Aku & Cerita Piala Dunia


Finally dpt jugak aku online setelah beberapa lama tak dpt nak update blog aku ni, ada ler masuk kejap2 tapi tak sempat nak posting just utk settlekan hal2 penting dulu.

Entah mcm mana skrg ni rajin lak aku datang awal ke pejabat, nak kata aku tak tidur aku tidur mcm biasa rasanya, antara jam 12.00 tgh malam ke pukul 2.00 pagi, tapi antara jam 5.30 pagi ke 6.00 pagi tu mmg mata aku dh celik tanpa perlu tunggu alarm bunyi. Dua tiga bulan lepas bukan main susah aku nak bangun awal dan selalu jugak ler kena punch card merah hehe .. tp skrg tidak lagi hehe (ehh mcm iklan lak bunyi ayat aku ni hehe).

Tapi tak pasti ler dpt ke aku nak maintain keupayaan aku untuk bangun awal ni nanti .. faham2 jer lah tak lama lagi demam Piala Dunia akan bermula .. aku ni mmg peminat sukan bolasepak, tp takde laa fanatic sgt kot, dlm Piala Dunia tu bukan semua game aku tgk, just pilih utk tgk game pasukan2 kegemaran atau game yang aku rasa akan jadi sengit. Lagi2 RTM pun akan siarkan perlawanan Piala Dunia kali ni dgn percuma ke saluran TV1 dan TV2 (mcm thn 80-an & 90-an pulak) .. aku ni mmg takde Astro kt rumah .. entah kenapa aku rasa mcm tak perlu jer aku ada Astro tu, nak bayar bulan2 lagi sedangkan siaran saluran percuma pun dh byk skrg. Mungkin ler suatu hari nanti, tp skrg tak diperlukan lagi, lagipun aku bukan ada byk masa di rumah, malam jer ada kt rumah.


Piala Dunia thn ni di Afrika Selatan, boleh dikatakan tahun ni demam Piala Dunia ni dh bermula, dengan Liga2 bolasepak utama dunia menuju kemuncak dan bahang masih belum berakhir dan akan terus dibakar dengan Piala Dunia mmg demam Piala Dunia ni makin kronik. Saingan Liga2 utama seperti English Premier League, La Liga Spain dan Serie A Italy tahun ni menampakkan saingan amat getir dan EPL serta La Liga pula 2 pasukan teratas berkejar-kejaran mata sehingga ke perlawanan2 terakhir liga pun masih belum dpt ditentukan juara mutlak. Kehangatan liga2 ini sudah tentu akan membakar lagi bahang Piala Dunia tahun ini. Aku punya andaian 4 team utama yang ada peluang cerah ke separuh akhir .. Brazil, Argentina, Sepanyol dan England. Tapi aku punya pilihan peribadi team yang akan menjulang Piala Dunia thn ni adalah Sepanyol.

Aku ingat lagi dari kecil aku mmg suka tgk game2 Piala Dunia, ni ayah aku ler yg ajar hehe .. time Piala Dunia dulu mesti aku tgk dengan dia .. masa game thn 90-an dulu mmg ada disiarkan di TV biasa sebab takde Astro lagi masa tu, masa World Cup kt Italy dan US mmg aku aku layan dgn dia ler, masa tu aku masih di sekolah. Masa World Cup kat Perancis lak aku tgh study kt UUM, penuh laa pantry blok kolej tu dgn kaki2 bola termasuk aku, pukul 2-3 pagi duk bersorak dlm pantry hehe .. teringat lak masa belajar tu, kawan2 lama, ramai jugak yang berte .. dah tua aku ni rupanya hehe. Masa Wold Cup kat Korea/Japan aku tak ikut sgt just tgk beberapa game saja, masa tu aku tgh study kt Poli, situ kemudahan kurang sikit so time weekend jer ler dpt tgk .. World Cup kt Germany lak mmg aku layan ler, masa tu aku dah kerja di Putrajaya, rumah member dan kedai mamak ler jadi tumpuan. Kali ni World Cup maybe layan ramai2 kat Old Town White Coffee Cyberjaya rasanya, sebab masa Euro dulu mmg kitorang lepak kat situ layan bola. Tgk ramai2 ni best, meriah giler, sekali gol satu kedai bersorak, bukan kenal semua pun, kenal yg satu meja jer yang lain sorak sebab sokong team sama hehe.

Bagi aku mmg betul sukan ni membina semangat berpasukan dan memudahkan pergaulan dan menambah kenalan. Bukan saja org yang menyertai sukan tu tapi kita yang menonton ni pun secara tak langsung dapat kenalan2 baru bila menonton di tempat2 tumpaun ramai. Lain ler kalau tgk sorang2 dalam bilik hehe …

Akan datang aku akan masukkan info2 dan fakta2 ttg Piala Dunia 2010 ni kot2 ada yang tak tau hehe.

2 Response to Aku & Cerita Piala Dunia

  1. shaffique says:

    saya sokong ivory coast !


    My latest entry : Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam

  2. Sky0ne says:

    sila ambil award anda di http://sembangbincang.blogspot.com/2010/05/sunshine-award.html

Related Posts with Thumbnails