Lambakan Filem Dan Rancangan Genre Seram ...



Sekarang aku jarang sikit keluar rumah, balik office lepak kt rumah jer. Jadi selalu ler ngadap tv n tgk siaran free, saja jer tak nak letak Astro takut aku tak tido malam2 hehe.

Maybe ramai dh perasan yang kat TV skrg terlalu byk drama atau rancangan yang bertemakan Seram dan Hantu. Terutama sekali lepas demam filem seram dr Jepun dan Korea seperti Ju-On, Dark Water dsb. Di Malaysia lak kejayaan filem Jangan Pandang Belakang yang mengutip kutipan box office terbesar pada ketika itu. Maka berlambaklah cerita2 hantu dan seram mula masuk ke skrin tv. Dari yang dicilok dari versi asal dari luar Negara dan dilakonkan semula dgn garapan cara Malaysia dan naskah asli idea pengarah Malaysia sendiri. Filem pun dah mcm2 keluar dan dalam pelbagai corak, ada yang mmg 100% seram, komedi seram dan drama. Antara filem seram yang berjaya dari segi kutipan dan anugerah adalah seperti Jangan Pandang Belakang, Pontianak Harum Sundal Malam dan Kala Malam Bulan Mengambang.

Berbalik dgn rancangan seram dan hantu di TV. Rasanya rancangan yang mula2 mendapat perhatian dahulu adalah Misteri Nusantara dan Seekers. Tp selepas Seekers dilanda pelbagai isu hanya Misteri Nusantara yang dpt bertahan dan terkini dari spin off Misteri Nusantara adalah rancangan Ilmu Alam Ghaib. Kemudian dibawa masuk rancangan luar seperti Ghost Hunter.

Siri drama pun dah hampir setiap hari ada dlm rancangan TV antaranya, Tower 13, Bilik No.13, Jangan Pandang Belakang 2, Roh Kembali, Logamaya dan beberapa lagi.

Dulu seingat aku filem2 atau drama2 mcm ni agak dikawal oleh pihak berkenaan, ingat lagi lepas filem Rahsia thn 1987 lakonan Noor Kumalasari, dh agak kurang filem seram yang bermutu. Kemudian generasi baru pembikin filem mula meneroka genre seram ni semula dgn pengaruh filem seram dan horror Hollywood. Contoh seperti pengaruh I Know What You Did Last Summer dan Scream dlm filem2 seram dan horror seperti Mistik. Tapi Mistik agak kurang memberangsangkan dan mendapat byk kritikan negative kerana mutu lakonan yang kurang bagus. Tapi bila pembikin2 menerapkan unsur2 filem seram Asia dari Negara Jepun, Korea dan Thailand genre seram kembali menarik perhatian, ledakan box-office filem Jangan Pandang Belakang arahan Pierre Andre adalah kemuncak kebangkitan filem bergenre seram di Malaysia dan sampai skrg masih berlanjutan demam filem seram dan ilmu ghaib ni di Negara kita.



Tapi adakah dengan berlambaknya filem dan drama seperti ini dpt memberi impak positif kepada masyarakat, dulu pada ketika filem Mistik keluar filem tersebut berkisar mengenai mimpi, skrg filem2 seram dikatakan untuk member pengajaran dan diselitkan potongan surah-surah dari Al-Quran dan ayat-ayat dari Al-Hadis kononnya sbg ingatan kepada org ramai, tp dlm filemnya ada aksi2 ghairah dan aksi bogel seperti kes Zul Handy Black dlm filem Mantra yang diperkatakan baru-baru ni. Dengan alasan filem itu sbg memberi pengajaran dan atas nama seni. Adakah matlamat menghalalkan cara utk pembikin2 dan pelakon2 filem seperti ni menyelitkan aksi2 yang tidak sepatutnya seperti itu.

Jadi apa kata kita sendiri … adakah bagus terlalu byk produksi penyiaran berkisar dengan genre seram dan horror di dalam dunia hiburan kita. Fikir-fikirkan lah …




3 Response to Lambakan Filem Dan Rancangan Genre Seram ...

  1. Suka dengan pendapat anda. Mungkin dulu, filem bergenre seram di malaysia mengalami sekatan. Bila dah terbuka balik, makin berlambak.. Mutu yang membezakan keseluruhan filem :)

  2. Unknown says:

    Hmmm... lambakan filem genre tersebut adalah ikut trend sambutan semasa peminat....Ingat tak dulu bile satu filem dalam bentuk CD femes...abis SUMER production nak buat benda yang sama

  3. Ismail : Terima kasih saudara, terlampau "terbuka" pun kdg2 akan mmendatangkan masalah.

    Hazman : trend atau dlm erti kata lain "mudah buat duit" .. telemovie dlm cd dulu kebanyakan filem gred B.

Related Posts with Thumbnails