MIA : Malaysia Institute Of Accountants



MIA : Malaysia Institute Of Accountants .. bukan missing in action ok hehe

Hari ini aku telah submit borang permohonan untuk jadi ahli Malaysia Instutite Of Accountants (MIA), layak ke tak tu nanti tunggu result tgk mcm mana.

Dulu mmg nak apply masa baru grad tapi mcm tak konfiden jer sebab jawatan aku bukan dlm kategori pengurusan, tapi baru2 ni ada beberapa org bos kt ofis aku ni galakkan aku cuba apply, diorang cakap kalau tak dpt pun takde rugi aper2. So aku pun amik borang isi dan hantar. Payah juga nak completekan borangnya, kena bos bagi performance review dan kena amik Commisioner of Oath nyer cop n tandatangan. Apa2 pun aku dh berjaya settlekan. Siap diorang hantar marketing eksekutif dtg ofis aku amik lagi, so tak payah ler aku pegi KL.

Harap2 dpt laa permohonan aku ni diterima, aku mohon status ahli sbg Chartered Accountants sebab aku ada kelulusan dalam Perakaunan, pengalaman aku kerja lak dah dekat 6 tahun dari check sistem komputer sampai ke check akaun dan aktiviti syarikat yang aku buat skrg. Minimum requirement MIA ni just 3 tahun pengalaman so harap2 ader ler rezeki aku. Ahli MIA ni ada beberapa kelebihan salah satunya dalam sektor awam ni kalau dpt jawatan dlm kumpulan penguran dan profesional starting tangga gaji adalah lebih tinggi sikit dari org lain sebab dlm kategori ahli badan yang diiktiraf. tapi bukan senang gak nak maintain ahli, tiap2 tahun kena make sure point above 20 point untuk maintain keahlian pada tahun akan dtg, point ni di kira berdasarkan kursus atau apa2 seminar atau bengkel yang berkaitan yang kita hadiri sepanjang tahun tersebut. 


Yuran lak setahun RM250, mahal gak kan, baru nak masuk ni lagi mahal .. yuran pendaftaran RM500 dan yuran tahunan RM250 total RM750 .. jenuh jugak laaa hmmm. Tapi aku dpt tau yg ahli MIA bleh claim bayaran yuran tahunan kat Jabatan aku ni. nanti ler aku survey tgk senior2 yg dah lama jadi ahli. Harap2 permohonan aku ni berjaya ... Amin

Filem : FROM PARIS WITH LOVE


Director: Pierre Morel
Starring: John Travolta, Jonathan Rhys Meyers


Trivia
Baca tajuk pun dah tau ni citer yg ada kaitan dgn spy n tembak2 n bunuh2, ala2 tajuk filem James Bond, From Russia With love. Tapi tarikan utama yg membuatkan aku nak tgk filem ni sebab tgk poster dia nampak John Travolta (JT) botak hehe .. rasanya tak pernah JT berimej botak kot sebelum ni. Kalau zaman GREASE dulu rambut JT ni jambul di depan hehe. Tapi honestly aku tak tau pun ttg filem ni kalau tak tgk poster kat panggung. mcm kurang promo jer sebelum masuk panggung.

Jalan Cerita
Seorang pembantu duta US ke Perancis bernama James Reese lakonan Jonathan Rhys Meyers (JRM) yang juga bekerja secara rahsia untuk pihak risikan US bagi kerja2 mudah dlm operasi risik. Tapi satu hari dia dikehendaki membantu seorang spy/ejen yang bernama Charlie Wax lakonan John Travolta (JT). JT seorang spy yang agak ekstrem dalam menjalankan tugas tetapi dia pasti dpt selesaikan tugas tersebut. Bersama, mereka cuba menjejaki sendiket wang palsu dan akhir sekali membawa mereka ke satu kumpulan pengebom berani mati yang sedang merancang utk mengebom persidangan duta2 di Paris. Secara tak diduga teman wanita Reese adalah subjek utama yang menjadi perisik utk pihak pengebom berani mati tersebut.

Komen Aku
Senang cakap, cerita spy yang tipikal. Macam jugak citer spy yg lain, seorang spy dihantar utk halang rancangan pembunuhan duta2. Cuma dlm jalan cerita dia agak kompleks dan ada unsur2 sedih. Lakonan JRM boleh jugak dibanggakan terutama dlm beberapa plot penting terutama dia tertembak seorang pengganas dan semasa dia terpaksa menembak kekasihnya sendiri. Lakonan JT lak rasanya agak pelik sebab JT membawa watak yang ekstrem dan seorang lelaki tough dan gagah, JT pada pendapat aku lebih baik membawa watak penjahat yang agak psycho seperti dlm filem THE TAKING OF PELHAM 123 dan filem FACE/OFF atau watak undercover yang lebih terancang seperti dalam filem BASIC. Bila JT dipotraitkan sebagai seorang yang macho dan gagah serta pandai berkungfu, rasanya mcm tak kena. Dalam filem ni aksi tembak menembak, bunuh membunuh mmg of the chart ler, ntah berapa yang mati pun dah hilang kiraan aku, sekali tgk mcm gabungan filem Assassins lakonan Antonio Banderas dan trilogi filem Jason Bourne (Bourne Identity, Supremacy dan Ultimatum). Aksi kejar mengejar di babak2 akhir tu mmg best dan mengujakan, komedi ringan dan matang juga diselitkan untuk mengurangkan rasa tegang konfrontasi filem ni. Babak JRM membawa pasu berisi dadah hampir setengah filem dan membawanya hampir ke segenap pelusuk Paris termasuk Eiffel Tower jugak agak melucukan.

