SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN
Tak tahu kat mana nak berbuka hari ni ??, minggu ni
??, atau teringin nak cuba berbuka secara buffet ?? ... hotel-hotel semua mahal
terbabas nyer harga sampai beratus-ratus ringgit ?? ... jadi kat sini aku nak mencadangkan supaya korang cuba
SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN di Universiti Putra Malaysia Banquet Hall. Tahun
lepas buffet ni dibuat di dalam kawasan MAEPS Serdang tapi tahun ni diubah
tempat ke Dewan Banquet UPM ni yang lebih luas dan selesa dan mudah untuk dicari lokasinya.
"Semanis Aroma Buffet Ramadhan"
Harga mmg berbaloi kalau nak banding dengan
buffet-buffet Ramadhan di hotel-hotel memang jauh beza murahnya, kalau kat
hotel sampai beratus-ratus tapi di sini untuk Dewasa RM 49.50 NETT! Kanak-kanak
RM24.50 NETT (7-12 tahun). Bawah 6 tahun FOC (Free Of Charge)! Kalau buat
tempahan untuk Pakej berkumpulan 10 pax ke atas akan dapat lagi diskaun 10%. Dengan
harga tu korang akan disajikan lebih 200 jenis menu antaranya KAMBING PANGGANG,
BBQ dan 15 warung pelbagai menu, boleh rujuk menu kat poster di atas. Makan lah
sampai korang tak leh bangun pun takpe, sebab semua tu adalah buffet ALL YOU
CAN EAT hehehe ... tapi dalam bulan
Ramadhan ni bawa-bawa ler bersabar bila tengok makanan tu yer hehehe ...
Selain tu yang membuat kan aku suka ke sini adalah
untuk ke sini bila hampir dengn waktu berbuka tu tak perlu harungi jalan yang
sesak, lokasi memang strategik dan privacy dengan ada security guard lagi nak
masuk ke kawasan ini, siap dengan servis VIP lagi, kawasan parking pun luas dan
dekat dengan dewan serta sambil menjamu selera pelanggan akan di sajikan dengan
persembahan ghazal secara live ... memang best dan membuka selera. Dan yang
paling aku suka ruang surau yang luas dan selesa, takde lah nak
bersesak-sesak macam sesetengah tempat tu yang tak utamakan hal ni.
Jadi apa tunggu lagi, terus jer call dan buat
tempahan guna nombor yang ada tercatat dalam flyers kat atas tu dan nikmatilah
hidangan buffet yang enak bersama keluarga korang. untuk maklumat lanjut korang
boleh juga layari page FACEBOOK mereka, klik jer kat sini ...
Tudia kambing golek.