku letak, so Isnin jer lah kena pegi bank keluar duit guna buku. So hari Ahad tu punya aku malas tahap gaban nak keluar rumah, so aku pun pikir laaa apa nak buat, perut dh lapar. Pikir punya pikir baru aku teringat semalam housemate aku ckp dia pegi Labuan n dia ada beli ketam, dia cakap masak ler kalau nak, byk dia beli 20 ekor jugak ler, mmg penuh freezer tu.

Alhamdulillah .. rezeki aku nampaknya arini hehe .. kalau korang nak tau aku ni bleh ler jugak sikit2 bab masak2 ni, biasa ler dh lama bujang so byk gak ler dh belajar hal2 dapur ni .. tapi jgn korang gelak lak kat aku, silap2 masakan aku ni anak2 dara zaman skrg pun tak bleh celen ooo hehehe .. ok cukup ler aku puji diri sendiri wakakaka.

Lepas aku masak nasi, aku duk pikir nak masak apa ketam ni, sambil2 duk potong dan cuci ketam aku dpt idea buat tomyam jer senang, cepat pun cepat. Lepas siap siang n potong n cuci (haa aku terer ooo bab2 siang n potong ketam ni, belajar dari mak aku, mak aku tak ajar pun sbrnya aku tgk dia buat aku tiru ler, lama2 jadi biasa ler hehe) aku turun ke kedai beli pes tom yam (kena keluar rumah gak adehhhh). 

Ni dia cara paling simple nak buat TomYam style aku : mula2 panaskan air dalam kuali n masuk pes tomyam. Biar mendidih jap baru aku masuk garam secukup rasa, asam keping/gelugoq sekeping dan kicap sikit. Dalam 1 minit lepas tu terus aku masuk ketam ... sekali sekala alih2 laa ketam tu, last sekali aku biar mendidih dlm 10 minit (lebih kurang laa kot, aku tak tgk time pun, bukan nak buat rancangan masakan kat tv nak set time baetul2 hehehe .. aku agak2 jer ketam tu dah masak dan isi dh jadi pejal elok, kira ok laa tu).

Finally, menjadi jugak masakan TomYam Fusion rekaan aku yang tgh lapar time tu hehe .. sedap oooooo makan masakan sendiri hehe .. lagi satu yang jadikan dia best adalah sebab ketam ni, mmg byk isi dan besar2 .. patut laa org pegi Labuan suka beli ketam bawak balik.

tgh mendidih tuuuu ..  masakan org bujang hehe

Office Aku Banjir


Mesti ada terkejut baca tajuk ni hehe .. sebenarnya yg banjir bukan ofis tempat keja tapi parking lot basement ofis aku. Perkara ni terjadi 3 hari lepas. Yang aku hairan masa tgh hari keluar lunch aku tgh ok jer tapi keluar ptg nak balik tgk2 air dah naik sampai ke buku lali dah, adehhh mujur air tu air bersih (rasanya ler) sebab takde bau yang tak menyenangkan. Hal ni dh penah jadi sebelum ni, ada cakap paip bocor, ada ckp air melimpah, entah ler, risau gak sebab yg naik air tu kat basement 3 .. dlm tanah tu hehehe mujur tak tenggelam terus satu basement tu hehehe.



PENGUMUMAN : REMAJA 16 TAHUN HILANG


RAKAN2, TOLONGLAH SEBARKAN DAN SAMA2 MEMBANTU.
REMAJA 16 TAHUN HILANG

Nama : Nurliyana Ashikin bt Azmi
Umur: 16 tahun
Sekolah : Smk Tmn Jasmin 2 Kajang
Tarikh hilang : 20 January 2010 (Rabu)

Beliau ke sekolah pada hari rabu tersebut dan terus tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini

Sekiranya ada sesiapa mempunyai sebarang maklumat berkaitan,
Sila hubungi Pn Shariffa > 03-87233184 ® atau H/P 012-3970018

Kisah Si Lady Driver - part 2


Huh .. baru jer aku post ttg kisah lady driver yg poyo pagi tadi, ingat dpt ler aku tenangkan fikiran sikit ptg ni, tapi nak dijadikan kereta (ehhh silap) cerita, time lunch tadi lagi sekali aku mengalami pengalaman menyakitkan dengan lady driver lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ............  ampeh betul laaaaaaaaa.

Kes kali ni lain plak, yg pagi tadi sebab bawak keta poyo dan terkial2, tapi kali ni bawak keta konon2 cekap tapi membahayakan org lain. Aku keluar dari parking rumah dan dalam berenti beli kuih sikit, lepas keta aku gerak dalam nak masuk gear 3 tiba2 ada sebuah kereta dari simpang sebelah kanan aku zassssssssss keluar, apa lagi kelam kabut aku brek habis semua brg dan buku atas kerusi depan dan blakang jatuh ke bawah, dah dekat sgt dah, kalau lambat 2 saat aku brek mmg berlanggar nyer .. yang lagi bt aku hangin tu, pompuan malaun tu aku rasa langsung tak sedar pun kereta aku dan keadaan aku brek mengejut tu, aku jalan lurus laaa, ko keluar simpang, patut ko tgk laa kiri kanan dulu ... lepas gerak semula aku kejar nak tgk sapa rupa2nya sorang pompuan aku rasa mmg org gomen dan anak dia duk sekolah blakang kt ruang tengah sambil sembang dgn dia, tapi dia mmg tak tau pun kes tadi. Dia keluar simpang tak tengok kiri tapi tgk kanan jer arah dia nak belok, aku dtg dari kiri dia ... kereta Proton Perdana plet W** 2** .. aku tau laa keta ko mahal, laju, tapi bawak keta laju pun keselamatan org lain amik berat laaa sama, kalau ko nak cepat ke nak tunjuk terer sgt ko jgn laa menyusahkan org ...

