Filem : EVOLUSI : KL DRIFT 2


Pengarah : Syamsul (pelakon & pengarah)
Pelakon : Farid Kamil, Aaron Aziz, Scha Alyahya dan Shaheizy Sam.



Trivia
Tengok sebab byk promo kt tv dan aku tgk the making pun mcm best jer adegan2 stunt yang ada. Dan tgk jalan2 tu banyak area Putrajaya dan Cyberjaya, kawasan rumah aku tu hehehe.

Jalan Cerita
Zack masih dihantui kisah2 lama permusuhan dia dengan Joe. Joe pula skrg telah didampingi oleh rakan kongsi yang lebih ganas dan masih berdendam dengan Zack. Joe semakin berkuasa dalm dunia kongsi gelap dgn bantuan rakannya. Pihak polis pula dlm keadaan terdesak utk menangkap Joe dan cuba menggunakan Zack utk mendapatkan maklumat mengenai Joe. Hadir Aleya, seorang drifter perempuan yang jatuh hati pada Zack dan pada masa yang sama menjadi informan polis. Konfrontasi terjadi antara Zack dan Joe apabila Joe memerangkap Zack dgn dadah dan kemudian Zack mendedahkan rahsia aktiviti dadah Joe.

Komen Aku
Filem terbaru arahan pengarah muda Syamsul Yusof, nak pengarah ternama Datuk Yusof Haslam. Aku menonton filem ni tanpa menonton filem pertama dulu. Sambungan dari Evolusi : KL Drift, tapi kali ni memperkenalkan beberapa watak baru untuk menambah sengat filem ni seperti Shaheizy Sam (adnan sempit) dan Scha Al-Yahya dan juga Remy Ishak (nurkasih).

Memang tak dinafikan jalan cerita dan aksi filem ini baik dan menggemparkan. Scene kejar mengejar dan scene gengster mmg real. Cuma aku mcm agak pelik bila watak Shaheizy Sam cakap ala2 org Cina baru nak belajar cakap Melayu, maybe sebab nak bagitau dia pegang watak gengster luar negara kot mcm dlm satu dialognya . Aksi paling aku suka waktu kejar mengejar yang masuk ke tepi sungai, dengan jalan yang sempit dan tiang2 besar drifter dpt kawal kereta dgn baik, mmg suspek laa sama drfiter n stuntman Malaysia skrg.

Lakonan pelakon aku susah nak komen laa .. sebab ada yang ok ada yg K.O. Lakonan mantap bagi aku adalah lakonan Aaron Aziz, Farid Kamil, Remy Ishak dan Shaheizy Sam yang dpt membawa watak dgn baik. bagi Syamsul dan Scha mcm masih kekok dlm beberapa scene, tapi buat Scha mmg nampak peningkatan dlm lakonannya, Syamsul pulak bagi aku agak kaku dlm lakonannya terutama babak Scha mati ditembak dan babak luahan cinta kpd Scha sampai ada penonton mem "booo" di dalam panggung sebab mcm meloyakan sikit adegan tu. Unsur2 komedi yang cuba diselitkan agak kurang menyengat, tapi sebaliknya aksi dan pertuturan gengster pulak yang menjadi bahan ketawa penonton, atau mmg disengajakan itu aku tak pasti ler, atau sebab lepas filem Adnan Sempit bila tgk jer muka Shaheizy Sam dah mcm nak gelak jer rasanya hehe. Watak Remy Ishak lak agak meyakinkan sbg anggota polis, tapi watak polis dicerminkan mcm terdesak sgt la plak dan mcm mendesak dan memaksa2 org awam plak lagaknya, mcm tak kena laa, lepas tu hubungan antara Remy dan Scha dlm filem ni tak diceritakan sgt, terutamanya mcm mana Scha bleh jadi informan polis tu. Watak-watak utama yang lain adalah kembangan dari filem pertama kecuali watak Shaheizy Sam dijelaskan melalui dialog dan dpt dikesan yang watak dia bukan dari Malaysia tp rakan lama kepada watak Aaron Aziz.

Sound system best, walaupun byk adegan drift dan tembak menembak tapi bunyi tidak membingitkan dan masih dpt menumpukan pada cerita, kamera angle jugak ok tapi masih dpt diperbaiki terutama bila ternampak org ramai berkerumun nak tgk aksi drift di bukit bintang sedangkan ia bukan utk pertunjukkan tapi utk lakonan (apa nak buat mmg sikap org Malaysia bila tgk ada shooting filem atau ada artis kat mana2 mesti berkerumun). Satu lagi editing filem kalau tgk betul2 mcm tak memberangsangkan sebab dpt dilihat adegan yang sama diulangi dlm filem tu cuma diambil dgn kamera dari sudut yang lain, contohnya aksi kejar mengejar di kawasan kontena dan kereta masuk di bawah kontena yang sedang diangkat, satu dari sudut depan dan satu dari sudut belakang diulangi semula.

Dengan budget yang besar Syamsul dapat memberikan satu aksi real yang jarang2 ditemui dalam filem Malaysia, Syabas diucapkan sebab berani mencuba. Tapi apa2 pun aku tak berapa suka bila pengarah sendiri nak jadi hero, jadi pelakon pembantu pun dah cukup ler.

Rating Aku (utk kategori filem tempatan) : 4 bintang











0 Response to Filem : EVOLUSI : KL DRIFT 2

Related Posts with Thumbnails