PENIPU/SCAMMER : Peringatan Untuk Peminat Fotografi.
Baru-baru ni ada terbaca beberapa posting luahan perasaan beberapa rakan2 di satu forum yang kena tipu dlm internet dan melibatkan barang fotografi. So rasa terpanggil (chewaaahhhh hehe) nak berkongsi beberapa info dengan sesapa yang sudi membaca blog aku nih, aku ni dh agak lama jugak ler dlm dunia online maya ni, sejak thn 1994 aku dh mula online terutama melalui IRC ler masa tu dan aku mula berurusan jual beli di internet ni sejak thn 2004. Jadi ada ler pengalaman sikit ttg hal2 jual beli online nih.
Ada rakan2 minta tips fotografi lepas aku post entri ttg fotografi aritu, tapi aku ni bukan tahap otai lagi nak bagi tips2 ni tapi nanti kita share2 lah sedikit demi sedikit ok. Cuma kali ni aku nak share maklumat, tips dan pesanan pada rakan2 yang berminat ttg fotografi mengenai PENIPUAN yang sedang berleluasa di internet skrg.
Peringatan kepada rakan2 yg selalu melawat website FTZ (Free Trade Zone) atau Mudah.my atau mana2 website yang menjual barang2 fotografi secondhand, kalau boleh korang elakkan dari berurusan dgn pihak yang menggunakan no telefon berikut .. 017-7967568, 017-7688577 .. pemilik nombor ini ada org yang sama yang menggunakan bermacam2 alias spt .. nad, misz.nad, nadia, din, missy. MIA, yong dan beberapa lagi. ramai yg telah tertipu dgn scam dia. Sekarang scammer ni dah tukar no telefon dan nama baru.
Modus Operandi :
1. Menawarkan brg DSLR secondhand dgn harga yg agak rendah dari market price dan hanya berhubung melalui sms.
2. Lokasi didakwa di JB @ Kuantan @ UTP Tronoh ..
3. Hanya sms, kalau call samada dia tak nak ckp n bagitau bateri nak habis atau tak angkat langsung.
4. Tak mahu COD (mcm2 alasan diberi antaranya, takut nak jumpa org lelaki tak dikenali @ dia akan bagitau dia pernah alami pengalaman pahit bertemu buyer dan dh serik COD),
5. Transaksi hanya melalui courier dgn buyer mendeposit separuh harga dan setelah dpt brg baru menyelesaikan full payment.
6. Akhirnya, brg tak sampai, duit lesap.
Aku sendiri pernah menelefon nombor tersebut dan suara yg menjawab adalah perempuan muda tp dia tak nak ckp lama katanya bateri hp nak habis, tp sebab dia tak nak COD aku tak teruskan urusan tu. Dari pihak2 yg tertipu no akaun yang diberikan juga adalah atas nama seorang perempuan. Dah ramai yang tertipu dgn scam perempuan ni, di harap rakan yang mencari peraltan2 fotografi di internet dapat berhati2.
Sekadar ingatan : sebaik-baiknya cubalah elakkan berurusan menggunakan courier dgn individual seller yang di luar kawasan terutama yang memerlukan anda mendeposit wang terlebih dahulu, kecuali korang kenal dgn individu tersebut atau dia dpt buktikan track record yang baik. Kalau korang tak dpt nak beli brg tu anggaplah bukan rezeki korang. Better COD untuk pastikan reliability seller dan jugak boleh tgk n cek brg yg nak dibeli sampai puas hati. Lagipun kebanyakan seller yang mmg suka COD sebab dpt cash terus dan barang juga dpt dipastikan selamat diterima buyer, dan selalunya photographer2 ni suka berjumpa dan berkenalan dgn photographer lain untuk menambah kenalan dan bertukar2 pengalaman walaupun pada awalnya hanya nak berurusan jual beli.
Tapi semua ini pilihan masing2lah, aku cuma mencadangkan dan perlu diingat juga yang bukan semua seller yang menggunakan cara courrier itu adalah penipu, ramai yang mmg jujur dlm menjalankan transaksi, cuma segelintir sahaja yang mengambil kesempatan utk menipu, jadi sama2lah kita berhati dlm membuat transaksi secara courrier ni.
ish2x ... mengambil cara mudah untuk dapat wang sebagai pendapatan....
dh lama benda ni...ada member aku pon kene gak...nasib lum byr lg...
sampai skrg pun aktif lagi penipu ni, dia dh tukar nombor telefon n guna nama baru