Masjid & Selebriti ...


Tiba2 rajin lak aku posting arini .. ni pun ada satu lagi posting nak masuk lepas ni. Tagged si Skyone .. ampeh tul, nasib baik ler tak byk sgt .. hehe. Siap ko Sky, lepas ni aku tagged ko lak wakakaka ...

Baru balik dari Masjid Besi bersolat Jumaat .. 1st time aku pegi Masjid Besi jalan kaki dari ofis aku, sebelum ni aku selalu pegi dgn kereta lepas makan kt luar atau tumpang kereta sahabat2 dunia akhirat aku. Tapi disebabkan arini aku sibuk sgt dgn kerja2 5S kat ofis ni, dh tak sempat aku nak keluar awal. Takde laa jauh sgt nak ke masjid tu, dlm 5 minit jer jalan, tapi panas terik betul arini. 

Terjumpa lak beberapa selebriti kat Masjid arini, dari tokoh politik sampai laa ke artis. Masa lepas berwudhuk tadi terserempak dengan Rosyam Nor, sekali pandang tak perasan lak dia, dah duk kat sebelah baru cam tu Rosyam Nor. Simple dan biasa jer orgnya, tak macam pelakon2 muda skrg yang mcm2 jenis fesyen kt luar, paling kurang rambut mesti ala terpacak, cicak kalau jatuh atas kepala dia pun bleh tergadai nyawa punya laa tercacak rambut. Suka aku bila terserempak pelakon2 dan artis di masjid mcm tu, maksudnya walaupun di layar perak lakonan mcm2 watak tp di luar masih seorang insan yang tetap sujud kepada Penciptanya. Syabas Rosyam nor.

Lepas solat lak, aku tgh berjalan nak keluar nampak aa ler sekumpulan org duk salam2, bila aku amati rupa2nya diorang tgh bersalaman dgn Pak Lah, mantan PM sebelum ni. Tgk Pak Lah pun dah makin putih rambutnya, mungkin byk pikir kot atau sebab bini baru aritu hehe. Bab ke masjid dan mengimamkan solat ni dalam byk2 PM rasanya takde yang boleh celen Pak Lah ni. Lagipun dah darah keturunan alim ulamak jadi ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan .. etul ke perumpamaan aku bagi ni hehe .. tu komen aku secara luaran ler, dari segi politik dan peribadi aku tak nak campur laa sebab kalau silap cakap dan tuduhan dosanya aku jugak yang tanggung, lain laa kalau aku kenal dan duduk sebumbung dgn dia.

Selebriti yang amat berbeza bidang tapi ada satu persamaan utama .. wajah diorang ni selalu menghiasi kaca tv kan. Tapi selebriti ke apa ke, aku mcm biasa tgk dan nampak dari jauh jer laa .. aku bukan jenis nak berebut2 nak pegi bersalam ler atau nak enterframe tunjuk muka depan selebriti2 ni. Takde faedahnya bagi aku, buang masa jer.

1 Response to Masjid & Selebriti ...

  1. Sky0ne says:

    hahaha jawap jgn tak jawap...

Related Posts with Thumbnails