Awal Muharam / Maal Hijrah


Awal Muharram atau 1 Muharram tanda kita menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, tahun 1431 Hijrah, sambutan Maal Hijrah juga diadakan pada hari ini dan cuti umum untuk aku hehe.


Bila sebut bulan Muharram teringat hari lahir aku dulu, aku dilahirkan pada 1 Disember 1979 (1.12.1979) bersamaan 11 Muharram 1400 (11.1.1400), bukan Muharram ni adalah bulan kelahiran aku dlm kalendar Hijrah. Jadi boleh laa aku sambut hari lahir aku kali kedua hehee ...


Bagi aku untuk ingat tahun hijrah ni senang kalau org tanya, sebab aku lahir pada thn 1400 .. kalau umur aku skrg 30 jadi tahun hijrah adalah 1430, kalau umur aku skrg 32 tahun hijrah 1432, kan senang nak ingat hehe.


Pada 1 Muharram juga sambutan Maal Hijrah diadakan di Malaysia. Sambutan ini bagi memperingati permulaan tahun Hijrah iaitu peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang mana ia adalah merupakan satu inisiatif penyuburan tradisi keilmuan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangasaan tahun ni diadakan di Putrajaya International Convention Center dengan tema ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’. Harap2 tema ni dpt direalisasikan kita semua, semoga ukhuwwah diutamakan bukan fahaman politik masing2.


Selamat Tahun Baru Hijrah rakan2 semua semoga tahun baru ini membawa kesejahteraan dan kebahagiaan yang berlipat kali ganda untuk kita semua.

0 Response to Awal Muharam / Maal Hijrah

Related Posts with Thumbnails