Rutin Puasa 1431
Dah masuk minggu kedua Ramadan 1431 ni rasanya aku dh dpt rutin biasa utk Ramadan kali ni. Sebelum tu, ttg tahun Hijrah ni kadang2 ramai juga yg tak pasti dh tahun ke berapa sekarang, mcm aku taip kat atas tadi tahun ni 1431 Hijrah, aku senang nak ingat tahun Hijrah ni sebab aku dilahirkan pada tahun 1400 Hijrah, jadi setiap kali perubahan usia aku itulah 2 angka terakhir utk tahun Hijrah setiap tahun.
Ok, kita berbalik ttg rutin Ramadan aku tahun ni. Pagi2 aku mmg bangun sahur, tahun ni mcm senang pulak aku bangun sahur, niat nak bangun sahur Insyaallah akan dapat bangun dengan mudah, dan selalunya dah terjaga sebelum alarm aku bunyi lagi ... Alhamdulillah. Time sahur ni selalunya lauk dah ada yang aku sejukkan dari waktu berbuka tadi, just nak kena panaskan semula jer, kalau aku tak beli lebih lauk waktu berbuka so aku masak ler benda2 yg simple2 dan cepat mcm goreng ayam atau telur jer, benda2 ni mmg aku beli dan simpan dlm peti sejuk. Paling senang aku masak nasi goreng jer hehe. Nasi mmg dah masak sebelum aku tidur lagi. selalunya aku selesai sahur ni dlm pukul 5.00 pagi dan rutin terkini lepas sahur skrg aku layan cerita Nurkasih kat TV3, pandai betul TV3 letak rancangan ni time mcm tu, mmg layan ler sambil tunggu azan Subuh. Rancangan ni plak dari pukul 5.00 sampai 6.00 pagi, habis jer rancangan dah masuk waktu Subuh. Lepas solat Subuh kdg2 aku lelapkan mata gak kejap sebab takde apa nak buat lagipun sekarang aku kerja kat luar dan tempat aku bekerja skrg ni masuk lewat sikit.
Permulaan siang aku mcm biasa ler, pergi kerja ... nasib baik skrg aku kerja luar dan office tempat aku kerja skrg dekat sgt dgn rumah aku. Seharian kerja sampai pukul 5.00 ptg. Lagi dipermudahkan kali ni, tempat aku kerja ni sebelah jer dgn food court yang ada jual juadah berbuka puasa dan paling best harga kat sini lebih murah berbanding pasar Ramadan kat Presint 2. Lagipun aku mcm malas nak pergi ke Presint 2 sebab ramai sgt org, nak cari parking ler, nak menapak tgk juadah dan paling tak best MAHAL. Juadah aku senang jer, 2 atau 3 jenis jer dan maybe beli lebih sikit utk simpan ke sahur. Lepas membeli ni aku terus balik dan tunggu jer waktu berbuka, sempat lagi reha kejap kat rumah sebelum waktu berbuka. Malam plak aku ke surau utk solat terawikh kalau takde apa2 hal lain, terawikh kat surau pangsapuri aku jer, nak pergi Masjid Putra atau Masjid Besi mcm membazir minyak ler plak dan dah tentu time nak keluar tu tersangkut mcm thn lepas aku terawikh kat Masjid Besi.
Itu ler rutin bulan Ramadan aku tahun ni, simple dan mudah. Banyak spend time kat rumah jer, so dpt ler rehat sikit dari aktiviti lain yang biasa aku buat pada bulan2 lain.
0 Response to Rutin Puasa 1431
Post a Comment