Filem : TOOTH FAIRY


Trivia
Pertama kali tgk trailer filem ni mcm menggelikan hati jugak dan sebab lama tak tgk The Rock berlakon so aku pun pergilah tgk filem ni. Dah lama sebenarnya tgk, tp tak berkesempatan nak bagi ulasan.

Jalan Cerita
Jalan cerita mudah saja, lebih kurang citer Jackie Chan "The spy next door" jugak. Cuma filem ni mengisahkan seorang seorang pemain hoki ais bernama Derek yang digelar tooth fairy (pari2 gigi) sebab setiap kali bermain mesti ada pemain lawan akan kehilangan gigi sebab dirempuhnya. 
Cerita berkait dgn tooth fairy bermula apabila dia cuba membuang keyakinan anak kekasihnya yang tiada tooth fairy, dia sebenarnya mahu menceritakan hal sebenar tp caranya tidak kena pada seorang kanak2. Disebabkan itu dia telah dibawa ke alam tooth fairy dan dikenakan hukuman menjadi tooth fairy selama seminggu.

Komen Aku
Komen aku senang saja ... STEREOTYPE ... cerita filem ini lebih kurang filem komedi terdahulu The Rock iaitu Game Plan yang mana ia melibatkan seorang lelaki pertengahan usia dan kanak2. Asas cerita hampir serupa cuma jalan cerita dan plot2 diubah. Aksi2 komedi mmg agak menggelikan hati terutama ttg gadget2 tooth fairy, ala2 filem James Bond plak. Dari segi lakonan tak banyak peningkatan buat The Rock, lebih baik lakonan dlm filem Game Plan lagi rasanya. Seperti dlm Game Plan sekali lagi The Rock memakai tutu dan seluar ketat (seluar ballet), adehhh dh takde gimik lain ker. Special effect pun ala2 kadar jer, takde laa menarik sgt. Seperti biasa dlm filem2 skrg kehadiran pelakon ternama seperti Ashley Judd, Billy Crystal dan yang paling mengejutkan kehadiran aktress veteran Julie Andrews (The Sound Of Music) amat membantu membawa mood ke dalam filem ini, Julie Andrews sebagai ketua tooth fairy mmg seswai.

Takde komen lagi .. sekadar komedi biasa utk keluarga dan ada sedikit pengajaran cuba diselitkan iaitu seseorang patut berusaha dan teruskan cita2 masing2 sehingga berjaya .., (mcm byk ler plak filem duk guna tema mcm ni kan)

Rating Aku

2 Bintang


0 Response to Filem : TOOTH FAIRY

Related Posts with Thumbnails