Satu ttg filem ni yg aku tak setuju bila sekali lagi filem Hollywood ni babitkan org Islam sebagai penjahat dan pengganas. Mmg tak dinafikan pengebom berani mati ada di kalangan org Islam tapi tak semua berpendirian seperti itu. Tapi filem ni mcm nak mengapi-apikan semula kebencian terhadap org Islam dan juga org Asia. Muslim digambarkan sbg pengganas dan Asia (cina) digambarkan sbg pengedar dadah dlm filem ni. Sekali tgk mcm filem ni anti-asia rasanya, just pendapat aku ler.

Rating Aku : 2.5 Bintang



Kereta & Tikus


Ni kes kereta aku meragam semalam .. ptg lepas ofis aku balik dan test start keta aku tu, bunyi mcm semalam dah takde tapi bunyi lain lak, yang membuatkan aku syak bateri punya hal.

Aku cabut bateri dari keta lama aku yang baru overhaul aritu (bateri baru) ganti dgn bateri keta wira aku .. sekali pulas kunci sudah jalan .. Alhamdulillah .. settle .. pakai ler bateri tu dulu, keta lama aku tu nanti ada budget aku ganti ler bateri baru hehehe.

Tikus takde kaitan dengan kereta aku tapi ada kaitan dgn Din Beramboi. Dari berita yg aku dengar kat tv semalam Din Beramboi skrg dalam keadaan koma sebab jangkitan kuman berpunca dari kencing tikus. Mmg bahaya kencing tikus ni, kumannya cepat merebak, apatah lagi kalau termasuk dlm makanan. Sebelum ni yang pernah aku dengar keracunan kecing tikus ni pernah didapati melalui air tebu, sebab selalunya sebelum diperah tebu ni diorang sandar kat mana dan bhgn bawah kdg2 terkena lantai atau tanah. Tebu ni lah dlamnya mcm span so cepat jer serap cecair dari lantai n tanah tu, bila diperah air tebu tu dah bercampur dengan bendasing yang diserap tadi. So nak beli air tebu tgk2 sama cara penyimpanan tebu tu sebelum diperah. Satu kes lagi berkaitan air tin, kadang2 tikus atau haiwan2 lain boleh kencing atau buang najis atas stok air2 tin dlm stor, bila org ramai beli air tin kita just kopek tempat nak minum tu dan terus minum dari tin, pada masa yang sama mulut kita akan menyentuh permukaan tin yang dah dicemari tadi dan jangkitan kuman mungkin berlaku, so kalau boleh cucilah dulu permukaan tin tu sebelum diminum.

Untuk Din beramboi .. semoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa.



p/s : sori ler aku bukan peminat Era.FM skrg, aku pendengar setia Sinar.FM hehehe

Filem : TOOTH FAIRY


Trivia
Pertama kali tgk trailer filem ni mcm menggelikan hati jugak dan sebab lama tak tgk The Rock berlakon so aku pun pergilah tgk filem ni. Dah lama sebenarnya tgk, tp tak berkesempatan nak bagi ulasan.

Jalan Cerita
Jalan cerita mudah saja, lebih kurang citer Jackie Chan "The spy next door" jugak. Cuma filem ni mengisahkan seorang seorang pemain hoki ais bernama Derek yang digelar tooth fairy (pari2 gigi) sebab setiap kali bermain mesti ada pemain lawan akan kehilangan gigi sebab dirempuhnya. 
Cerita berkait dgn tooth fairy bermula apabila dia cuba membuang keyakinan anak kekasihnya yang tiada tooth fairy, dia sebenarnya mahu menceritakan hal sebenar tp caranya tidak kena pada seorang kanak2. Disebabkan itu dia telah dibawa ke alam tooth fairy dan dikenakan hukuman menjadi tooth fairy selama seminggu.

Komen Aku
Komen aku senang saja ... STEREOTYPE ... cerita filem ini lebih kurang filem komedi terdahulu The Rock iaitu Game Plan yang mana ia melibatkan seorang lelaki pertengahan usia dan kanak2. Asas cerita hampir serupa cuma jalan cerita dan plot2 diubah. Aksi2 komedi mmg agak menggelikan hati terutama ttg gadget2 tooth fairy, ala2 filem James Bond plak. Dari segi lakonan tak banyak peningkatan buat The Rock, lebih baik lakonan dlm filem Game Plan lagi rasanya. Seperti dlm Game Plan sekali lagi The Rock memakai tutu dan seluar ketat (seluar ballet), adehhh dh takde gimik lain ker. Special effect pun ala2 kadar jer, takde laa menarik sgt. Seperti biasa dlm filem2 skrg kehadiran pelakon ternama seperti Ashley Judd, Billy Crystal dan yang paling mengejutkan kehadiran aktress veteran Julie Andrews (The Sound Of Music) amat membantu membawa mood ke dalam filem ini, Julie Andrews sebagai ketua tooth fairy mmg seswai.

