Stupid Smokers ..


Aku ni bukan ler anti atau tak suka semua smokers, ramai kawan2 aku mmg perokok tegar yang rasanya sampai ke mati pun dh tak bleh berhenti kot hehe. Tapi yang aku nak highlight kali ni ttg sesetengah smokers yang bodoh dan bangang yang tak ambik berat dan tak prihatin dengan org sekitarnya, mcm kat dunia ni lebih ramai org yg hisap rokok dari org yg tak hisap rokok.

Yang buat aku bengang pagi-pagi ni kes perokok jugak ler. Pagi tadi keluar dari rumah dan tengah tunggu lif tiba2 dtg laa mamat ni tunggu lif juga. Tgh duk tunggu tu dia nyalakan ler rokok sebatang, takpe la open space kan, bila lif terbuka aku ingat dia nak buang rokok tu tapi masuk selambar jer sambil duk hembus asap rokok. Bangang betul laaa .. ada lagi manusia bangsat mcm ni rupanya. Lif tu tertutup, bila sorang duk sembur asap rokok habis ler semua org dlm tu sesak nafas dan semua baju berbau asap rokok mcm kita lak yang hisap. Lagi satu pagi2 nak pegi ofis dah duk share org lain punya asap rokok, mana aku tak bengang. Apa punya bongok punya manusia. Dalam lif tu dah terbentang sign NO SMOKING tapi still duk sedut hembus jugak asap tu. Anjing pun kalau diajar pandai, ni manusia yang ada pelajaran pun tak tau nak baca sign atau tak prihatin ttg org di sekitarnya.

Kepada perokok tolong laa sedar, org yang merokok tu sebenarnya unusual habit, so jgn laa buat mcm non smokers ni yang unusual kepada dunia. Hormat laa org di sekeliling, mmg laa ko boleh cakap yang ko tak kisah ke, tu hak ko ke, habis tu org yang tak hisap rokok ni takde hak ke nak hirup udara nyaman tanpa dicemari asap rokok tu. Bodoh betul.

Kepada rakan2 aku yang perokok tegar nih, cuba2 lah berhenti, banyak duit korang habiskan dengan beli rokok ni, buat bayar minyak kereta ke, beli susu anak ke lagi bagus. Toksah ler duk bakar duit sendiri. Bukan tak bleh hidup tanpa rokok, aku ni tak merokok boleh hidup ok jer. Berhenti laa rakan2 ku dari membakar duit sendiri tanpa memperolehi faedah kepada diri sendiri, lagi memudaratkan ada ler.


Kereta dan Workshop Tak Dapat Dipisahkan


Kereta dan Workshop mmg tak dpt dipisahkan, betul tak .. Aku baru jer balik dari workshop sebenarnya, niat di hati nak service biasa jer yg kos lebih kurang RM110 jer .. sekali dh sampai sambil menunggu tu mula ler kepala aku ni pikir hal dan keadaan kereta aku tu, last sekali niat asal yang kosnya  RM110 jadi RM330 .. adehhh.

Dari nak servis tukar minyak enjin dah aku pegi cari problem lain plak kat kereta aku, aku suruh dia tgk brake yg aku rasa semacam jer, rupa2nya kedua2 brake pump belakang dh bocor, patut laa mcm kurang jer minyak brake tu. Lepas tu aku suruh dia buat balancing n alignment, dah alam aku nak buat alignment ni sebab stering rasa tak berapa lurus dan kadang2 mcm etrtarik ke kanan, rupa2nya mmg arm tayar depan kanan tak selari dgn sbelah lagi, pomen tu ckp selalunya jadi mcm ni sebab eksiden, bila masa plak dah aku eksiden. Fikir punya fikir rasanya penyebab jadi mcm tu masa aku terjun lubang 3 kali dlm seminggu kot bulan lepas. Bukan lopak tapi lubang, mmg masa terjun tiga2 kali tu bunyi besi berlanggar, kira teruk laa tu rapat naik ke atas spring rasanya. Pomen kedai tu cakap dia tak bleh nak buat bagi selari balik sebab kena tarik, tu kedai pebaik kereta eksiden jer bleh buat. So dia just adjust camber bagi kedudukan tayar paling selari yang boleh dan tak makan tayar bila kereta bergerak.

