JOM PERGI PASAR MALAM



JOM PERGI PASAR MALAM


Harini Selasa, dan mcm biasalah, di Putrajaya ni setiap Selasa dan Jumaat ada Pasar Tani Mega, tp ramai org panggil pasar malam jer sebab waktu org ramai ialah pada masa lepas balik kerja dan waktu malam. Mula pukul lebih kurang jam 1.00 ptg sampai ler 10.30 malam. So tak payah ler aku nak pegi sampai Bangi nak cari pasar malam. Dulu masa mula2 dtg Putrajaya ni lebih kurang 6 thn lepas, nak cari pasar malam kena pegi ke Bangi atau Serdang, tp skrg kat Putrajaya jer, sampai 2 kali seminggu lak tu. Menu malam ni rsanya murtabak dan koew teow goreng kot hehe tgk ler yang mana nampak sedap malam ni hehe. 


murtabak dan kuew teow pasar malam .. sedap nyerrr


Sejuk .. Sejuk .. Sejuk


Arini kepala otak aku jadi blur satu hari ... ni gara-gara tempat aku bekerja airini teramatlah sejuk sampai rasa pedih hujung2 jari aku.

Aku sekarang kerja luar, tapi dekat aje dgn rumah aku, tu yang best tu, dari rumah aku dh nampak tempat tu, tp secara spesifiknya aku tak leh ler bagitau, syyyyy rahsia tuuuu hehe.

Bilik aku duk tu diorang panggil tender evaluation room, ala yg kait2 dgn tender & kontrak tu .. so kat situ ler aku maybe dlm sebulan ni, adehh mcm terkurung jer, dh ler tingkap pun takde, yang byk fail sampai 30 rak, tapi tu ler kerja aku dalam mencari rezeki yang halal di bumi Allah ni.

Alkisah .. Laptop, Streamyx & Wireless Broadband



Sekarang aku mcm susah sikit nak update blog aku ni. Bukan apa, sbb aku skrg agak payah bertemu dgn internet, kalau dpt bertemu pun masa tak seswai utk aku mengelamun depan pc atau laptop utk aku masukkan entri kat blog, yang sempat pun update status facebook aku atau yang baru skrg ni tgh berjinak2 dgn twitter hehe ..

Aku skrg kehilangan line internet dekat rumah aku disebabkan salah sorang housemate aku pindah, line telefon dan streamyx didaftar atas nama dia tapi kitorang share bayar bulan2. So skrg takde laa kemudahan internet kat rumah aku. Tapi takde laa rasa mati kutu sgt, sebab aku ni takde laa addicted sgt dgn FB, Twitter atau blogging nih, kalau ada internet aku masuk, kalau takde aku buat ler hal lain. Walaupun tak addicted dgn website social network tu, tapi skrg aku perlukan internet utk uruskan kerja2 aku, byk kerja yang pending terutama kerja luar yang aku buat, nak dijadikan kes aku ni lebh buruk, laptop aku pulak lingkup, dah jatuh ditimpa tangga laa plak .. disebabkan laptop aku lingkup dan beyond repair, lagi ler byk kerja2 aku pending, adehhhh fenin fenin.
idamanku ..

So skrg aku dlm proses mencari laptop baru dan wireless broadband, ttg laptop aku tgh ushar2 laptop Dell .. 2 model menjadi idaman aku skrg samada Dell Studio XPS atau Dell Studio .. tapiiiiii .. budget ler plak hehe .. adehhh kalau ikut budget skrg maybe aku leh cekup Dell Studio jer kot, tapi Dell Inspiron atau Dell Vostro pun ok gak specs baru dia dan masih dlm budget aku. Tapi terbaru aku teracun dgn HP Compaq baru plak dah .. specs baru mmg kena dgn apa yang aku perlukan dan harga pun ok, Cuma pengalaman aku dgn laptop HP sebelum ni agak mambuatkan aku serik, sekali rosak laptop HP aku sebelum ni langsung tak dpt baiki… arghhhh fenin2 .. Apa2 pun aku kena dapatkan laptop selewat2nya bulan depan.