Takde komen lagi .. sekadar komedi biasa utk keluarga dan ada sedikit pengajaran cuba diselitkan iaitu seseorang patut berusaha dan teruskan cita2 masing2 sehingga berjaya .., (mcm byk ler plak filem duk guna tema mcm ni kan)

Rating Aku

2 Bintang


hari takde mood


Hari-hari terakhir bulan Mac 2010 ... mcm2 masalah aku 1-2 hari ni .. semalam jer member aku minta tolong amikkan family dia dari Bandar Seri Putra ke Putrajaya sebab kereta dia rosak dan anak2 dia nak sekolah, dia plak terpaksa ler cuti emergency kereta punya pasal. dalam pukul 11.00 baru aku sampai kt parking lot rumah aku, tp nak dijadikan cerita sampai jer kat parking keta aku lak buat pasal, radio kejap off kejap on .. lampu kt dashboard pun mcm malap jer, hantu ker main2 dgn radio aku ni, so aku parking n off enjin keta, cuba start balik dah diam terus aper bunyi pun takde, sah dah ler rosak, samada bateri atau starter, ahhhh malas aku layan malam2 ni, kunci keta dan naik tidor.

Pagi tadi cuba start lagi keta aku, dan kali ni dengar bunyik "ktak" kt dlm engine bay, sahih starter ni. So aku decide eprgi kerja naik bas jer, mujur bas kt area rumah aku ni senang dpt pagi2 ni, campak 50 sen dlm kotak duit tu, amik tiket n terus naik. Kat ofis aku call bengkel, dia bagi 1-2 petua utk dicuba dulu sebelum nak decide antar bengkel. Ingat petang karang ler try, tgh hari malas aku nak berjemur tgh2 panas tu, so merempit laa aku arini.

Dalam pukul 10.30 pagi tiba2 member ofis aku yg cuti arini call mintak tolong nak pinjam motor sebab dia nak balik rumah amik kunci spare keta dia, sebab dia tertinggal kunci dalam keta kat hospital, bawa bini cek up sebab dah dekat due dh bini dia tu. So ke hospital ler aku bawa motor, dia amik motor n aku lepak kt hospital .. dlm 45 minit dia sampai balik.

Dah amik motor tgk jam dh dekat time rehat so aku ddecide terus pegi Serdang pasang kotak belakang sebab dh nak guna motorsikal ni paham2 jer lah .. kunci, baju hujan dan nak simpan helmet time pegi mana2 tu, so paling mudah letak kotak ler senang, mcm bonet keta ler jugak fungsinya. Terbang RM200 adeh !!

Petang2 ni aku dh boring, nak buat keja pun takde mood pikir bab keta aku, hopefully takde serius sakitnya dan jangan ler hujan petang ni sebab aku nak balik dgn motor ...

Tagged ..



Ampeh btul Sky ni, aku lak di tagged nya .. hehe sebab sahabat dunia akhirat yang tagged aku jadi aku jawab ler jugak  .. (tp dlm hati ni, siap ko nanti aku tagged ko yang 3 kali ganda panjang dari yg ni nanti hehehe)


1. Adakah anda rase HOT ??
kurang hot .. sebab ekon ofis aku ni sejuk giler arini

2. Upload gambo wallpaper pc/ laptop yang anda guna skang..



3. Cerita sket pasal gambo
background template blog aku .. aku mmg suka sesuatu yang abstrak dan absurd.
4. Bila kali terakhir anda makan piza?
hmmm .. sebulan lepas .. pizza home made kt Oasis Kafe B. B. Bangi
5. Lagu terakhir anda dengar.
trouble is a friend .. lenka
6. Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Gotong royong kt ofis aku sebab nak implement 5S.
7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama ape?
Nick utama di alam virtual  aku RyCO .. tp utk komuniti anak negeri dan ofis, aku guna nick Putra.
8. Sila tag lagik 8 orang.
aku baekkkk .. tanak tag wakakaka

9. Siapakah orang no. 1 kepada anda?
ntah
10. Katakan sesuatu kepada orang no. 5
ntah lagi
11. No. 3 ada hubungan kepada siapa?
ntah jugak
12. Bagaimana pula dengan no. 4?
lagi ntah
13. Pesanan kepada orang no. 7.
ntha jer
14. Kata2 Cinta kepada orang no.6
ntah tak tau ..
15. Adakah no. 7 dan no. 8 mempunyai persamaan
ada .. dua2 takde nama dlm list
16. Berikan 5 perkara yg anda tahu tentang orang yang mentag anda
a. suka makan, sekali makan melantak giler tp kurus gak...miahaha

b. suke keta hehe
c. kaki karok
d. suka tulis blog
e. stay kt sg. merab hehehe
17. Persamaan antara kambing dan lembu..
Dua-dua ada 4 kaki .. kecuali yg cacat ler
18. Perasaan anda semasa membuat tag ini
Rasa kenyang sebab baru lepas makan
19. Adakah Si Razman itu sengal?
anak saper tu ??

dah siap ... sori ler sebab aku jawab mcm tak betul sebab blog aku ni tak ramai yang baca, lagipun kesian nak tag org sebab kenanya org yg sama jugak hehehe

Masjid & Selebriti ...


Tiba2 rajin lak aku posting arini .. ni pun ada satu lagi posting nak masuk lepas ni. Tagged si Skyone .. ampeh tul, nasib baik ler tak byk sgt .. hehe. Siap ko Sky, lepas ni aku tagged ko lak wakakaka ...

Baru balik dari Masjid Besi bersolat Jumaat .. 1st time aku pegi Masjid Besi jalan kaki dari ofis aku, sebelum ni aku selalu pegi dgn kereta lepas makan kt luar atau tumpang kereta sahabat2 dunia akhirat aku. Tapi disebabkan arini aku sibuk sgt dgn kerja2 5S kat ofis ni, dh tak sempat aku nak keluar awal. Takde laa jauh sgt nak ke masjid tu, dlm 5 minit jer jalan, tapi panas terik betul arini. 