Dah siap aku pun bayar ler, dah tu takde laa plak hadiah ke apa ke dah aku guna minyak semi n mahal lak tu aku bayar arini, saja jer aku tanya, takkan takde free gift kot, last2 budak kerja tu masuk stor amik sebijik bola n bagi kat aku, hehe hadiah utk minyak brand lain tapi dia bagi kat aku, bola tu plak sempena World Cup tu siap ada logo fifa n South Africa, bola pun bola lah hehe, 

So betullah mcm aku ckp mula2 tadi, kereta dan workshop tak dpt dipisahkan, apa nak buat, dh guna kereta kan, mesti laa ada rosaknya, beli kereta harga sejuta pun still akan ada rosaknya satu hari nanti, betul tak ... (ayat memujuk diri nih, sebab duit habis ... hehe) ... mujurlah esok gaji dah masuk, nasib baik, aklau tak makan maggi jer laaa ujung2 bulan ni wakakaa.


PENIPU/SCAMMER : Peringatan Untuk Peminat Fotografi.




Baru-baru ni ada terbaca beberapa posting luahan perasaan beberapa rakan2 di satu forum yang kena tipu dlm internet dan melibatkan barang fotografi. So rasa terpanggil (chewaaahhhh hehe) nak berkongsi beberapa info dengan sesapa yang sudi membaca blog aku nih, aku ni dh agak lama jugak ler dlm dunia online maya ni, sejak thn 1994 aku dh mula online terutama melalui IRC ler masa tu dan aku mula berurusan jual beli di internet ni sejak thn 2004. Jadi ada ler pengalaman sikit ttg hal2 jual beli online nih. 

Ada rakan2 minta tips fotografi lepas aku post entri ttg fotografi aritu, tapi aku ni bukan tahap otai lagi nak bagi tips2 ni tapi nanti kita share2 lah sedikit demi sedikit ok. Cuma kali ni aku nak share maklumat, tips dan pesanan pada rakan2 yang berminat ttg fotografi mengenai PENIPUAN yang sedang berleluasa di internet skrg.

Peringatan kepada rakan2 yg selalu melawat website FTZ (Free Trade Zone) atau Mudah.my atau mana2 website yang menjual barang2 fotografi secondhand, kalau boleh korang elakkan dari berurusan dgn pihak yang menggunakan no telefon berikut .. 017-7967568, 017-7688577 .. pemilik nombor ini ada org yang sama yang menggunakan bermacam2 alias spt .. nad, misz.nad, nadia, din, missy. MIA, yong dan beberapa lagi. ramai yg telah tertipu dgn scam dia. Sekarang scammer ni dah tukar no telefon dan nama baru.

Modus Operandi :
1. Menawarkan brg DSLR secondhand dgn harga yg agak rendah dari market price dan hanya berhubung melalui sms.
2. Lokasi didakwa di JB @ Kuantan @ UTP Tronoh ..
3. Hanya sms, kalau call samada dia tak nak ckp n bagitau bateri nak habis atau tak angkat langsung.
4. Tak mahu COD (mcm2 alasan diberi antaranya, takut nak jumpa org lelaki tak dikenali @ dia akan bagitau dia pernah alami pengalaman pahit bertemu buyer dan dh serik COD),
5. Transaksi hanya melalui courier dgn buyer mendeposit separuh harga dan setelah dpt brg baru menyelesaikan full payment.
6. Akhirnya, brg tak sampai, duit lesap.

Aku sendiri pernah menelefon nombor tersebut dan suara yg menjawab adalah perempuan muda tp dia tak nak ckp lama katanya bateri hp nak habis, tp sebab dia tak nak COD aku tak teruskan urusan tu. Dari pihak2 yg tertipu no akaun yang diberikan juga adalah atas nama seorang perempuan. Dah ramai yang tertipu dgn scam perempuan ni, di harap rakan yang mencari peraltan2 fotografi di internet dapat berhati2.

