Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi


Pagi ni aku buka jer Facebook and Twitter dah terbaca sebaran berita tentang Din Beramboi meninggal semalam. Biar betul ... aku nak komen pun tak berani. Lepas search kt Bernama, ada satu kolum temuramah dengan keluarga Din dan keluarga Din merasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menyebarkan berita kematian Din, tarikh temuramah tu keluar pada 1 April, tapi berita kematian terbaru ni dikatakan beliau meninggal semalam jam 12.30 pagi. Risau gak aku kang silap posting cakap dia meninggal tapi sebenarnya tak. Teringat lagi kes sebuah stesen radio swasta yang tersilap umum berita kemangkatan seorang Sultan suatu ketika dulu. Bahaya ooo kalau siarkan berita dari sumber yang tak betul2 pasti kesahihannya.

Tak puas hati tul aku dengar berita ni dan tak dpt sahkan dari sumber2 utama, so aku masuk ker website akhbar Berita Harian, dan terdapat artikel mengatakan yang Din Beramboi telah meninggal dunia. Jadi sah ler yang Din Beramboi pelawak, pelakon, pengacara dan DJ radio telah kembali ke rahmatullah. Innalillah ...

Sedih lak rasanya sebab baru jer aku menulis blog mengenai keadaan beliau aritu, tau2 pagi ni dpt berita beliau dah meninggal. Mengikut akhbar Berita Harian Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43 tahun telah meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu. (nampaknya info yang aku dpt dan aku blogkan sebelum ni adalah tak tepat rupanya, sebab berita tv pada waktu tu mengatakan dia terkena jangkitan virus dari kencing tikus). Mengikut Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi. Doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat itu sebelum ini adalah atas permintaan keluarga beliau sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Dunia hiburan hari ini kehilangan seorang aset komedi ternama, begitu juga dengan radio Era yang mungkin akan kehilangan separuh keriuhan pagi dengan ketiadaan Din Beramboi dengan lawak spontan dan karenah Din Beramboi. Kepada kelaurga Din Beramboi , diharap sabar dan kuatkan semangat atas pemergian beliau. Sama2 kita doakan roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. ....


AL-FATIHAH
Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi

1 Response to Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi

  1. siyes sedih giler... walaupon xde sebarang hubungan persaudaraan tp kehilangan allahyarham amat dirasai ku T_T

Related Posts with Thumbnails