Kereta dan Workshop Tak Dapat Dipisahkan


Kereta dan Workshop mmg tak dpt dipisahkan, betul tak .. Aku baru jer balik dari workshop sebenarnya, niat di hati nak service biasa jer yg kos lebih kurang RM110 jer .. sekali dh sampai sambil menunggu tu mula ler kepala aku ni pikir hal dan keadaan kereta aku tu, last sekali niat asal yang kosnya  RM110 jadi RM330 .. adehhh.

Dari nak servis tukar minyak enjin dah aku pegi cari problem lain plak kat kereta aku, aku suruh dia tgk brake yg aku rasa semacam jer, rupa2nya kedua2 brake pump belakang dh bocor, patut laa mcm kurang jer minyak brake tu. Lepas tu aku suruh dia buat balancing n alignment, dah alam aku nak buat alignment ni sebab stering rasa tak berapa lurus dan kadang2 mcm etrtarik ke kanan, rupa2nya mmg arm tayar depan kanan tak selari dgn sbelah lagi, pomen tu ckp selalunya jadi mcm ni sebab eksiden, bila masa plak dah aku eksiden. Fikir punya fikir rasanya penyebab jadi mcm tu masa aku terjun lubang 3 kali dlm seminggu kot bulan lepas. Bukan lopak tapi lubang, mmg masa terjun tiga2 kali tu bunyi besi berlanggar, kira teruk laa tu rapat naik ke atas spring rasanya. Pomen kedai tu cakap dia tak bleh nak buat bagi selari balik sebab kena tarik, tu kedai pebaik kereta eksiden jer bleh buat. So dia just adjust camber bagi kedudukan tayar paling selari yang boleh dan tak makan tayar bila kereta bergerak.

Dah siap aku pun bayar ler, dah tu takde laa plak hadiah ke apa ke dah aku guna minyak semi n mahal lak tu aku bayar arini, saja jer aku tanya, takkan takde free gift kot, last2 budak kerja tu masuk stor amik sebijik bola n bagi kat aku, hehe hadiah utk minyak brand lain tapi dia bagi kat aku, bola tu plak sempena World Cup tu siap ada logo fifa n South Africa, bola pun bola lah hehe, 

So betullah mcm aku ckp mula2 tadi, kereta dan workshop tak dpt dipisahkan, apa nak buat, dh guna kereta kan, mesti laa ada rosaknya, beli kereta harga sejuta pun still akan ada rosaknya satu hari nanti, betul tak ... (ayat memujuk diri nih, sebab duit habis ... hehe) ... mujurlah esok gaji dah masuk, nasib baik, aklau tak makan maggi jer laaa ujung2 bulan ni wakakaa.


0 Response to Kereta dan Workshop Tak Dapat Dipisahkan

Related Posts with Thumbnails