Sekadar ingatan : sebaik-baiknya cubalah elakkan berurusan menggunakan courier dgn individual seller yang di luar kawasan terutama yang memerlukan anda mendeposit wang terlebih dahulu, kecuali korang kenal dgn individu tersebut atau dia dpt buktikan track record yang baik. Kalau korang tak dpt nak beli brg tu anggaplah bukan rezeki korang. Better COD untuk pastikan reliability seller dan jugak boleh tgk n cek brg yg nak dibeli sampai puas hati. Lagipun kebanyakan seller yang mmg suka COD sebab dpt cash terus dan barang juga dpt dipastikan selamat diterima buyer, dan selalunya photographer2 ni suka berjumpa dan berkenalan dgn photographer lain untuk menambah kenalan dan bertukar2 pengalaman walaupun pada awalnya hanya nak berurusan jual beli. 

Tapi semua ini pilihan masing2lah, aku cuma mencadangkan dan perlu diingat juga yang bukan semua seller yang menggunakan cara courrier itu adalah penipu, ramai yang mmg jujur dlm menjalankan transaksi, cuma segelintir sahaja yang mengambil kesempatan utk menipu, jadi sama2lah kita berhati dlm membuat transaksi secara courrier ni.

8TV Nite Live : Penuh Informasi & Menghiburkan.



Setiap malam waktu tidur aku dah konfim pukul 12.00 tgh malam ke atas. Awalnya, mcm2 kerja aku buat kalau ada kat rumah, editing gambar-gambar aku ambil sebelum2 ni tak pun aku layan DVD Anime hehe.

Berbalik ttg tajuk entri ni, dah dekat sebulan ni masuk tgh mlm jer perhatian aku selalu menjurus kepada satu rancangan di 8TV iaitu 8TV Nite Live. Rancangan ni ke udara di channel 8TV lewat malam lebih kurang pukul 12.45 mcm tu. Selalu aku tgk weekend sebab kalau hari kerja tu kalau mata aku masih terbuka ler. Tak pasti lak bila mula ada rancangan ni, ala-ala Quickie tapi konsep rancangan ni lebih informatif terutama sekali ttg perkembangan teknologi, gadget IT, software, video games dan hiburan. Mcm2 info ttg perkembangan terbaru dunia IT di ceritakan oleh pengacara rancangan ni iaitu Moe (Fly.FM news and traffic guy on the Pagi Show), Mike & Jules, tapi bertukar-tukar partner sebab pengacara utk satu siri 2 org jer so rotate ler diorang ni, dan rancangan ni disampaikan dalam English.


So skrg rancangan ni mcm dh jadi satu rujukan aku ttg perkembangan dunia IT, takde ler diorang bagi info 100% tapi still bantu aku dari gelap dan buat terus ttg perkembangan dunia IT terkini. Sebelum ni aku selalu baca hal-hal gadget dan games terkini dalam majalah U-Topia, best gak layan komik sambil baca info IT dan hiburan.


8TV Nite Live ni jugak byk sampaikan info mengenai hiburan tapi ttg artis-artis luar ler, info filem-filem terbaru pun ada diselitkan dan satu kelainan ttg rancanga ni adalah diorang byk siarkan preview dan video klip artis industri K-Pop (Korea) yang belum pernah dijadikan bahan dlm rancangan muzik lain di Malaysia sbelum ni (aku rasa ler). Dari rancangan ni ler jugak aku kenal kumpulan K-Pop T-ara dan beberapa lagi kumpulan grup pompuan Korea (comel2 awek2 korea ni rupanya hehe). Independent blog juga ada direview oleh diorang, terutama blog yang ada informasi berkaitan dgn topik diorang utarakan ler, so bleh ler submit emel ke, twit ker kt twitter kalau blog korang memenuhi kriteria utk diorang review .. kalau blog resepi memasak tak leh ler kot hehe.

Bleh follow atau ikut perkembangan rancangan ni kt Facebook dan Twitter


Pada pendapat aku rancangan ni bagus utk tambahkan info ttg teknologi IT dan pada masa yang sama ada unsur hiburan, cuba bayangkan 2 org duk cerita bab gadget it mcm org baca berita, tak ke boring jadinya, tapi pengacara2 rancangan ni ada celoteh diorang sendiri yang membuatkan rancangan ni tak boring tak macam sesetengah rancangan sekadar menceritakan susunan rancangan yg nak disiarkan dan lepas tu layan caller n bagi hadiah.  Tapi kdg2 hos Nite Live ni terbawa-bawa jugak dgn joke atau cerita lain yg takde kaitan hehe layan jer laa, tp takde ler over sgt sebab live show kan sure producer akan bagi peringatan kalau terlbih sudahhhh hehe. Pengacara2 8TV Nite Live ni aku rasa mmg jenis tech savvy rasanya atau diorang sekurang2 dah buat study dulu sebelum mengacara sebab diorang tak kekok membicarakan hal2 berkaitan gadget dan tech, pernah Jules sendiri buat demo software iPhone yang mengeluarkan bunyi seruling bila ditiup pada mikrofon iPhone tu. Cuma apsal laa rancangan ni disiarkan lewat sgt time mata dh tinggal suku lagi nak pejam hehe. Anyway utk hos2 8TV Nite Live keep up the good works.

