Mid Valley & Bangsar Village
Kebosanan melanda aku semalam, sehari kat rumah so last sekali aku meloloskan diri keluar dari rumah aku (bukan ada sapa nak tahan pun hehe). Destinasi aku nak cari aksesori benda yg aku beli aritu, tp dh malam kedai yg biaa aku pegi pun dh konfirm tutup. Jadi alang dah kelaur tu aku decide pegi ke Mid Valley. Jalan pun ok tak jem tp keta byk jugak. Sampai Mid Valley cari parking lak satu hal dekat 20 minit aku berpusing2 cari lot parking.
Masuk je dalam ruang kedai di Mid Valley tu dah penuh dgn org, tiba2 lak terserempak dgn member sepejabat, adehhh mana saja aku pergi sekarang mesti ada jumpa orang yang aku kenal, tak macam 5-6 thn lepas, tak kenal sapa2 lagi masa tu hehe.
Jalan punya jalan punya jalan .. mata aku terlihat sebuah kedai yg ada jual brg yg aku nak cari tu, nasib baik kedai tu buyka smpai malam. Masuk kedai tu habis semua jenis brg yg aku nak beli tu aku suruh dia keluarkan, tilik kiri tilik kanan .. last2 aku beli laa salah satu brg tu, habis laa RM130, benda nya kecik jer, nipis tapi mahal, yg tu jer yang agak2 murah gak ler, nak amik yg murah sgt nanti kualiti tak elok lak.
Selesai membeli aku jalan2 window shopping, rupa2nya ada diorang bina replika Wonderland dari filem Alice in Wonderland, meja makan Mad Hatter pun ada, sebijik mcm dlm filem. Ramai laa plak duk nak bergambar kt situ. Lepas tgk gelagat org aku masuk ke MPH nak tgk2 buku yg maybe menarik minat aku. Teringat lak satu buku bertajuk "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Map". Aku jumpa buku tu kat MPH Bangsar Village minggu lepas, tp masa tu tgk2 jer, arini mcm nak beli lak rasanya. Cari punya cari tapi tak jumpa, search kt online katalaog ada tp cari tak jumpa. Takpelah aku kata, nanti aku pegi cari kt tmpat lain ler. Kelaur dari MPH masuk lak kat Jusco, tgk baju t-shirt, tapi tak meanrik lak design dia. Last2 tersangkut kt barang Deuter (produk outdoor), tgk beg dia mcm teracun lak, beg deuter aku skrg dh lusuh kat rumah tu, ingat nak cari baru. Tapi tak terbuka hati lak nak beli sebab duk teringat ttg buku tadi.
Lepas keluar dr Jusco aku terus ke kereta n decide nak pegi MPH Bangsar Village. Mujur le dekat jer n jalan pun ok. So dpt gak aku beli buku tu di MPH Bangsar Village. Mahal jugak, mentang2 ler best seller hehe. Dari Bangsar aku terus je balik ke Putrajaya, excited nak start baca buku aku beli td hehe .. Lepas aku habis baca buku tunanti akan aku bagi review kat sini.
0 Response to Mid Valley & Bangsar Village
Post a Comment