Memandu Dalam Hujan



Sekarang kt Lembah Klang ni selalu gak hujan, dah kadang2 tu aku ada gak masanya terpaksa redah hujan yang lebat dengan kereta merah kesayangan aku tu. Panas hujan kereta aku tu ler yang jadi teman setia.
Apa yang aku hairan, bila hujan mula pemandu2 yang ada sekitar kawasan pemanduan aku tu mcm disoriented, terutama sekali bila hujan tu tiba2 jer turun dan agak lebat. Ke kiri kanan dan yang paling aku risau bila tiba2 dia brek, dah kelam kabut aku juga menekan brek, bila potong jer kereta tu takde apa pun kat depan dia. .. hairan2 ??

Bukan ler aku nak kutuk ke apa, tapi aku nak tegur jer sikit, kalau hujan dan kalau agak lebat, maintain laa dlm lane tu jgn kelam kabut nak tukar lane dan brek tiba2, jadikan line putih jalan tu sbg panduan supaya kereta tak terhoyong hayang masuk ke lane org. Kalau nak slow time hujan bukan di lane tengah, tapi bagi signal dan masuk lane kiri. Semua perkara ni walaupun sesetengah orang cakap apa nak buat dah hujan lebat kena ler slow, mmg laa hujan lebat tapi kena fikir jugak kereta di belakang kita, kalu nak slow pun jgn laa tiba2 jer atau slow kereta di lane kanan.

Satu lagi windscreen kena jaga baik2, jgn biarkan ada kesan2 minyak yang ketara sebab kalau ada kesan minyak nanti wiper tak leh nak sapu air tu dgn baik, dah tak nampak jalan dengan jelas terutama kalau time hujan malam, silau lampu kereta dari depan bleh buatkan kita hilang pandangan pada jalanraya. Kalau boleh elakkan ler dari cuci cermin guna pencuci cermin kat stesen minyak sebab ada pengguna yang gunakan pencuci cermin tu utk cuci bahagian kereta mereka yang terkena tumpahan minyak waktu mengisi, kita plak cuci cermin guna pencuci tu, jadi lu fakirlah sendiri.

Seterusnya pemilihan tayar, waktu hujan fungsi tayar amatlah penting, janganlah terlalu nak jimat sanggup beli tayar yang harga terlalu murah. Cubalah jimat duit tu dari segi lain dan beli tayar yang agak baik dan boleh mencengkam dengan baik kerana satu2nya perkara yang menghubungkan anda dengan bumi sewaktu memandu adalah tayar. Sewaktu hujan selalunya tayar akan memainkan peranan dalam menyalurkan air ke tepi dalam pemanduan dan sekiranya tayar dengan bungan yang kurang baik akan menyebabkan kita tertolak ke depan dgn kuat sekiranya melalui kawasan air bertakung dan boleh menyebabkan kereta berpusing atau terbabas. Jadi berbelanja lah sikit utk tayar kereta anda, tp tak perlu lah beli tayar yang harga sampai RM500 sebijik utk kereta mcm proton wira atau waja, dlm lingkungan harga RM140 ke RM250 kita dh bleh dpt tayar yang baik prestasinya.

Last utk entri ni, kalau rasanya tak dpt nak teruskan perjalanan, ada org yang jarak penglihatan agak terhad ketika hujan, lebih baik cari tempat yg selamat untuk anda berhenti rehat seketika dan tunggulah hujan reda. Jangan lakukan perkara yang boleh mengancam keselamatan anda dan jugak org lain di jalanraya tu.

0 Response to Memandu Dalam Hujan

Related Posts with Thumbnails