Asal Usul April Fools
1 April = April Fools
Kita di Malaysia ni byk terikut-ikut dgn perkara2 dari Negara luar dari sambutan hari-hari tertentu sampailah ke gaya kerja di pejabat, dan salah satunya perkara yang agak tereknal adalah April Fools. Kita selalu menyebut April Fools bila masuk tarikh 1 April, tapi adakah kita tahu asal usul April Fools ni ?
Aku sebenarnya pun tak tahu dari mana datangnya ungkapan dan tindakan memperbodohkan, mengusik, mengenakan atau menyakat org lain pada tarikh 1 April. Jadi aku pun buat carian tentang April Fools.
Setelah mencari dan mencari aku dapati sebenarnya takde fakta atau bukti kukuh dari mana atau zaman bila April Fools ni bermula, jadi sampai skrg takde penjelasan nyata ttg asal usul April Fool. Kalau berdasarkan catatan rekod sejarah cerita2 berkaitan April Fools ni dah ada sejak tahun 1500an lagi. Ada juga catatan pada tahun 1392 oleh Chaucer yang seumpama April Fools tapi ia kemungkinan hanya satu kebetulan dan ramai yang menyangkal ia adalah April Fools.
Tapi dalam semua catatan dan teori, ada satu teori yang paling popular tentang permulaan April Fools adalah Teori Perubahan Kalendar. Teori ni berdasarkan kejadian pada kurun ke-16 di Perancis. Pada tahun 1564 kerajaan Perancis telah merombak tarikh kalendar iaitu dengan mengubah tarikh awal tahun dari hujung bulan Mac ke 1 Januari (sebelum itu tahun baru disambut di antara tarikh 25 Mac-1 April). Tapi ada di antara rakyat Perancis yang tidak tahu tentang rombakan itu dan yang degil untuk berubah ke tarikh tetap menyambut tahun baru pada tarikh antara 25 Mac ke 1 April, kumpulan ni telah diusik oleh org ramai yang telah menerima tarikh baru, usikan berbentuk dengan secara curi-curi org2 yg suka mengusik tu telah melekatkan ”paper fish” pada belakang org yang menyambut tahun baru pada tarikh lama tersebut. Mangsa2 usikan ini digelar Poisson d’Avril, atau April Fish, dan sampai skrg ia menjadi istilah April Fools kepada org2 Perancis.
Walaubagaimanapun setelah dikaji ttg perkaitan rombakan kelendar di perancis dan kalendar2 lain di dunia teori ini agak goyah dan tak dpt diterima 100% sebagai fakta yang benar ttg permulaan April Fool. Banyak lagi catatan sejarah dan sastera yang kemungkinan mempunyai kaitan dgn April Fool tapi tidak boleh dijadikan fakta, Cuma teori perubahan kalendar perancis itu sahaja yang agak logik, tapi masih ada cukup kukuh untuk dijadikan fakta. Jadi permulaan April Fool terus menjadi tanda tanya sehingga skrg. Kalau nak baca dengan lebih lanjut tentang April Fools atau apa saja berkaitan usikan dan prank cuba korang layari website ni .. http://www.museumofhoaxes.com/
Ada jugak cerita2 yang mengaitkan April Fools dengan kejadian pembunuhan org Islam di Granada pada kurun ke-15. Aku tak pasti hal ni, cuma yang aku pasti Valentine Day tu mmg haram disambut oleh umat Islam kerana mmg ia ada kaitan dgn agama Kristian. Tapi ttg April Fools aku belum menemui fakta sebenar samada peristiwa pembunuhan umat Islam di Granada tu ada kaitan yang jelas, atau mungkin secara kebetulan sahaja berlaku pada tarikh yang sama. Dari catatan ttg peristiwa itu yang aku dapat baca tidak mengatakan atau menulis tentang perkataan April Fools pada ketika itu cuma perkaitan dgn tarikh yang sama sahaja. Jadi pada masa skrg pada pendapat aku teori perubahan kalendar Perancis tadi adalah teori paling dekat dengan perkataan "April Fools" tersebut.
Apa pun sejarah dan permulaan April Fools ni diharap janganlah kita terlalu terikut sangat budaya barat yang kita sendiri tak tahu asal usulnya, kalau nak mengusik juga pastikan ala-ala kadar sudah ler jangan sampai menyebabkan pergaduhan, dendam dan permusuhan.
Apa pun sejarah dan permulaan April Fools ni diharap janganlah kita terlalu terikut sangat budaya barat yang kita sendiri tak tahu asal usulnya, kalau nak mengusik juga pastikan ala-ala kadar sudah ler jangan sampai menyebabkan pergaduhan, dendam dan permusuhan.
0 Response to Asal Usul April Fools
Post a Comment