Puasa ke ?


Alkisah ... 

Aku sekarang tiap2 hari kerja luar sejak dari sebelum puasa lagi. Tempat aku kerja ni pulak berhampiran food court dan 2 kedai mamak yang agak famous kt Presint 9 Putrajaya. Tempat parking kereta pulak memerlukan aku berjalan melalui kawasan belakang food court dan kedai mamak tu untuk ke tempat aku bekerja. Jadi nampak gambaran rutin perjalanan harian aku kan. Jadi, secara tak langsung dapat laa aku tgk dan amati keadaan di kawasan restoran mamak tu setiap pagi dan setiap tgh hari waktu nak masuk dan nak keluar rehat.

Apa yang menjadi tanda tanya pada aku, selalu sgt aku nampak jejaka2 yang berwajah Melayu membeli makanan masa pagi dan juga tgh hari dari kedai mamak tu. Lagi menjadikan aku was-was pernah aku nampak lelaki ni masuk kedai mamak pakai helmet dan visor masih tutup muka beli makanan, bila dia nampak aku dgn memeber2 aku menuju ke tmpat parking bleh pulak main sembunyi2 sebelah tiang. Satu lagi, rupa2nya kedai mamak ni ada konsep "drive thru" skrg, dasat .. dasat .. tak payah turun kereta, parking jer belakang kedai order jer nak lauk apa jap lagi sampai laa order tu ke kereta, makin maju mamak skrg dah boleh lawan fast food restaurant.

Itu ler, gelagat yang selalu aku nampak hampir tiap2 hari di kawasan ni. Sebab tu ler tajuk entri ni "PUASA KE?". Aku tak cakap yang diorang yang beli tu tak puasa sebab aku tak nampak diorang makan. Mana ler tahu kot2 belikan untuk rakan2 non-muslim atau rakan2 pompuan yang uzur kt ofis. Tapi terpikir lak, rasanya rakan2 non-muslim yang kerja kerajaan ni tahu nak hormati rakan2 yg puasa dan takkan sekali2 minta tolong belikan makanan di bulan puasa ni. Rakan2 pompuan yang uzur lak dh tentu segan dan malu nak minta tolong belikan sebab nanti org tau dia tgh dtg bulan hehe. Jadi ... fikir-fikirkanlah.

Jika benar lelaki2 segak dan macho ni tak puasa, ishh tak malu ke kt adik2 sekolah rendah yang cuba untuk puasa sampai lembik tu. Lepas tu dah dewasa pun tak puasa mcm mana nak nasihatkan anak2 (kalau ada atau bakal ada) suruh puasa, dh hipokrit namanya. Setiap tahun sebulan jer yang diwajibkan puasa, lagipun byk kesan2 baik dari berpuasa ni. Jadi selamilah hikmah berpuasa tu dan jgn pikir ia sbg beban sahaja.

0 Response to Puasa ke ?

Related Posts with Thumbnails