Baran ...


Salah satu kelemahan aku .. baran .. 

Tapi selepas usia 25 thn aku dh dpt kawal sikit baran aku ni.
Kalau dibandingkan zaman sekolah dulu mmg mcm langit dgn bumi laa. Kalau sakit hati sgt tak sampai tangan barang sekeliling aku aku bakling jawabnya. Dulu bergaduh selalu aku, muka ni mmg dh merasa ler penumpuk penampar penendang .. dah bukan penumbuk sulong dah, dh bercucu dh. Hidup aku di zaman sekolah dan waktu di antara sekolah dan rumah tu amatlah berbeza, hanya aku saja yang tahu. Bila kenang2kan balik zaman dulu rasa mcm budak bodoh lak masa tu, mujurlah aku tak terjerumus sampai dewasa dgn dunia tersebut. Tapi dunia tu jugaklah yang mengajar aku serba sedikit pengalaman hidup yang mungkin tak semua org dpt rasa.

Tapi lepas habis sekolah aku mcm kurang bergaul dgn kumpulan2 budak di kawasan bandar tu, aku mula berubah. Mula bergaul dgn kawan2 baru yang jauh beza cara hidup. Jadi dari situ baran aku mula dpt aku kawal, Alhamdulillah sampai skrg dpt aku kawal dgn baik, di ofis pun budak2 baru dan pompuan2 duk nyakat aku tapi aku sabar jer, kalau ikut dlm hati mmg aku nak bagi penyepak jer, niat kdg2 tu ada gak nak sekeh jer sekor2 tp setakat tu ler, takde aku nak buat diorang yg dh aku anggap mcm adik2 aku dh ni. Biarlah, tak elok umur2 aku ni nak gaduh2.

Kepada rakan2 yang kadang2 aku terlepas baran tu jgn laa kecik hati lama2, bukan aku nak bencikan korang ke apa, tapi aku pun manusia biasa ada masa boleh crack gak sabar aku ni.Kalau ada yang aku "ter" tu, maaf jer lah yang mampu aku pinta. Terima kasih kepada yang sudi memahami.

1 Response to Baran ...

  1. mmm.. suka marah2..

Related Posts with Thumbnails