8TV Nite Live : Penuh Informasi & Menghiburkan.



Setiap malam waktu tidur aku dah konfim pukul 12.00 tgh malam ke atas. Awalnya, mcm2 kerja aku buat kalau ada kat rumah, editing gambar-gambar aku ambil sebelum2 ni tak pun aku layan DVD Anime hehe.

Berbalik ttg tajuk entri ni, dah dekat sebulan ni masuk tgh mlm jer perhatian aku selalu menjurus kepada satu rancangan di 8TV iaitu 8TV Nite Live. Rancangan ni ke udara di channel 8TV lewat malam lebih kurang pukul 12.45 mcm tu. Selalu aku tgk weekend sebab kalau hari kerja tu kalau mata aku masih terbuka ler. Tak pasti lak bila mula ada rancangan ni, ala-ala Quickie tapi konsep rancangan ni lebih informatif terutama sekali ttg perkembangan teknologi, gadget IT, software, video games dan hiburan. Mcm2 info ttg perkembangan terbaru dunia IT di ceritakan oleh pengacara rancangan ni iaitu Moe (Fly.FM news and traffic guy on the Pagi Show), Mike & Jules, tapi bertukar-tukar partner sebab pengacara utk satu siri 2 org jer so rotate ler diorang ni, dan rancangan ni disampaikan dalam English.


So skrg rancangan ni mcm dh jadi satu rujukan aku ttg perkembangan dunia IT, takde ler diorang bagi info 100% tapi still bantu aku dari gelap dan buat terus ttg perkembangan dunia IT terkini. Sebelum ni aku selalu baca hal-hal gadget dan games terkini dalam majalah U-Topia, best gak layan komik sambil baca info IT dan hiburan.


8TV Nite Live ni jugak byk sampaikan info mengenai hiburan tapi ttg artis-artis luar ler, info filem-filem terbaru pun ada diselitkan dan satu kelainan ttg rancanga ni adalah diorang byk siarkan preview dan video klip artis industri K-Pop (Korea) yang belum pernah dijadikan bahan dlm rancangan muzik lain di Malaysia sbelum ni (aku rasa ler). Dari rancangan ni ler jugak aku kenal kumpulan K-Pop T-ara dan beberapa lagi kumpulan grup pompuan Korea (comel2 awek2 korea ni rupanya hehe). Independent blog juga ada direview oleh diorang, terutama blog yang ada informasi berkaitan dgn topik diorang utarakan ler, so bleh ler submit emel ke, twit ker kt twitter kalau blog korang memenuhi kriteria utk diorang review .. kalau blog resepi memasak tak leh ler kot hehe.

Bleh follow atau ikut perkembangan rancangan ni kt Facebook dan Twitter


Pada pendapat aku rancangan ni bagus utk tambahkan info ttg teknologi IT dan pada masa yang sama ada unsur hiburan, cuba bayangkan 2 org duk cerita bab gadget it mcm org baca berita, tak ke boring jadinya, tapi pengacara2 rancangan ni ada celoteh diorang sendiri yang membuatkan rancangan ni tak boring tak macam sesetengah rancangan sekadar menceritakan susunan rancangan yg nak disiarkan dan lepas tu layan caller n bagi hadiah.  Tapi kdg2 hos Nite Live ni terbawa-bawa jugak dgn joke atau cerita lain yg takde kaitan hehe layan jer laa, tp takde ler over sgt sebab live show kan sure producer akan bagi peringatan kalau terlbih sudahhhh hehe. Pengacara2 8TV Nite Live ni aku rasa mmg jenis tech savvy rasanya atau diorang sekurang2 dah buat study dulu sebelum mengacara sebab diorang tak kekok membicarakan hal2 berkaitan gadget dan tech, pernah Jules sendiri buat demo software iPhone yang mengeluarkan bunyi seruling bila ditiup pada mikrofon iPhone tu. Cuma apsal laa rancangan ni disiarkan lewat sgt time mata dh tinggal suku lagi nak pejam hehe. Anyway utk hos2 8TV Nite Live keep up the good works.

0 Response to 8TV Nite Live : Penuh Informasi & Menghiburkan.

Related Posts with Thumbnails