AVATAR : Sci-fi dengan mesej politik






Trivia
Aku berkesempatan tgk filem ni 2 minggu lepas, tu dh kira lewat dah tu sebab avatar mula tayang 2-3 minggu seblum tu lagi. Tapi sebab org ramai sgt tiap2 kali kau pegi panggung so aku tangguh, tangguh dan tangguh.

First time aku ternampak poster citer ni pertengahan thn 2009 aku ingat filem ni spin off dari kartun di tv yg mempunyai tajuk yang sama. Tapi lepas tgk iklan dlm panggung rupa2nya lain, dan siri kartun tu akan difilemkan dgn tajuk The Last Airbender dan filem Avatar ni takde kaitan dgn kartun tu. Filem arahan James Cameron yang mngarah filem Blockbuster sepanjang zaman TITANIC, dikatakan yang filem Avatar ni mengambil masa 6 thn dan menelan belanja paling tinggi dlm sejarah perfileman. Tak ramai perlakon yg terkenal dlm filem ni yg aku kenal, kecuali Sigourney Weaver (Alien), Michelle Rodriguez (The Fast And The Furious) dan Giovanni Ribisi (Basic). Pelakon utama dalam filem ni aku tak kenal dan lebih byk dianimasikan sbg Avatar.


Jalan Cerita
Filem ni bermula dlm thn 2154, manusia mula meneroka dunai lain apabila Bumi telah rosak dari segi ekologi. Tumpuan adalah ke sebuah planet yg dikenali sbg Pandora. Pandora spt bumi juga mempunyai hidupan liar dan juga satu puak yg mirip manusia dipanggil Na’vi. Saintis Grace Augustine (Sigourney Weaver) berusaha utk mengelai cara hidup puak ini dan bersaha berkomunikasi dgn mengajar puak itu dgn bahasa Inggeris. Tapi pada masa yg sama funder kajian itu Parker Selfridge (Giovanni Ribisi) sbenarnya ada agenda lain iaitu utk mengaut keuntungand ari mineral di kawasan tempat tinggal Na’vi tersebut, mineral yg dikenali sbg unobtainium itu amat berharga di Bumi.

Kemudian muncul Jake Sully (Sam Worthington), seorang bekas anggota marin yg lumpuh. Jake terpaksa mengambil alih tmpat adik dia yg mati utk meneruskan projek yang dikenali sbg AVATAR. Avatar adalah projek yg memasukkan minda sedar manusia ke dlm tubuh Na’vi yg dibiak dan dibesarkan khas utk program itu. Bila di dlm tubuh avatar itu jake kembali boleh berjalan dan mempunyai tubuh yg kuat.



Satu hari Jake ketika dlm tubuh avatar telah tersesat, dia bertemu dgn seorang Na’vi, Neytiri, anak kepada ketua salah satu puak Na’vi. Neytiri kemudian mengajar jake cara hidup Na’vi sehingga Jake diterima sebagai ahli puak mereka. Jake dan Neytiri kemudain jatuh cinta dan berikrar menjadi pasangan sehingga mati. Tetapi pada masa yg sama jake sebenarnya telah memberi maklumat ttg puak itu kepada Col. Miles Quaritch (Stephen Lang). Walaubagaimanapun setelah hidup dgn puak itu Jake mula sedar tindakan dia salah, tapi sudah terlambat apabila pihak manusia telah memusnahkan pokok tempat tinggal puak Na’vi itu. Dari situ bermulalah peperangan antara Na’vi dan tentera upahan Parker tadi.

Ok .. nak tahu ending dia kena pegi tgk sendiri ler hehehe .. dh byk dh aku cerita tu.


Komen aku
James Cameron sekali lagi memcipta satu filem yang membuatkan penonton terpukau di kerusi masing2 selama lebih 2 jam. Boleh dikatakan 98% filem ini adalah dijana secara CGI. Walaupun menggunakan CGI pada tahap maksimum tetapi jalan cerita, skrip dan lakonan tidak diketepikan. Pembinaan watak amat baik sehingga kita sendiri dpt mengenali karekter setiap watak yg ada, pendirian mereka, sikap dan kecenderungan watak amat terserlah melalui skrip dan jalan cerita yg dipaparkan. Secara mudah filem ini adalah sebuah sci-fi yg amat menghiburkan dgn imasginasi pengarahnya yang membuatkan kita seperti percaya yang dunia itu benar2 wujud, dari gambaran muka bumi, haiwan hinggalah ke jentera2 moden dari pihak manusia amat real.

Sekiranya dilihat dari usur tersirat, pengarah ingin memberitahu yang setiap unsur dan hidupan di dunia berkait sesama sendiri, sekiranya satu di bunuh atau dirosakkan semua akan terasa kesannya. Filem ini juga cuba menyindir kuasa2 besar di dunia skrg, yang suka menindas pihak2 tertentu yang lemah dan tidak berupaya, agenda politik dpt dilihat dari watak Parker yang mana kebaikan yg ditunjukkan pada mulanya sebenarnya ada agenda disebalik setiap kebaikan yang ditunjukkan, tak ke dunia skrg mcm tu, apa yg berlaku di Iraq dan Afghanistan. Pengarah cuba menyampaikan mesej suapaya kenali dulu siapa musuh kita dan selami hidup mereka, jgn menghukum tanpa usul periksa disebabkan kepentingan sendiri. Dialog2 dlm filem ini juga sarat dgn dialog2 ala2 ahli politik skrg. Jadi sama2lah kita nilai. Filem ni juga memberi nasihat kepada kita semua supaya bersatu dlm melakukan sesuatu, ini dpt dilihat apabila Jake mengarahkan ahli2 puak itu keluar memanggil puak2 Na'vi lain utk menyertai perjuangan mereka.

Satu lagi yg aku perasan, kawasan yg mana bukit dan tanah terapung dlm filem ni nampak seperti di dalam cerita2 purba dan komik Cina kalau korang perasan, yang mana tuhan2 atau dewa2 dlm komik atau cerita purba Cina itu tinggal kan. Mungkin Pengarah Cuma menggarap imaginasi beliau dgn mempelbagaikan senario dunia baru ciptaannya.

Walaupun byk jalan cerita dan janaan GCI yang cantik dan menarik tapi kalau difikirkan dari segi logik, filem ni agak melampau jugak imaginasi pengarahnya dan ada beberapa kekurangan, terutama ttg bagaimana tubuh avatar itu dibiak dan dibesarkan sehingga menjadi Na'vi yg sempurna, rasanya dlm dialog tak diceritakan ttg hal itu, cuma yg dpt aku tangkap ialah DNA manusia yg nak jadi pengendali avatar tu jer dimasukkan secara genetik ke tubuh avatar tu. DNA adik jake telah disesuaikan dgn DNA avatar itu, tapi sebab dia mati sebelum sempat jalankan program tu so Jake kena ganti adik dia sebab diorang kembar dan mempunyai genetik atau DNA yg sama.



Rating aku
Sekali lagi aku bagi 5 bintang sebab usaha menggabungkan CGI dan manusia serta mesej yg ingin disampaikan dan filem ni juga membuatkan tertunggu-tunggu plot2 seterusnya sehingga aku tak sedar masa 2 jam setengah tu berlalu.


 

 
 




2 Response to AVATAR : Sci-fi dengan mesej politik

  1. he3..avatar mmg menarik..banyak msj tersembunyi..huhu

  2. setuju dengan semua pendapat. Malangnya filem ini kalah dengan 'the hurt locker' yang saya kira antara yang terbaik di academy award ketika itu.

    www.ismailnoh.com

Related Posts with Thumbnails