Program PTD Assessment Centre


Dah berapa hari aku tak post kt blog aku ni .. bukan apa, aku sibuk sgt dgn hal ofis dan hal lain.


Harini aku baru saja selesai manjalankan program PAC PTD, Program Assessment Centre Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PAC PTD) ni adalah proses saringan kedua untuk memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41. Saringan pertama adalah ujian bertulis 5 paper, ujian ni dah aku ambil bulan 8 aritu, dan Alhamdulillah aku lulus, tak sangka lak kali pertama cuba dah lulus. So arini saringan kedua PAC, di Intan Wilayah Tengah (INTENGAH) .. belakang UM tu.


So seawal jam 6.40 pagi aku dah keluar dari rumah, risau ada masalah dalam perjalanan, sampai di sana awal dlm 7.15 pagi .. rupa2nya dah ada ramai yang sampai awal lagi dari aku, semangat giler diorang nih. So lepak tunggu pendaftaran pukul 8. Sempat ler berborak dan kenal calon2 lain yang ada, aku dpt tau semua yg dtg tu 158 org. Lepas mendaftar, ambil nombor, ukur tinggi n berat, serah sijil dan ambil gambar aku pegi breakfast, ingatkan breakfast disediakan tapi kena bayar sendiri daaaa .. hehe


Kemudian taklimat dari penyelaras program dan wakil dari JPA. Penerangan tentang skim PTD laa .. kali ni perlantikan di kira sebagai kontrak tapi aku masuk kategori lain sebab aku pegawai yang sedang berkhidmat, dikategoeri sebagai Pegawai Dipinjam Sementara dari Jabatan aku kerja, itu pun kalau aku lepas laa PAC ni dan Temuduga (saringan ke-3).


Lepas taklimat bermulalah sesi pertama, Role Play (Group Discussion) dalam Bahasa Inggeris, ok laa aku takde laa nervous sgt walaupun english aku tak ler hebat sgt hehe still org boleh paham ler apa aku cakap walaupun kdg2 tunggang langgang jugak hehe .. tgk ahli2 group aku tu lebih kurang aku jugak english diorang maybe ada laa sorang tu berair jugak laa english dia siap slang mana tah, Role Play ni diorang bagi situasi kapal nak karam, ada bot penyelamat, tapi dlm 5-6 org saja dpt naik dan semua ahli ada 11 org, ahli diberikan karakter/role masing2, aku dpt role Sea Captain, semua kena bagi laa reason kenapa diri dia perlu naik bot penyelamat tu dan boleh terus hiduo. So settle satu aktiviti.


Sambung aktiviti kedua, Hujah @ Debat .. kali ni dalam Bahasa Melayu. Sebelum ni aku dpt info kata tajuk yang nak ditanya ni isu2 semasa mcm Dasar2 Kerajaan, Isu2 terkini dan Berita Semasa. Sekali dapat tajuk terkedu aku, tajuk langsung takde fakta, kena guna logik akal sendiri untuk cari dan buat hujah. Tajuk dia .. "Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak" .. nah kau, mana ada fakta dan mana ada kajian dan mana dalam akhbar cerita hal ni dlm masa2 terdekat ni. Mesti ramai tak puas hati dpt tajuk mcm ni, siap ada yang duk baca nota lagi masa taklimat awal tadi. Aku dalam hati mcm nak tergelak, bukan pasal apa, sebab aku mula2 mcm tak nak dtg PAC ni sebab aku takde buat preparation hal2 debat ni dan hal bacaan ttg isu2 semasa, cuma aku cuba tingkatkan stamina berlari jer. Mungkin Allah gerakkan juga hati aku untuk dtg. So mmg aku suka tajuk open dan general mcm ni dah tu kumpulan aku pun masing tak kurang hebat dalam berhujah, aku di pihak pembangkang. So settle satu lagi aktiviti.


Lepas aktiviti ni kitorang rehat utk makan tghhari dan solat. makan tghhari disediakan, tak kena bayar sendiri hehe.


