USIA



Beberapa posting terbaru dlm blog aku sebelum ni hanya review dan fakta so kali ni aku nak merapu laa pulak. Dah agak lama aku tak merapu dlm blog aku ni.

Kali ni aku nak sembang bab USIA. Bersempena tahun baru ni semua org meningkat usia masing2 ke usia baru, tapi benarkah usia kita meningkat? bertambah? ... atau usia kita makin menyusut dan berkurangan? Kenapa aku berkata sedemikian, seperti kita tahu semua manusia akan ada titik noktah dlm hidupnya iaitu MATI. Jadi semakin meningkat jumlah angka dalam umur kita makin dekat kita dgn titik itu, jadi makin kurang usia kita di dunia ini. Contohnya ditakdirkan kita akan mati pada usia 80 tahun, sekiranya skrg umur kita baru 20 thn jadi kita ada 60 thn lagi utk hidup tapi jika umur kita skrg 50 tahun kita hanya ada usia selama 30 thn lagi utk hidup. Maksudnya usia kita makin berkurang menuju titik noktah hidup kita kan.

Sebab sebenarnya aku merapu hal ni supaya kita tidak terlalu berbangga dengan umur yang tua. Ini kerana manusia yang tua umurnya mempunyai kurang masa utk melakukan sesuatu dlm memperbaiki hidup dan bekalan utk hari selepas titik noktah hidup di dunia. Mungkin pengalaman luas kerana hidup lebih lama dari yg berumur muda tapi adakah kita belajar dari pengalaman tu atau kita sekadar menggunakan pengalaman itu utk berlagak dan bermegah dengannya. Setinggi-tinggi gunung sudah pasti ada lagi langit yang lebih tinggi darinya, setinggi-tinggi langit ada lagi bintang di atasnya. Jadi sama2 kita fikirkan.

Bagi aku, umur kita bertambah setiap tahun tapi usia kita makin menyusut dari hari ke hari menuju ke titik niktah hidup di dunia ini.

Sekian cerita merapu aku hehehe

Adiosssss


Related Posts with Thumbnails