Terjumpa lak beberapa selebriti kat Masjid arini, dari tokoh politik sampai laa ke artis. Masa lepas berwudhuk tadi terserempak dengan Rosyam Nor, sekali pandang tak perasan lak dia, dah duk kat sebelah baru cam tu Rosyam Nor. Simple dan biasa jer orgnya, tak macam pelakon2 muda skrg yang mcm2 jenis fesyen kt luar, paling kurang rambut mesti ala terpacak, cicak kalau jatuh atas kepala dia pun bleh tergadai nyawa punya laa tercacak rambut. Suka aku bila terserempak pelakon2 dan artis di masjid mcm tu, maksudnya walaupun di layar perak lakonan mcm2 watak tp di luar masih seorang insan yang tetap sujud kepada Penciptanya. Syabas Rosyam nor.

Lepas solat lak, aku tgh berjalan nak keluar nampak aa ler sekumpulan org duk salam2, bila aku amati rupa2nya diorang tgh bersalaman dgn Pak Lah, mantan PM sebelum ni. Tgk Pak Lah pun dah makin putih rambutnya, mungkin byk pikir kot atau sebab bini baru aritu hehe. Bab ke masjid dan mengimamkan solat ni dalam byk2 PM rasanya takde yang boleh celen Pak Lah ni. Lagipun dah darah keturunan alim ulamak jadi ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan .. etul ke perumpamaan aku bagi ni hehe .. tu komen aku secara luaran ler, dari segi politik dan peribadi aku tak nak campur laa sebab kalau silap cakap dan tuduhan dosanya aku jugak yang tanggung, lain laa kalau aku kenal dan duduk sebumbung dgn dia.

Selebriti yang amat berbeza bidang tapi ada satu persamaan utama .. wajah diorang ni selalu menghiasi kaca tv kan. Tapi selebriti ke apa ke, aku mcm biasa tgk dan nampak dari jauh jer laa .. aku bukan jenis nak berebut2 nak pegi bersalam ler atau nak enterframe tunjuk muka depan selebriti2 ni. Takde faedahnya bagi aku, buang masa jer.

Sampai bila nak jadi kuli ??


Sampai bila nak jadi kuli ... ??

Persoalan yg selalu berlegar dlm kepala otak aku. Kerja makan gaji mcm aku ni tak membuka peluang utk meraih lebihan pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup aku. Maksud aku dari jalan yang halal laa .. kalau cara haram tu aku mintak simpang ler, rasuah, imbuhan dan apa2 yg berkaitan tu aku minta simpang laa sampai mati. Duit2 haram ni aku tak nak libatkan diri, sekali jadi darah daging dari sumber haram ni dh takde jalan nak buang dari diri lagi.

Apa yang aku maksudkan "perniagaan" @ "business (bisnes)" .. aku dari dulu lagi berminat dgn bisnes tapi tak berpeluang sebab aku bukan dr keluarga berada. modal takde nak buka bisnes. Lagipun takde dlm family aku yang melibatkan diri dgn bisnes.

Aku kadang2 dh jemu kerja makan gaji ni, buat kerja sebaik mana pun yang dpt nama org atasan bukan kita yg bertungkus lumus kat bawah ni. Bila buat salah sikit kena sound  & kdg2 kena marah, aku kdg2 pantang bila org nak sound2 ni, mcm gaji aku ni dibayar guna duit dia. Sedar laa diri tu, kita sama2 makan gaji jadi tak perlu laa nak marah2 n sound2 .. just tegur laa dgn baik dulu, bagitau apa yang silap dan minta penjelasan dulu. Baru namanya berhemah dan kakitangan bawahan akan respek. Aku pun faham kalau ditegur oleh bos, sbg seorang bos mmg perlu menegur kakitangan bawahan bila ada keadaan yang menyimpang dari peraturan atau kehendak kerja. Aku respek kalau bos yang dpt tegur staff dgn cara yang boleh menimbulkan kesedaran kepada staff tu tanpa perlu sound2 atau marah2. Satu lagi bagi aku jawatan di pejabat hanya di pejabat, luar dari waktu kerja dan waktu pejabat status2 jawatan tu takde dlm kamus aku. Di luar bagi aku "survival of the fittest", jadi faham2 ler. Tapi kepada bos2 yang aku respek dgn sikap dan cara kerja diorang, kat luar pun aku takde masalah utk respek diorang sbg kawan atau sbg org yang lebih tua dari aku dan banyak pengalaman. Serba sedikit kita dpt belajar dari org2 yang berpengalaman ni.

Satu hal lagi, Kerja mcm aku ni yg berstatus jawatan rendah ni agak membazirkan kebolehan yang mungkin ada pada diri seseorang tu. Apa saja yang pihak atasan bagitau, kita buat .. idea pegawai jawatan rendah ni jarang2 diambil berat.

