Outstation - Temerloh


Selama 3 hari blog aku ni tak berupdate. Sebabnya aku outstation ke Temerloh, menjalankan tugas utk negara hehehe .. nak spesifik sgt apa aku buat di sana tak boleh laa kot, konsider confidential keja2 aku ni hehe.

Dari minggu lepas lagi aku dh arrange utk outstation ni. Bertolak dari Putrajaya ke sana pada hari Isnin dan menginap di hotel hotel Seri Malaysia, ni jer lah hotel yang boleh dikatakan grand sikit laa kt Temerloh ni. Walaupun bangunannya agak usang tapi facilities still ok .. ada astro lagi walaupun ada 3 channel jer layan jer, yg penting ESPN n Cinemax ada hehe. Breakfast kat sini pun bagi aku ok berbanding Hotel Seri Malaysia lain yang pernah aku menginap.

Bila sebut Temerloh, apa lagi mestilah ikan patin yg glamor kat sini, aku pun dh lupa bila last sekali aku makan ikan patin ni, kecik2 dulu laa. So nak jugak rasa sekali lagi patin ni sebab ramai sgt cakap kalau makan sekali pasti nak lagi. Makan malam 1st kat sana aku order ikan patin masak tempoyak .. setelah dirasa, takde laa istimewa sgt ikan patin ni, rasa mcm ikan biasa jer cuma isi dia pejal sikit berbanding ikat air tawar lain. Dua hari mengadap menu ikan tu aku pun dah naik muak, hari pertama aku order, hari kedua member aku order plak .. tapi aku setakat jamah jer laa, sebab mcm tak berapa minat dah aku.

Habis cerita ikan patin, sebenarnya jadual asal keja aku sampai Khamis tapi sebab dgn dedikasi dan semangat cintakan tugas (hehehe melebih2 lak aku ni) ... sebab keja well planned aku dpt siapkan kerja hari ini (Rabu), so aku n member aku amik keputusan balik jer arini, takde apa nak buat pun kalau stay sana. Jadi, bertolaklah balik, dan sampai di Putrajaya jam 5.30 ptg.

Minggu depan keluar lagi aku .. ke Kuantan lak. Hotel pun tak booking lagi. Esok jer lah.

0 Response to Outstation - Temerloh

Related Posts with Thumbnails