Perlu ke blog baru ??


Semalam dan kelmarin buat pertama kali aku masukkan entri berkaitan dengan fotografi kat blog aku nih, tak sangka plak ramai lak yang terjah ke blog aku nih, ramai rupanya peminat fotografi nih rupanya. Antara hits paling byk aku dpt dlm sejarah aku memblogging nih. Aku pun baru jer gatal nak memblog nih.

Seperti yang aku cakap sebelum ni aku ni bukan pro pun dlm hal2 fotografi ni, intermediate pun tak lepas lagi rasanya, Cuma sebab minat aku ambil risiko melabur utk dptkan brg2 seperti dalam list entri aku sebelum ni. Tapi bila dah minat tu apa bleh buat, sanggup jer pejam mata dan hulur duit ribu2 nak dptkan gadget.

Aku tgh pikir utk buka satu blog lagi berkaitan pengalaman aku dgn fotografi, bukan ler aku nak menunjuk2 atau mengajar atau utk dijadikan rujukan tapi lebih kepada sharing experience, apa yang aku temui dan apa yang aku belajar boleh ler aku share dgn sapa2 sajer yang sudi nak membaca. Bukan apa nyer, aku mcm nak maintain blog yang satu ni sbg personal blog aku, kang jadi terlalu carca merba lak topik2 dlm blog aku yang satu nih hehe .. skrg pun dah mcm2 aku sumbat dlm blog aku nih, dari diari hidup aku sampai ler cerita fotografi nih.

Tapi ... ada ke masa aku nak come up with idea dan juga masa utk aku masukkan entri dalam kedua-dua blog tu nanti, kang satu jer yang terjaga satu lagi tergadai hehe, lain ler kalau aku ada byk masa terluang, skrg ni pun dah rasa mcm takde masa nak rehat kepala otak aku ni dgn kerja ofis, part time, kelab dan member2 ajak lepak2. Dulu aku rasa hidup aku ni membosankan tapi skrg dah jadi mcm wakil rakyat takde kawasan lak hehe .. berkejar-kejar ke sana sini .. balik ruamh utk tidur jer, tv pun sempat layan paling lama tak sampi 2 jam pun, tgk berita n apa2 yang patut jer, nasib baik aku tak letak astro kalau tak rugi jer bayar mahal2 tiap2 bulan. So aku nak pikir dulu perlu ke buka blog baru nih ...

 thinking .. thinking .. thinking


Digital Photography : Gadget List



Last entri aku adalah berkenaan fotografi so aku pikir arini pun aku nak sambung lagi yang berkaitan dengan fotografi. Kali ni aku letak list gadget-gadget fotografi yang pernah aku guna, fokus kepada peralatan kamera saja. Mana tau ada yang tiba2 berminat nk ceburi dunia fotografi, mula2 3 tahun lepas aku takde bdget sgt so aku beli brg2 sekenhen jer dan dari rate yang murah jer, except body kamera ler, masa tu body kamera agak mahal jugak, sekarang dah jatuh, so jom tgk list aku ni ..

Gadget Kamera yang pernah aku guna dan miliki ..


Nikon D70s
Body kamera pertama yg aku beli, mmg best body ni, grip puas pegang.

Lens :

Nikkor 18-70mm
Kit Lens untuk D70s, tapi aku beli asing2 sebab beli sekenhen jer, baru nak belajar masa tu. Antara lens terbaik pernah aku guna.


Nikkor 50mm 1.8D
Juga dikenali sbg prime lens sbb tak leh zoom in atau zoom out, tapi cantik giler pic potrait kalau amik guna lens ni, bokeh giler nyer lawa.


Nikkor 18-55mm
Ni salah satu lens terbaik Nikon, compact dan senang nak bawa, aku beli sebab nak cuba jer. Tapi still berbaloi.