Sampai satu masa ada kemasukan intake pegawai baru terutama yang fresh grad. Mereka masuk terus jadi bos, interpersonal skill mmg hancor tapi apa nak cakap kan, kita ni pegawai bawahan, diorang bos walaupun muda trang tang tang dan muka mcm terlur separuh masak jer. Apa nak buat bila diorang punyai kelulusan segulung kertas benama ijazah tp pengalaman kerja langsung takde. Tapi ada juga yang tahu situasi diri diorang yg mcm rusa masuk kampung dan cepat cuba serapkan diri dlm komuniti ofis dan sanggup belajar dari staf2 lama walaupun jawatan staf2 tu rendah dari dia, inilah yang patut dibuat oleh semua bos2 muda ni. Kerja kt tempat aku ni kalau ada degree pun hanya 10% saja yg ada kaitan dgn dunia kerja aku ni. Kelulusan utama utk jawatan di tempat aku ni Degree in Accountancy tp semasa belajar di universiti silibus yang diajar adalah ttg akaun syarikat tp bila masuk kerja tmpat aku ni akaun yang diperiksa adalah akaun kerajaan yang mana hanya diajar dlm satu subjek yg jam kredit 3-4 jam jer paling tinggi sepanjang pengajian sebyk lebih 130 jam kredit utk layak mendapat ijazah. Jadi adik2 yg baru grad jgn laa mendabik dada masuk kerja dgn ijazah sebab dlm dunia kerja, pengalaman kerja itu pengukur pengetahuan dlm menjalankan kerja, ijazah tu hanya pengukur akademik dan tiket utk mendapat jawatan bukan tiket untuk anda bermegah2 di zaman skrg ni. Aku bukan laa anti atau benci bos2 muda, tp masing2 kena ingat la, "if you want people to respect you , you must earn it", bukan kerana ada ijazah jer kita mengharapkan org lain untuk hormatkan kita dgn mcm tu saja. Aku bercakap ni ttg apa aku nampak dan alami selama 7 thn bekerja di tempat aku ni. kat tempat org lain aku tak amik tahu dan tak terlibat dgn cerita aku ni. Kalau ada pun adalah secara tak sengaja dan takde kaitan dgn aku ... mcm disclaimer filem lak hehe.

Berbalik dgn citer bisnes, Alhamdulillah dlm 1-2 bulan ni plan aku berjalan spt yang dirancang, langkah demi langkah yang perlu dibuat dah aku buat dan semua telah selesai dibentuk, semoga langkah seterusnya berjalan dgn lancar dan seperti yang dirancangkan. Tapi buat masa skrg aku nak berehat sekejap, nak tenangkan diri kejap untuk teruskan usaha aku ni. Mcm nak gila rasa kepala ni, sampai dh 2-3 kali aku mcm tak leh kawal marah aku ni. Apa aku nak buat, aku hanya manusia biasa yang ada kelemahan, hopefully suatu hari nanti aku dpt kawal kelemahan aku ni 100%.

Cita-cita adalah cerita hidup yang kita sendiri cipta ...

Baran ...


Salah satu kelemahan aku .. baran .. 

Tapi selepas usia 25 thn aku dh dpt kawal sikit baran aku ni.
Kalau dibandingkan zaman sekolah dulu mmg mcm langit dgn bumi laa. Kalau sakit hati sgt tak sampai tangan barang sekeliling aku aku bakling jawabnya. Dulu bergaduh selalu aku, muka ni mmg dh merasa ler penumpuk penampar penendang .. dah bukan penumbuk sulong dah, dh bercucu dh. Hidup aku di zaman sekolah dan waktu di antara sekolah dan rumah tu amatlah berbeza, hanya aku saja yang tahu. Bila kenang2kan balik zaman dulu rasa mcm budak bodoh lak masa tu, mujurlah aku tak terjerumus sampai dewasa dgn dunia tersebut. Tapi dunia tu jugaklah yang mengajar aku serba sedikit pengalaman hidup yang mungkin tak semua org dpt rasa.

Tapi lepas habis sekolah aku mcm kurang bergaul dgn kumpulan2 budak di kawasan bandar tu, aku mula berubah. Mula bergaul dgn kawan2 baru yang jauh beza cara hidup. Jadi dari situ baran aku mula dpt aku kawal, Alhamdulillah sampai skrg dpt aku kawal dgn baik, di ofis pun budak2 baru dan pompuan2 duk nyakat aku tapi aku sabar jer, kalau ikut dlm hati mmg aku nak bagi penyepak jer, niat kdg2 tu ada gak nak sekeh jer sekor2 tp setakat tu ler, takde aku nak buat diorang yg dh aku anggap mcm adik2 aku dh ni. Biarlah, tak elok umur2 aku ni nak gaduh2.

Kepada rakan2 yang kadang2 aku terlepas baran tu jgn laa kecik hati lama2, bukan aku nak bencikan korang ke apa, tapi aku pun manusia biasa ada masa boleh crack gak sabar aku ni.Kalau ada yang aku "ter" tu, maaf jer lah yang mampu aku pinta. Terima kasih kepada yang sudi memahami.

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010




Pesta belon datang lagi .. hehe

Ni buka belon mainan kanak2 tu tapi belon udara panas yang besar tu dan boleh naik lagi .. kali ni kali kedua diadakans ebab thn lepas dpt sambutan hangat sampai 150 000 org dtg.

Tahun ni 4 hari diadakan kernival ni, dari Khamis sampai Ahad. Tadi aku tgk khemah2 dh naik, siap dah ada pesawat ringan di bawa ke lokasi maybe ada pameran jugak kot. Tgk bilangan khemah rasanya 2-3 kali ganda besar dr thn lepas.

Aku bukan minat sgt nak naik belon ni tp aku nak amik gambar belon tu dan jugak gelagat org yg dtg tuu, gila photo shot dh mai balik dlm kepala otak aku ni hehe. Setiap hari jam 7.45 pagi sampai 8.15 pagi dan pukul 5.45 ptg sampai 5.15 ptg adalah waktu khas utk photographer2 masuk ke kawasan pelancaran belon utk amik gambar. So kali ni mmg aku nak pegi ler, thn lepas dh terlepas peluang. Saja jer gatai nak menembak lak skrg ni.