Satu lagi, Wireless Broadband .. sebelum ni kat Putrajaya ni ramai yang syorkan guna Celcom masa mula2 wireless broadband diperkenalkan, tp dgr berita dah ramai unsubscribe Celcom sebab mcm hampeh network dia. So ketepi Celcom. Skrg aku tgh cuba2 Maxis Broadband kt area Putrajaya ni (member aku punya), setakat skrg mcm ok dr Celcom, tapi still ada masa laju n ada masa slow, Cuma pakej dia RM48 sebulan dan max data 2.5 gb.
Tapi berita terkini yang aku dapat, P1 Wimax dah ada coverage di Putrajaya, sempat aku singgah booth jualan dia kt kedai mamak double Presint 9, pakej dia agak menarik berbanding Maxis n Celcom .. utk wireless RM59 sebulan max data 5gb. So rasanya aku nak langgan Wimax ni utk test dulu, sebab salesgirl dia cakap kalau tak puas hati dlm masa seminggu bleh hantar balik dan diorang bagi full refund.

Ok, lain kali lagi kalau aku jumpa internet ler hehe ... adiosss

Ebook: Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik Vol.1 - ImranAbdulJabar.com

Online FB & Twitter guna Snaptu dari Ovi Nokia


Baru-baru ni aku mencuba satu application kt handphone aku, hp aku ni handphone biasa jer bukan iPhone atau BB atau E series Nokia atau hp yg ada Qwerty button, dah lama app ni cuma aku jer malas nak download sbelum ni. Nama app ni Snaptu dan download free jer dari Ovi Nokia, utk yang guna hp Nokia ler.


Nak install mudah jer, Cuma register atau log in guna Ovi id masing2 dan klik jer button download, semua akan siap diinstall dlm masa 2-3 minit. First time guna mcm best lak sebab menu kt skrin app ni sebijik mcm menu di iPhone.

menu snaptu .. ala2 iphone kan

Tapi sebab aku guna line biasa so connection dia akan guna Maxis 3G Internet ler, dah agak dah, confirm mahal gak charge dia. So aku try jugak ler, mula2 cuba masuk FB, skrin FB keluar tp tak leh nak register sebab kena bt pengesahan kt web FB yg sebenar dulu, so cancel nak masuk FB dan cuba Twitter lak, sekali cuba dah dpt, ok jugak, mmg betul2 laju, aku cuba twit dan reply twit member pun laju dan senang, senang dlm konsep tak guna Qwerty keyboard ler tp guna button hp biasa. Lepas guna dlm 3 minit, cek tgk kredit hp dah kurang dlm RM1.50 .. mahal gak, so aku ambil keputusan tak leh guna selalu ler, nak guna kalau time terdesak sgt2 jer laa hehe.

Aritu mmg plan nak sambar sebijik Blackberry tp dah budget lari ke brg2 fotografi, skrg dgn laptop rosak plak, so guna jer laa apa yang ada mungkin satu hari nanti kot hehe.

Boring Sunday


Hari Ahad … mati kutu rasanya aku harini, dh tak tahu nak buat apa, sepagi aku kt rumah jer, tidur n rehat jer, lama tak lepak kt rumah hari weekend, selalunya ada jer program atau keja2 lain yang menyebabkan aku tak berada kt rumah hari2 weekend ni, minggu ni nampaknya free sikit masa aku, tp weekend minggu depan tak dapat ler nak lepak2 kt rumah sebab ada keja luar.


Sebenarnya dlm pukul 11.00 pagi tadi member ada call nak mintak pinjam videocam and ajak pegi tgk drag race pukul 2.00 ptg ni sebab ada member sorang lagi masuk. Tapi aku dh takde videocam lagipun aku tak berapa suka duk berjemur tgh panas skrg kecuali ada kerja yang penting sbb aku baru jer sihat dari serangan demam, tak suka betul aku bila demam, habis satu badan lesu. Dah tu dlm kepala byk lak duk pikir hal kerja yang nk kena buat.

So aku kt rumah jer pagi ni, tgk tv n kemas2 sikit rumah aku tu yg dah nampak mcm bengkel motor tu, sekali tgk mcm kedai repair computer pun ada hehe.

Tu tadi ler, skrg aku dtg ofis jap, cek emel n msg2 aku yg ada tu kot2 ada yang penting, so sempat ler aku masukkan entri baru kt blog aku ni, lebih mcm membebel jer ni hehe.

Aku & Cerita Piala Dunia


Finally dpt jugak aku online setelah beberapa lama tak dpt nak update blog aku ni, ada ler masuk kejap2 tapi tak sempat nak posting just utk settlekan hal2 penting dulu.