Nikkor 18-55mm VR
Ni 1st lens VR pernah aku miliki, VR stand for Vibration Reduction, kalau tangan kita goyang atau gegar dia leh ler baiki automatik, sama mcm yg atas cuma ada VR , tp utk lens mcm ni goyang tu kurang lain ler kalau lens besar atau panjang. Lagipun aku beli just nak cuba jer.


Nikkor 70-300mm
Telephoto lens pertama aku, tapi yang paling murah ler, dan takde VR pun, saja nak cuba, lagipun masa aku beli tu budget kurang, tapi still dpt shoot yang menarik, kena guna tripod or monopod utk nak amik subjek yg jauh.


Nissin Di622 Speedlite
Flash pertama pernah aku miliki, still brand 3rd party yang harga agak2 ekonomi ler, baru belajar time ni, still cantik lighting dia cuna refresh time lambat sikit ler.


Tapi semua gadget di atas dah takde dalam simpanan aku sebab aku dah jual dan upgrade sikit demi sikit, nak upgrade sekali gus teruk ler mau kopak akaun bank aku, lain laa kalau bapak aku ada cop duit hehe. List seterusnya adalah gadget yang aku ada dan aku guna skrg.


Nikon D90
Body kedua dan aku guna sampai skrg, mula lepas jual D70s aku ingat nak beli D80 tapi atas nasihat member2 yg dh lama ceburi bidang ni, lps 8 bulan aku jual D70s aku beli body D90 ni dan guna sampai skrg.



Nikkor 18-105mm
Kit lens untuk D90, best sebab ada VR dan aku guna sbg medium range lens.


Nikkor 50mm 1.8D
Aku beli semula lens ni sebab lens ni mmg wajib ada utk setiap photographer, paling cantik utk amik potret.


Tokina 11-16mm
Lens wide angle pertama aku, dah di konsider sbg super wide angle lens ni dan juga lens paling mahal pernah aku beli. harga dah nak sama dengan body dah lens ni. Best utk ambik landscape atau group photo sebab dia bleh cover luas sbb tu dipanggil wide angle hehe.


Itu lah gadget2 aku skrg, akan datang aku dlm proses untuk membeli speedlite Nikon SB900, battery grip, tripod baru dan set studio yang aku idam-idamkan, tapi tak bleh ler beli semua sekali gus. Sikit demi sikit lama2 jadi stor barang ler rumah aku hehe.  Aku ni baru lagi dalam bab photography ni, basu 3 tahun dan masih belajar, tak pandai pun, dari hobi jadi kegilaan lak hehe. Mana ler tahu kot2 boleh buat side income, rezeki dtg tak diduga kadang-kadang tu, kena berusaha lebih sikit Insyaallah ada ler rezeki kita kan kan hehe ...

Digital Photography : menggilap pengetahuan sedia ada, menambah ilmu yang belum ada.



Dua minggu lepas aku join satu program kursus fotografi asas dia Tasik Titiwangsa. Aku ni mmg suka join kursus atau bengkel macam ni, dpt ilmu baru satu dan dpt kenal member2 baru yang sama minat. Dalam hal fotografi ni, aku ni nak dikategori tak tau langsung pun tidak, pandai pun tidak .. kira duk tengah2 antara beginner dan intermediate rasanya.

Tiga thn dulu dh pernah join kursus mcm ni tp ofis yang anjur so pegi free jer, kali ni pegi dengan inisiatif sendiri dan bayar dgn duit sendiri, sebab aku rasa nak kembali lebih aktif dalam dunia fotografi. Dua hari di kursus banyak ilmu baru aku dpt terutama ttg peralatan studio dan shooting studio, dlm hati dh bertekad nak kumpul duit utk beli set studio, Insyaallah dalam thn ni aku cuba dptkan set ni. Bab outdoor lak, ilmu ttg cahaya dan lighting dpt aku pelajari kali ni, dulu tak byk yg aku tau ttg hal ni, just cuba2 sendiri dan dpt. Kali ni lebih byk term2 teknikal didedahkan, thanks to Sifoo.Com yang menganjur kursus ni dengan yuan yang amat berpatutan bagi diri aku ler, yang lain ada jugak buat kursus tp RM500 ke atas ler, tak mampu aku hehe. lagipun geng2 Sifoo.Com ni semua sempoi2 jer, leh join sembang dan senang nak bersoal jawab ttg fotografi dan grafik, ramai yang dah kategori otai2.


