hari-hari yang berlalu


Hmmm agak lama gak tak masuk posting baru .. byk perkara berlaku sebenarnya dlm 2-3 minggu ni tapi aku lak mcm malas nak ngadap blog ni. so alang2 dh free sikit ni aku merajinkan sikir jari jemari aku ni menaip.

Dalam masa 2-3 minggu ni mcm2 perkara berlaku dlm hidup aku, senang cakap aku mmg bz dgn dunia aku buat sementara, aku tolak ke tepi semua hal2 lain sekejap untuk settle kan hal2 yg ada ni. so lepak2 pun aku dh jarang skrg ni dan apa2 yang agak mengurangkan budget aku bulan ni aku slowkan sikit sebab aku perlu mencatu badget aku utk perkara yang lebih penting.

Perkara paling besar rasanya adalah aku beli sebuah motorsikal utk aku buat pegi keja .. dengan harga RM2700 aku dpt sebuah motosikal Modenas Kriss 120 thn 2008 yang masih kelihatan mcm baru. Thanks kepada seller .. Pak Lang dari Rawang yang betul baik orgnya dan mudah nak berurusan. Semua hal insurans n jpj dia uruskan aku cuma pegi sain n amik motor dan geran. Jumpa iklan motor ni pun kat Mudah.my .. so skrg merempit laa aku dlm Putrajaya ni hehe .. beli motor 4 stroke senang nak jaga, isi petrol n tukar minyak itam bila sampai masanya. Kat kampung ada sebijik lagi motor aku Yamaha 125z, tapi yang tu aku punya transport kalau balik kampung so tu yg malas nak bawa ke sini. Motor tu 2 stroke so agak cerewet sikit nak jaga tapi apakan daya masa beli tu dulu dlm keadaan jiwa kelajuan hehe .. apa tak nya motor tu kecik tapi lari mcm RXZ n TZM laju dia. Dulu aku guna utk berulang dari Penang ke kampung masa aku belajar n bekerja di Penang. Motor kapcai tu aku bantai 140kmj-150kmj atas highway .. mmg masyuk aaa .. masa tu mmg gila2 sikit kepala otak aku ni hehe. tapi bila dh masuk lepas usia 25 thn dulu aku dah kurang2kan sikit kepala otak gila aku tu, cuba rilek2 kan diri dan hidup aku ni, so sebab tu aku amik motor yang tak berapa laju ni, lagipun aku nak buat motor ni motor riadah jer, time nk pegi gym ke bersukan ke org nak pegi kedai ke .. takde la nak pegi kedai makan jarak tak sampai 1 km nak naik keta jugak kot.

Habis citer bab motor .. masuk satu lagi citer .. aku juga dlm proses mancari sumber pendapatan tambahan, skrg ni tgk keadaan gaji aku saja tak mencukupi buat aku, utk belanja hidup mmg cukup tapi aku nak juga buat simpanan, nak simpan pun takkan sebulan RM50 atau RM100 .. sekurang2nya RM200 ke atas sebulan .. umur aku bulan belasan2 tahun ada awal 20an nak simpan sebulan RM50 dan nak pegang pada prinsip sikit2 lama2 jadi bukit pun aku kena tafsir lain perkataan "sikit-sikit" tu .. dulu masa kecik "sikit2" tu sekupang atau dua kupang .. tp bila dh usia mcm aku ni "sikit2" terletak pada satu benchmark yg agak tinggi. jadi peribahasa tu kena ditafsirkan semula dalam kamus hidup aku. jadi berkejar aku ke serata pelusuk Lembah Klang utk menjayakan projek aku ni, harap2 dengan izin Allah dptlah aku menambahkan sedikit rezeki aku selepas ni. 

Aku sebenarnya tak berapa suka kerja makan gaji, dah tu gaji pulak tak setimpal dgn tugasan yang diberikan. Lepas tu kena marah dgn org yang juga makan gaji, sebab jawatan dia tinggi dia boleh marahkan org bawahan .. ayat aku senang saja, "ko ingat gaji aku duit bapak ko bayar ke yg nak maki2 n tunjuk lagak depan aku?" mungkin sebab ni juga kot aku tak diterima utk jadi PTD, sebab aku kuat memberontak dan aku jenis tak kisah ttg jawatan. Bagi aku rasa hormat bukan boleh diberi kpd seseorang itu kerana harta, pangkat atau taraf pendidikan yang tinggi semata-mata tapi byk perkara lain perlu diambil kira .. respect doesn't come by itself, to get it u must earn it. Aku lagilah meluat kalau nampak sgt org tu berlakon semata2 nak dihormati, cuba berlagak tahu segala2nya dan berlagak matang sedangkan perlakuan dia sendiri menunjukkan sebaliknya. Wahhhhh dh jauh aku melalut ni .. next time sambung lagi ... tata

1 Response to hari-hari yang berlalu

  1. all the best~

Related Posts with Thumbnails