Fitness Center


Hari kedua Disember.

Bangun jer pagi tadi badan terasa sengal2. Ni tentu bahana mula masuk gym semula, mula bersenam semula. Apa nak buat dah doktor arahkan sebab tekanan darah makin tinggi.


Sebelum ni aku rajin jugak bersukan terutama main volleyball sekurang2nya 2 kali seminggu tapi skrg ramai kaki2 volleyball kat ofis dah bertukar-tukar tempat keja so dah tak cukup korum nak menampar.


Last sekali aku amik keputusan untuk daftar jadi ahli kat satu gym atau fitness center di Putrajaya ni, sebelum ni aku tak tau pun ada fitness center kat Putrajaya ni yang aku tau Paling dekat pun kat USJ tapi mahal giler nak jadi ahli, contoh macam Fitness First dan California Fitness. Tempat yang aku daftar ni dekat jer dengan rumah aku, drive dalam 5 minit jer. Yuran pendaftaran RM140 dan tiap2 bulan RM70. Ok laa dari aku langgan Astro lepas tu duduk jer di rumah melepak tengok TV dan kalau ada bola sure pegi ofis mengantuk.


Tengok dari luar nampak mcm kedai biasa jer sebab bawah dia ada farmasi, tapi bila masuk jer ke fitness center ni terkejut aku tengok peralatan2 dia yang terkini dan moden, tak macam public gym di pusat komuniti yang ada di setiap kawasan kejiranan di sini. Semua peralatan dari teknologi terkini dan ruang selesa serta bersih. Berbaloi laa dengan bayaran sebulan RM70.


Hari pertama diorang cek mcm2 BMI, BMR, fat and muscle, lepas dpt semua data2 tu trainer kat situ mula rangka apa yang patut aku buat dan mulakan. Dia bagi nasihat senaman apa yang perlu buat dan setakat mana aku perlu melakukan senaman dan aktiviti supaya berada dlm kemampuan dan keselesaan badan, ini penting utk pastikan aku tak terlebih bersenam yang boleh memudaratkan tenaga dan badan aku.


Mula dengan aktiviti kardio dan lepas tu aku mula guna perlatan regangan dan senaman otot, last aku buat senaman kardio lagi. Dapat juga aku habiskan semua rutin tu walaupun berpeluh2. Apa yang menarik ikut cakap trainer tu aku punya metabolisme tinggi, orang biasa metabolisme normal dlm linkungan 1200, tapi aku nyer metabolisme 2024, dia kata aku ni mudah nak turunkan berat badan dengan rajin bersenam atau aktiviti2 sukan, tapi yang tak bst dengar tu sebab metabolisme tinggi ni jugak boleh sebabkan aku cepat juga gemuk kalau tak bersenam atau menjalankan aktiviti sukan.


So tambah lagi satu azam aku, iaitu untuk teruskan aktiviti gym ni sekurangnya 3 kali seminggu dan harap2 dapat kurangkan kebuncitan perut aku ni hehe.

8 Response to Fitness Center

  1. comment trial

  2. Saiyed says:

    trial berjaya...hahaha...

    aku rasa mcm nk join gak bergym nih...tp kene kira bajet balik nih...hmmmmm...

  3. takpe .. nak mula tu berat sikit rm140 .. tapi kalau banding gym branded2 kira murah tu

  4. ramai mcm nak join je nie.....
    kalu ramai2 best gak join sama2...ekek

  5. jom laa weh .. kalau ramai2 lagi best, dah tu dekat lak tu.

  6. walla .. blog baru... bagus.. bagus... simple and masculine...

  7. wahhh "masculine" tu yg tak tahan tu hehe ..

    dah 3 hari duk mencari, mencuba dan mengedit template ni .. akhirnya dpt gak hasil yg agak memuaskan, tak habis lagi editing baru 70%

  8. Unknown says:

    Mana lokasi gym ni? Apa nama gym?

Related Posts with Thumbnails