Lepas ni rasanya aku nak bawa kursus ni dtg ke sebelah Putrajaya or Serdang pulak, bagi peluang member2 sebelah selatan Lembah Klang join sekali proses menimba ilmu. Siapa2 yang berminat jom join sekali nanti.

Aku letak ler sikit hasil tembakan aku .. 



model wanita : Noorita & Elynn
lokasi : Taman Tasik Titiwangsa

Exam memasuki perkhidmatan awam gred 41.


Aku dipanggil untuk amik exam ni di MAEPS Serdang. Tapi bila dpt surat pos dia cakap aku kena amik kat Sekolah Jalan 4, Bandar Baru Bangi, aku dh konpius. So aku call SPA, org kt SPA pun terpinga-pinga suaranya, 15 minit aku tunggu last2 diorang cakap ikut yg dalam website, so dalam website kt MAEPS (adakah aku org pertama call tanya masalah ni ??). 2 hari lepas aku call website SPA keluar pengumuman yg serupa, 3 hari sebelum exam siap iklan kt tv lagi suruh calon check kat website.

Ini kali kedua aku ambik exam ni, kali ni untuk 2 jawatan PTD dan Penguatkuasa Kastam, thn lepas aku ambik utk jawatan PTD saja pada bulan 8, exam tu aku lulus tapi bila pegi assessment tak lepas, maybe sebab aku bangkang cakap fasilitator kot hehe .. apa nak buat aku dh diornag letak dalam groups pembangkang masa debat hehe .. maybe lepas ni kena duk diam kot hehe. Exam kali ni meliputi 13 jawatan dlm perkhidmatan awam untuk satu exam, yang aku ingat PTD, Kastam, Imigresen, Belia dan Sukan .. yg alin aku lupa hmmm.

Aku sampai kt simpang hospital Serdang menghala ke MAEPS tu dlm pukul 8.30, mmg jem giler. kira dekat setengah jam jugak dlm jem, tapi berkat usaha nak pegi jugak tu entah mcm mana aku leh sampai dlm dewan sebelum ujian mula tapi diorang dh edar soalan n tgh bagi penerangan ler, aku dh terlepas setengah penerangan tu aku tanya jer org sebelah hehe. Alhamdulillah dpt mula ikut masa sebenar. Ada yang lewat masuk lebih setengah jam, tapi atas keprihatinan pengawal exam dia bagi extra dlm 10-15 minit kepada yang lewat sampai tu. bagi aku adil laa tu. Ada jugak yang patah balik n tak pegi amik exam sebab jem tu, pada aku yang patah balik tu mmg takde minat 100% pun nak masuk perkhidmatan awam. jadi better diorang patah balik n bagi yang betul2 nak dan sanggup bersusah payah harungi jem utk ke dewan exam. kalau setakat jem mcm tu pun dh malas nak harung apatah lagi bila masuk kerja dlm gomen nanti.

Exam kali ni bagi aku mudah berbanding exam PTD yang aku amik thn lepas, soalan matematik dia aku leh jwab sebelum masa tamat dh kira mudah ler tu, dulu masa ada 5 minit lagi tapi aku ada lebih 10 soalan tak buat lagi hehe. Kalau aku yg umur dah lebih 30 ni boleh jawab takkan adik2 yg muda yang otak masih cerdas tak leh jawab kot.

Sebelum ni ada jugak org tanya aku nak baca apa utk exam ni. Aku pun tk tau nak bagitau apa, aku Cuma cakap baca ler isu2 semasa yg glamer2, kalau bab matematik aku rasa tak perlu ulangkaji pun sebab semuanya jenis problem solving dan menguji IQ. Tentang hal umum lak terlalu luas nak baca, dari hal kerajaan, sejarah, geografi, sukan dan jugak hiburan ... soalan kali ni yg aku ingat, negara mana tuan rumah piala dunia 2010 (kacang saja kan) dan ttg filem Yasmin Ahmad. Ni kalau jenis ulat buku mmg tak leh jawab ler, lepas tu komplen, apsal soalan pelik2 mcm tu ?? Apa kaitan nak masuk keja gomen bagi soalan mcm tu ?? ... mmg ada kaitan, kena masuk gomen ko kena kerja kt kementerian belia dan sukan ke, kat kementerian penerangan atau pelancongan ke, kan berkaitan tu wakakaka. Ada member aku ni dah kali ke-7 ambik. 5 yg pertama tak lulus, yg ke 6 lulus tapi tak lepas interview, ni kali ke 7, semangat betul.

