MIA : Malaysia Institute Of Accountants



MIA : Malaysia Institute Of Accountants .. bukan missing in action ok hehe

Hari ini aku telah submit borang permohonan untuk jadi ahli Malaysia Instutite Of Accountants (MIA), layak ke tak tu nanti tunggu result tgk mcm mana.

Dulu mmg nak apply masa baru grad tapi mcm tak konfiden jer sebab jawatan aku bukan dlm kategori pengurusan, tapi baru2 ni ada beberapa org bos kt ofis aku ni galakkan aku cuba apply, diorang cakap kalau tak dpt pun takde rugi aper2. So aku pun amik borang isi dan hantar. Payah juga nak completekan borangnya, kena bos bagi performance review dan kena amik Commisioner of Oath nyer cop n tandatangan. Apa2 pun aku dh berjaya settlekan. Siap diorang hantar marketing eksekutif dtg ofis aku amik lagi, so tak payah ler aku pegi KL.

Harap2 dpt laa permohonan aku ni diterima, aku mohon status ahli sbg Chartered Accountants sebab aku ada kelulusan dalam Perakaunan, pengalaman aku kerja lak dah dekat 6 tahun dari check sistem komputer sampai ke check akaun dan aktiviti syarikat yang aku buat skrg. Minimum requirement MIA ni just 3 tahun pengalaman so harap2 ader ler rezeki aku. Ahli MIA ni ada beberapa kelebihan salah satunya dalam sektor awam ni kalau dpt jawatan dlm kumpulan penguran dan profesional starting tangga gaji adalah lebih tinggi sikit dari org lain sebab dlm kategori ahli badan yang diiktiraf. tapi bukan senang gak nak maintain ahli, tiap2 tahun kena make sure point above 20 point untuk maintain keahlian pada tahun akan dtg, point ni di kira berdasarkan kursus atau apa2 seminar atau bengkel yang berkaitan yang kita hadiri sepanjang tahun tersebut. 


Yuran lak setahun RM250, mahal gak kan, baru nak masuk ni lagi mahal .. yuran pendaftaran RM500 dan yuran tahunan RM250 total RM750 .. jenuh jugak laaa hmmm. Tapi aku dpt tau yg ahli MIA bleh claim bayaran yuran tahunan kat Jabatan aku ni. nanti ler aku survey tgk senior2 yg dah lama jadi ahli. Harap2 permohonan aku ni berjaya ... Amin

3 Response to MIA : Malaysia Institute Of Accountants

  1. Unknown says:

    Alhamdulillah, seronok dengar apabila ada orang Melayu yang nak register jadi MIA member. Menurut statistik, akauntan Melayu (tak kira apa jenis ahlinya), orang Melayu ni memang kurang. Jadi, kalau diterima menjadi ahli MIA ni, sesuatu yang harus membanggakan. So, syabas, semoga apa saja niat yang suci, akan mendapat keberkatan daripadaNYA.

  2. unicorn says:

    syabas kerana memohon..aku pun baru je di approvekan..:)..memang tak ramai bumiputera yang menjadi ahli mia..lebih2 lagi sabahan (aku sabahan..berbangsa dusun)..memang dah cita2 aku menjadi ahli mia..so harap2 ko dapat la ye :)

  3. saya bru je nak mohon (masih berpikir2 nak apply ke x...takut point nk meet requirement yg dia org tetpkan je )...penuh kesabaran menunggu 3 tahun plus ...huhuhu..
    sekarang yuran tahunan udah mahal ye tak...dh RM 350/year...

Related Posts with Thumbnails