Mid Valley & Bangsar Village


Kebosanan melanda aku semalam, sehari kat rumah so last sekali aku meloloskan diri keluar dari rumah aku (bukan ada sapa nak tahan pun hehe). Destinasi aku nak cari aksesori benda yg aku beli aritu, tp dh malam kedai yg biaa aku pegi pun dh konfirm tutup. Jadi alang dah kelaur tu aku decide pegi ke Mid Valley. Jalan pun ok tak jem tp keta byk jugak. Sampai Mid Valley cari parking lak satu hal dekat 20 minit aku berpusing2 cari lot parking.

Masuk je dalam ruang kedai di Mid Valley tu dah penuh dgn org, tiba2 lak terserempak dgn member sepejabat, adehhh mana saja aku pergi sekarang mesti ada jumpa orang yang aku kenal, tak macam 5-6 thn lepas, tak kenal sapa2 lagi masa tu hehe.

Jalan punya jalan punya jalan .. mata aku terlihat sebuah kedai yg ada jual brg yg aku nak cari tu, nasib baik kedai tu buyka smpai malam. Masuk kedai tu habis semua jenis brg yg aku nak beli tu aku suruh dia keluarkan, tilik kiri tilik kanan .. last2 aku beli laa salah satu brg tu, habis laa RM130, benda nya kecik jer, nipis tapi mahal, yg tu jer yang agak2 murah gak ler, nak amik yg murah sgt nanti kualiti tak elok lak.

Selesai membeli aku jalan2 window shopping, rupa2nya ada diorang bina replika Wonderland dari filem Alice in Wonderland, meja makan Mad Hatter pun ada, sebijik mcm dlm filem. Ramai laa plak duk nak bergambar kt situ. Lepas tgk gelagat org aku masuk ke MPH nak tgk2 buku yg maybe menarik minat aku. Teringat lak satu buku bertajuk "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Map". Aku jumpa buku tu kat MPH Bangsar Village minggu lepas, tp masa tu tgk2 jer, arini mcm nak beli lak rasanya. Cari punya cari tapi tak jumpa, search kt online katalaog ada tp cari tak jumpa. Takpelah aku kata, nanti aku pegi cari kt tmpat lain ler. Kelaur dari MPH masuk lak kat Jusco, tgk baju t-shirt, tapi tak meanrik lak design dia. Last2 tersangkut kt barang Deuter (produk outdoor), tgk beg dia mcm teracun lak, beg deuter aku skrg dh lusuh kat rumah tu, ingat nak cari baru. Tapi tak terbuka hati lak nak beli sebab duk teringat ttg buku tadi.

Lepas keluar dr Jusco aku terus ke kereta n decide nak pegi MPH Bangsar Village. Mujur le dekat jer n jalan pun ok. So dpt gak aku beli buku tu di MPH Bangsar Village. Mahal jugak, mentang2 ler best seller hehe. Dari Bangsar aku terus je balik ke Putrajaya, excited nak start baca buku aku beli td hehe .. Lepas aku habis baca buku tunanti akan aku bagi review kat sini.

Badminton .. Formula 1 .. Bolasepak


MALAYSIA BOLEH !!!


Sorakan Malaysia Boleh bergema bila Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi kategori perseorangan lelaki kejohanan badminton Seluruh England edisi ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19 di Arena Kebangsaan di Birmingham, London. Suasana di Arena tersebut dh mcm suasana di Malaysia rasanya, bila sorakan penyokong Malaysia bergema di segenap penjuru Arena,  penyokong2 Malaysia di sana yang terdiri dari pelajar2 Malaysia dari seluruh England sedikit sebanyak sokongan mereka itu menyumbang kepada semangat dan konsentrasi Lee Chong Wei.







Ferrari kembali ...
Formula 1 kembali membuka tirai di Litar Bahrain .. nampaknya Ferrari kembali menunjukkan taring selepas persembahan hambar thn lepas. Alonso dan Massa di tempat pertama dan kedua, ketiga Lewis Hamilton. Michael Schumacher di tempat ke-6 (ok laa untuk penampilan sulung selepas beberapa thn bersara). Team Malaysia plak, Lotus F1 berkedudukan di kelompok belakang sekali, tp yg menariknya dua-dua pelumba Lorus dpt menamatkan perlumbaan, satu prestasi yg baik utk pasukan baru.


Manchester United Menang ..


Manchester United menang lagi .. Kalahkan Fulham 3-0 .. sekali lagi Rooney menjadi pemusnah berbisa buat MU dgn 2 jaringan dan Berbatov dgn satu gol. MU skrg kembali ke takhta liga tapi lebih satu perlawanan berbanding Chelsea, sekiranya Chelsea menang perlawanan seterusnya takhta liga akan bertukar tangan lagi. RACE TO THE FINISH. GLORY GLORY GLORY

lain dicari, lain dibeli ... sakit hati punya pasal


Alkisah, aku dlm seminggu dua ni sedang mencari satu brg ni, dan dh decide nak beli model apa yg aku nak. So satu survey secara rambang (bukan seks rambang aaaa) ke seluruh website yg berkaitan.