Ok laa dah panjang lebar aku melalut Cuma last komen aku, aku rasa SPA tak bleh buat exam terlalu ramai calon kt satu tempat, anggaran aku kt MAEPS saja ada lebih 3000 org calon yg sepatut hadir. mau ke tak jem. dgn yang mak bapak escort sampai ke dewan, yang suami atau isteri tunggu sampai ke petang, yang nak parking betul2 depan pintu dewan tu kalau boleh. Mcm2 ragam bila dh terlalu ramai. Jalan jem tu salah satu masalahnya ler. Better pecahkan lebih byk pusat ujian, yg aku dengar ada beberapa sekolah di kawasan berkenaan pun jadi tempat ujian. tapi bila 13 jawatan utk satu exam tentu calon dia pun ramai.

Anyway, exam dah ambik, hopefully lulus laa Aminnnn … kali ni aku tak kisah sgt klulus ke tak, sebab aku tgh tunggu promotion jawatan skrg kalau ada rezeki, tapi kalau lulus lagi bagus rezeki jangan ditolak asalkan jgn rezeki haram jer kan kan … ok tata.



Filem : HOW TO TRAIN YOUR DRAGON



Pengarah : Dean DeBlois, Chris Sanders.
Dengan suara : Jay Baruchel, Gerard Butler, Craig Ferguson

Trivia
Dalam penantian untuk beberapa sekuel filem animasi 3D popular tiba2 terselit filem ni, filem baru dari novel kanak-kanak dari Cressida Cowell dan diangkat menjadi animasi terkini produksi Dreamworks yang membawakan kita filem2 animasi 3D seperti Shrek, Madagascar dan Kung Fu Panda. Sekali tgk trailer filem ni kat panggung masa menonton filem Tooth Fairy sebelum ni terus aku tertarik nak tengok filem ni.

Jalan Cerita
Menceritakan tentang seorang remaja bernama Hiccup anak kepada ketua puak Viking yang agak berbeza dari Viking yang lain. Puak Viking terkenal dgn badan besar, berotot dan kuat tetapi Hiccup seorang yang berbadan kurus dan tidak bertenaga seperti Viking yang lain. Tapi dia ingin membuktikan yang dia juga mampu menyaingi kemampuan Viking yang lain menggunakan cara tersendiri. 

Kampung Viking tersebut selalu diserang oleh naga-naga yang mencuri ternakan dan membakar rumah2 mereka, dan puak ini Viking amat gemar dan pakar dalam membunuh naga-naga tersebut. Suatu hari semasa serangan naga, Hiccup secara tidak sengaja telah berjaya menangkap seekor naga yang amat berkuasa serta belum pernah ditangkap atau dilihat oleh sesiapa yang digelar Night Fury. Tapi tiada siapa yang mempercayainya. Oleh sebab tidak berpuas hati, Hiccup keluar mencari naga tersebut. Tapi bila menemuinya Hiccup tak sanggup pula untuk membunuhnya. Dan dari sini bermulalah satu hubungan luarbiasa antara manusia dan naga. Hari demi hari Hiccup mendapati apa yang puaknya tahu ttg naga sebelum ini adalah salah sama sekali, dan perbuatan naga menyerang kampung mereka bukanlah tabiat asal naga-naga tersebut tapi kerana dipaksa oleh seekor naga lain yang amat menggerunkan dan ganas.

Untuk kesudahan cerita ini … jgn lupa ke panggung2 yang berkaitan untuk menontonnya .. hehe .. tak best ler kalau cerita detail kat sini, tokey panggung pun nak cari makan jugak hehe.



