Sampai bila nak jadi kuli ??


Sampai bila nak jadi kuli ... ??

Persoalan yg selalu berlegar dlm kepala otak aku. Kerja makan gaji mcm aku ni tak membuka peluang utk meraih lebihan pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup aku. Maksud aku dari jalan yang halal laa .. kalau cara haram tu aku mintak simpang ler, rasuah, imbuhan dan apa2 yg berkaitan tu aku minta simpang laa sampai mati. Duit2 haram ni aku tak nak libatkan diri, sekali jadi darah daging dari sumber haram ni dh takde jalan nak buang dari diri lagi.

Apa yang aku maksudkan "perniagaan" @ "business (bisnes)" .. aku dari dulu lagi berminat dgn bisnes tapi tak berpeluang sebab aku bukan dr keluarga berada. modal takde nak buka bisnes. Lagipun takde dlm family aku yang melibatkan diri dgn bisnes.

Aku kadang2 dh jemu kerja makan gaji ni, buat kerja sebaik mana pun yang dpt nama org atasan bukan kita yg bertungkus lumus kat bawah ni. Bila buat salah sikit kena sound  & kdg2 kena marah, aku kdg2 pantang bila org nak sound2 ni, mcm gaji aku ni dibayar guna duit dia. Sedar laa diri tu, kita sama2 makan gaji jadi tak perlu laa nak marah2 n sound2 .. just tegur laa dgn baik dulu, bagitau apa yang silap dan minta penjelasan dulu. Baru namanya berhemah dan kakitangan bawahan akan respek. Aku pun faham kalau ditegur oleh bos, sbg seorang bos mmg perlu menegur kakitangan bawahan bila ada keadaan yang menyimpang dari peraturan atau kehendak kerja. Aku respek kalau bos yang dpt tegur staff dgn cara yang boleh menimbulkan kesedaran kepada staff tu tanpa perlu sound2 atau marah2. Satu lagi bagi aku jawatan di pejabat hanya di pejabat, luar dari waktu kerja dan waktu pejabat status2 jawatan tu takde dlm kamus aku. Di luar bagi aku "survival of the fittest", jadi faham2 ler. Tapi kepada bos2 yang aku respek dgn sikap dan cara kerja diorang, kat luar pun aku takde masalah utk respek diorang sbg kawan atau sbg org yang lebih tua dari aku dan banyak pengalaman. Serba sedikit kita dpt belajar dari org2 yang berpengalaman ni.

Satu hal lagi, Kerja mcm aku ni yg berstatus jawatan rendah ni agak membazirkan kebolehan yang mungkin ada pada diri seseorang tu. Apa saja yang pihak atasan bagitau, kita buat .. idea pegawai jawatan rendah ni jarang2 diambil berat.

Sampai satu masa ada kemasukan intake pegawai baru terutama yang fresh grad. Mereka masuk terus jadi bos, interpersonal skill mmg hancor tapi apa nak cakap kan, kita ni pegawai bawahan, diorang bos walaupun muda trang tang tang dan muka mcm terlur separuh masak jer. Apa nak buat bila diorang punyai kelulusan segulung kertas benama ijazah tp pengalaman kerja langsung takde. Tapi ada juga yang tahu situasi diri diorang yg mcm rusa masuk kampung dan cepat cuba serapkan diri dlm komuniti ofis dan sanggup belajar dari staf2 lama walaupun jawatan staf2 tu rendah dari dia, inilah yang patut dibuat oleh semua bos2 muda ni. Kerja kt tempat aku ni kalau ada degree pun hanya 10% saja yg ada kaitan dgn dunia kerja aku ni. Kelulusan utama utk jawatan di tempat aku ni Degree in Accountancy tp semasa belajar di universiti silibus yang diajar adalah ttg akaun syarikat tp bila masuk kerja tmpat aku ni akaun yang diperiksa adalah akaun kerajaan yang mana hanya diajar dlm satu subjek yg jam kredit 3-4 jam jer paling tinggi sepanjang pengajian sebyk lebih 130 jam kredit utk layak mendapat ijazah. Jadi adik2 yg baru grad jgn laa mendabik dada masuk kerja dgn ijazah sebab dlm dunia kerja, pengalaman kerja itu pengukur pengetahuan dlm menjalankan kerja, ijazah tu hanya pengukur akademik dan tiket utk mendapat jawatan bukan tiket untuk anda bermegah2 di zaman skrg ni. Aku bukan laa anti atau benci bos2 muda, tp masing2 kena ingat la, "if you want people to respect you , you must earn it", bukan kerana ada ijazah jer kita mengharapkan org lain untuk hormatkan kita dgn mcm tu saja. Aku bercakap ni ttg apa aku nampak dan alami selama 7 thn bekerja di tempat aku ni. kat tempat org lain aku tak amik tahu dan tak terlibat dgn cerita aku ni. Kalau ada pun adalah secara tak sengaja dan takde kaitan dgn aku ... mcm disclaimer filem lak hehe.

Berbalik dgn citer bisnes, Alhamdulillah dlm 1-2 bulan ni plan aku berjalan spt yang dirancang, langkah demi langkah yang perlu dibuat dah aku buat dan semua telah selesai dibentuk, semoga langkah seterusnya berjalan dgn lancar dan seperti yang dirancangkan. Tapi buat masa skrg aku nak berehat sekejap, nak tenangkan diri kejap untuk teruskan usaha aku ni. Mcm nak gila rasa kepala ni, sampai dh 2-3 kali aku mcm tak leh kawal marah aku ni. Apa aku nak buat, aku hanya manusia biasa yang ada kelemahan, hopefully suatu hari nanti aku dpt kawal kelemahan aku ni 100%.

Cita-cita adalah cerita hidup yang kita sendiri cipta ...

0 Response to Sampai bila nak jadi kuli ??

Related Posts with Thumbnails