So aku dpt ler detect beberapa seller yang nak jual brg yg aku nak tu, so aku contact laa diorang ni, tapi amatlah kecewa sebab tiap2 org yg aku call tu berita yang aku spt semua dh jual atau dh ada org booking .. ampes tu. Dlm masa seminggu tu aku contact dekat 15 org seller tp semua nya aku terlambat, ada yg still ada tapi bila tgk condition .. hancussss

Still aku tak putus asa, tp disebabkan panas hati dgn keadaan tu, dan dlm keadaan panas hati tiba2 aku ternampak satu iklan ttg model yg lebih baik dr model yg aku nak cari tu dgn harga yg agak sedikit rendah dari market price skrg, so pikir punya pikir punya pikir .. dgn hati masih panas tu terus aku call seller tu, tapi jawapan pertama dia ckp .. "brg ada lagi", dh naik syok aku, tp dia sambung, "esok dh ada potential buyer nak tgk brg" .. alamak sekali lagi aku kena, frust giler .. so aku ckp kt dia, "takpelah, kalau esok buyer tu tak jadi mintak dia call aku" .. tp tiba2 dia ckp, "kalau u nak skrg I bleh jual kat u, 1st come 1st serve basis" .. fuh tawaran menarik ni. Aku ckp kt dia 30 minit lagi aku call, bukan apa aku nak pg amik cek duit kt mesin ATM dulu hehe.

Sampai kt mesin Atm aku cucuk masuk kad n tekan pin .. sekali ko kat skrin mesin ATM to keluar "need to change password", bila tekan pin aku dia keluar mcm tu, alahaiiiii mesinnnnn ... apa kejadahnya ko nak buat hal waktu2 mcm ni. 3 kali cuba tetap sama, tak berani nk cuba lgi takut ditelannya kad aku. So aku telefon call center, dia kta maybe kad aku tu ada problem, alamak, nak manual withdrawal kt bank dah tutup, esok sabtu lak .. tp call center tu bagitau cawangan bank kt KLCC buka weekend (baru aku tau RHB Bank ada yg buka weekend, ingat AMBank jer). Aku call seller tu plak bagitau tak dpt jumpa mlm ni, kalau sempat pagi esok, dia kata ok, sebab yg sorang lagi tu nak tgk tgh hari. Maksudnya aku kena sampai sebelum tgh hari ler. Plan pun disusun.

Sabtu pagi, pukul 8.30 aku dh keluar ke KLCC, sampai di KLCC rupa2nya bank buka pukul 10.00 pagi, lepak2 ler kejap sambil tgk model kereta F1. Buka jer pintu bank aku terus masuk, org kedua tekan butang giliran tu. So Alhamdulillah dpt gak keluarkan duit n settlekan masalah pin nombor aku semalam. Lepas tu aku terus ke Ampang jumpa buyer kt area Ampang Point dlm pukul 11.00. Alhamdulillah akhirnya aku dpt memiliki barang yg aku tak pernah impikan sebelum ni walaupun off budget sikit, tp harga brg tu pun below market price sikit n seller siap bagi aku free gift yg harga hampir RM100 gak rasanya, dan mmg plan seterusnya aku nak beli brg tu, tp dah dpt free lak tu, Alhamdulillah. A very very good deal.

Sebelum terlupa aku nak ucap terima kasih kat Tuan Penasihat aku Mr. Md. Zaki helmet merah hehehe .. hampir 2 minggu ni aku asyik ganggu dia jer mintak nasihat hehehe ... Tengkiu tuan penasihat, balik kampung nanti aku belanja nasik ganaja ok hehe.

p/s : sengaja aku tak bagitau apa brg yg aku beli tu, pandai2 ler korang teka hehehe



siaran tv ditemani mata yang tak mengantuk


Mata ni tak ngantuk la plak malam ni .. so apa lagi .. melayan tv je lah .. tapi tv aku ni gambar tak berapa clear sebab antena atas flat aku ni dah nak lingkup agaknya .. dh lama mcm ni, pernah buat aduan, technician tu cakap kena perbaiki time keja, so sorang kena ada di rumah time dia nak buat tu. Last2 sampai skrg tak buat2 jugak sebab byk kerenah sgt. minta buat pukul 5 pun tak nak .. hampes tu, tiap2 bulan maintainance bayar tp servis amatlah tidak memuaskan. Ingat nak masuk Astro, tp balik2 fikir nak buat apa membazir duit, aku bukan jenis melayan tv sgt skrg ni, time mcm ni jer aku tgk tv betul2 tgk nyer hehe .. lagi satu kalau ada Astro kang tak tido malam aku melayan filem n bola hehe.

Tapi nasib baik tv2, tv3 n tv8 masih bleh tgk walaupun agak byk noise kt gambar dia. Layan jerlah, mujur ada citer Chuck time aku tak ngantuk ni, bleh gak layan. Tv2 nampaknya dh byk filem n siri yang best2 time lewat2 malam ni. Sblm ni byk siri retro mcm Macgyver n Airwolf disiarkan balik, tu pun aku suka jugak hehe .. siri2 tv zaman kecik2 dulu hehe.


Airwolf : salah satu citer yang aku tak pernah miss tgk time kecik2 dulu .. hujung 80an & awal 90an .. muzik siri ni mmg best dan masa ni jugak ada siri Knight Rider ttg kereta boleh bercakap, dan kereta tu pun warna hitam jugak. Tapi Airwolf ni lebih menarik bagi aku, maybe sebab tak pernah tgk helikopter kot masa aku kecik2 dulu.


