Nostalgia Puasa
Diam tak diam .. dah masuk 7 hari kita berpuasa .. dah seminggu memasuki bulan Ramadhan. Mcm cepat lak rasanya bulan ni berlalu. Ingat masa kecik2 dulu masa baru2 belajar puasa ni, punya ler lama rasanya tunggu waktu berbuka. Nak habis sebulan apatah lagi.
Kembali mengimbau kenangan masa kecik2 kadang2 buatkan aku tergelak sorang2. Rasanya aku mula dpt puasa penuh bila aku masuk darjah 2 kalau tak silap, ingat2 lupa plak aku. Setiap kali aku balik dari sekolah aku pergi mengaji Quran, lepas balik mengaji dalam pukul 4.30 petang mmg dh takde nak buat apa, nak pergi main letih sebab puasa, jadi duk melangut (ni term dari loghat Perlis, maksudnya duduk dlm keadaan boring) kat rumah jer la, paling nak kurangkan bosan tgk kartun ler, masa tu setiap hari pukul 5.30 ptg mesti ada kartun, Thundercats, Gaban, Silverhawk etc .. kartun zaman tu mmg best. Time ni ler paling mencabar dengan bau masakan mak dari dapur yg tgh sediakan juadah berbuka mmg menguji iman betul. Kadang-kadang kalau tak tahan rasa panas tu aku tidur terlentang atas lantai jer sambil buka kipas, lantai simen so rasa ler sejuk sikit, kalau tak cukup sejuk aku ambil botol spray air utk seterika baju tu aku sembur ke atas dan buat mcm hujan tu wakakaka ... ni ler hal aku gelak sorang2 bila ingat2 balik ... kan kena titisan air dari semburan tu rasa sejuk jer ... selalu ler mak aku bising sebab basah lantai rumah, hehehe.
Dekat2 waktu berbuka radio dikuatkan suaranya, yela kampung di Perlis, waktu berbuka tak sama dengan azan di televisyen, sebab azan di televisyen ikut waktu Wilayah Persekutuan dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Di Perlis lewat dalam 7-8 minit dari waktu di Wilayah Persekutuan. Jadi radio Perlis ler jadi teman nak dengar azan waktu berbuka. Selalu aku berbuka dgn mak dan ayah aku jer, sebab kakak aku dari aku tadika dah bekerja di Kuala Lumpur, dekat2 raya baru dia balik. Mengadap ler juadah tu sambil menunggu azan kami 3 beranak, dan yg paling best gelas air aku ler paling besar hehe lagi besar dari ayah aku punya gelas, dah mcm jag dah gelas aku tu hehe.
Masuk jer waktu, dengar jer azan, terus aku sambar gelas air ... slurrppppp satu gelas habis ... siap tambah air lagi tu ... tp lepas tu dh tak bleh nak makan nasi dah, wakakaka dah penuh dgn air perut aku tu ... dah free jer kena gelakkan dgn ayah aku, mak aku lak duk ckp apsal pegi langgah (loghat Perlis bermaksud minum dengan gelojoh) air tu byk sgt hehe. So kena laaa jalan2 sikit dan pegi solat Maghrib dulu baru sambung makan balik. Tu ler perangai aku kecik2 dulu. Malam pula pergi terawikh dgn ayah dan mak aku, bukan nak terawikh sgt pun tp pegi masjid bleh jumpa kawan2 aku dan paling best tunggu moreh, tok imam bagi salam kanan ada lagi, bagi salam kiri kitorang dah ilang meluru pegi ke tempat disediakan moreh hehe .. tp masa tu kadang2 jer ada moreh ni tak tiap2 malam.
Tu ler kenangan nostalgia puasa aku masa zaman budak2 dulu. Sengaja aku catatkan semula dalam blog ni untuk aku ingat dan baca semula pada masa2 akan datang agar sentiasa ada di memori aku selama hidup aku. Mmg dh tak dpt nak kembali ke waktu itu dan mungkin juga anak2 aku akan datang pun tak dpt merasa betapa bestnya berpuasa di kampung. Sekarang aku dh dewasa, sehari berpuasa berlalu tanpa sempat pun aku merasa lapar sebab masa sehaian dihabiskan di tempat kerja yang mana kadang2 tu tumpuan pada kerja membuatkan kita lupa tentang lapar dan dahaga yang dilalui semasa blan puasa. Itulah perubahan dari zaman kanak2 ke zaman dewasa aku, masa yang lepas takkan datang kembali jadi jadikanlah masa akan datang lebih baik dr masa yang lepas ... Selamat Berpuasa semua ...
0 Response to Nostalgia Puasa
Post a Comment