New Gadget In The House


Aku dah update kat dalam FB aku dah beberapa hari lepas tentang new gadget ni, so skrg aku update ler aper kebendanya benda baru aku miliki nih.

Apa lagi kalau bukan laptop baru ... i likeeeeee hehehe. Dah lama aku asyik membebel jer ttg laptop lama aku yang rosak dan tak dpt nak buat kerja2 yang memerlukan computer di rumah. Dah lama juga aku pasang niat nak memiliki laptop baru untuk mudahkan kerja2 aku. Akhirnya dapat juga aku memiliki sebuah laptop baru .... Alhamdulillah.

Disebabkan benda alah ni harganya ribu-ribu jadi mmg ler ku cerewet sikit nak membelinya, dengan specs yang aku nak ler, dengan bentuk ler dan kelebihan2 yang ada ler .. yer laa nak labur ribu2 ni kena laa cari yang betul2 puas hati sebab nak guna lama, dah tu dah berapa lama aku simpan duit nak beli benda ni. Habis tempat2 yang ada jual laptop dekat dgn rumah aku survey Alamanda, The Mines, Summit USJ, Warta Bangi ... tapi last sekali kat Plaza Low Yat jugak aku belinya hehe.

Sebab dah kritikal sgt keperluan laptop ni untuk aku dan tgk simpanan pun dah mencukupi aku pun terus menuju ke Plaza Low Yat pada hari Sabtu lepas. Niat di hati aritu aku kena gak beli laptop sebab kang aku guna ke lain lak duit yang dah aku kumpul tu. So pergi ler aku sorang2 ke Plaza Low Yat tu. Mujur aku keluar awal, takde ler jem sgt jalan, lagipun dah bulan puasa kan, ramai yang rehat kat rumah lagi kot hujung minggu pertama bulan puasa.

Sampai saja Plaza Low Yat aku mula ler mundar mandir tgk laptop, alamak jadi kelabu mata ler plak, byk sgt laptop yg dijual, dan satu lagi byk pulak mat Pakistan menjual laptop kat Low Yat ni, dah lebih ramai dari penjual Cina plak. Penjual Melayu dah kurang sangat, kalau nampak pun just pekerja saja yang bekerja dengan tokey2 Cina.

So terus ler aku jalan dan jalan. Dalam kepala aku mmg ada target dah iaitu laptop DELL Studio XPS 16, pernah aku citer dh ttg laptop tu kat dlm entri sebelum ni. Tapi bila aku tgk depan mata dah kurang berkenan ler plak sebab tebal giler bentuk dia, disebabkan aku mencari laptop yang saiz skrin 15.6 inci jadi maybe tu ler yang mebuatkan ia jadi tebal dan berat. So mcm kecewa sikit aku mcm nak kensel jer nak ambil yang srin 15.6 inch tu, dan mula tgk yang saiz 14 inch tapi yang guna processor Intel Core i7. Tgk beberapa tempat dan banding best price.

Tapi nak dijadikan cerita aku sampai kat satu lot kiosk laptop yang dimiliki oleh pemilik Melayu, budak2 kerja dia pun ramah dan layan aku dengan baik, siap bersungguh-sungguh nak tunjukkan aku satu model tu walaupun diorang takde display, siap bawa aku ke kiosk Acer tunjuk. Sekali tgk aku teringat yang aku pernah tgk model ni kt JB masa outstation aritu dan mmg mcm minat jugak kt model ni. So bincang2 punya bincang, kawim punya kawtim dan specs pun mmg mengikut apa yang aku nak ... paling penting processor Intel Core i7 dan graphic card ATI Radeom 1 GB dan 4GB DDR3 Ram. So last sekali close deal terus ler dgn kedai tu, lagipun dah letih aku mundar mandir satu Low Yat. Bila sampai jer laptop tu aku dan budak2 kerja tu pun mcm jadi jakun tgk laptop ni, diorang cakap ni 1st time diorang jual model ni dan mmg tak pernah guna pun model ni sebelum ni. So dari idamkan DELL last2 aku beli ACER hehe .. ACER 5943G dengan harga RM4770. Mmg mahal tapi ada sebab aku beli dan sebab tu ler lama aku kumpul duit hehehe.



Specifications
ModelAcer Aspire 5943G-724G64 Notebook/ Laptop
Operating SystemWindows 7 Home Premium 
Display15.6" HD LED 16:9 1366 x 768 pixel resolution
ProcessorIntel Core i7-720QM Processor
(1.6GHz, 6up to 2.8GHz, MB L3 Cache, 
DDR3 1333MHz, 45W)
Memory4GB DDR3 Memory 
Internal drives640GB SATA HDD
GraphicsATI Mobility Radeon HD 5650 with 1GB of dedicated DDR3 VRAM 
AudioBuilt-in speaker Dolby Home Theater
Optical Drives4X Blu-ray disc writer/ DVD-Super Multi Double Layer Drive 
BluetoothIntegrated Bluetooth® 2.1+EDR
WiFiYes
WebcamYes 
Card ReaderMulti-in-1 card reader 
Battery6-Cell Li-ion Battery (battery life up to 3 hours depends on usage)
Product Dimensions382 (W) x 269 (D) x 24/39.4 (H) mm
WeightProduct: Approx. 2.8 kg 

2 Response to New Gadget In The House

  1. Aizura says:

    wow weee... angkat laptop baru.. mahal tu.. janji puas hati.. Alhamdulillah...

  2. Alhamdulillah, mmg puas hati .. lama ooo menabung hehe

Related Posts with Thumbnails