Filem : THE LOSERS




Trivia
Filem yang aku sendiri tak tau dari mana dtgnya, tiba2 jer ada iklan dan promo kt panggung masa tgk filem lain. Di adaptasi dari line DC Comics yg ditulis oleh Andy Diggle.

Jalan Cerita
Sekumpulan pasukan rahsia CIA yang ditugaskan menjalankan satu tugas rahsia dan telah dikhianati dlm tugas tersebut, sepatutnya mereka terbunuh dlm satu serangan jet ke atas sebuah helicopter tp mereka terselamat. Setelah beberapa lama bersembunyi mereka dijejaki oleh seorang wanita yang juga ingin mancari dan membunuh pihak yang mengkhianati dan cuba membunuh mereka. Dari sini mereka kembali ke US dan mula memburu dan menjejaki lelaki dan pihak yang mengkhianati mereka tersbut.
  
Komen Aku
Satu lagi filem adaptasi dari komik, tp bukan filem superhero tapi filem aksi yang mana watak2nya tak mempunyai kuasa luarbiasa tp mempunyai skil2 yg lebih logic pad akal. Bagi aku filem ni mmg menghiburkan senang cakap genre action-comedy. Elemen2 komik masih dikekalkan seperti ketika perubahan plot cerita yang mana watak real life akan bertukar ke lukisan komik. Pelakon2 yang ada juga aku tak berapa tahu sgt, 3 org jer yang aku cam dan pernah tgk lakonan mereka iaitu Jeffrey Dean Morgan (siri tv Supernatural), Zoe Saldana (Avatar) dan Chris Evans (Push & Fantastic 4). Lakonan mereka bagi aku mmg bagus dgn watak yang agak ringan tp mungkin watak Zoe Saldana agak berat kerana wataknya menyimpan byk rahsia.

barisan watak utama

Dari segi plot2 cerita agak senang, Cuma bila babak interaksi villain dan villain bagi aku mcm tak berapa menjadi dan boring. Watak villain Max lebih cuba diutarakan seperti watak penjahat dlm filem James Bond yang mana penjahat yg dpt musnahkan dunia lagaknya, tapi dlm versi Amerika.

Tu jer komen aku sebab aku tak tau nak komen apa ttg filem ni, filem yang mudah dan ringan serta menghiburkan, sesuai utk sapa2 yang nak rilek2 minda dan sedikit gelak ketawa.
  
Rating Aku :


0 Response to Filem : THE LOSERS

Related Posts with Thumbnails