Exam memasuki perkhidmatan awam gred 41.
Aku dipanggil untuk amik exam ni di MAEPS Serdang. Tapi bila dpt surat pos dia cakap aku kena amik kat Sekolah Jalan 4, Bandar Baru Bangi, aku dh konpius. So aku call SPA, org kt SPA pun terpinga-pinga suaranya, 15 minit aku tunggu last2 diorang cakap ikut yg dalam website, so dalam website kt MAEPS (adakah aku org pertama call tanya masalah ni ??). 2 hari lepas aku call website SPA keluar pengumuman yg serupa, 3 hari sebelum exam siap iklan kt tv lagi suruh calon check kat website.
Ini kali kedua aku ambik exam ni, kali ni untuk 2 jawatan PTD dan Penguatkuasa Kastam, thn lepas aku ambik utk jawatan PTD saja pada bulan 8, exam tu aku lulus tapi bila pegi assessment tak lepas, maybe sebab aku bangkang cakap fasilitator kot hehe .. apa nak buat aku dh diornag letak dalam groups pembangkang masa debat hehe .. maybe lepas ni kena duk diam kot hehe. Exam kali ni meliputi 13 jawatan dlm perkhidmatan awam untuk satu exam, yang aku ingat PTD, Kastam, Imigresen, Belia dan Sukan .. yg alin aku lupa hmmm.
Aku sampai kt simpang hospital Serdang menghala ke MAEPS tu dlm pukul 8.30, mmg jem giler. kira dekat setengah jam jugak dlm jem, tapi berkat usaha nak pegi jugak tu entah mcm mana aku leh sampai dlm dewan sebelum ujian mula tapi diorang dh edar soalan n tgh bagi penerangan ler, aku dh terlepas setengah penerangan tu aku tanya jer org sebelah hehe. Alhamdulillah dpt mula ikut masa sebenar. Ada yang lewat masuk lebih setengah jam, tapi atas keprihatinan pengawal exam dia bagi extra dlm 10-15 minit kepada yang lewat sampai tu. bagi aku adil laa tu. Ada jugak yang patah balik n tak pegi amik exam sebab jem tu, pada aku yang patah balik tu mmg takde minat 100% pun nak masuk perkhidmatan awam. jadi better diorang patah balik n bagi yang betul2 nak dan sanggup bersusah payah harungi jem utk ke dewan exam. kalau setakat jem mcm tu pun dh malas nak harung apatah lagi bila masuk kerja dlm gomen nanti.
Exam kali ni bagi aku mudah berbanding exam PTD yang aku amik thn lepas, soalan matematik dia aku leh jwab sebelum masa tamat dh kira mudah ler tu, dulu masa ada 5 minit lagi tapi aku ada lebih 10 soalan tak buat lagi hehe. Kalau aku yg umur dah lebih 30 ni boleh jawab takkan adik2 yg muda yang otak masih cerdas tak leh jawab kot.
Sebelum ni ada jugak org tanya aku nak baca apa utk exam ni. Aku pun tk tau nak bagitau apa, aku Cuma cakap baca ler isu2 semasa yg glamer2, kalau bab matematik aku rasa tak perlu ulangkaji pun sebab semuanya jenis problem solving dan menguji IQ. Tentang hal umum lak terlalu luas nak baca, dari hal kerajaan, sejarah, geografi, sukan dan jugak hiburan ... soalan kali ni yg aku ingat, negara mana tuan rumah piala dunia 2010 (kacang saja kan) dan ttg filem Yasmin Ahmad. Ni kalau jenis ulat buku mmg tak leh jawab ler, lepas tu komplen, apsal soalan pelik2 mcm tu ?? Apa kaitan nak masuk keja gomen bagi soalan mcm tu ?? ... mmg ada kaitan, kena masuk gomen ko kena kerja kt kementerian belia dan sukan ke, kat kementerian penerangan atau pelancongan ke, kan berkaitan tu wakakaka. Ada member aku ni dah kali ke-7 ambik. 5 yg pertama tak lulus, yg ke 6 lulus tapi tak lepas interview, ni kali ke 7, semangat betul.
Ok laa dah panjang lebar aku melalut Cuma last komen aku, aku rasa SPA tak bleh buat exam terlalu ramai calon kt satu tempat, anggaran aku kt MAEPS saja ada lebih 3000 org calon yg sepatut hadir. mau ke tak jem. dgn yang mak bapak escort sampai ke dewan, yang suami atau isteri tunggu sampai ke petang, yang nak parking betul2 depan pintu dewan tu kalau boleh. Mcm2 ragam bila dh terlalu ramai. Jalan jem tu salah satu masalahnya ler. Better pecahkan lebih byk pusat ujian, yg aku dengar ada beberapa sekolah di kawasan berkenaan pun jadi tempat ujian. tapi bila 13 jawatan utk satu exam tentu calon dia pun ramai.
Anyway, exam dah ambik, hopefully lulus laa Aminnnn … kali ni aku tak kisah sgt klulus ke tak, sebab aku tgh tunggu promotion jawatan skrg kalau ada rezeki, tapi kalau lulus lagi bagus rezeki jangan ditolak asalkan jgn rezeki haram jer kan kan … ok tata.
0 Response to Exam memasuki perkhidmatan awam gred 41.
Post a Comment