Pengajaran -  Pandu keta tu kalau nak keluar simpang tgk kiri kanan dulu, kalau berenti dulu lagi bagus dan tgk kiri kanan, bukan main tekan minyak nak tunjuk ko bleh keluar korner laju dengan megahnyeee  ...




Alkisah Manusia Yang Tak Prihatin


Alkisah 1 : Kisah Si Suami

Hal ni berlaku semalam lebih kurang jam 8.00 mlm kat lif rumah aku. Aku tgh tunggu lif nak turun, lepas tu sampai laa lif dan bila pintu lif terbuka keluar laa seorang makcik, lelaki tgh bawa anak kecil dlm umur 3-4 bulan rasanya dan isteri kat belakang lelaki tu sambil bawa beg susu dan beg tangan yang agak besar, so 2-2 tangan dia dh pegang benda, sekali lepas lelaki tu keluar pintu lif tu tertutup dan si isteri ni tersepit kat pintu lif tu, yang nampak, cuma tangan sampai bahu jer kat luar pintu lif, mmg pintu lif tu bengong sikit kadang dah sangkut pun dia tanak buka semula tapi dia stuck, yang best tu si suami ni jalan je menonong jalan ikut mak dia yang tak ler tua sgt dan masih kuat. Last2 aku jugak yang kelam kabut tolong pegang pintu lif tu dan bukakan utk isteri mamat ni, lepas dh keluar dia ckp terima kasih kt aku dan pegi kt suami dia yang masih tak tau apa berlaku dan marah suami dia, "abg, saya tersangkut kt pintu lif td abg buat tak tau jer yer ..." lebih kurang mcm tu ler dia cakap.
Pengajaran - Berilah perhatian kepada isteri masing2, ibubapa, isteri dan anak2 semua tu adalah tanggungjawab lelaki, kalau rasa takboleh nak jalankan tanggungjawab dan beri perhatian paham2 sendiri laa ... jgn sampai org ckp, kawin nak, buat anak pandai, tapi jaga tak reti .. bengong punya manusia.


Alkisah 2 : Kisah Si Lady Driver

Tak kisah ler apa org pompuan nak cakap aku still nak cerita, pagi td dlm perjalanan nak ke ofis, aku berenti kt trafik light dan ada sebuah keta sebelah kanan aku yg dipandu pompuan. bila trafik light ijau kitorang gerak ler lebih kurang saing2 laa .. masa belok tu si lady driver ni bagi signal dan himpit aku nak amik lane aku, WTF betul, ni kes tak toleh tgk keta harap kat side mirror jer, side mirror tu ada blind spot laa wahai pompuan, ko kena toleh jugak keta sebelah terutama kt selekoh .. dlm keadaan tgh bersaing tu dan kat selekoh tu jugak dia nak masuk kiri n himpit aku .. sedang kan jalan depan tu lurus dh panjang lagi tapi kat selekoh tu jugak dia nak masuk kiri, apa lagi aku kasi HON panjang lerrrrr ... terkejut minah tu, dan dia tgk aku dgn muka tak puas hati ... oit lady driver ko tak pikir ttg org lain ker, ko ingat ko bagi signal boleh terus masuk sebaik saja ko bagi signal ker .. mana ko belajar bawak keta haahh ? ko nak aku brek mengejut dan bagi org belakang langgar keta aku ke ? bengong tul ... dah tu nak amik kiri kat selekoh dgn keadaan tgh saing dan keta byk kat belakang, ko nak aku brek khas utk ko ke sedangkan kat selekoh dan kat belakang byk keta .. lepas tu tgk aku dgn rupa tak puas hati .. TAK PUAS HATI NENEK KOOOO .. bangang punya org.
Pangajaran - bawak keta kena tenang dan perhatikan kenderaan lain dan pikir ttg tindakan nak dibuat semasa drive dan pikir juga sempatke org nak brek bila kita nak tukar lorong .. jgn ingat jalan tu ko sorang jer bayar road tax atau jgn ingat tu jalan BAPAK KO PUNYA ... bodo punya org



Coretan ringkas ...


Alhamdulillah .. aku dah kembali ke Putrajaya dan ibu bapa aku pun dah sihat sikit, tapi aku masih bimbang dgn keadaan aku yang masih ada effect dari kesan kejadian aritu terutama ayah aku tu. Apa bole buat, dah umur diorang melepasi 70 thn mcm2 penyakit mula nak dtg, so aku kena ler bersedia utk mencari treatment yang sesuai utk diorang.

Baru2 ni aku terbaca kes anak buang bapa kt tempat tunggu bas dan ada plak tgk tv cerita anak2 derhaka ni, diorang ni tak takut ke balasan di akhirat nanti, sejahat2 ibubapa kita mereka tetap ibubapa, wajib kita menjaga mereka. Kalau diorang ada kesilapan itu antara mereka dan Allah, kita sbg anak kena jalankan tanggungjawab kita.

Ok .. takde idea arini, byk sgt dlm kepala otak aku ni. Tarikh 13.2.2010 makin dekat, tarikh yang akan membawa sejuta kesedihan pada diri aku dan mungkin takkan dpt diubati lagi luka kali ini. Dulu hanya ibubapa aku tempat aku mengadu, tapi nampaknya kali ni aku rasa aku tak nak bebankan diorang dgn masalah peribadi aku lagi ... biarlah aku tanggung sendiri.
Related Posts with Thumbnails