Filem : FROM PARIS WITH LOVE


Director: Pierre Morel
Starring: John Travolta, Jonathan Rhys Meyers


Trivia
Baca tajuk pun dah tau ni citer yg ada kaitan dgn spy n tembak2 n bunuh2, ala2 tajuk filem James Bond, From Russia With love. Tapi tarikan utama yg membuatkan aku nak tgk filem ni sebab tgk poster dia nampak John Travolta (JT) botak hehe .. rasanya tak pernah JT berimej botak kot sebelum ni. Kalau zaman GREASE dulu rambut JT ni jambul di depan hehe. Tapi honestly aku tak tau pun ttg filem ni kalau tak tgk poster kat panggung. mcm kurang promo jer sebelum masuk panggung.

Jalan Cerita
Seorang pembantu duta US ke Perancis bernama James Reese lakonan Jonathan Rhys Meyers (JRM) yang juga bekerja secara rahsia untuk pihak risikan US bagi kerja2 mudah dlm operasi risik. Tapi satu hari dia dikehendaki membantu seorang spy/ejen yang bernama Charlie Wax lakonan John Travolta (JT). JT seorang spy yang agak ekstrem dalam menjalankan tugas tetapi dia pasti dpt selesaikan tugas tersebut. Bersama, mereka cuba menjejaki sendiket wang palsu dan akhir sekali membawa mereka ke satu kumpulan pengebom berani mati yang sedang merancang utk mengebom persidangan duta2 di Paris. Secara tak diduga teman wanita Reese adalah subjek utama yang menjadi perisik utk pihak pengebom berani mati tersebut.

Komen Aku
Senang cakap, cerita spy yang tipikal. Macam jugak citer spy yg lain, seorang spy dihantar utk halang rancangan pembunuhan duta2. Cuma dlm jalan cerita dia agak kompleks dan ada unsur2 sedih. Lakonan JRM boleh jugak dibanggakan terutama dlm beberapa plot penting terutama dia tertembak seorang pengganas dan semasa dia terpaksa menembak kekasihnya sendiri. Lakonan JT lak rasanya agak pelik sebab JT membawa watak yang ekstrem dan seorang lelaki tough dan gagah, JT pada pendapat aku lebih baik membawa watak penjahat yang agak psycho seperti dlm filem THE TAKING OF PELHAM 123 dan filem FACE/OFF atau watak undercover yang lebih terancang seperti dalam filem BASIC. Bila JT dipotraitkan sebagai seorang yang macho dan gagah serta pandai berkungfu, rasanya mcm tak kena. Dalam filem ni aksi tembak menembak, bunuh membunuh mmg of the chart ler, ntah berapa yang mati pun dah hilang kiraan aku, sekali tgk mcm gabungan filem Assassins lakonan Antonio Banderas dan trilogi filem Jason Bourne (Bourne Identity, Supremacy dan Ultimatum). Aksi kejar mengejar di babak2 akhir tu mmg best dan mengujakan, komedi ringan dan matang juga diselitkan untuk mengurangkan rasa tegang konfrontasi filem ni. Babak JRM membawa pasu berisi dadah hampir setengah filem dan membawanya hampir ke segenap pelusuk Paris termasuk Eiffel Tower jugak agak melucukan.

Satu ttg filem ni yg aku tak setuju bila sekali lagi filem Hollywood ni babitkan org Islam sebagai penjahat dan pengganas. Mmg tak dinafikan pengebom berani mati ada di kalangan org Islam tapi tak semua berpendirian seperti itu. Tapi filem ni mcm nak mengapi-apikan semula kebencian terhadap org Islam dan juga org Asia. Muslim digambarkan sbg pengganas dan Asia (cina) digambarkan sbg pengedar dadah dlm filem ni. Sekali tgk mcm filem ni anti-asia rasanya, just pendapat aku ler.

Rating Aku : 2.5 Bintang



0 Response to Filem : FROM PARIS WITH LOVE

Related Posts with Thumbnails