Lepas rehat ada pula ujian Sahsiah dan Minat oleh pihak JPA, 427 soalan kena jawab dalam masa 80 minit, gila kebas jari aku, dan aku antara org paling lewat habis, aduhhhh ...


Kemudian bergegas lak ke Aktiviti seterusnya, ingat dh lewat .. abis laa kena potong markah, tapi rupa2nya intructor utk kumpulan aku pun taks ampai lagi, kumpulan lain semua dh ada instructor tp kump aku tak de lagi .. dlm 3 minit baru dia sampai, bila dia cek attendance kira aku ada sekali elr hehehe .. harap2 tak kena potong ler hehe. Sesi ptg ni ada 3 bahagian,


Bhgn 1. Group Problem Solving,  kumpulan diberikan bahan seperti suratkhabar, tali, pita pelekat dan gunting. Kumpulan kena bina menara konduktor kilat setinggi 10 kaki guna bahan2 tu dlm masa 15 minit. So mcm2 idea laa keluar .. kumpulan aku lak mula lambat sebab instructor lamabt sampai. Tapi tak sempat siap masa wisel tamat bunyi, hanya 1 kumpulan saja dpt naikkan menara tanpa tumbang, lagi 13 kumpulan tak sempat naikkan menara, tapi kumpulan aku terus buat dan dpt jugak tegakkan menara tu dlm 30 saat lepas wisel tu bunyi. punya ler semangat hehe.

Bhgn. 2. Senirobik, jurulatih akan putarkan lagu dan kumpulan2 akan reka gerakan tarian sendiri. Lagu Hindustan dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham, Lagu Joget dr Sudirman dan Lagu English dr Beyonce hehe. So mcm2 la step keluar hehehe


Bhgn. 3. Larian, sebelum ni aku dengar larian 2.4km dlm 20 minit, tapi larian kali ni aku rasa tak sampai 1 km pun, rasanya dalam 400 ke 500 meter jer, tapi 50% trek larian ni mendaki lebih kurang darjah pendakian tu 35 darjah, teruk jugak sebab mula2 saja terus mendaki. Aku hampir2 nak pancit tapi teruskan juga dan dapat tag Merah, aku ingat Merah tu dah out dah laa tapi lepas tu aku tgk ada yg sampai lewat dari aku dapat tag Hijau dan semua yg depan aku dpt Merah jugak, so kesimpulan aku tag Merah tu lepas masa yg ditetapkan dan tag Hijau tu tak lepas masa yang ditetapkan. Alhamdulillah ler kalau betul kesimpulan aku, mmg bab ni aku risau sekali. Apa yang aku dengar diorang ambik masa bawah 5 minit utk larian tu sapa yang lebih kira tak lepas ler, tapi tak tau ler betul ke tak 5 minit tu.


So itulah aktiviti akhir, selepas tu semua bersurai. Aku takde stress sgt dlm PAC ni aku rasa enjoy jer hadapi semua ni, sebab ada member pesan kat aku enjoy n have fun. Lagi satu aku dpt kenal beberapa kenalan baru di sini, tapi yang segan diorang panggil aku abg lak sebab aku tua sikit .. adehhh.


PAC inilah fokus aku selama 1-2 minggu ni yang menyebabkan aku agak hilang konsentrasi dlm hal lain termasuk hal cinta dan kerja. Aku nak minta maaf kepada yang terlibat kalau aku ada menyinggung perasaan sebab fokus aku tertumpu pada hal PAC ni.


Bab result PAC ni aku takde nak komen sgt, usaha dah dibuat, ujian dah dihadapi, jadi lepas ni aku hanya mampu berdoa dan terpulanglah kepada rezeki sama ada berpihak kepada aku atau tak. Semoga semuanya berjalan lancar ... Aminnnn

1 Response to Program PTD Assessment Centre

  1. info berguna kepada calon2 PTD, mana tahu satu hari nanti dipilih jadi calon PTD. Soalan akhir berjaya x?

Related Posts with Thumbnails