Filem : HOW TO TRAIN YOUR DRAGON



Pengarah : Dean DeBlois, Chris Sanders.
Dengan suara : Jay Baruchel, Gerard Butler, Craig Ferguson

Trivia
Dalam penantian untuk beberapa sekuel filem animasi 3D popular tiba2 terselit filem ni, filem baru dari novel kanak-kanak dari Cressida Cowell dan diangkat menjadi animasi terkini produksi Dreamworks yang membawakan kita filem2 animasi 3D seperti Shrek, Madagascar dan Kung Fu Panda. Sekali tgk trailer filem ni kat panggung masa menonton filem Tooth Fairy sebelum ni terus aku tertarik nak tengok filem ni.

Jalan Cerita
Menceritakan tentang seorang remaja bernama Hiccup anak kepada ketua puak Viking yang agak berbeza dari Viking yang lain. Puak Viking terkenal dgn badan besar, berotot dan kuat tetapi Hiccup seorang yang berbadan kurus dan tidak bertenaga seperti Viking yang lain. Tapi dia ingin membuktikan yang dia juga mampu menyaingi kemampuan Viking yang lain menggunakan cara tersendiri. 

Kampung Viking tersebut selalu diserang oleh naga-naga yang mencuri ternakan dan membakar rumah2 mereka, dan puak ini Viking amat gemar dan pakar dalam membunuh naga-naga tersebut. Suatu hari semasa serangan naga, Hiccup secara tidak sengaja telah berjaya menangkap seekor naga yang amat berkuasa serta belum pernah ditangkap atau dilihat oleh sesiapa yang digelar Night Fury. Tapi tiada siapa yang mempercayainya. Oleh sebab tidak berpuas hati, Hiccup keluar mencari naga tersebut. Tapi bila menemuinya Hiccup tak sanggup pula untuk membunuhnya. Dan dari sini bermulalah satu hubungan luarbiasa antara manusia dan naga. Hari demi hari Hiccup mendapati apa yang puaknya tahu ttg naga sebelum ini adalah salah sama sekali, dan perbuatan naga menyerang kampung mereka bukanlah tabiat asal naga-naga tersebut tapi kerana dipaksa oleh seekor naga lain yang amat menggerunkan dan ganas.

Untuk kesudahan cerita ini … jgn lupa ke panggung2 yang berkaitan untuk menontonnya .. hehe .. tak best ler kalau cerita detail kat sini, tokey panggung pun nak cari makan jugak hehe.



Komen Aku :
Memang berbaloi bayar tiket untuk menonton filem ni, kalau tgk versi 3D lagi best rasanya, aku tgk kat panggung biasa jer bukan 3D. Dari mula cerita sampai tamat perhatian aku tertumpu ke layar sepanjang masa.
Hasil produksi Dreamworks mmg tak dapat dinafikan kehebatannya, bukan sekadar pada animasi 3D nya, tapi garapan cerita dan plot serta mesej di sebalik cerita disusun dan disampaikan dengan teratur dan mudah untuk penonton faham jalan ceritanya dan mesej di sebalik cerita tersebut. Watak setiap dibina dan diceritakan dengan baik dan jelas membuatkan penonton tahu kenapa dan mengapa watak2 itu sedemikian rupa dan menerima karakter tersebut dgn mudah.

Banyak filem mengintepretasikan naga mengikut gaya pengarah masing2, seperti dalam filem Dragonheart naga digambarkan boleh bercakap dan mempunyai nilai diri yang tinggi, dalam filem Dragon Wars plak naga digambarkan sebagai teramat ganas dan menakutkan. Tapi dalam filem ini naga pada mulanya digambarkan ganas tapi apabila karekter naga mula dikembangkan, naga digambarkan sejenis haiwan yang adorable, comel dan manja .. sekali tgk mcm anjing jer tingkahlakunya. Aku suka sekali masa Toothless mengarahkan supaya Hiccup makan ikan yang diberinya .. so cute n adorable hehe .. Itu intepretasi penulis dan pengarah mengikut kreativiti masing2 lah kan. Naga-naga lain pula digambarkan dalam berbagai bentuk yang agak pelik dan luarbiasa.

Suara Gerard Butler (The Ugly Truth & 300) mmg sesuai dangan watak bapa Hiccup, Ketua Puak Viking bernama Stoick yang gagah. Watak Astrid rakan n kekasih Hiccup pula disuarakan oleh America Ferrera (Ugly Betty) juga amat meyakinkan, mungkin pengalaman beliau dalam animasi Tinker Bell (2008) menerusi watak Fawn memudahkan beliau membawa watak Astrid tersebut.


Tapi bagi aku ada beberapa babak yang agak mengurangkan momentum filem ni terutama sekali bila ia datang selepas babak suspend terutamanya. Tapi skrip filem ni membantu menaikkan semula mood penonton, terutama sewaktu dialog Hiccup dengan Stoick dan Stoick menghadiahkan Hiccup topi Viking yang dibuat dari separuh bra ibunya, penonton dalam panggung mmg ketawa dengan dialog tersbut. Apa yang menarik adalah hubungan antara Hiccup dan Night Fury (Toothless) yang mengubah persepsi selama 300 tahun yang naga itu ganas. Hubungan dan cabaran yang mereka hadapi adalah mesej utama kepada penonton, seperti mana keadaan dunia kita skrg. Banyak mesej yang hendak disampaikan dalam animasi ini antaranya :
- jangan menilai sesuatu hanya dari segi rupa paras
- ada masanya kita perlu berubah dari cara lama
- setiap orang ada caranya tersendiri dan jangan perkecilkan cara masing2.
- setiap orang atau setiap sesuatu ada kelebihan dan keunikan masing2

Dari segi teknikal dan bunyi rasanya tak perlulah aku nak komen byk2, senang cakap mmg superb, watak naga terutama Toothless dan persekitaran terutama air laut amatlah real. Tapi untuk kekalkan sbg filem animasi, watak org viking masih agak2 kartun sikit (harap korang paham ler maksud aku ni) tapi tetap nampak hidup secara 3D. Tak sabar aku nak tunggu filem2 Animasi 3D terbaru selepas filem ini seperti Shrek 4 dan Toy Story 3.

Tiba2 aku terfikir, bilalah produksi animasi di Malaysia ni dpt tandingi animasi Hollywood ni kan. Tapi rasa mcm boleh seperti apa yang Upin&Ipin buktikan sebelum ni. Tapi untuk jangka masa panjang boleh ke kita org Malaysia nak terima filem animasi yang tiada pakej rupa paras dan tubuh badan pelakon dan tak perlu publisiti atau gimik oleh pelakon dan syarikat produksi ?? Artis plak bleh ke diorang terima ?? Hmmm entah ler.




p/s : Anyway buat masa skrg untuk animasi 3D tempatan aku respek betul Les Copaque Production yang membawakm Upin & Ipin ... sori iklan sikit utk produksi tempatan hehe.

Rating Aku : 4.5 Bintang




1 Response to Filem : HOW TO TRAIN YOUR DRAGON

  1. Unknown says:

    review yg bagus! thumbs up.

    i dapat tengok movie (3D) ni secara free kat MV dari admin GB 1 week b4 movie ni launch.

    then I mmg promote abis la citer ni. sweet sesangat!

Related Posts with Thumbnails