Komen Aku :
Memang berbaloi bayar tiket untuk menonton filem ni, kalau tgk versi 3D lagi best rasanya, aku tgk kat panggung biasa jer bukan 3D. Dari mula cerita sampai tamat perhatian aku tertumpu ke layar sepanjang masa.
Hasil produksi Dreamworks mmg tak dapat dinafikan kehebatannya, bukan sekadar pada animasi 3D nya, tapi garapan cerita dan plot serta mesej di sebalik cerita disusun dan disampaikan dengan teratur dan mudah untuk penonton faham jalan ceritanya dan mesej di sebalik cerita tersebut. Watak setiap dibina dan diceritakan dengan baik dan jelas membuatkan penonton tahu kenapa dan mengapa watak2 itu sedemikian rupa dan menerima karakter tersebut dgn mudah.

Banyak filem mengintepretasikan naga mengikut gaya pengarah masing2, seperti dalam filem Dragonheart naga digambarkan boleh bercakap dan mempunyai nilai diri yang tinggi, dalam filem Dragon Wars plak naga digambarkan sebagai teramat ganas dan menakutkan. Tapi dalam filem ini naga pada mulanya digambarkan ganas tapi apabila karekter naga mula dikembangkan, naga digambarkan sejenis haiwan yang adorable, comel dan manja .. sekali tgk mcm anjing jer tingkahlakunya. Aku suka sekali masa Toothless mengarahkan supaya Hiccup makan ikan yang diberinya .. so cute n adorable hehe .. Itu intepretasi penulis dan pengarah mengikut kreativiti masing2 lah kan. Naga-naga lain pula digambarkan dalam berbagai bentuk yang agak pelik dan luarbiasa.

Suara Gerard Butler (The Ugly Truth & 300) mmg sesuai dangan watak bapa Hiccup, Ketua Puak Viking bernama Stoick yang gagah. Watak Astrid rakan n kekasih Hiccup pula disuarakan oleh America Ferrera (Ugly Betty) juga amat meyakinkan, mungkin pengalaman beliau dalam animasi Tinker Bell (2008) menerusi watak Fawn memudahkan beliau membawa watak Astrid tersebut.


Tapi bagi aku ada beberapa babak yang agak mengurangkan momentum filem ni terutama sekali bila ia datang selepas babak suspend terutamanya. Tapi skrip filem ni membantu menaikkan semula mood penonton, terutama sewaktu dialog Hiccup dengan Stoick dan Stoick menghadiahkan Hiccup topi Viking yang dibuat dari separuh bra ibunya, penonton dalam panggung mmg ketawa dengan dialog tersbut. Apa yang menarik adalah hubungan antara Hiccup dan Night Fury (Toothless) yang mengubah persepsi selama 300 tahun yang naga itu ganas. Hubungan dan cabaran yang mereka hadapi adalah mesej utama kepada penonton, seperti mana keadaan dunia kita skrg. Banyak mesej yang hendak disampaikan dalam animasi ini antaranya :
- jangan menilai sesuatu hanya dari segi rupa paras
- ada masanya kita perlu berubah dari cara lama
- setiap orang ada caranya tersendiri dan jangan perkecilkan cara masing2.
- setiap orang atau setiap sesuatu ada kelebihan dan keunikan masing2

Dari segi teknikal dan bunyi rasanya tak perlulah aku nak komen byk2, senang cakap mmg superb, watak naga terutama Toothless dan persekitaran terutama air laut amatlah real. Tapi untuk kekalkan sbg filem animasi, watak org viking masih agak2 kartun sikit (harap korang paham ler maksud aku ni) tapi tetap nampak hidup secara 3D. Tak sabar aku nak tunggu filem2 Animasi 3D terbaru selepas filem ini seperti Shrek 4 dan Toy Story 3.

Tiba2 aku terfikir, bilalah produksi animasi di Malaysia ni dpt tandingi animasi Hollywood ni kan. Tapi rasa mcm boleh seperti apa yang Upin&Ipin buktikan sebelum ni. Tapi untuk jangka masa panjang boleh ke kita org Malaysia nak terima filem animasi yang tiada pakej rupa paras dan tubuh badan pelakon dan tak perlu publisiti atau gimik oleh pelakon dan syarikat produksi ?? Artis plak bleh ke diorang terima ?? Hmmm entah ler.




p/s : Anyway buat masa skrg untuk animasi 3D tempatan aku respek betul Les Copaque Production yang membawakm Upin & Ipin ... sori iklan sikit utk produksi tempatan hehe.

Rating Aku : 4.5 Bintang




Related Posts with Thumbnails