Macguyver : kalau aku nak buat carta siri tv retro, dlm carta aku sure siri Macgyver ni duk atas sekali. Dulu mmg gila sungguh tgk cerita ni, sampai nak tiru laa apa yg dia buat tu tapi cakap saja laa nak buat pun eksen2 jer ler hehe .. satu lagi nak ada jugak pisau lipat Macgyver tu, masa ni laa baru kenai pisau lipat jenis Victorinox ..
Tapi siri ni pernah dikritik dan dicadang supaya dihentikan cadangan sebab ada kes org meniru betul2 apa yg di tunjukkan dlm siri ni sampai berlaku kecederaan. Tapi siri ni terus ditayangkan jugak utk 2-3 thn rasanya. Aku ada koleksi DVD dia utk season 1 sampai 3 .. layannnnnn hehe





hari-hari yang berlalu


Hmmm agak lama gak tak masuk posting baru .. byk perkara berlaku sebenarnya dlm 2-3 minggu ni tapi aku lak mcm malas nak ngadap blog ni. so alang2 dh free sikit ni aku merajinkan sikir jari jemari aku ni menaip.

Dalam masa 2-3 minggu ni mcm2 perkara berlaku dlm hidup aku, senang cakap aku mmg bz dgn dunia aku buat sementara, aku tolak ke tepi semua hal2 lain sekejap untuk settle kan hal2 yg ada ni. so lepak2 pun aku dh jarang skrg ni dan apa2 yang agak mengurangkan budget aku bulan ni aku slowkan sikit sebab aku perlu mencatu badget aku utk perkara yang lebih penting.

Perkara paling besar rasanya adalah aku beli sebuah motorsikal utk aku buat pegi keja .. dengan harga RM2700 aku dpt sebuah motosikal Modenas Kriss 120 thn 2008 yang masih kelihatan mcm baru. Thanks kepada seller .. Pak Lang dari Rawang yang betul baik orgnya dan mudah nak berurusan. Semua hal insurans n jpj dia uruskan aku cuma pegi sain n amik motor dan geran. Jumpa iklan motor ni pun kat Mudah.my .. so skrg merempit laa aku dlm Putrajaya ni hehe .. beli motor 4 stroke senang nak jaga, isi petrol n tukar minyak itam bila sampai masanya. Kat kampung ada sebijik lagi motor aku Yamaha 125z, tapi yang tu aku punya transport kalau balik kampung so tu yg malas nak bawa ke sini. Motor tu 2 stroke so agak cerewet sikit nak jaga tapi apakan daya masa beli tu dulu dlm keadaan jiwa kelajuan hehe .. apa tak nya motor tu kecik tapi lari mcm RXZ n TZM laju dia. Dulu aku guna utk berulang dari Penang ke kampung masa aku belajar n bekerja di Penang. Motor kapcai tu aku bantai 140kmj-150kmj atas highway .. mmg masyuk aaa .. masa tu mmg gila2 sikit kepala otak aku ni hehe. tapi bila dh masuk lepas usia 25 thn dulu aku dah kurang2kan sikit kepala otak gila aku tu, cuba rilek2 kan diri dan hidup aku ni, so sebab tu aku amik motor yang tak berapa laju ni, lagipun aku nak buat motor ni motor riadah jer, time nk pegi gym ke bersukan ke org nak pegi kedai ke .. takde la nak pegi kedai makan jarak tak sampai 1 km nak naik keta jugak kot.

Habis citer bab motor .. masuk satu lagi citer .. aku juga dlm proses mancari sumber pendapatan tambahan, skrg ni tgk keadaan gaji aku saja tak mencukupi buat aku, utk belanja hidup mmg cukup tapi aku nak juga buat simpanan, nak simpan pun takkan sebulan RM50 atau RM100 .. sekurang2nya RM200 ke atas sebulan .. umur aku bulan belasan2 tahun ada awal 20an nak simpan sebulan RM50 dan nak pegang pada prinsip sikit2 lama2 jadi bukit pun aku kena tafsir lain perkataan "sikit-sikit" tu .. dulu masa kecik "sikit2" tu sekupang atau dua kupang .. tp bila dh usia mcm aku ni "sikit2" terletak pada satu benchmark yg agak tinggi. jadi peribahasa tu kena ditafsirkan semula dalam kamus hidup aku. jadi berkejar aku ke serata pelusuk Lembah Klang utk menjayakan projek aku ni, harap2 dengan izin Allah dptlah aku menambahkan sedikit rezeki aku selepas ni. 

Aku sebenarnya tak berapa suka kerja makan gaji, dah tu gaji pulak tak setimpal dgn tugasan yang diberikan. Lepas tu kena marah dgn org yang juga makan gaji, sebab jawatan dia tinggi dia boleh marahkan org bawahan .. ayat aku senang saja, "ko ingat gaji aku duit bapak ko bayar ke yg nak maki2 n tunjuk lagak depan aku?" mungkin sebab ni juga kot aku tak diterima utk jadi PTD, sebab aku kuat memberontak dan aku jenis tak kisah ttg jawatan. Bagi aku rasa hormat bukan boleh diberi kpd seseorang itu kerana harta, pangkat atau taraf pendidikan yang tinggi semata-mata tapi byk perkara lain perlu diambil kira .. respect doesn't come by itself, to get it u must earn it. Aku lagilah meluat kalau nampak sgt org tu berlakon semata2 nak dihormati, cuba berlagak tahu segala2nya dan berlagak matang sedangkan perlakuan dia sendiri menunjukkan sebaliknya. Wahhhhh dh jauh aku melalut ni .. next time sambung lagi ... tata
Related Posts with Thumbnails