Entah mcm mana skrg ni rajin lak aku datang awal ke pejabat, nak kata aku tak tidur aku tidur mcm biasa rasanya, antara jam 12.00 tgh malam ke pukul 2.00 pagi, tapi antara jam 5.30 pagi ke 6.00 pagi tu mmg mata aku dh celik tanpa perlu tunggu alarm bunyi. Dua tiga bulan lepas bukan main susah aku nak bangun awal dan selalu jugak ler kena punch card merah hehe .. tp skrg tidak lagi hehe (ehh mcm iklan lak bunyi ayat aku ni hehe).

Tapi tak pasti ler dpt ke aku nak maintain keupayaan aku untuk bangun awal ni nanti .. faham2 jer lah tak lama lagi demam Piala Dunia akan bermula .. aku ni mmg peminat sukan bolasepak, tp takde laa fanatic sgt kot, dlm Piala Dunia tu bukan semua game aku tgk, just pilih utk tgk game pasukan2 kegemaran atau game yang aku rasa akan jadi sengit. Lagi2 RTM pun akan siarkan perlawanan Piala Dunia kali ni dgn percuma ke saluran TV1 dan TV2 (mcm thn 80-an & 90-an pulak) .. aku ni mmg takde Astro kt rumah .. entah kenapa aku rasa mcm tak perlu jer aku ada Astro tu, nak bayar bulan2 lagi sedangkan siaran saluran percuma pun dh byk skrg. Mungkin ler suatu hari nanti, tp skrg tak diperlukan lagi, lagipun aku bukan ada byk masa di rumah, malam jer ada kt rumah.


Piala Dunia thn ni di Afrika Selatan, boleh dikatakan tahun ni demam Piala Dunia ni dh bermula, dengan Liga2 bolasepak utama dunia menuju kemuncak dan bahang masih belum berakhir dan akan terus dibakar dengan Piala Dunia mmg demam Piala Dunia ni makin kronik. Saingan Liga2 utama seperti English Premier League, La Liga Spain dan Serie A Italy tahun ni menampakkan saingan amat getir dan EPL serta La Liga pula 2 pasukan teratas berkejar-kejaran mata sehingga ke perlawanan2 terakhir liga pun masih belum dpt ditentukan juara mutlak. Kehangatan liga2 ini sudah tentu akan membakar lagi bahang Piala Dunia tahun ini. Aku punya andaian 4 team utama yang ada peluang cerah ke separuh akhir .. Brazil, Argentina, Sepanyol dan England. Tapi aku punya pilihan peribadi team yang akan menjulang Piala Dunia thn ni adalah Sepanyol.

Aku ingat lagi dari kecil aku mmg suka tgk game2 Piala Dunia, ni ayah aku ler yg ajar hehe .. time Piala Dunia dulu mesti aku tgk dengan dia .. masa game thn 90-an dulu mmg ada disiarkan di TV biasa sebab takde Astro lagi masa tu, masa World Cup kt Italy dan US mmg aku aku layan dgn dia ler, masa tu aku masih di sekolah. Masa World Cup kat Perancis lak aku tgh study kt UUM, penuh laa pantry blok kolej tu dgn kaki2 bola termasuk aku, pukul 2-3 pagi duk bersorak dlm pantry hehe .. teringat lak masa belajar tu, kawan2 lama, ramai jugak yang berte .. dah tua aku ni rupanya hehe. Masa Wold Cup kat Korea/Japan aku tak ikut sgt just tgk beberapa game saja, masa tu aku tgh study kt Poli, situ kemudahan kurang sikit so time weekend jer ler dpt tgk .. World Cup kt Germany lak mmg aku layan ler, masa tu aku dah kerja di Putrajaya, rumah member dan kedai mamak ler jadi tumpuan. Kali ni World Cup maybe layan ramai2 kat Old Town White Coffee Cyberjaya rasanya, sebab masa Euro dulu mmg kitorang lepak kat situ layan bola. Tgk ramai2 ni best, meriah giler, sekali gol satu kedai bersorak, bukan kenal semua pun, kenal yg satu meja jer yang lain sorak sebab sokong team sama hehe.

Bagi aku mmg betul sukan ni membina semangat berpasukan dan memudahkan pergaulan dan menambah kenalan. Bukan saja org yang menyertai sukan tu tapi kita yang menonton ni pun secara tak langsung dapat kenalan2 baru bila menonton di tempat2 tumpaun ramai. Lain ler kalau tgk sorang2 dalam bilik hehe …

Akan datang aku akan masukkan info2 dan fakta2 ttg Piala Dunia 2010 ni kot2 ada yang tak tau hehe.
Related Posts with Thumbnails